YB KALABAKAN: KESELAMATAN NYAWA MANUSIA ATAU EKONOMI LEBIH DIUTAMAKAN?




Isu penculikan dua pelancong di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna kini dilihat sebagai isu antarabangsa seperti mana yang berlaku dalam kejadian MH370 kerana ia melibatkan rakyat negara lain dan penculiknya juga berasal daripada negara jiran.



Namun, di sebalik kejadian itu yang semestinya dijadikan isu politik pembangkang timbul juga Ahli Parlimen BN sendiri yang mempertikai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung kejadian itu.



Ahli Parlimen BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ekoran saranannya agar resort atau pusat peranginan di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.



Tidak cukup dengan itu, Ghafur juga meminta Wan Junaidi memohon maaf di atas kenyataannya kerana menganggap telah mencemar nama Sabah.



"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.



“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).



Sebagai Ahli Parlimen yang berpengalaman dan ‘arif’ dengan keadaan keselamatan di Sabah, Ghafur seharusnya memberikan cadangan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri mengapa resort atau pusat peranginan di kepulauan terpencil di Sabah tidak wajar ditutup dan bukannya melenting sehingga mendesak Timbalan Menteri meletak jawatan?



Jika diikutkan ada logiknya juga jika kepulauan atau resort di pulau terpencil di Sabah ditutup kerana faktor keselamatan yang tidak terjamin selain membahayakan nyawa penduduk dan pelancong ketika berada di kepulauan itu.



Kerajaan Sabah seharusnya menilai dan memantau serta meninjau aspek keselamatan mana-mana pulau yang dijadikan pusat peranginan selain daripada memikirkan aspek ekonomi.





Kejadian penculikan ini bukan yang pertama berlaku di pusat peranginan Sabah bahkan ia merupakan ancaman berterusan ke atas pelancong ekoran daripada faktor geografinya yang dekat dengan pulau-pulau kecil milik Filipina.





SUMBER: http://ift.tt/1iti2kr

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog