Isu angka rogol: PR mahu Melayu distereotaip, Aib mereka tak diketahui

0 comments
Unspinners nak tengok berapa jauh pihak pembangkang nak melalut dalam serangan mereka terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Mantan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Dato Wan Junaidi dari Sarawak.

Perlu sebut Sarawak takut orang Semananjung ingat dia dari Kelantan.



Rupanya bertambah hari bertambah biadap mereka ini.



Ia bermula dengan satu penjelasan pihak Kementeriaan dalam Parlimen, lalu mereka serang. Bila dijelaskan mereka buat pekak dan serangnya sebagai rasis. Isteri dia cina ... macam mana boleh rasis? Baca MI SINI



Kini diserang pula hal Wan Junaidi kata secara lalu smahu padamkan kenyataannya dalam Parlimen. Malaysiakini terus memberi laporan akan komen-komen pembangkang.












Pembangkang yang masih hingus dalam tatacara Parlimen tak perlu nak ajar Dato Wan dalam hal ini. Fokuslah pada isu rogol.



Pada sidang bertarikh Mac 19hb, Dato Wan Junaidi telah membentangkan angka rogol bawah umur, Memetik dari kenyataan dalam parlimen adalah berikut :






Angka 2012 menunjukkan ada 1,243 kes atau 80% yang dilaporkan melibatkan orang Melayu. CIna 73 (5%) da India 45 (3%) dan lain-lain 12%.



Angka 2013 untuk Melayu CIna India dan lain-lain adalah 1,147, 62, 32 dan 183.



Namun angka ini perlu diberi komen dan penjelasan. Lalu Wan Junaidi dengan niat tidak mahu kegiatan rogol ini disamaertikan dengan sesuatu bangsa menjelaskan ia berdasarkan laporan.



Dia kata ada pihak yang kurang sensitif dan terima kejadian rogol lalu tidak dibuat laporan dan angka terbut kelihatan rendah.



TIba-tiba kata-kata Wan Junaidi diputarbelit oleh CHong Chen Jen dari DAP Kuching:






Chong terus membuat kesimpulan salah dan akhbar serta media pembangkang gunakan hujah AP DAP dari Kuching tanpa menungapkankata-kata sebenar Wan Junaidi.



Contoh laporan media adalah seperti berikut dalam FMT SINI, SINI, SINI, SINI. Semua cuba menafikan kenyataan Wan Junaidi tanpa menyedari dia menyebut secara am akan angka tertentu lebih rendah dari angka lain.



Mungkin bukan saja Melayu vs CIna dan India. Mana tahu India vs CIna juga dan lain-lain.



Suatu yang jelas adalah mereka seolah-olah mahu angka kes Melayu dirogol dibiarkan tanpa penjelasan supaya sentimen negatif akan terbina terhadap orang Melayu.



Realitinya kejadian rogollebih sering terdengar berlaku dalam kaum lain yang mana kes tersebut tidak dibuat lapran polis. Angka rogol menandakan bangsa tersebut adalah mangsa.



Mereka menyerang Wan Junaidi hingga menuntut dia dikenakan tindakan disiplin.



Akhirnya Wan Junaidi mengatakan dalam kenyataan supaya ditarik balik saja kenyataan tersebut. Terpulang kepada Speaker untuk membbuat keputusan tersebut. Baca SINI



ENtah boleh atau tidak, kami tidak mahir dan bukankah sering di dengar ahli PArlimen berkelahi menuntut ditarikbalik kenyataan???



Isunya Wan Junaidi tidak ada menuduh mana-mana kaum dan kenyataan itu membantu menutup "malu" orang Melayu.



Sebagai Timbalan Menteri pastinya mereka ada pengalaman dari polis dan beliau juga bekas polis yang tahu kaum lain khususnya Cina tidak akan melaporkan pada polis sebarang kejadian sosial yang negatif untuk mengelakkan kaum mereka dipandang negatif.



Berikut adalah angka yang membuktikan keejadian sosial banyak berlaku tetapi ada kaum tidak mahu laporkan:






Jangan ingat Wan Junaidi cakap kosong tak berfakta???



CIna dan India pembangkang ni usahlah nak berlakun tidak rasis dan konon mahu satu bangsa Malaysia. Kenapa mereka perjuangkan NGO dan sekolah cina dna tamil?



Sedarkah kaum-kaum pribumi di Sabah dna Sarwak tu tak ada pun sekolah dalam bahasa mereka padahal mereka Bumiputera? Kamu pendatang yang sudah ada kewarganegaraan dan bukan nak balik ke mother country lagi!!!!!!!!!!!



SUMBER: http://ift.tt/PWhE6N
Read more »

Sabah Credit Corporation’s achievements get top marks from Musa

0 comments
KOTA KINABALU: Sabah Credit Corporation (SCC) has received accolades from Chief Minister Datuk Seri Musa Aman for the […]



SUMBER: http://ift.tt/1fZeEQY
Read more »

Delimma Royalti Minyak Sabah

0 comments

Kalaulah ditanya daripada 10 orang rakyat Sabah berkaitan Royalti Minyak apakah mahu kadar dinaikan ke paras 20 peratus, 8 orang akan bersetuju. Namun atas sebab politik, maka ramai yang berhujah dengan memberikan fakta, sehingga ada yang berkata permintaan 20 peratus adalah sesuatu yang tidak lojik, memandangkan pendapatan atau bajet Sabah bukan semuanya berpunca daripada bayaran royalti, sebaliknya ada juga berpunca daripada peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Data tahun 2011 (tidak diuraikan dalam tulisan ini) ditunjukkan, bahawa hasil minyak dan berbagai hasil lain daripada Sabah, apabila dibandingkan dengan peruntukan yang diluncurkan kepada Sabah, ternyata hasil daripada negeri itu lebih kecil 4 bilion ringgit i.e. hasil daripada Sabah berjumlah 11 bilion ringgit tetapi dana yang diluncurkan 15 bilion ringgit.

Tetapi masalahnya, bukan pada data tahun 2011, tetapi data tahun-tahun sebelumnya, terutama tahun 1976 hingga tahun sebelum tahun 2011, apa kah benar, perolehan pendapatan daripada Sabah oleh Kerajaan Pusat termasuk daripada minyak senantiasa kecil, manakala dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar? Kemudian, apa kah tahun-tahun selepas 2011, memang berlaku perolehan daripada Sabah senantiasa lebih kecil, sedangkan dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar?



Pemimpin Sabah seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, tidak akan sanggup mempertikaikan kadar royalti minyak, bukan sahaja sekarang, akan tetapi sejak tahun 2008, jika memang berlaku, bahawa dana yang diluncurkan kepada Sabah senantiasa lebih besar berbanding dana yang dihasilkan Sabah dan masuk ke perbendeharaan Persekutuan termasuk daripada minyak senantiasa lebih kecil.



Salleh menyuarakan mengenai royalti minyak, atas sebab untuk menjamin pendapatan negeri yang lebih mapan, tanpa bergantung kepada bajet tahunan kerajaan Persekutuan. Bajet pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, berubah-ubah setiap tahun, kadang besar kadang kecil.



Sabah memerlukan dana mapan, bukan sahaja untuk pembangunan akan tetapi memberi peluang kepada rakyatnya dalam soal-soal peluang pekerjaan.Tanpa dana yang mapan dan konsisten, maka kerajaan Negeri tidak akan mampu mengwujudkan berbagai agensi yang boleh membuka peluang pekerajaan bagi menampung generasi muda negeri itu, yang mana saban tahun semakin bertambah.



Tanah Sabah yang luas, memerlukan suntikan modal yang besar untuk dibangun. mengharapkan suntikan modal daripada asing, tidak selamanya boleh menjadi sandaran, atas sebab pemodal asing akan lebih suka kepada kawasan yang mempunyai infrastrukur yang lengkap dan tersedia, selain daya saing daripada segi upah dan skill.



Sabah sepatutnya sudah membangun, lebih 50 tahun merdeka, akan tetapi, masih banyak kawasan lagi, belum dibekalkan kemudahan asas yang sememangnya diperlukan oleh manusia yang bertamadun i.e. bekalan air bersih.



Ramai anak mudah lepasan sekolah menengah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang gersang pembangunan, berhijrah bukan untuk memajukan dirinya, akan tetapi hanya sekadar untuk hidup. Berhijrah ke Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor hanya berkerja sebagai perkerja kilang atau pengawal keselamatan; itu bukan berhijrah demi memajukan diri, akan tetapi hanya untuk bertahan hidup.



Pada PRU-13, isu royalti Minyak dimasukan dalam manifesto BN Sabah. Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan, bahawa usaha meminta kenaikan kadar royalti minyak merupakan usaha berterusan dengan kerajaan pusat. Satu nada yang penuh diplomasi, memandangkan Sabah juga diperintah BN, dan BN memerintah Kerajaan pusat.



Wisdom daripada kerajaan Pusat, hanya satu-satunya jalan untuk melihat kembali Perjanjian Petrolium bagi negeri-negeri pengeluar minyak; Sabah, Sarawak dan Terengganu.



Ironinya, keluaran minyak negara, adalah 85 peratus daripada Sabah dan Sarawak; namun, hak dua negeri itu, hanya 5 peratus. Satu pembetulan perlu dilakukan, once for all, sebelum ianya tidak terus menjadi duri dalam daging antara kerajaan dua negeri itu dengan kerajaan Persekutuan.





SUMBER: http://ift.tt/1e6NedC
Read more »

Pemilihan PKR: JPP tolak satu pencalonan peringkat pusat ekoran isu displin

0 comments
Oleh: NAZLI IBRAHIM



SHAH ALAM: Selepas tempoh bantahan pencalonan bagi jawatan peringkat pusat ditutup semalam, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menerima satu bantahan terhadap calon yang bertanding.



Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata bantahan itu dibuat ke atas seorang calon yang bertanding bagi merebut salah satu kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.



“Bantahan itu menyatakan orang yang bertanding itu tidak layak kerana dia dikatakan mempunyai masalah disiplin dengan parti. Jawatan yang ditandingi adalah MPP dan tindakan sudah diambil parti dan tidak layak kerana ada isu penggantungan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.



johari-abdul Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sehingga perkara berkenaan diumumkan secara rasmi nanti.



Sementara itu, ketika menyentuh proses pencalonan bagi peringkat negeri, Johari memberitahu dua buah negeri, Kelantan dan Terengganu sudah selesai proses penamaan calon, manakala negeri lain iaitu Johor, Melaka dan Pahang akan mengadakan proses sama, hari ini.



Katanya, Sabah yang dijadualkan berlangsung esok diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan esok bagi memberi peluang kepada calon yang berada jauh dari pusat penamaan calon.



“Pencalonan setakat ini berjalan lancar, tiada pihak yang bersikap negatif atau membuat kacau-bilau. Saya harap pemilihan nanti juga berjalan lancar yang akan bermula, pada 26 April ini.



“Pihak JPP juga cukup bersedia dengan menyediakan peralatan yang secukupnya dan Prosedur Arahan Tetap (SOP) yang jelas dalam pemilihan kali ini,” katanya.-NFN



SUMBER: http://ift.tt/1htN2iS
Read more »

ESSCom warns resort operators against hiring illegals

0 comments
LAHAD DATU: The Eastern Sabah Security Command (ESSCom) is determined to immediately purge all resorts in the Eastern […]



SUMBER: http://ift.tt/1oCVtlX
Read more »

[KES CULIK] Bekas KM Sabah Tawar RM500 Sesiapa Dapat Tampar Zahid Hamidi

0 comments

KELAB GREENBOC







Pencabulan keselamatan : Yong menawarkan RM500 untuk tampar Zahid



KOTA KINABALU : Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee menawarkan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi semasa dia datang melawat Sabah sekali lagi kerana telah secara serius (kementeriannya) gagal menjaga keselamatan pantai timur Sabah.



Tahun lepas Yong juga telah menawarkan RM500 kepada sesiapa sahaja yang dapat menampar Zahid kerana Zahid mendakwa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang dalam serangan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu. Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan telah membuat tuduhan-tuduhan ini pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan ahli keluarga mereka. Beliau berkata beliau akan mendedahkan nama-nama tersebut selepas pilihan raya umum tetapi Zahid lansung tidak berbuat demikian.



Sambil menyifatkan politik Zahid sebagai sakit, Yong berkata semalam : "Saya kini menawarkan RM500 lagi untuk tamparan ke atas Menteri Dalam Negeri itu. Kali ini kerana pencabulan terhadap keselamatan (semalam )".



Yong melahirkan kekecewaan beliau terhadap penculikan terkini seorang pelancong wanita dari China dan seorang pekerja Filipina oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjata.



Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam pada malam Rabu. Wanita itu sedang bercakap di telefon bimbitnya di serambi Singahmata Reef Resort di Semporna tidak jauh dari pulau Bum-Bum yang dihuni kebanyakaannya oleh kaum Bajau dan Sulus.



Yong berkata: "Saya juga hari ini menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana Ahli Parlimen BN yang sanggup membawa usul ke parlimen bagi memotong gaji Menteri Dalam Negeri (Ahmad Zahid Hamidi) , Menteri Pertahanan (Hishamuddin Hussein) dan Ahli Parlimen Semporna (Shafe Apdal) untuk menunjukkan kemarahan rakyat Sabah terhadap kegagalan yang berulang-ulang pihak kerajaan persekutuan di dalam memenuhi tangungjawab perlembagaan bagi melindungi Sabah dan rakyatnya."



Beliau mengingatkan bahawa keselamatan merupakan satu janji yang dibuat kepada Sabah untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963. Yong juga meramalkan bahawa beberapa pegawai persekutuan akan sekali lagi memberi alasan pantai yang panjang, kekurangan sumber dan kekurangan kerjasama daripada rakyat.



"Seperti yang saya telah berkali-kali beritahu, satu-satunya kekurangan adalah tiadanya pegawai tertinggi yang dipertanggungjawabkan apabila berlaku satu-satu kesalahan. Perkara yang paing baik untuk dilakukan sekarang terhadap pegawai tertinggi Polis dan Tentera di Sabah, termasuk pengarah Esscom, adalah meminta (mereka) dipindahkan keluar dari Sabah," katanya.



Beliau juga menyatakan bahawa selepas pencabulan keselamatan terakhir di Pom Pom November lalu, polis telah mengumumkan bahawa dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan-penculikan ditangkap.



"Tetapi selepas itu lansung tiada apa lagi yang didengari mengenai kedua-dua lelaki sejak itu. Pencabulan peraturan keselamatan mendatang kerugian yang sukar diperbaiki terhadap ekonomi Sabah disamping merosakkan imej Sabah yang akan mengambil masa lama untuk pulih semula," kata Yong. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB






Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500



Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan.

Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru.

Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.

“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya.

Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya.

“Polis dan tentera tidak boleh berada di sana setiap masa,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
-mk





Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah



Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.



Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.



Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.



Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah dari Filipina.



Pagi hari ini, akhbar tersebut melaporkan semua 61 tetamu, 59 daripadanya warga Cina, memutuskan untuk keluar dari pusat peranginan tersebut.



Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai jaket kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.



Dilaporkan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 11 ​​malam, selepas wanita itu dilarikan dengan bot.



Seorang wartawan dari West China Metropolis Daily yang bercuti di Semporna, merupakan orang pertama yang memecahkan berita tersebut, yang kemudiannya tersebar luas selepas dipetik oleh akhbar-akhbar Ckina yang lain.



Sebuah gambar nota beliau juga telah dimuat-naik.



Menurut wartawan tersebut, pelancong berkenaan mendakwa kumpulan lelaki bersenjata itu turut melepaskan beberapa das tembakan.



Agensi berita rasmi Xinhua berkata pegawai kedutaan China di Malaysia telah menemui Pesuruhjaya Polis Sabah dan menteri pelancongan negeri itu, dan menggesa mereka mengesahkannya dan menyiasat kejadian itu dengan segera.



Para pegawai kedutaan itu dalam perjalanan ke pulau peranginan itu yang terletak di sebelah tenggara Sabah, tambah Xinhua.



EssCom sahkan kejadian itu



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka ke Semporna berhubung perkara itu dan mengadakan sidang akhbar di Kota Kinabalu pada pukul 4 petang ini.



Seorang pekerja di Singamata Reef Resort, yang dihubungi Reuters, mengesahkan penculikan itu berlaku, tetapi enggan bercakap lanjut.



Wartawan yang berpejabat di Kota Kinabalu mendakwa bahawa polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.



Bagaimanapun, laporan Bernama menyatakan EssCom telah mengesahkan kejadian itu.



Ketua Pengarah (Kawasan Keselamatan Khas) Pantai Timur Sabah EssCom, Datuk Mohammad Mentek berkata penculikan itu berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.



Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan untuk memberikan laporan penuh.



Insiden terbaru datang itu berlaku ketika ketegangan tercetus di China berhubung pengendalian Malaysia terhadap krisis kehilangan MH370.



Kerajaan telah membelanjatakan berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah ekoran serangan berdarah oleh puak Sulu di Lahad Datu awal tahun lepas.



Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna.



Dia kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di selatan pulau Sulu.
-mk



ULASAN GB



Maka berjalanlah hukum kebenaran dan ekadilan.... menteri yang celupar mulutnya itu dah nak kena tempeleng... apabila dia melawat Sabah nanti.



Kedua, macam kebetulan pula, beliau ialah Naib Presiden UMNO manakala tawaran yang sama juga diberikan kepada dua orang lagi yang juga Naib Presiden UMNO iaitu Hishamuddin dan Shapie Apdal....



Ketiga, berjuta wang rakyat dibelanjakan untuk EssCom demi mengawal keselamatan Pantai Timur Sabah namun sia-sia, kes penculikan masih berlaku juga! Something wrong somewhere(?) Apa taknya bekas KM Sabah itu mengamuk...



SUMBER: http://ift.tt/1jg0UBF
Read more »

Resort operators issued directive following Semporna kidnap case

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah Tourism, Culture and Environment ministry wants resort operators to scrutinise and ensure that theirworkers […]



SUMBER: http://ift.tt/1jeul76
Read more »

KES CULIK, MAHFUZ BEAN SANGGUP JADI GANTI KE???

0 comments



Hahaha!!! Macam siot je lawak yang dibuat oleh blogger Din Penyu ni. Ada ke dia nak suruh Si Mahfuz Bean tu jadi galang ganti bagi mangsa culik di Sabah tu.



Kita faham. Ini bukan lawak satira Politik yang boleh kita buat main - main. Kita tau jugak nak jaga sensitiviti sebab ianya melibatkan keselamatan Negara.



Tapi bila memikirkan semula kenyataan Si Mahfuz Bean tu yang buat semua benda jadi bahan lawak. Tak tahan perut nak gelak bila baca kenyataan dia sebelum ni.



Biar pun dia tau yang insiden kehilangan pesawat MH370 tu melibatkan banyak pihak, tapi Si Mahfuz Bean tu masih ada ruang untuk buat lawak tahap budak sekolah tadika.



Dia boleh anggap insiden tersebut sebagai satu lawak jenaka yang boleh dipermainkan sedangkan pada ketika tu semua pihak sedang berusaha mencari pesawat tersebut.



Tinggal lagi, apa boleh buat ye tak. Dah memang standard pemikiran Si Mahfuz Bean ni macam budak sekolah tadika. Dah tentu - tentu itu je tahap kemampuan dia.



Lagi pun Si Mahfuz Bean ni mana ada fikir sangat pasal soal keselamatan Negara. Jauh sekali dia mampu untuk memikirkan tentang sensitiviti keluarga penumpang pesawat tu.



Apa yang Si Mahfuz Bean ni mampu fikir ialah macam mana nak isi perut dia je. Tu pasal la dia selalu cerita bab makan 24 jam, 7 hari seminggu. Memang itu je yang dia tau.



Dalam kepala lutut Si Mahfuz Bean ni asyik terfikir, siapa dia nak makan lepas ni? Tapi dia kena ingat la, makan tengahari orang sebut 'Lunch', bukan 'Launch'.



Peringatan tu untuk dia selalu beringat. Jangan nanti dia nak malukan diri dia berulang - ulang kali. Takut - takut orang ajak pergi 'Dinner', dia bantai ajak pergi 'Diner'. Susah woo!!!



Jadi, tak salah la jika ada orang ajukan dia soalan yang sama supaya dia faham soalan. "Tak nak ke dia jadi tebusan dalam kes culik warga China ni?" Jangan dia nak meroyan tak tentu arah sudah la!!! Setakat nak berlawak, takkan tak boleh kot!!!





SUMBER: http://ift.tt/1ka6E3w
Read more »

Resort hired 15 illegals – ESSCom

0 comments
SEMPORNA: Eastern Sabah Security Command (Esscom) director-general Datuk Mohammad Mentek disclosed yesterday that 15 of the foreign workers […]



SUMBER: http://ift.tt/1hLJDk4
Read more »

Birokrasi mengekang, pegawai kerajaan lembab .... kasi saja royalti 20%!!!

0 comments



Unspinners membaca tulisan GAP SINI yang menyatakan persetujuan agar dikajisemula royalti minyak dan gas pada Sarawak.

Desakan ini dibuat oleh Speaker DUN Dato Salleh Said Keruak dan Setiausaha UMNO Sabah, Dato Abdul Rahman Dahlan. Difahamkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pun menyuarakn hal yang sama.



Hujah GAP adalah seab mereka kubu kuat BN dan apa salah kerajaan pastikan penyumbang kekuatan BN di beri manafaat.



Hujah Unspinners pula adalah kerana jentera kerajaan yang diuruskan dan ditadbir oleh pegawai kerajaan (bukan ahli politik) terlalu lambat dan lembab untuk salorkan peruntukan.



Sering kali permintaan atau permohonan boleh hilang ditengah jalan dan tak masuk senarai.



Sudahlah tu ... nak tunggu mohon diluluskan dan turun untuk dipimplementasikan makan masa sampai dua tuga tahun. Kalau gitu apa ertinya?



ELoklah pihak negeri uruskan sendiri peruntukan untuk dalam negeri.



Semuanya di pusatkan ke pejabat MOF hingga fail berlonggok macam bukit di pejabat jabatan atau agensi tertentu. Mereka ini menguruskan untuk seluruh negara. Kalau zaman Tun Razak bolehlah pasal tak banyak tapi kini dah tahun 2014!



Antara sebab Saah dan Sarwak tak dapat maju dengan cergas adalah sebab birokrasi pegawai kerajaan federal.



Bayangkan kalau federal nak uruskan duit royalti minyak, dari petronas nak masuk ke kementeriaan kemudian di kementeriaan pegawai kerajaan duduk bertelor atas fail.



Jawankuasa demi jawatankausa perlu dilalui. Laporan demi laporan yang perlu dibuat. Siasatan demi siasatan, laporan konsultan lagi, mesyuarat pula, laporan JKR dan selapis demi selapis.



Belum cerita pemanauan projek yang Fedrral tak upaya lakukan.



DIfahamkan ada satu ceriat di Sarawak di mana rumah PPRT berhadapan dengan masaalah spec mintu yang terlalu kecil dan tak sesuai. Nak dapatkan approval untuk itu pun makan masa 6-7 bulan. Belum nak nak bina lagi.



Mana pula wakil rakyat atau pegawai perlu turun naik Kuching ke KL untuk pastikan proses berjalan jalan dan tak tersekat sana sini.



Dari perspektif Rakyat diutamakan ada baik negeri perlu uruskan sendiri. Negeri kaya tapi rakyat jadi miskin sebab pegawai kerajaan yang lambat, lembab dan birokratik. Sampai bila-bbila mereka tidak akan berubah untuk segera dalam melakukan apa-apa.



Hanya satu pandangan kami



SUMBER: http://ift.tt/1pTlx7D
Read more »

26 PKR Sabah divs to hold elections next month

0 comments
KOTA KINABALU: Parti KeADILan Rakyat (PKR) Sabah divisions will be holding their respective annual general meetings and elections […]



SUMBER: http://ift.tt/1hCfC68
Read more »

PENGURANGAN SUBSIDI LANGKAH BETUL: SALLEH

0 comments

KOTA BELUD, 2 April (Bernama) -- Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengurangkan program subsidi Malaysia, sambil berkata "ia merupakan langkah ke arah yang betul dan harus dipuji".



Beliau menyuarakan keyakinan bahawa pengurangan subsidi akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat, bukan mereka yang memperalatkan skim itu.



"Ini sememangnya satu langkah ke arah yang betul, tetapi merupakan langkah yang berkemungkinan besar ditentang oleh pembangkang.



"Pembangkang sentiasa menentang kerajaan hanya semata-mata untuk membangkang, meskipun kerajaan melakukan perkara yang betul.



"Inilah tugas pembangkang yang disangka oleh rakyat Malaysia, iaitu menentang kerajaan dalam setiap langkah," katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini.



Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib di Parlimen semalam bahawa penjimatan daripada pengurangan subsidi akan disalurkan kepada pembangunan negara untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.



Perdana Menteri juga disebut sebagai berkata bahawa pendapatan itu akan juga digunakan bagi projek-projek tambahan, khususnya di Sabah dan Sarawak.



Najib selanjutnya menjelaskan: "Apabila 'revenue base' (asas hasil) bertambah, banyak projek termasuk pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan. Kerajaan komited meneruskan rasionalisasi subsidi bagi membantu melonjak ekonomi negara.



"Peruntukan pembangunan setahun sekarang dalam lingkungan RM46 bilion, dan subsidi dan insentif sudah cecah RM43 bilion tahun lepas. Sudah tentu ini satu belanja yang berat sebelah, oleh itu, adalah wajar kerajaan laksanakan rasionalisasi subsidi secara mampan."



Salleh berkata mereka yang mempertahankan subsidi sering kali menonjolkan barangan atau perkhidmatan yang telah dihasilkan atau pekerjaan baharu yang diwujudkan.



"Apa yang biasanya mereka tidak akui ialah faedah kepada masyarakat jika wang itu dibelanjakan bagi perkara yang lain. Unggulnya, kerajaan akan berusaha untuk mengatur perbelanjaannya untuk mencapai pulangan bagi masyarakat, yang kira-kira bersamaan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan," tegasnya.



Sambil menyebut subsidi beras sebagai contoh, Salleh berkata pakar-pakar ekonomi berhujah bahawa subsidi beras memberi faedah kepada orang tengah, pengeluar atau pengguna.



"Justeru itu, meskipun ada sedikit faedah bagi pengeluar atau pengguna, yang meraih lebih faedah ialah orang tengah.



"Apa yang masuk ke dalam saku kumpulan sasaran dan apa yang sebenarnya dibelanjakan oleh kerajaan amat tidak seimbang. Subsidi bagi pembelian hasil keluaran, dengan mengurangkan kos pengeluar, boleh memberi manfaat, tetapi hanya jika bekalan terhad.



"Jika penjual barangan bersubsidi mempunyai monopoli, atau jika bekalan produk itu terhad, maka subsidi itu akan hanya memperkaya orang tengah," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, sambil menambah bahawa subsidi boleh merosakkan keseimbangan ini.







SUMBER: http://ift.tt/1krUMWh
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog