Perlu awasi isu keselamatan














Oleh SELENA TAY



KES penculikan di Semporna, Sabah baru-baru ini telah mengingatkan kita kembali kepada kes tahun lalu di mana seorang pelancong wanita dari Taiwan telah diculik setelah suaminya ditembak mati oleh penculik tersebut. Kes ini juga telah berlaku di kawasan perairan di Sabah.



Kali ini pula, seorang pelancong dari China dan seorang pekerja dari Filipina telah diculik, kedua-duanya daripada golongan Hawa.



Ini akan memberi imej yang buruk kepada negara kita kerana ia seolah-olah menggambarkan bahawa kawalan keselamatan di negara kita tidak ketat. Bulan lalu pun terdapat kes dua orang penumpang yang telah menaiki pesawat MH370 dengan pasport yang telah dicuri.



Justeru, jika kita gagal mengawal keselamatan negara, maka para pelancong akhirnya akan lebih suka melawat negara jiran dan walau apa pun cara kita hendak mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang hebat, pelancong tetap akan rasa takut untuk datang melawat kerana risau pasal isu keselamatan.



Ini belum lagi diambil kira kes-kes meragut beg yang sering berlaku di bandar-bandar besar.



Oleh itu, pihak berkuasa digesa memantau sempadan negara kita dengan lebih ketat lagi supaya keselamatan negara tidak akan tergugat.



Langkah-langkah perlu diambil untuk membaik-pulih imej negara yang telah rosak akibat keselamatan yang telah terjejas.



Jika tidak diperbaiki, maka Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak akan mendapat sambutan.



SUMBER: http://ift.tt/1kJT2MJ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog