Banjir Melanda Pedalaman Sabah

0 comments









Salah satu lokasi bencana Banjir di kawasan pedalaman Sabah- Dipetik daripada FB Datuk Musa Hj Aman

Kawasan pedalaman Sabah dilanda banjir. Dahulu kawasan tersebut adalah kawasan hutan tebal, atas sebab itu, pada awal 60-an, 70-an, banjir yang melanda tidaklah seteruk banjir pada masa ini.

Tuhan adil. Angkara manusia maka akan menyiksa manusia. Kerugian pada alam disebabkan angkara manusia, kini dirasakan sendiri oleh manusia, dengan bermacam kerugian, bukan sahaja kehilangan nyawa akan tetapi kerugian harta benda.



Atas sebab itu, pada generasi akan datang, jangan rosakkan alam sekitar, kerana padahnya sungguh dahsyat.





SUMBER: http://ift.tt/NITqwu
Read more »

TANGKIS DAKYAH DAN MANIPULASI PEMBANGKANG: SALLEH

0 comments



KOTA KINABALU: Barisan pimpinan Pergerakan Pemuda Umno diminta menjelaskan kepada rakyat di peringkat akar-umbi mengenai hak dan kepentingan Sabah yang terkandung dalam perlembagaan bagi mengelak mereka dikelirukan pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak ketika memberi peringatan itu berkata, langkah itu penting memandangkan ada pihak-pihak tertentu cuba memutarbelitkan isu hak dan kepentingan Sabah untuk mencari `political mileage.'

Beliau menegaskan Pergerakan Pemuda Umno perlu bersikap proaktif dalam mempertahankan hak-hak Sabah sebagaimana termaktub ketika pembentukan Malaysia dahulu.

"Pergerakan Pemuda Umno perlu dilihat berprinsip teguh dalam menghadapi isu ini kerana banyak pihak cuba memanipulasi soal hak Sabah ini bagi kepentingan politik mereka. Bukan bermaksud bersikap konfrantasi, tapi kita kena manfaatkan Umno sebagai parti nasional untuk mempertahankannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada rombongan Pergerakan Pemuda Umno Sabah diketuai ketuanya, Mohd Yamani Hafiz Datuk Musa di sini kelmarin.

Sebelum ini, pelbagai pihak membangkitkan isu `Sabah for Sabahan' dan isu Perjanjian 20 Perkara untuk mempengaruhi pemikiran dan sentimen rakyat Sabah.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata Pergerakan Pemuda Umno perlu sentiasa berada di hadapan dalam menangkis dakyah politik yang dimainkan pembangkang.

"Peranan Pergerakan Pemuda Umno amat penting dalam menghadapi cabaran serta isu-isu semasa demi kelangsungan dan survival perjuangan," katanya, sambil menyatakan Pemuda perlu menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan.

Menurutnya, sebagai anak muda dan kumpulan paling ramai dalam parti, pimpinan Pemuda tentunya lebih memahami denyutan nadi rakyat di peringkat akar-umbi.

Dalam pada itu, Salleh memuji kepemimpinan Yamani Hafez mengemudi Pemuda Umno Sabah dengan mengatur pelbagai program turun padang mendekati rakyat di peringkat akar-umbi.

"Kita optimis dengan kewibawaan pimpinan Pemuda Umno dan yakin ia akan memberi manfaat kepada parti dalam mengharungi pelbagai cabaran di negeri ini," katanya, sambil mengingatkan mereka supaya mendampingi rakyat secara berterusan dan bukannya bermusim.







SUMBER: http://ift.tt/1fjr01P
Read more »

Isu PBS - Lebih Banyak Kontra Dari Pro ?

0 comments



Artikel sebelum ini (KLiK ) saya menyentuh sedikit tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan alhamdulillah hasil respon pembaca yang saya percaya ramai terdiri dari warga pendidik ( kalau mengikut feel komen2 mereka ), sedikit sebanyak mampu membuat kita lebih memahami kenapa PBS ini mendapat reaksi negatif dan bantahan sehingga memaksa Menteri Pendidikan mengambil keputusan untuk mengkajinya semula.



Saya ambil satu komen yang diterima untuk dikongsi bersama supaya kita sama2 faham bantahan dari warga pendidik bukan bermakna mereka malas, atau jenis yang suka mengengkari arahan ketua atau lebih teruk lagi, dakwaan kononnya yang membantah itu semuanya penyokong pembangkang !



Cuba tolak tepi dulu persepsi negatif dan nilaikan hujah mereka secara rasional. Bukan siapa yang bercakap yang perlu dipertikaikan tapi APA yang mereka cakapkan yang perlu diberi perhatian.



( Perlu sentiasa diperingatkan, yang membantah tidak semestinya pembangkang !)





Sistem ini lebih banyak contra dari pro. Antaranya:




1. Penggunaan Band (band 1-6) menggantikan gred peperiksaan (A-F) sebenarnya mewujudkan grey area yg sangat besar bukan sahaja kepada parents tetapi juga kepada murid itu sendiri.




Ini kerana cara penilaian pelajar tidak menggunakan satu kayu ukur standard seperti peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar2 dari kelas corot boleh dapat band 5 walaupun kaedah mereka dinilai tidak sama seperti pelajar pintar yang dapat band 5 !




2. Sistem tanpa peperiksaan ini menyebabkan pelajar yang malas belajar bertambah malas dan pelajar yang nak belajar hilang motivasi kerana guru perlu menilai pelajar mengikut tahap masing2. Kalau 1st test gagal, guru mesti buat lagi test lain sampai pelajar itu lulus tak kiralah berapa banyak test pun janji lulus. Jadi kemungkinan guru perlu merendahkan tahap ujian hanya semata2 untuk memenuhi level pelajar tersebut.



SEPATUTNYA pelajar yang perlu berusaha untuk mencapai tahap yang dikehendaki, bukannya kita merosakkan sistem untuk mengikut rentak pelajar.




3. Beban kerja yang melampau kepada guru sehingga menjejaskan P&P. Katalah satu kelas ada 35 orang, maksudnya guru perlu menyediakan 35 evidence untuk kelas tersebut, darab la dengan berapa kelas yang guru tersebut mengajar..beratus2 evidence nak kena siapkan. Bayangkan betapa banyak masa yang terpaksa digunakan hanya untuk melakukan kerja2 pengkeranian seperti mencetak soalan, kerja2 memfail dan memasukkan data ke dalam sistem !





Ya, ada yang kata sistem peperiksaan yang diamalkan sekarang hanya menumpukan usaha kepada murid2 yang pandai sahaja dimana keutamaan adalah kepada bilangan pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak dan kesannya, pelajar yang lemah diabaikan.


Setiap kali keputusan peperiksaan utama diumumkan, berita yang menjadi tumpuan adalah sekolah mana yang mendapat A teramai dan negeri mana yang terbaik pencapaiannya, jadi tumpuan khas diberikan kepada mereka yang dilihat berpotensi untuk menaikkan nama sekolah/negeri melalui pencapaian A terbanyak ..... nah, ini salah sistem atau salah pentadbir ?


Saya sering merujuk kepada KEPALA dalam sebarang permasalahan dan begitu juga dalam kes ini. Kalau KEPALA tidak mementingkan sekolah atau negeri mana yang pelajarnya mendapat A terbanyak, apakah pihak sekolah akan jadikan kriteris itu sebagai keutamaan ?


Kenapa tidak diterbalikkan ? Maksud saya, kenapa tidak KEPALA hanya mengutamakan statistik berapa ramai yang GAGAL ! ? Dan media pula hanya menghebahkan sekolah dan negeri mana yang mempunyai peratusan bilangan pelajar teramai yang GAGAL.


Baru kita tengok apakah pihak sekolah akan berusaha mahu merebut gelaran Juara itu atau berusaha supaya tidak dinobatkan sebagai Juara ....


Macam kes DEB juga ..... hampir semua bersetuju yang DEB itu bagus cuma pelaksanaannya saja yang lemah. Jadi DEB tidak perlu dihapuskan, hanya perbetulkan pelaksananya.


Tapi apa yang kita dengar adalah kritikan2 dan tuntutan yang mahu DEB dihapuskan, DEB pula yang perlu dihukum bukannya pelaksananya yang cuai.


Samalah juga kes pendidikan ini ...... sistem yang digunakan selama ini tidak salah tapi kenapa sistem itu pula yang dihukum ?



Oya, negara mana yang boleh dijadikan contoh kepada keberkesanan sistem PBS ini supaya dapat kita jadikan perbandingan ?


NAMUN tidak salah jika kita mahu memperbaiki dan memperkemaskan sistem yang ada. Cuma biarlah mereka yang benar2 pakar dan faham saja yang terlibat. Pemimpin2 kerajaan jangan pula nak berlagak pandai dalam semua hal tanpa memperdulikan pandangan mereka yang terlibat.


Ya, memang terdapat guru2 yang cuai dalam tugas tapi saya percaya bilangan mereka tidak ramai. Itu masalah disiplin dan boleh ditangani jika pentadbir telus dan ikhlas. Mana mungkin dalam ratusan ribu warga pendidik tidak ada yang senget.




Nak pelajar bagus, cemerlang akademik, sahsiah dan segala bagai tapi hati dan perasaan guru2 langsung tak diambil peduli dan dijaga. Macam mana guru2 nak mengajar dengan gembira jika emosi mereka tertekan dan terbeban disebabkan sistem yang tidak sempurna gara2 sikap culas dan pentingkan diri para pembuat dasar/keputusan ?





Diharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.



PS - Kenapa hati ini berat mengatakan yang tidak lama lagi akan keluar satu kenyataan pengumuman PROJEK menaiktaraf sistem internet seluruh negara supaya dapat mengisi keperluan PBS ..... dan nilainya ratus2 juta RM ..... dan ia perlu disegerakan.



PS 2 - Saya copy satu lagi komen terbaru yang saya terima di artikel sebelum ini -



Aku setuju ngan PBS. Aku cuma tak setuju guru dikulikan untuk melakukan tugasan-tugasan yang tidak munasabah selain P & P. Kembalikan guru kepada tugas hakiki mendidik dan mengajar. Biarlah kerja-kerja tambahan diserahkan kepada staf yang dilantik khas dan staf tersebut mestilah ditempatkan di setiap sekolah. Kita tak mau anak-anak kita terjejas pembelajarannya kerana guru-guru penat mengadap komputer sehingga larut malam.



Idea yang cantik seharusnya datang dengan perlaksanaan yang cantik. PBS adalah satu cara untuk membuka minda murid bahawa gerbang ilmu itu sebenarnya lebih luas dari sebuah buku teks. Murid yang corot masih ada nilai tersembunyi yang dinamakan bakat terpendam. Bakat inilah yang perlu dicungkil dan diasah di peringkat rendah lagi. Suatu hari nanti diharapkan Malaysia akan melahirkan ramai graduan yang mempunyai x- factor bagi mengurangkan masalah pengangguran. X-factor itu dibentuk dan dibina hasil daripada bimbingan berterusan guru-guru dari sekolah rendah hingga menengah.




Baca juga komen2 lain disana terutamanya komen dari saudara Esa Adam, yang terlalu panjang untuk saya copy di sini.




SUMBER: http://ift.tt/1bruYKC
Read more »

25 APRIL, GELANGGANG BALING KERUSI DIBUKA!!!

0 comments



Yeah!!! Lepas ni boleh la puak - puak Parti Kecohkan Rakyt tu buat kecoh sesuka hati diorang sambil baling kerusi sebab pemilihan dah dekat. Diorang memang suka buat kerja macam tu.



Memandangkan diorang memang suka rebut kerusi, maka sebab itulah diorang sanggup buat apa saja demi mendapatkan kerusi tersebut. Bila tak dapat itulah yang membuatkan diorang sampai tahap membaling kerusi sesama sendiri!!!


Jawatankuasa Pemilihan PKR hari ini menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu.



Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, semua jawatan tertinggi PKR termasuk presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu Mei depan.



"Jawatan itu sudah tentu ada untuk dipertandingkan, sama ada terdapat orang bertanding atau tidak ia di luar kawalan jawatankuasa pemilihan parti.



"Ini bermakna jawatan itu tetap dipertandingkan. Siapa yang akan bertanding itu terpulang hingga hari penamaan calon," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.



Beliau berkata demikian mengulas lanjut kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden PKR bagi mengambil alih teraju parti itu daripada isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.



Mengulas lanjut, beliau berkata proses pemilihan itu akan dijalankan mengikut zon secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu.



Tambahnya proses penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Mac bagi jawatan peringkat pusat manakala 4 April bagi peringkat cabang.



"Proses pemilihan akan diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.



"Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei," katanya.



Johari berkata bagi minggu terakhir melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.




"Keputusan undian akan diketahui selewat-lewatnya jam 5 petang sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei," katanya lagi.






SUMBER: http://ift.tt/1gxKRfW
Read more »

UMNO takut dengan YouTube?

0 comments


hantuyuotube

Aishah








POLITIK lucah, politik selak kain, politik tahi, cukup menggambarkan kejayaan ‘transformasi’ yang dibawa DS Najib Razak.



Baru-baru ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dikritik dengan keras kerana ucapan di Youtube Onederful Malaysia CNY 2014 yang sehingga 10 Februari 2014 telah mencatat sebanyak 475,070 hit.



Pihak UMNO mengatakan video itu mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap pengorbanan tentera di Lahad Datu, Perdana Menteri dan isterinya. Perkara ini heboh bukan sahaja di akhbar perdana tetapi juga di media alternatif seperti twitter, facebook dan lain-lain.



Malang sekali, apabila isu besar yang cuba dipertontonkan dalam video yang berbentuk satira politik itu tidak dapat difahami mentaliti yang sempit dan rasis. Teresa Kok menggunakan media baru sebaiknya dengan membuat video pendek yang lucu tentang korupsi, kroni dan kegagalan urus tadbir.



Sebaliknya, Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Shabery Cheek telah membodohkan diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan dan tindakan melulu. Malah pihak UMNO juga menyalahkan dan menyindir Teresa Kok kerana pernah menyaman berjuta bagi artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ dan cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang dikatakan merujuk kepada dirinya (pautan: http://ift.tt/1fWt1D5).



Kes ini bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah. UMNO mungkin merupakan Melayu mudah lupa kerana tindakan yang dilakukan UMNO terhadap video Teresa Kok adalah berunsur rasisme, lucah dan merendahkan wanita dan martabat manusia. Ini sudah tentu membezakan cara berpolitik UMNO dengan DAP.



Lim Kit Siang dalam hal ini berkata “Before more UMNO Ministers make fools of themselves, I seriously suggest that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should invite Teresa Kok to screen her 11-minute video “Onederful Malaysia CNY 2014”. Ajakan Lim Kit Siang ini harus disambut baik semua pihak dalam mewujudkan politik yang sihat.



Dalam konteks politik di Malaysia, wacana kaum tidak patut mendominasi politik negara. Dikotomi Melayu-bukan Melayu ini hanya menunjukkan kegagalan pembinaan negara bangsa, apatah lagi 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri DS Najib Razak.



Politik parochial seperti ditonjolkan kelompok pro-UMNO iaitu Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang dilaporkan menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 bagi sesiapa yang dapat menampar Teresa Kok sepatutnya dikecam! Tambah memburukkan lagi keadaan apabila terdapat tawaran bagi sesiapa untuk ‘main’ atau pernah meniduri beliau.



Tindakan ini bukan sahaja merupakan satu cubaan menutup hak berekspresi malah menggalakkan unsur rasisme dan keganasan terhadap wakil rakyat. Undang-undang yang draconian tidak seharusnya dikenakan untuk menutup hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Pihak berkuasa sewajarnya menjaga keselamatan orang awam ini termasuk wakil rakyat yang secara terang-terangan diancam dan diugut.



Bukan itu sahaja, melihatkan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen wanita, tawaran sebegini berani dibuat menunjukkan tanda tidak hormat kepada wanita! Bukan sahaja tawaran ini dilihat sebagai tamparan kepada rakyat Malaysia umumnya tetapi juga golongan wanita khususnya. Adakah tawaran ini akan dibuat jika Teresa Kok bergender lelaki? Adakah tawaran RM1,200 akan diberi bagi sesiapa yang mampu sunat (khatan) Teresa Kok lelaki? Jika demikian, di manakah letaknya kewarasan politik Malaysia dan kenyataan Zahid Hamidi dalam mengatakan ia bukan ancaman?



Adakah jika tawaran seumpama ini dibuat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, Zahid Hamidi akan mengatakan hal yang sama?



Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh (pautan: http://ift.tt/1g0Assy) oleh Presiden Centre for Political Awareness tentang sikap Teresa Kok yang hipokrit. Harus diingatkan, DS Najib Razak dan UMNO-BN selama ini yang bersikap hipokrit dengan mewujudkan sentiment perkauman dan pada masa sama melaungkan slogan keharmonian.



Justeru, sejauh mana “transformasi politik” yang mengambil kira “politik baru” untuk Malaysia yang demokratik seperti diuar-uarkan Perdana Menteri DS Najib Razak? Sampai bila politik Malaysia berkisar adegan peribadi, keganasan dan perkauman? Budaya politik baru seharusnya mewarnai lanskap politik Malaysia melampaui batas kaum, agama, dan gender seperti ditunjukkan dalam pasca-PRU 2008. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1aXBdVZ
Read more »

Sabah MCA wants cabinet posts for party

0 comments
TAWAU: Sabah MCA chairman Wilfred Yong has urged the Barisan Nasional (BN) and the Prime Minister to let […]



SUMBER: http://ift.tt/McSy1R
Read more »

Tanda Harga: Peniaga Diberi Tempoh Hingga Akhir Bulan Ini

0 comments
MSTAR ONLINE


Ahmad Bashah Md Hanipah.



KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan.



Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pengguna boleh membuat aduan terhadap peniaga yang ingkar arahan itu supaya tindakan tegas boleh diambil termasuk pendakwaan di mahkamah.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau harga di pasar besar Kota Kinabalu dan pusat penjaja Inanam Point di sini, Selasa.



Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011, sekiranya peniaga didapati menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.



"Ada barangan terpilih yang berbeza harga, tetapi peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga yang tidak munasabah kalau di luar musim kawalan harga sekalipun...(mereka) tidak boleh naik harga sewenang-wenang," katanya.



Beliau mengulas harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih yang berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan 'Price Watch' yang dilaksanakan oleh kementerian itu.



Menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin, barang keperluan itu merangkumibarang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan. - BERNAMA





SUMBER: http://ift.tt/NAgkG2
Read more »

'BAKAL MB SELANGOR' GAGAL LAGI BUAT RAYUAN!!!

0 comments



Heh!!! Berapa kali GAGAL la Si Ketua Penipu ni ek. Kalau nak dikira dengan jari memang tak cukup. Dah tak terkira dah sebenarnya keGAGALan dia dalam membuat rayuan ni.



KeGAGALan tu bukan sahaja dalam kes yang sedang dia hadapi pada ketika ini. Tapi dalam Politik pun Si Ketua Penipu tu jelas mengalami keGAGALan jugak sebenarnya.



Dulu dia dah GAGAL nak menjejakkan kaki ke Pejabat Perdana Menteri sebab dipecat akibat salah laku moral yang dibangkitkan oleh puak - puak DAPigs tu sendiri.



Kemudian dia GAGAL lagi nak merampas Putrajaya dengan cara menipu rakyat melalui agenda 16 September. Tak lupa jugak keGAGALan dia untuk jadi PM yang sah selepas PRU ke 13 yang lalu.



Mungkin ini semua khifarah yang perlu diterima oleh Si Ketua Penipu tu. Cuma tinggal lagi dia je yang masih tak sedarkan diri. Masih jugak dia berangan benda yang bukan - bukan. Penyudahnya, dia akan terus meroyan tak tentu arah dan salahkan orang lain. Itu je la kerja yang dia tau buat pun!!!


PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi gagal mengetepikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.



Pasukan panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan Anwar tersebut ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh.



"Keputusan kami selepas melihat keputusan ini, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang hanya dibuat di luar mahkamah dan beliau tidak hadir.



"Jadi kami tidak boleh terima itu," kata Zulkefli ketika prodising, sebentar tadi.




