SabahWidow never misses ‘Double Six’ memorial ceremony

0 comments
KOTA KINABALU: The younger generation in Sabah should be versed on the tragic ‘Double Six’ incident that transpired […]



SUMBER: http://ift.tt/Tnyldl
Read more »

Sedarlah Jais - Serbu Murtad Tidak Sama Dengan Serbu Khalwat

0 comments

shahbudindotcom





Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais mengundang kontroversi lagi. Jika dulu Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 300 naskhah kitab Injil berbahasa Melayu kerana bimbangkan agama Kristian cuba disebarkan kepada masyarakat Melayu sehingga menimbulkan kemarahan penganut agama ini, kali ini jabatan itu berbalah berkaitan agama Hindu pula.

Kali ini serbuan di kuil dilakukan kerana percaya ada wanita Islam telah murtad melalui perkahwinan.



Ahad lalu, sekumpulan pegawai Jais dengan diiringi beberapa orang polis telah menyerbu sebuah kuil ketika berlangsungnya majlis perkahwinan seorang wanita, Zarina Abdul Majid dengan pasangannya lelaki yang beragama Hindu. Oleh kerana adanya aduan yang disampaikan kepada Jais, tentunya aduan itu dilakukan beberapa hari sebelum itu, pegawai jabatan itu telah menyerbu kuil tersebut ketika berlangsungnya majlis perkahwinan itu.



Sebagaimana yang yang dilaporkan oleh banyak media, dalam serbuan pada 10 pagi itu, selain mengumpul maklumat daripada pasangan yang hendak berkahwin itu, Zarina juga dibawa ke pejabat Jais di Shah Alam dan hanya dibebaskan pada jam 2.00 petang kemudiannya.



Sehubungan itu, Zarina yang mengaku hanya namanya Islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak lahir, berasa malu dan terganggu dengan serbuan Jais itu, tambahan pula ramai jemputan yang datang akhirnya memilih untuk segera pulang tanpa menjamah hidangan yang disediakan.



Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi detik meriah dan manis, akhirnya bertukar menjadi babak hitam dan memalukannya.



Dalam pengakuannya, Zarina berkata, namanya mirip seperti Islam kerana bapanya secara sepihak berbuat demikian sebelum menghilangkan diri tidak lama selepas itu. Ibunya pula tidak menyedari namanya mirip Islam kerana buta huruf. Beliau juga menegaskan sudah berusaha melalui pelbagai cara untuk menukar nama dan status agama pada kad pengenalannya tetapi tidak berhasil meskipun sudah membelanjakan lebih RM20 ribu bagi tujuan itu.



Ketika ini ramai pihak, daripada parti politik, NGO, pemimpin kerajaan, pembangkang malah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad turu meluahkan kekecewaan mengenai cara Jais bertindak itu. Jais seolah-olah tidak bijaksana dan tidak menghormati majlis perkahwinan agama lain yang sedang berlangsung.



Walaupun Jais cuba menafikan bahawa kedatangannya bukan merupakan serbuan tetapi hanya untuk mengumpul maklumat tetapi dengan membawa anggota polis dan kemudian membawa pula Zarina ke pejabat Jais untuk diambil keterangannya, apakah itu bukan serbuan namanya?



Apa yang menimbulkan persoalan ialah Jais tentunya menerima maklumat mengenai perkahwinan Zarina beberapa hari atau beberapa jam sebelum itu. Apakah tidak boleh siasatan dilakukan lebih awal atau dibiarkan saja majlis perkahwinan itu selesai dulu dan kemudian dipanggil pasangan itu ke pejabat untuk proses siasatan?



Kenapakah pegawai Jais tidak boleh berfikir bahawa kes murtad bukanlah seperti kes khalwat atau zina yang memerlukan tangkapan atau bukti ketika kejadian sedang belaku? Atau adakah kepala pegawai Jais hanya sarat dengan memikir berkaitan khalwat dan zina saja sehinga tangkapan kes murtad pun mahu dilakukan sepertinya?



Serbuan ke kuil ini bukan saja memalukan jabatan itu, malah umat Islam sendiri turut merasa malu dengan cara tindakan seperti itu. Jais seolah-olah tiada toleransi dan hanya tahu menghukum - tanpa memikirkan tindakan yang dilakukan itu benar, berlandaskan agama atau sebaliknya.



Jais nampaknya tidak belajar langsung daripada kesilapan mereka terhadap penganut agama Kristian dalam serbuan dan rampasan kitab Injil berbahasa Melayu dahulu. Selain tidak mengkaji bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak telah membenarkan kemasukan kitab Injil berbahasa Melayu untuk edaran Sabah dan Sarawak asalkan ditulis di kulit luarnya "Untuk Kristian", rampasan itu juga menimbulkan kemusykilan kerana tiada tindakan lanjut yang diambil selepasnya.



Sekali lagi, ianya menimbulkan persoalan, apakah kebenaran yang mahu ditegakkan oleh Jais melalui serbuan itu? Atau serbuan itu sekadar suka-suka dan ingin menunjuk kuasa?



Kini, belum pun reda permusuhan yang dicetuskan dengan penganut Kristian, Jais cuba berbalah pula dengan penganut agama Hindu?



Kenapakah tidak diselidiki dan disiasat dengan mendalam terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan yang melibatkan penganut agama lain? Janganlah terlampau ghairah mahu melakukan tangkapan dan serbuan tanpa memikirkan kesannya kepada Islam secara keseluruhannya.



Selain perlu melakukan siasatan secara mendalam dan bertindak pula secara berhemah, jangan main serbu saja atau menganggap semua kesalahan melibatkan agama adalah sama seperti kesalahan zina dan khalwat yang pesalahnya perlu ditangkap ketika berdua-duan dan tanpa pakaian, Jais juga perlu lebih fokus kepada aspek lain yang melibatkan umat Islam sendiri.



Di Selangor ini, jika Jais ingin menguatkuasakan undang-undang dan menambah pahala, cegahlah kemungkaran yang lebih besar seperti menahan umat Islam yang banyak meminum arak di kelab, pub dan pelbagai pusat hiburan yang bertaburan di negeri itu. Cegahlah juga pergaulan bebas antara muda-mudi lelaki dan wanita yang begitu menjolok mata terutama pada malam hujung minggu.



Selain pusat hiburan, pusat refleksiologi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang ini juga perlu diberi perhatian oleh Jais kerana sebahagiannya adalah terselindung aktiviti pelacuran yang merosakkan ramai umat Islam sendiri.



Umat Islam yang tidak berpuasa, tidak sembahyang Jumaat dan pelbagai kelalaian lain lebih perlu diberi perhatian oleh Jais. Begitu juga dengan pasangan yang bermasalah dalam perkahwinan, perceraian, mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan seribu satu masalah lainnya.



Dalam masa yang sama, Jais juga janganlah hanya melihat aspek tangkapan dan penguatkuasaan saja. Lakukan juga sesuatu yang lebih berkesan untuk menarik golongan muda lebih mendekati surau dan masjid serta mencintai agama dalam kehidupan dan aktiviti seharian mereka.



Pendeknya, daripada melakukan serbuan yang menimbulkan ketegangan dan keresahan dalam masyarakat pelbagai agama, lebih banyak kerja lain yang sepatutnya lebih dahulu dan diutamakan oleh Jais. Dalam kes Zarina yang berkahwin di kuil Hindu, Jais sepatutnya tahu wanita itu tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak lahirnya lagi dan jika menemuinya lebih awal sebelum majlis perkahwinannya dan membantu pula penyelesaian masalahnya yang berlarutan sudah sekian lama, jabatan itu tentunya lebih dipandang tinggi oleh semua agama.



Atau jika Jais menunggu sehingga majlis perkahwinan itu selesai untuk melakukan siasatan dan jika didapati Zarina memang tidak pernah mengamalkan ajaran Islam dan mempunyai keinginan pula menganut agama lain, bantuan yang dilakukan Jais tentulah juga ianya amat dihargai kerana telah menunjukkan sikap toleransi Islam yang tinggi.



Malangnya, semua pilihan yang lebih baik itu tidak dilakukan oleh Jais.



Dalam hal ini, benarlah kata Mahathir kepada Jais, "kembalilah kepada ajaran Al Quran yang sebenar"



SUMBER: http://ift.tt/Th2Amh
Read more »

Kenapa Tengku Razaleigh Diketepikan Sempena 40 Tahun Hubungan Malaysia - China?

0 comments

shahbudindotcom





Minggu lalu Perdana Menteri, Najib Razak mengadakan lawatan enam hari ke negara China. Selain lawatan itu bertujuan merapatkan hubungan diplomatik, perdagangan dan sosio-budaya antara Malaysia dengan China, tujuan besar lawatan kali ini ialah untuk meraikan 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua negara.

Memandangkan permetraian hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China diadakan pada 31 Mei 1974 oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai, kunjungan Najib selaku anak Tun Razak untuk meraikan hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu tentulah besar ertinya.



Ia bukan saja sesuatu yang manis dan membanggakan negara, bahkan juga tentunya turut menyentuh perasaan Najib sendiri kerana dapat melihat sendiri kejayaan yang telah diasaskan oleh bapanya dan beliau menjadi penyambungnya pula ketika ini.



Ketika lawatan itu baru dua hari berlangsung, negara dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah di IJN, Kuala Lumpur. Najib segera kembali ke tanahair untuk memberikan penghormatan terakhir di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan pentingnya lawatan ke China itu dapat dilihat apabila Najib kemudiannya kembali semula ke China untuk menyambung aturcara lawatannnya.



Kalaulah lawatan dan hubungan dengan China itu tidak penting, sudah pastilah Najib terus saja berada di Kuala Kangsar sehingga upacara pengkebumian Almarhum Sultan Perak selesai dan menyerahkan kepada menteri-menteri yang mengikuti rombongannya meneruskan program seterusnya.



Tetapi kerana pentingnya hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu kepada kesejahteraan negara, di samping ada nilai sentimental kepada dirinya selaku anak kepada Tun Razak, maka Najib kembali menyambung acara lawatannya setelah beberapa jam meninggalkan untuk menziarahi Almarhum Sultan Perak.



Hakikatnya, semua orang tahu sejarah hubungan Malaysia dengan China yang telah terjalin sejak 40 tahun itu. Dalam membina hubungan persahabatan itu, Malaysia pada tahun 1971 merupakan satu-satunya negara yang mendesak PBB agar menerima China menyertai pertubuhan itu. Dalam perhimpunan agung PBB pada tahun yang sama, Malaysia juga telah menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB.



Semua orang juga tahu dalam usaha membina persahabatan yang lebih kukuh itu, Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi Pengerusi Pernas untuk mengetuai delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan di Guangzhuo pada tahun 1971. Atas rasa besar hati dengan kedatangan delegasi perdagangan itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menterinya, Li Xianian telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh itu.



Kemudian dari itu, rombongan daripada China pula melakukan lawatan ke Malaysia dan ia menandakan negara itu telah mengubah pendirian lamanya serta mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang perlu dijalinkan hubungan baik.



Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974 untuk membuka lembaran baru hubungan diplomatik Malaysia dengan China dan pada 31 Mei, Tun Razak bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai telah menandatangani perjanjian diplomatik antara kedua negara yang bertujuan menjalin dan memperkukuhkan lagi hubungan yang sebenarnya sudah pun bermula sejak ratusan tahun dulu lagi.



Hari ini, hasil hubungan itu, China bukan saja merupakan antara 10 pelabur terbesar dalam Malaysia, bahkan merupakan rakan perdagangan dan pasaran eksport keempat terbesar bagi negara.



Sementara Najib begitu menghargai hubungan 40 tahun yang terjalin itu, bahkan memilih 31 Mei juga untuk mengadakan lawatan ke China, sesuatu yang tertinggal ialah apabila beliau mengenepikan Tengku Razaleigh dalam sejarah yang amat bermakna itu.



Memandangkan Tengku Razaleigh masih hidup dan sihat, beliau adalah perakam sejarah sebenar yang bukan saja seharusnya dihargai oleh Najib dan negara, bahkan boleh menceritakan pelbagai perkara tentang usaha menjalin hubungan itu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang lain.



Sekiranya dalam lawatan ke China tempohari, beliau turut membawa Tengku Razaleigh bersama, ia tentulah bukan saja bermakna kepada Malaysia tetapi juga kepada negara China sendiri. Ini kerana selain Tun Razak yang selalu disebut sebagai memulakan hubungan diplomatik dengan China itu, nama Tengku Razaleigh sebagai perintis dan "menebas lalang" untuk membuka laluan persabahatan, perdagangan dan hubungan yang lebih erat, juga tidak boleh dikesampingkan.



Bersama-sama Tun Razak, bukalah mana-mana makalah, tulisan atau catitan sejarah hubungan diplomatik Malaysia dengan China, nama Tengku Razaleigh kekal tercatit sebagai salah satu watak pentingnya.



Najib pastilah akan lebih dihargai jika beliau tahu menghargai tokoh-tokoh lain yang banyak membantu kejayaan bapanya dulu.





SUMBER: http://ift.tt/1oaAvs8
Read more »

KIDEX PULAK JADI BAHAN JATUHKAN KHALID!!!

0 comments



Heh! Macam - macam cara dah dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni nak memburukkan Si Khalid Ibrahim tu. Terdesak sangat diorang ni gayanya.



Jika sebelum ini, diorang buat perancangan 'Langkah Kajang' sebagai agenda utama untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor tu dengan cara terhormat.



Tapi malangnya, agenda yang disusun dengan niat jahat itu tak menjadi juga akhirnya bila Si Ketua Penipu tu didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadi dia.



Kalau tidak kerana keputusan mahkamah rayuan tu, dah tentu - tentu sekarang ni Si Ketua Penipu tu dah jadi Menteri Besar Selangor yang baru.



Namun, Si Ketua Penipu tu tak mampu nak mengatasi ketentuan Allah S.W.T. Hasrat dia nak menjatuhkan Si Khalid Ibrahim tu tidak juga menjadi kenyataan.



Mungkin dek kerana niat dan nawaitu jahat yang tersirat disebalik agenda 'Langkah Kajang' tu la yang membuatkan agenda tersebut tergantung sampai hari ini.



Nak pulak bila tindakan sedemikian dilihat sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. Amanah rakyat boleh diselewengkan sesuka hati.



Maka tak pelik la jika ianya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T. Yang jadi mangsanya bukan orang lain. Rakyat jugak yang terpaksa tanggung kerakusan pemimpin PKR ni.



Bak kata Si Mak Lampir tu sebelum ini, "Janji tinggal janji kosong belaka". Apa yang pasti PKR Selangor terus berputih mata nak menggugurkan Khalid dari jawatan Menteri Besar.



Maka tak mustahil sekiranya isu berkaitan dengan Lebuh Raya Bertingkat (KIDEX) sekitar Petaling Jaya ini juga turut dijadikan bahan Politik untuk memburukkan Si Khalid tu.



Perkara seumpama itu munasabah berlaku dalam kepimpinan PKR sebab amalan 'Tikam Belakang' ni memang kerja Wajib diorang. Bukan Sunat, bukan Makruh. Tapi WAJIB.



Kalau tak main 'Tikam Belakang', mana mungkin Si Ketua Penipu tu boleh dijulang oleh puak - puak PKR tu hari ini. Sebab dia kuat main 'Tikam Belakang' la dia jadi tonggak PKR.



Malangnya, agenda tersebut disembunyikan sekali lagi oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan. Kalau itu pun rakyat masih tak nampak jugak, alamat memang jahanam la Negara dimasa akan datang!!!





SUMBER: http://ift.tt/1koY40f
Read more »

Shafie: Govt has never neglected rural folks

0 comments
JEMPOL: Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the government has never neglected the […]



SUMBER: http://ift.tt/1tFZiUG
Read more »

MAK LAMPIR PESAN KAT DATUK MAH SUPAYA TUNAI JANJI PRK TELUK INTAN

0 comments

Suasana PRK Teluk Intan telah berakhir dan kini sudah tiba masanya calon yang menang akan berkhidmat untuk rakyat dan calon yang kalah bermuhasabah diri.



Sejurus mengetahui kemenangan memihak kepada Datuk Mah Siew Keong, calon BN bersama dengan Pengerusi BN Perak telah mengadakan sidang akhbar bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Teluk Intan yang telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi memberikan perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan.



Tidak cukup dengan itu Datuk Mah telah menemui rakyat Teluk Intan pada awal pagi Ahad bagi mengucapkan terima kasih dan bertemu rakyat atas kemenangan yang telah diduga lebih awal lagi.



Namun, bagi Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang memberikan kenyataan media bagi mengulas kemenangan Datuk Mah dalam PRK Teluk Intan berpandangan kemenagan BN kali ini dibantu undi pos.



Menurut Zuraida, ini ada kena mengena dengan amaran Zahid (Datuk Seri Zahid Hamidi) bahawa kerajaan tahu siapa mengundi untuk siapa.



“Undian pos sebanyak 238 dan jumlah keseluruhan undian yang tidak selaras telah menimbulkan persoalan sama ada kemenangan Mah ini sebenarnya dapat dipertahankan,” katanya dalam kenyataan itu.



Kini, Pakatan Pembangkang akan memantau segala macam janji-janji BN seperti mana yang telah dijanjikan dalam manifesto calon BN.



Terdahulu, Datuk Mah telah bercakap mengenai manifestonya yang akan ditunaikan dirinya dalam tempoh 3 tahun ini sebelum PRU-14.



Apa yang pasti segala macam manifesto pilihan raya akan ditunaikan dan ini pastinya memerlukan kerjasama pemimpin BN dalam merealisasikannya.



Dalam kenyataan itu, Zuraida menggesa agar Datuk Mah ‘tidak menipu penduduk Teluk Intan’ selepas menjanjikan perubahan serta pembangunan semasa berkempen.



“Jalankan kerja anda dan tunaikan semua janji-janji yang dibuat atau orang ramai akan membuat pilihan lain pada pilihan raya umum selepas ini.



Kini kita hanya perlu tunggu dan lihat sama ada janji-janji itu akan ditepati atau hanya menjadi janji kosong,” tambahnya.



Seperti mana yang diumumkan Zuraida, Ketua Wanita PKR itu tidak perlu menasihati Datuk Mah yang merupakan orang politik yang lebih dahulu berbanding Zuraida sebaliknya Zuraida diminta menjaga kawasan Parlimen Ampang yang kini mengalami kerencatan pembangunan disebabkan wakil rakyatnya yang sibuk berpolitik berbanding menjaga kebajikan dan membawa pembangunan.



Juga, isu air dan kecurian pasir serta peningkatan rumah-rumah urut di kawasan Ampang dan Selangor kini sangat membimbangkan dan tiada usaha untuk Ketua Wanita PKR itu menasihati Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikannya.



Akibat terlalu banyak berpolitik, Zuraida kini semakin dipinggirkan oleh rakyat Ampang yang ternyata kecewa dengan perkhdimatan yang diberikan sepanjang hampir 2penggal sebagai wakil rakyat.



Dalam pada itu, Zuraida turut memberi semangat kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa ini hanyalah permulaan kepada kerjayanya dan Datuk Mah ‘kemungkinan besar hanya akan menjadi Ahli Parlimen tansit untuk PRU-14’.



Begitupun, itu hanya persepsi Zuraida yang kini dilihat masih kecewa ekoran kekalahan calon wanita, Dyana Sofya yang mewakili DAP.



Presiden Gerakan, Datuk Mah memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan jumlah undian sebanyak 20,157, mengalahkan Dyana dengan majoriti 238 undi, sekaligus berjaya menawan semula kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan PRU-13. Dyana memperolehi 19,919 undi.







SUMBER: http://ift.tt/S18J4M
Read more »

PAKWE SITIPAH KOYAK NI TAK NAK DIGELAR 'YB'!!!

0 comments





Hek-eleh!!! Poyo betul la Pakwe Sitipah Koyak ni. Kot ye pun dia ni dah ketandusan modal untuk ber-Politik, tak payah la nak guna taktik murahan pulak.



Tak sangka pulak orang seperti Pakwe Sitipah Koyak tu sanggup merendahkan martabat dia dengan memalukan diri sendiri sedemikian rupa.



Kata Pakwe Sitipah Koyak tu, amalan memanggil wakil rakyat ni sebagai 'Yang Berhormat' boleh dianggap satu tindakan yang 'memalukan'.

“Ahli politik atau wakil rakyat perlu galakkan orang ramai untuk tidak menggelar mereka dengan istilah tersebut.




"Ia tidak konsisten dengan hakikat bahawa seseorang wakil rakyat itu sebenarnya berkerja untuk rakyat, bukan menjadi tuan kepada rakyat,” katanya lagi.

Tapi, jika dilihat dari sudut, dia memang tak layak pun untuk digelar sebagai 'Yang Berhormat'. Malah, mana - mana pemimpin Pakatan tu pun tak layak sebenarnya.



Orang yang layak digelarkan sebagai 'Yang Berhormat' ni hanya mereka yang ada kehormatan diri dan tau nak menghormati orang lain.



Jadi kalau nak kata pemimpin puak - puak Pakatan Haramjadah tu ada kehormatan diri memang nampak sangat la menipunya. Semuanya dah hilang kehormatan belaka.



Sorang pernah kantoi berzina dengan Chinadoll dalam video seks yang didedahkan sebelum ini. Bila didesak suruh ambik tindakan, dia bagi banyak alasan pulak.



Yang sorang tu, didakwa kuat menabur fitnah sampai tahap disaman oleh Bekas Calon PKR sampai berjuta - juta ringgit biar pun dia Presiden kepada parti yang KONONnya Islam.



Timbalan dia pulak satu ketika duu pernah didakwa berkhalwat dengan bini sahabat sendiri. Pun baru - baru ni didapati bersalah kerana memfitnah orang jugak.



Tu belum cerita pasal Setiausaha Agung parti tu lagi. Pernah jugak dia kantoi dengan 'Kekasih Gelap' dia dan juga turut didapati bersalah kerana memfitnah orang.



Dan pada ketika ini, ada seorang lagi Ahli Parlimen Pakatan tu sedang menghadapi kes saman fitnah yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.



Malah ahli Parlimen tu juga dalam urusan menuntut fasakh serta hak penjagaan anak dari suami dia tanpa sebarang sebab musabab yang munasabah.



Maka kesimpulannya, memang pemimpin Pakatan Haramjadah tu semuanya TAK LAYAK nak digelarkan sebagai 'Yang Berhormat'. Sepatutnya diorang ni hanya layak digelarkan sebagai 'SAMPAH MASYARAKAT' sebab ayik menyusahkan orang je tak tentu arah!!!





SUMBER: http://ift.tt/1oQ2nDZ
Read more »

Backpackers robbed at knifepoint

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah Backpackers Association (SBA) wants the relevant authorities to beef up security around the state […]



SUMBER: http://ift.tt/1oDmpkJ
Read more »

#PRKTELUKINTAN !!! KANTOI !!! GAMBAR KONTROVERSI PANAS #DYANASOFYA DIDEDAHKAN !!!

0 comments



kantoi lagi !!! apa cerita ni ??? jom kita saksikan GAMBAR KONTROVERSI PANAS dyana sofya di bawah



Sila baca :



1. Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 May 2014 menyatakan yang dia turut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya.






2. Dalam kenyataan akhbarnya,beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa.Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya.Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.



3. Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada Tahun berikutnya, iaitu tahun 2009.












4. Gambar ini diambil pada 22 Mac 2009, iaitu pada hari Majlis Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara. Bukankah itu gadis yang sama? Siap baju nya pun sama.Jika tak percaya,lihat sumber






UNTUK SELANJUTNYA








5. Gambar di atas ialah di Hari Majlis tersebut iaitu pada 22 Mac 2009.Itu pun sudah cukup bukti bahawa Dyana menipu lagi.

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA



6. Tetapi apakah komitmen seseorang itu jika dia juga turut hadir RAPTAI atau dalam bahasa Inggerisnya "rehearsal"! Bukankah boleh dipanggil Aktivis!





ANDA NAK LAGI ???






UNTUK SELANJUTNYA


APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN





SUMBER: http://ift.tt/1rp0ShU
Read more »

OSTAZAH PENING MANGSA KAHWIN MUTA'AH???

0 comments



Heh! Sama ada betul atau tidak, perkara sedemikian tidak dapat kita nak elak apabila ada dikalangan rakyat diluar sana mula berfikiran sedemikian.



Ada yang mula bercerita di kedai - kedai kopi mengatakan bahawa Si Ostazah Pening tu dah jadi mangsa perkahwinan Muta'ah. Itu pandangan orang ramai.



Sama ada benar atau tidak, itu terpulang kepada tuan punya badan. Rakyat hanya meluahkan rasa sangsi mereka mengenai isu yang dibangkitkan.



Spekulasi mengenai kahwin Muta'ah ni menjadi agak sinonim dikalangan penganut tegar ajaran PAS yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Syiah.



Dan amalam kahwin Muta'ah ni pun pernah jugak menjadi satu isu yang hangat diperkatakan sebelum ini. Nak pulak dikalangan 'Orang Muda' dalam PAS.



Kalau ditempat lain, kahwin Muta'ah ni biasanya kita boleh tengok berlaku di Syiria dan juga di Iran. Jarang ada kes yang sama dilaporkan dalam Malaysia ni.



Jadi tak mustahil sekiranya perkara sedemikian menimpa Si Ostazah Pening tu sendiri memandangkan dia kahwin pun dengan penganut tegar ajaran PAS.



Tak pelik kalau perkara sedemikian boleh berlaku. Nak pulak bila Si Ostazah Pening tu kata, suami muda dia mendedahkan status hubungan mereka kepada kawannya sebelum ini.

Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai. - Laporan Sinar Harian

Biarpun status itu tidak dijelaskan kepada Si Ostazah Pening tu, tapi bibit - bibit Muta'ah tu memang wujud. Makanya, itu yang membuatkan orang mula buat spekulasi.



Walau apa pun pandangan dari kalangan rakyat, kes perceraian ini wajar menjadi satu pengajaran buat Si Ostazah Pening tu sendiri. Dia perlu muhasabahkan diri dan cermin diri dia. Jangan suka sangat menyombong tak tentu arah pulak!!!





SUMBER: http://ift.tt/1oAY7rC
Read more »

KERANA DENDAM POLITIK, RUMAH DISERANG AIR KENCING!!!

0 comments



Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengatakan beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO suatu ketika dahulu.



Beliau yang ditemui ketika menyampaikan ceramah Israk Mikraj di kampung Batak Rabit malam tadi berkata, setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.



“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.



Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.



“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.



“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.



“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.



Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.



Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?



Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.



“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.





SUMBER: http://ift.tt/1nY0P6W
Read more »

Judges may have hard time choosing Unduk Ngadau

0 comments
KOTA KINABALU: It appears that the judges for the Sabah State-level Unduk Ngadau competition will have a hard […]



SUMBER: http://ift.tt/SRr8lw
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog