Najib Buat Lawatan Singkat Ke Sabah Hari Ini

0 comments









Najib, Salleh Said dan Yahya Hussien di KKIA

Perdana Menteri melakukan lawatan singkat ke Sabah hari ini. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri telah mendarat pada pukul 12.36 tengah hari tadi. Beliau diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said dan barisan kabinet serta 500 rakyat.



Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih di Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang.





SUMBER: http://ift.tt/1nnILFk
Read more »

Surat terbuka untuk Najib Razak

0 comments










Oleh Nomy Nozwir







Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,



Saya, Muhammad Nomy Nozwir, hari ini menulis surat ini berdasarkan kenyataan anda berkenaan tentang kekalahan teruk Brazil kerana ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan bolasepak Samba itu.



Apabila anda bercakap begitu, mungkin anda sedang bermuhasabah diri.



Dalam masa saya tidak yakin dengan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana terlalu banyak pergolakan konflik dalaman parti serta isu pemilihan dalam parti komponen PR yang tak selesai-selesai, saya juga tidak yakin dengan kepimpinan anda yang membawa negara ini ke arah terumbang-ambing.



Sejak 2009 apabila anda menerajui pentadbiran, terlalu banyak isu yang berlaku yang saya rasa anda tidak menanganinya dengan baik.



Ya, mungkin akan ada yang kata, “kalau kau pandai kau jadi la perdana menteri”, saya akui saya tidaklah berapa pandai dan cerdik dan berkelayakan menjadi perdana menteri.



Tetapi, saya tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Tetapi, tugas perdana menteri ini sangat berkait rapat dengan rakyat marhaen seperti saya ini.



Dari isu api perkauman yang semakin marak, isu rasuah yang masih macam-macam hal, isu pembangunan yang asyik retak runtuh tenggelam pecah dan sebagainya, saya rasa anda di luar kawalan dan tidak mampu untuk mengawal keadaan di negara ini.



Setiap kali anda selaku perdana menteri dan menteri kewangan membentangkan bajet, ramai menteri, ahli akademik, penganalisis ekonomi berkata bajet yang anda bentangkan sebagai yang terbaik yang pernah dibentangkan.



Tetapi jika ia terbaik, kenapa negara ini dalam keadaan berantakan sebegini?



Saya rasa tak perlulah nak tulis angka-angka yang menunjukkan kegagalan anda dalam mengurus tadbir negara ini kerana saya rasa kalau saya tulis pun bukan mengubah keadaan pun. Cuma, keadaan boleh dirasa di mana-mana, yang rakyat tidak yakin dengan kamu.



Hatta di kalangan orang Barisan Nasional (BN) sekali, tidak yakin dengan kamu.



Saya tidak bermaksud mahu memperkecilkan mandat yang diterima BN melalui pilihan raya yang lalu, memandangkan sistem pilihan raya negara ini sudah dibentuk untuk memastikan BN akan sentiasa memerintah, maka bagi saya, carilah orang BN yang lebih berkelayakan.



Anda mempunyai menteri yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri seperti sebuah kumpulan bolasepak, ditambah pula anda mempunyai sebuah agensi untuk menasihatkan kamu yang dinamakan Pemandu.



Jika anda mempunyai skuad yang sebegini punya ramai dan bajet sebegini punya mahal, kenapa masih banyak kerosakan berlaku dalam negara ini?



Ini macam satu bentuk pembaziran macam Manchester United beli Maruanne Fellaini.



Terus terang saya katakan, lebih ramai orang seperti saya, rakyat biasa yang tiap-tiap bulan runsing nak bayar sewa rumah, bil air dan letrik serta kos hidup yang semakin meningkat ini tidak yakin dengan kamu.



Menteri-menteri yang kamu lantik pun semuanya tidak berkaliber dan cakap merapu menyebabkan rakyat tidak lagi percaya dengan seluruh kabinet XXL kamu.



Menteri-menteri kamu ini hanyalah seperti “patung-patung tanah liat maharaja” Qin Shi Shuang, maharaja China yang mahu dikebumikan bersama seluruh bala tentera dan penasihatnya apabila dia mati.



Najib, saya tahu bahawa anda adalah penyokong Manchester United dan musim lepas apabila kelab kesayangan anda itu melantik David Moyes menjadi pengurus pasukan, kelab kesayangan anda itu terus jatuh dari menjadi juara liga, kepada pasukan yang tak layak main mana-mana kejohanan Eropah pun.



Apa Manchester United buat, mereka pecat Moyes kerana prestasi yang hambar.



Apabila anda bercakap soal ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan Brazil, adakah anda rasa kepimpinan anda seperti pasukan Jerman?



Adakah anda rasa kepimpinan kamu seperti Sir Alex Ferguson, pengurus pasukan kelab kesayangan kamu yang membawa Manchester United ke arah kegemilangan sejak 1990an?



Apa perasaan kamu apabila Moyes menjadikan Manchester United ini menjadi pasukan bolasepak yang hambar?



Macam tu jugalah perasaan saya dan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap kamu.



Sekian, selamat berpuasa.



SUMBER: http://ift.tt/1jluMQF
Read more »

Najib has considered all in ESScom revamp – Pairin

0 comments
KOTA KINABALU: Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan welcomed the restructuring of the Eastern Sabah Security […]



SUMBER: http://ift.tt/1ni6G9p
Read more »

Berhenti merokok di bulan puasa

0 comments













Oleh Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)



AMALAN puasa Ramadan seharusnya bantu cemerlangkan diri dari segi minda, psiko-emosi, fizikal dan spiritual. Perokok tegar merupakan individu yang mendapati diri mereka sukar untuk berpuasa dalam Ramadan. Baru beberapa jam berpuasa mereka berasa tidak selesa kerana mengalami kesan ketagihan.



Nikotin daripada tembakau merupakan bahan utama yang menyebabkan perokok berasa cergas sebaik-baik sahaja merokok. Ia berlaku kerana nikotin menyebabkan paras gula meningkat. Bagaimanapun merokok menyebabkan peningkatan paras gula berlaku secara mendadak. Malah penurunan paras gula juga mendadak.



Tidur adalah perbuatan terlarang pada waktu pejabat. Perokok yang tidak tahan mengantuk akan sanggup curi-curi tidur sekiranya mendapati bos tiada dalam pejabat.



Jadi, penagih rokok sebenarnya menghadapi kesukaran menghadapi waktu berpuasa pada siang hari sepanjang Ramadan.



Puasa merupakan ibadah yang membawa berkat dan nikmat kepada seluruh umat Islam. Namun ia didapati sebagai amalan yang menyeksa bagi penagih rokok, gula dan kopi. Sebab itu kadang-kadang anda terdengar rungutan daripada golongan isteri mengenai suami mereka yang ketagihan rokok sering ponteng puasa. Belum pun sampai waktu tengah hari penagih rokok sudah berbuka dengan merokok.



Interpretasi meleset



Kerana menghormati Ramadan, sesetengah penagih rokok hanya berbuka dengan menghisap rokok. Mereka tidak makan dan tidak minum.



Merokok merupakan seolah-olah suatu perbuatan yang memberikan mereka nyawa. Tidak dapat merokok selama berjam-jam

dianggap sebagai pemutus nyawa. Berbuka dengan merokok pula diterima sebagai sumber kehidupan!



Pencandu atau penagih rokok biasanya mempunyai tabiat atau kebiasaan berikut. Mereka akan merokok sebaik-baik sahaja lepas makan.



Mereka merokok ketika minum waktu rehat tidak kira apabila bersendirian atau bersama rakan. Merokok ketika buang air besar adalah perbuatan wajib bagi mereka. Mereka selalu hilang pada waktu bekerja hanya kerana perlu lepaskan gian untuk merokok.



Terdapat segelintir pemandu bas ekspres yang merokok ketika memandu bas yang sedang dipenuhi penumpang. Jika ada penumpang cuba menegur, mereka akan memberikan pelbagai alasan.



Pertama mereka akan mengantuk jika tidak merokok. Alasan kedua ialah asap rokok keluar dari bas kerana mereka buka tingkap di sebelah kanan ruang pemandu. Alasan lain ialah mereka hanya hisap rokok bukan hisap dadah!



Walaupun buka tingkap, asap rokok tetap meliputi ruang penumpang. Kalau tidak masakan penumpang merasa terganggu dengan bau asap rokok. Wahai golongan pemandu bas ekspres yang merokok ketika memandu bas yang membawa penumpang, ingat-ingatlah merokok ketika memandu bas adalah salah di sisi undang-undang.



Sebahagian perokok pula akan merokok sesuka hati tidak kira di mana mereka berada seperti di restoran. Kerana hendak jaga hati pelanggan, pemilik restoran pula menyediakan bekas puntung rokok mudah alih yang kadang-kadang dibubuh di semua meja.



Ramai juga yang merokok ketika berada bersama keluarga yang dianggotai oleh remaja dan kanak-kanak contohnya ketika berehat dan memandu.



Sesetengahnya mempunyai tabiat yang buruk iaitu mengirim beli rokok kepada isteri, anak perempuan dan anak lelaki bawah umur.



Ramadan ialah bulan muhasabah. Menahan diri daripada makan dan minum serta daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa termasuk merokok, sepatutnya dijadikan sebagai latihan yang memberi kekuatan minda, fizikal dan kerohanian setiap orang yang berpuasa.



Jika ada kemahuan, puasa Ramadan boleh dijadikan waktu untuk berhenti merokok. Antara kaedah utama untuk mengurangkan ketagihan kepada bahan tersebut ialah bersahur dan mengakhirkan waktu bersahur.



Perokok yang langsung tidak bersahur dan makan sahur awal lebih mudah mengalami simptom ketagihan merokok. Ia juga dipercayai menyebabkan sesetengah perokok akan mengalami kesan ketagihan yang lebih buruk.



Sesetengah orang tetap terus mengamalkan kebiasaan yang mereka lakukan iaitu tidak bersahur dan bersahur terlalu awal. Sebahagian orang melakukannya kerana jahil (tidak tahu) atau kerana degil.



Pada pandangan penulis, kemajuan dalam penyampaian maklumat pada zaman sekarang seharusnya tidak dijadikan alasan untuk mengaku diri jahil.



Setiap orang yang mengaku Islam seharusnya mengamalkan sikap para sahabat iaitu samikna wa’athokna (maksudnya ialah kami dengar dan kami taat).



Daripada Abu Hurairah berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa saja yang aku larang kamu melaksanakannya, hendaklah kamu jauhi dan apa saja yang aku perintahkan kepada mu, maka lakukanlah menurut kemampuan kamu.



Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kamu adalah karena banyak bertanya dan menyalahi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Keperluan vitamin



Sesungguhnya terdapat beberapa hadis mengenai kebaikan makan sahur. Antaranya seperti disebutkan daripada Anas bin Malik RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Makan sahurlah kalian, karena sesungguhnya dalam makanan sahur terdapat barakah).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Maksud barakah atau dalam bahasa Melayu yang biasa disebut berkat ialah kebaikan yang tetap dan banyak. Barakah dalam hadis tersebut dikatakan ulama meliputi kebaikan pada makanan sahur dan perbuatan bersahur.



Mengenai sunnah mengakhirkan bersahur pula kita dapati hadis daripada Anas bin Malik RA, daripada Zaid bin Tsabit RA beliau berkata, “Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami berdiri untuk mengerjakan solat.” Anas berkata, “Aku berkata kepada Zaid,

"Berapa rentang waktu antara azan dan sahur?" Zaid menjawab, "Kira-kira 50 ayat"” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Hadis al-’Irbadh bin Sariyah, beliau berkata, ”Rasulullah SAW mengundang ku untuk makan sahur pada bulan Ramadan lalu mengatakan, “Marilah menikmati makan pagi yang mengandungi barakah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Khizaimah)



Jika perokok mendapati makanan mereka sebelum dan sepanjang Ramadan tidak mencukupi dari segi nutrien contohnya vitamin tertentu, maka mengambil suplemen multivitamin adalah pilihan bijak. Antara lain contohnya beberapa jenis vitamin B membantu membaik pulih sel termasuk DNA.



Makanlah pelbagai makanan berantioksidan. Lemak tradisional yang menyihatkan seperti makanan bersantan, telur, minyak sapi, keju dan mentega susu asli sepatutnya dimakan setiap hari kerana ia membantu orang yang berpuasa lambat merasa lapar.



Gula dan minuman tinggi kafeina merupakan perangsang adrenalina sepertimana merokok. Jadi, pemilihan makanan yang sesuai, melewatkan waktu bersahur dan kesungguhan akan membantu perokok tegar menjalani puasa Ramadan dengan cemerlang.



Jika anda teliti betul-betul maksud firman ALLAH SWT: “...janganlah kamu campakkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah: 195)



Penulis percaya ramai perokok yang akan berhenti merokok. Merokok secara tegar selama bertahun-tahun meningkatkan risiko kanser seperti kanser paru-paru berlipat kali ganda.



Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G). Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu



SUMBER: http://ift.tt/1qlrdsp
Read more »

Sabah tourism backtracks 10 years , says SATTA

0 comments
KOTA KINABALU: The tourism sector in Sabah has backtracked by over 10 years due to the recent spate […]



SUMBER: http://ift.tt/1qWaxLY
Read more »

300MW power boost from Aug

0 comments
KOTA KINABALU: Sabah will enjoy more stable power supply starting August with two Independent Power Providers (IPP) coming […]



SUMBER: http://ift.tt/VX1a1T
Read more »

Hina Nabi: PAS Sabah desak tindakan segera

0 comments


SALMIYAH HARUN





KUALA LUMPUR: PAS Sabah menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam termasuklah menghina Nabi Muhammad SAW.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah agama lain hanya memusnahkan perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama ini.



Beliau berkata demikian merujuk kepada seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman facebooknya.



Bagaimanapun katanya, PAS, Umno dan NGO telah membuat laporan polis terhadap David Orok dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara ini. PAS Sabah telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Sandakan dan Tawau.



Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Hamid Ismail berkata Orok telah memuat naik statusnya pada 5 Julai lalu, menyatakan tidak ada pihak yang membuat laporan polis apabila orang bukan Islam pula yang dihina.



"Dalam perkara ini, Orok mungkin tidak tahu PAS Sabah pernah membuat laporan polis pada Disember 2013 lalu kerana ada laman Facebook didapati menghina orang Kristian di Sabah. Dan kes ini masih disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya.



Tambahnya, semua pihak atau individu wajar mempertimbangkan terlebih dahulu untuk mengulas atau membincangkan perkara yang membabitkan agama khsusnya agama Islam.



"Mungkin anda mengeluarkan pendapat sendiri mengenai perkara tertentu yang benar melalui pembacaan daripada beberapa ayat Al-Quran dan hadis, tetapi pendapat anda adalah salah kerana anda tidak membawa ayat-ayat yang lain dan hadis mengenai perkara itu.



Justeru, beliau menegaskan PAS Sabah dan Islam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan atau komen menghina agama Islam atau Nabi Muhammad SAW.



Hari ini, beberapa NGO Sabah turut membuat laporan polis terhadap Orok antaranya, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns), Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan Pergerakan Pemuda Umno Putatan.



Mereka meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.



David Orok juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu. -



SUMBER: http://ift.tt/1kxHZAZ
Read more »

Muhyiddin Yassin layak jadi idola Perkasa dan Isma – Guan Eng

0 comments
247745_515944561768983_1820465994_n


Roketkini.com





GEORGE TOWN: Perilaku Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan menyebar kebencian kaum serta memberi amaran tidak mustahil 13 Mei 1969 akan berulang menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada Perkasa dan Isma, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.



“Muhyiddin bukan saja tidak bertanggungjawab tetapi menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada NGO sayap kanan seperti Perkasa dan Isma sebagai seorang pentaksub serta pelampau dan sama sekali tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

“Beliau nampaknya semakin membina reputasi sebagai ‘poster boy’ Perkasa dan Isma selepas memalukan prinsip 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menyatakan dirinya adalah ‘Melayu dulu, Malaysia kemudian’.



“Dengan mengamalkan sikap bermusuhan, dapatlah kita simpulkan bahawa Muhyiddin bukan saja tidak hormat, malah tidak bertolak-ansur terhadap bukan-Muslim dan bukan-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.



Sehubungan itu, Guan Eng menyarankan parti komponen BN supaya memberi kata dua kepada Muhyiddin yang tidak henti mengeluarkan kata-kata bersifat kebencian dan perkauman.



“8 orang Menteri Kabinet iaitu 2 MCA, 2 MIC, satu Gerakan, satu Parti Bersatu Sabah (PBS), satu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan satu dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu mendesak Muhyiddin menarik semula kenyataannya atau mereka ini meletakkan jawatan sebagai tanda protes.



“Kegagalan berbuat demikian hanya akan menunjukkan bahawa 6 parti komponen BN dan menteri mereka menerima serta membenarkan kenyataan melampau Muhyiddin terhadap bukan-Muslim,” tegas Ahli Parlimen Bagan itu.



Mengulas isu sama, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya semalam berkata bahawa amaran Muhyiddin itu jelas menunjukkan betapa kerajaan telah gagal mengekalkan semangat kebersamaan antara anggota masyarakat Malaysia.



Menurut Kit Siang, kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini telah terpampang nyata.



“Tugas pertama mana-mana Kerajaan Persekutuan di Malaysia, tidak kira sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) adalah memastikan 13 Mei tidak berlaku lagi.



“Apabila sesebuah kerajaan membenarkan hubungan antara kaum semakin buruk dan memberitahu rakyat bahawa ’13 Mei mungkin berulang’, kerajaan ini jelas kehilangan moral dan justifikasi politik untuk terus memerintah negara,” katanya.



Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan bahawa Kabinet dan kepimpinan tertinggi BN perlu mengadakan mesyuarat tergempar kerana negara sedang berdepan situasi paling kritikal.



“Jika tidak ada sebarang mesyuarat tergempar dibuat, rakyat pasti tertanya-tanya apakah Muhyiddin memberi lesen kepada sekumpulan kecil pelampau supaya terus mengamalkan sikap perkauman,” ujar Kit Siang. -Roketkini.com



SUMBER: http://ift.tt/1rJv3zo
Read more »

PAS Sabah will not tolerate those insulting Islam

0 comments
KOTA KINABALU: PAS Sabah and Muslims will not tolerate any party or individual issuing statements or comments insulting […]



SUMBER: http://ift.tt/1kulooI
Read more »

Penghinaan ahli parti STAR mencerminkan prejudis Jeffrey Kitingan terhadap Islam

0 comments



Jika dibaca kenyataan maaf yang dibuat oleh David Oruk, seorang Dusun berbangsa Kristian yang menjadi ahli parti pimpinan Dr Jeffrey Kitinagn, terhadap orang Islam, ianya seolah-olah dia menyesali apa yang dikatakan.

Sebenarnya ucapan maafnya berlainan dan masih cuba membuat alasan:



PERMOHONAN MAAF!



Kepada semua umat islam yg terbaca KOMEN TIDAK LENGKAP saya yg diposkan semula oleh pihak Tidak Bertanggungjawab, bagi tujuan seolah-olah saya menghina agama Islam dan Nabi Muhammad. Saya sedar yg anda sekelian tersinggung bila membaca Pos2 yg mereka sebarkan itu, dan itulah sebanarnya yg mereka mahu berlaku.



Dengan penuh rasa bertanggungjawab di atas apa yg berlaku, saya DAVID OROK dengan ini secara rasminya ingin MEMOHON MAAF kepada kalian semua tentang segala kemusykilan yg berlaku. Saya tiada niat untuk menyakiti hati kalian apa lagi menghina agama Islam dan Nabinya.



Saya sampaikan permohonan maaf ini dengan penuh ikhlas dari lubuk hati saya. Semoga kebanaran sebanar akan perkara ini diketahui oleh anda sekelian, dan akhirnya marilah kita sama2 membentuk perpaduan sesama kita semula di dalam masyarakat yg pelbagai kaum dan anutan agama ini.



Sekian, salam sejahtera dan mohon maaf dari saya secara peribadi.



Yang Ikhlas,



DAVID OROK. 05/07/2014.



------------------------------------



Mana pula komennya yang tidak lengkap?



Mari dibaca komennya yang jelas menghina Islam dan membuat komen tanpa cuba memberi pandangan dan rasa sensitif terhadap rasa hati orang Islam:












Bila ada laporan polis terhadapnya, reaksinya masih biadap:









Jika benar dia ikhlas, kenapa pula David Orok yang berkad No. K/P: 651002125261 / H0642399 lahir pada 02-10-1965 hilang tidak boleh dihbungi.



Alamat dan komunikasi berikut:



PO BOX 464 KG ROUN

JLN LABUAYA TOPOKON

KILOMETER 1 TUARAN 89208 SABAH

Telefon Bimbit: 0128398988,0168391007

Handphone whatsapp: 0168391007



Kenapa lari dan sembunyi jika ikhlas minta maaf? Kenapa masih lagi cuba cari alasan?



Sebenarnya pemikiran ini adalah mencerminkan prejudis pemimpin parti STAR Dr Jeffrey Kitingan yang telah mula disebarkan.














SUMBER: http://ift.tt/1oozue1
Read more »

Sedikit demi sedikit, Cina sedar Guan Eng tak layak ditokongkan

0 comments



Pada Khamis lepas, sekumpulan penduduk tempatan Balik Pulau mogok membantah rancangan merobohkan bangunan pasar lama Bali Pulau.

Ii bukan kali pertama kaum cina membantah rancangan kerajaan negeri yang terlalu drastik hngga menyusahkan rakyat. Suatu masa rakyat termasuk kaum cina membantah tindakan Lim Guan ENg menaikkan sewenang-wenang rumah kos rendah hingga diluar kemampuan.






Adakah DAP peduli hal perumaha rakyat hingga berlaku gelendengan?



Sebelum ini Unspinners telah dedahkan satu persatu kepincangan kerajaan Pulau Pinang di SINi, SINI dan SINI.






Dalam perkembangan terkini, Reezal Merican telah menyuarakan sikap tidak ambil peduli hal penyakit JE.



Penempatan ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor perlu dikaji semula jika terbukti ia menjadi punca penularan virus Japanese Encephalitis (JE). Ia perlu dilakukan jauh dari kawasan penduduk mengikut jarak yang munasabah.



Lim Guan ENg macam tak ambil kisah. Baca di Sejarah Melayu SINI





Yang dia peduli nak buat duit saja



SUMBER: http://ift.tt/1qKkk7S
Read more »

Cabotage Policy OK if fair – FSI

0 comments
KOTA KINABALU: The Federation of Sabah Industries has renewed its call for the Federal Government to set in […]



SUMBER: http://ift.tt/1xwONqv
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog