"Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini hari ini.
Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.
Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).POSTED BY ABNMULYA AT 925 HRS ON SEPT.,16,20912.
via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/bn-sabah-tidak-tergugat-tindakan-yahya.html
0 comments:
Post a Comment