Empat panel hakim yang hadir prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jefrey Tan Kok Wha.






SUMBER: http://ift.tt/1fcdCN9
Read more »

‘Bagaimana jika ada pihak tawarkan RM1,200 untuk botakkan Rosmah?’

0 comments


Pandangan Zahid Hamidi dalam isu ini agak sempit







PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengecam keras kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.



Dalam satu kenyataan media, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata pandangan Zahid Hamidi dalam isu ini adalah agak sempit dan ‘kurang masak’.



Pada 6 Februari yang lalu, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia membuat tawaran bagi menampar Teresa Kok yang juga naib presiden DAP, kerana dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.



Namun, punca sebenar tawaran tersebut dikatakan adalah kerana suatu video bertajuk ‘Onderful Malaysia’ sempena Tahun Baru Cina, dimuat naik ke Youtube yang menunjukkan Kok menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara, termasuk isu keselamatan di Sabah dan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.



Menurut seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkifli Sharif, tawaran dibuat itu itu dibuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat oleh Teresa Kok menerima pembalasan kerana menghasilkan video tersebut.



Pada keesokkan harinya tawaran tersebut dinaikkan kepada RM1200.



“Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan,” katanya.



“Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri?” tanya beliau.



Edy juga berkata jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Datin Seri Rosmah Manshor, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.



“Kami SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai,” katanya.



“SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, jangalah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan memperbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu,” tambah beliau.



Terdahulu NGO tersebut juga bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan kepada masyarakat Melayu.





SUMBER: http://ift.tt/1lpfKWX
Read more »

Krisis LDP: Masih Berterusan- Chin Su Phin Dibidas

0 comments


Sandakan 8 Feb, 2014: Naib Presiden LDP Tiong King Kiong hari ini berkata bahawa Datuk Chin Su Phin merupakan seorang yang tidak berprinsif dan seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri.

"Kita melihat bagaimana Su Phin dengan cepat bertukar warna untuk mencapai tujuannya berpolitik, apabila beliau terlihat bersama-sama Teo Chee Kang menemui Ketua Menteri Sabah sebelum Sambutan Tahun Baru China".



Seperti yang diketahui bahawa Su Phin begitu tegas mengeritik Musa terutama berkaitan dengan Mazu dan beberapa isu lain. Kumpulan Su Phin mendesak Musa agar meletak jawatan, yang telah menyebabkan salah seorang Naib Presiden parti itu meletakan jawatan. Dalam satu mesyuarat, Su Phin mendesak agar LDP menentang kepimpinan Musa, namun Datuk VKLiew menentang dengan keras cadangan itu.



"Apa motif sebenar Su Phin? tetapi saya yakin, beliau tidak ikhlas, kerana beliau hanya berjuang untuk kepentingan dirinya, selain mendapat projek"



"Sebagai seorang Senator, Su Phin tidak memberi apa-apa untuk rakyat Sabah. Dia tidakpun bersuara untuk rakyat Sabah. Dia tidakpun turun padang. Dia tidak pernah ke Sandakan membantu rakyat selama hampir 3 tahun menjadi senator" tambah Tiong. "Beliau hanya datang untuk membidas kami di Sandakan" keluh Tiong.



"Su Phin tidak pernah dipilih oleh perwakilan parti, demikian juga Chee Kang. Mereka sebenarnya pengecut, kerana takut berdepan dengan perwakilan dalam pertandingan terbuka" "Atas sebab itu, mereka berdua mengistiharkan diri mereka sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Parti" "Keadaan itu, bagaimana mereka merasa tidak selamat berdepan dengan perwakilan parti pada pertandingan terbuka" demikian Tiong.





SUMBER: http://ift.tt/1fI2DMZ
Read more »

Sabah batik designers challenged to come up with creations that attract tourists

0 comments
KOTA KINABALU: Young batik designers in Sabah have been challenged to come up with new creations that would [...]



SUMBER: http://ift.tt/1iz5lpX
Read more »

8 cases of Influenza A H1N1 detected in Sabah

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah Health Department has confirmed that eight cases of Influenza A H1N1 were detected in [...]



SUMBER: http://ift.tt/1fzaT1I
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog