Pemilihan PKR: JPP tolak satu pencalonan peringkat pusat ekoran isu displin

Oleh: NAZLI IBRAHIM



SHAH ALAM: Selepas tempoh bantahan pencalonan bagi jawatan peringkat pusat ditutup semalam, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menerima satu bantahan terhadap calon yang bertanding.



Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata bantahan itu dibuat ke atas seorang calon yang bertanding bagi merebut salah satu kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.



“Bantahan itu menyatakan orang yang bertanding itu tidak layak kerana dia dikatakan mempunyai masalah disiplin dengan parti. Jawatan yang ditandingi adalah MPP dan tindakan sudah diambil parti dan tidak layak kerana ada isu penggantungan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.



johari-abdul Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sehingga perkara berkenaan diumumkan secara rasmi nanti.



Sementara itu, ketika menyentuh proses pencalonan bagi peringkat negeri, Johari memberitahu dua buah negeri, Kelantan dan Terengganu sudah selesai proses penamaan calon, manakala negeri lain iaitu Johor, Melaka dan Pahang akan mengadakan proses sama, hari ini.



Katanya, Sabah yang dijadualkan berlangsung esok diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan esok bagi memberi peluang kepada calon yang berada jauh dari pusat penamaan calon.



“Pencalonan setakat ini berjalan lancar, tiada pihak yang bersikap negatif atau membuat kacau-bilau. Saya harap pemilihan nanti juga berjalan lancar yang akan bermula, pada 26 April ini.



“Pihak JPP juga cukup bersedia dengan menyediakan peralatan yang secukupnya dan Prosedur Arahan Tetap (SOP) yang jelas dalam pemilihan kali ini,” katanya.-NFN



SUMBER: http://ift.tt/1htN2iS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog