Air percuma: 711 pengguna saman kerajaan Selangor



SHAH ALAM 11 Sept. - Seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif yang terdiri daripada penduduk di kawasan Shah Alam menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.


Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners.


Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu. - BERNAMA(Utusan online).Posted by abnm,ulya at 12.25 am on Sept.,12,2012.








via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/air-percuma-711-pengguna-saman-kerajaan.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog