Alarm over unabated turtle carnage

0 comments
KOTA KINABALU: A Universiti Malaysia Sabah researcher-lecturer has expressed his concern about the rapid decline in turtle population […]



SUMBER: http://ift.tt/1npxxvL
Read more »

Curfew at six districts in EssZone to end on Aug 17 — ESSCom commander

0 comments
LAHAD DATU: The extended curfew at six districts in the Eastern Sabah Security Zone (ESSZone), which began yesterday, […]



SUMBER: http://ift.tt/1otz88r
Read more »

PENSYARAH UNIMAS CUBA TIMBULKAN SEMANGAT ANTI-SEMENANJUNG DI KALANGAN RAKYAT SARAWAK

0 comments

Hanya bermodalkan 100 orang respondan atas talian (online), seorang pensyarah UNIMAS di Fakulti Sains Sosial, Prof Dr Andrew Aeria boleh membuat kesimpulan bahawa 72 peratus rakyat Sarawak bersetuju untuk Sarawak keluar Malaysia.



Hebat sungguh Andrew Aeria ini kerana hanya dengan sampel 100 orang responden atas talian sudah boleh menggambarkan majoriti rakyat Sarawak bersetuju untuk keluar Malaysia.



Bagaimana, seorang pensyarah yang bertaraf Profesor boleh menggunapakai sampeling 100 orang bagi mewakili lebih 2 juta rakyat Sarawak dalam mengandaikan keputusan mahu keluar Malaysia?






Di manakah letaknya taraf akademik Profesor itu yang seolah-olah cuba untuk memberikan gambaran buruk terhadap golongan setarafnya di universiti?



Biarpun mengetahui terdapat pensyarah di universiti tempatan di Malaysia yang cenderung menyokong pembangkang, tetapi dengan kajian yang berat sebelah dan tidak memenuhi piawaian akademik maka ia tidak boleh mewakili suara rakyat Sarawak.



Seperti biasa, kajian Andrew Aeria ini telah mendapat perhatian portal pembangkang The Malaysia Insider yang telah disiarkan pada 1 Ogos dengan tajuk 'Straw Poll Gives Peek Into Restive Feeling In Sabah dan Sarawak'.






Melihat kepada latar belakang Andrew Aeria ini yang cenderung kepada pembangkang dengan menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi PKR dan Pakatan Rakyat.



1. Penasihat Institut Rakyat yang diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail



2. Salah seorang pemimpin dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aliran yang menyokong hak kemanusiaan dan sejagat (memperjuangkan hak pesalah ISA)



3. Pemimpin NGO Aliran merupakan sebahagian daripada pemimpin NGO Negaraku yang dipimpin Datuk S. Ambiga yang pernah mengetuai Perhimpunan Haram BERSIH.




Maka, dengan itu tidak hairanlah sekiranya pensyarah UNIMAS itu membuat analisis dengan mempersoalkan kenapa rakyat Sarawak masih mahu menyokong BN Sarawak sedangkan BN itu merupakan sebahagian daripada BN Pusat dengan merujuk kepada keputusan rakyat Sarawak yang mahu keluar dari Malaysia.







SUMBER: http://ift.tt/1sflGGI
Read more »

Sifat "Pendendam" Timbalan Menteri Ini Boleh Dicabar Di Mahkamah

0 comments

KELAB GREENBOC









Pengajaran peneroka yang saman Felda'



Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib mempertahankan keputusan Felda untuk tidak membayar dividen dan sagu hati raya dari Felda Global Venture (FGV) kepada peneroka yang menyaman Felda.



MP Maran itu menegaskan, Felda mengambil langkah yang betul, rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka di seluruh negara, lapor Utusan Malaysia hari ini.



"Tindakan Felda tidak membayar dividen akhir FGV dan wang sagu hati raya tahun ini kepada peneroka yang menyaman Felda adalah satu tindakan rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka seluruh negara.



"Perkara ini diharap memberi pengajaran kepada peneroka Felda supaya jangan mudah terpedaya dengan mainan politik pembangkang yang berterusan mencipta isu membabitkan Felda," katanya pada satu majlis di Maran semalam, lapor Utusan.



Beliau turut menggesa Felda menyemak semula senarai peneroka yang menyaman Felda kerana ada di antara mereka yang tidak berbuat demikian tapi namanya tersenarai sebagai penyaman Felda.



Akhbar sama melaporkan peneroka yang tidak menyaman Felda menerima dividen FGV sebanyak RM647 dan insentif produktiviti sebanyak RM300. -mk




Saman tidak batal hak peneroka terima dividen



KUALA LUMPUR: Menafikan hak golongan peneroka hanya kerana tindakan mereka menyaman Felda adalah tindakan yang zalim dan tidak munasabah, kata Presiden Abim, Amidi Abdul Manan.



Beliau menyataan demikian merujuk kepada laporan berkaitan tindakan Felda menafikan hak segelintir peneroka menerima dividen adalah amat dikesali.



"Sekiranya benar seperti dilaporkan oleh beberapa portal berita, tindakan sedemikan adalah tindakan yang bodoh dan jijik," ujarnya dalam satu kenyataan.



Katanya, Abim menyokong segala tindakan berlandaskan undang-undang bagi mengembalikan hak kepada mereka yang dizalimi.



Seharusnya, ujar beliau Felda menghayati prinsip wasatiyyah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri yang bercirikan kesederhanaan dan menjauhi sebarang bentuk tindakan yang melampau termasuk penganiayaan.



Begitu juga, katanya dengan prakarsa 'hifz ul-mal' iaini penjagaan harta yang terkandung dalam maqasid syariah yang secara jelas tidak membatalkan hak untuk para peneroka untuk mereka menerima dividen atas sebab tindakan mereka menyaman Felda.



Sehubungan, ujar beliau Abim menggesa agar satu penjelasan dibuat oleh Felda bagi merungkai kekeliruan yang mungkin timbul berpunca dari situasi ini.



"Abim percaya kemarahan golongan peneroka terhadap Felda dapat diredakan dengan penjelasan yang rasional dan munasabah," katanya lagi.
- HD



ULASAN GB



Demikian teruknya mentaliti dan sikap seorang yang berjawatan Timbalan Menteri dari UMNO-BN. Apabila FELDA disaman oleh peneroka untuk menuntut hak mereka, nama mereka dicicirkan dari menerima dividen FGV.



Perkataan dan tindakannya itu boleh diheret ke mahkamah dan biarkan mahkamah tentukan samada perkataan dan tindakannya itu benar atau salah.



Ia menyerlahkan sifat "berdendam", yang menjadi amalan kerajaan UMNO BN selama ini.



Sama seperti sikap dan tindakan Mahathir yang menyekat pembangunan di Kelantan satu ketika dahulu apabila UMNO BN tewas di Kelantan.





Hukum Kebenaran dan Keadilan akan berjalan, UMN O BN akan hancur musnah kerana kezaliman dna kekejamannya itu.



LIHAT VIDEO DI SINI







SUMBER: http://ift.tt/XroNjF
Read more »

PKR JANGAN JADI "TIKUS MEMBAIKI LABU"!!!

0 comments



Huh!!! Dasar manusia tak sedar diri ni memang susah nak terima kenyataan dan kebenaran. Disebabkan itulah diorang lebih suka berangan - angan.



Itulah didikan yang telah diberikan oleh Si Ketua Penipu tu kepada semua pemimpin - pemimpin PKR ni dari peringkat Pusat hingga ke peringkat akar umbi.



Kalau tak boleh nak menipu, maka hilang la kelayakan mereka untuk menjadi ahli atau pun pemimpin parti tersebut. Sifat Penipu tu dianggap mandatori.



Jika sebelum ini, Bekas Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Razak tampil membuat pendedahan mengenai perangai Haramjadah PKR di Kedah.



Penjelasan yang diberikan secara panjang lebar tu mengupas sifat Haramjadah pemimpin PKR di Kedah selama Pakatan tu memerintah sebelum ini.



Hakikatnya pada ketika itu, puak - puak PKR ni hanya memperjuangkan kepentingan mereka sendiri. Tak pernah pulak diorang peduli dengan nasib rakyat.



Sampai tahap ada yang buat tuntutan yang tak masuk akal sewaktu menjawat jawatan sebagai wakil rakyat hingga ke tahap berjuta - juta ringgit. (Klik Sini )



Apa yang pasti, melalui pendedahan yang dibuat menyatakan bahawa sifat pemimpin PKR Pusat ternyata mengecewakan apabila kebajikan mereka tidak dijaga. (Klik Sini )



Dek kerana pendedahan yang dibuat tu terlalu lantang, ada jugak dikalangan pemimpin PKR ni yang melatah dan mendakwa ianya hanya sekadar fiksyen belaka.



Pemimpin PKR Kedah tu tampil membuat dakwaan kononnya pendedahan sebelum ini hanya disifatkan sebagai "Tidak Matang" kerana dibuat secara terang - terangan.



Kalau ianya sekadar satu fiksyen, kenapa PKR tak ambik tindakan dan saman Bekas Setiausaha Politik kepada Mantan Menteri Besar Kedah tu?



Kenapa diorang hanya sekadar berani nak menafikan dakwaan yang dibuat? Tak berani ke diorang nak ambik tindakan saman fitnha terhadap pendedahan yang dibuat?



Kalau ye pun diorang takut dengan bayang - bayang diorang sendiri, jangan la sampai kemaluan tu nak ditayangkan kepada orang ramai. Malu la sikit.



Sepatutnya PKR perlu ambik pendekatan memuhasabahkan diri. Perbetulkan parti sendiri yang berada dalam keadaan berkecamuk pada ketika ini. Jangan pulak diorang nak sibuk pasal hal orang lain!!! Buat mengabihkan masa je!!!





SUMBER: http://ift.tt/1odhaa4
Read more »

Jawapan Dr Zuhdi Kepada Rafizi, Anthony Loke Dan Tony Pua - PAS Patut Berhenti Lakon Suci.

0 comments








Aku siarkan jawapan pemimpin2 PAS kepada beberapa pihak yang sedang dalam agenda MENJALANKAN OPERASI KAJANG MOVIE. Kat akhir artikel ye.



Tapi aku nak nyatakan 3 perkara penting kat sini.



1. Aku tak sokong sebarang bentuk racisma. Baik siapa pun pelakunya. Sungguhpun aku tak sokong perbuatan membocorkan mesej wassap tapi bila dia dah kantoi, dia dah kantoi. Dah kantoi bersikap racist kena mengaku. Samada nak teruskan bersikap racist ataupun minta maaf. Ini Dr. Zuhdi kena faham.



2. DAP jangan sembang kencang kutuk racisma Dr. Zuhdi tanpa menilai racisma sendiri. Dalam DAP puak2 racist lebih ramai dalam PAS. Pada aku PAS patut muhasabah diri dan perbaiki sikap ahli2 dan pemimpin2 sendiri untuk tidak bersikap racist dan DAP pun begitu juga. Bila DAP lakon suci pongpang2 pasal Dr. Zuhdi yang racist aku rasa nak lempang DAP kalau boleh. Ko sendiri BAPAK SEGALA RACIST tak sedar diri pula. Ini racist vs racist, penyokong2 korang ternganga macam orang bebal bergaduh sesama sendiri pertahankan parti. Padahal dua2 pun tak betul juga jalannya. PAS tak betul. DAP tak betul. DAP patut belajar dari situasi ini dan bukannya amek kesempatan untuk apikan suasana bagi menjayakan operasi kajangmovie itu.



3. PAS mendedahkan tindakan mereka mencover dan mengkronikan projek2 negeri kerana 'PERKAHWINAN MEREKA DENGAN PKR'. Baca la apa yang SANUSI sendiri tulis. Kat sini.



Demi kuasa. PAS langgar agama.

Demi kuasa. PR langgar amanah.

Demi kuasa. Pemimpin2 PR saling bergaduh. Penyokong2 dorang pula gila babik memaki orang2 macam aku sebab tidak mahu tunduk kepada penipuan dan propaganda partisan.



Nampak tak disitu?



Sebab tue aku bagitau korang. Kenapa pada tahun 2010 mengajar aku untuk memilih berpolitik tanpa partisan. Apa yang aku nampak di depan mata terlalu sukar untuk aku memilih mana2 parti sebagai platform untuk berpolitik. Berpolitik sebagai rakyat lebih baik untuk individu macam aku.



Allah sudah buktikan. Tinggal lagi korang nak terima tak fakta tue? Nak telan tak hakikat tue? Nak hadap tak kebenaran tue? Bila dah terima, nak buat macam mana? Apa cara terbaik untuk selesaikan permasalahan tersebut? Adakah undi BN semula? Atau apa plan yang patut rakyat fikirkan? Hah.. itu semua aku dah plan sebelum tahun 2013 lagi. Sebab tue masa PRU ke 13 hari tue, aku cakap HANYA UNDI CALON yang baik. Yang boleh buat kerja. Yang perform. Yang takde masalah. Yang tak terkait isu. Kisah peribadi. SKANDAL. Yang bukan dipilih atas dasar kroni dan hubungan kawan2. Yang diangkat menjadi calon kerana favoritism. Bukan pilih ikut partisan. Sekarang yang meroyan marah aku dulu2 tue dah hilang ke mana2 hala. HAHAHAHAHAHA.. AMEK KAW. Masa. Fakta. Kejadian. Telah membuktikan kebenaran pada kau. Sedap ke? Ada rasa OREN?



KAH KAH KAH



Fikir2kan juga.



Apa yang PAS dah tutup demi DAP pula.

Apa yang DAP dan PKR dah tutup demi PAS juga.

Apa yang PKR, DAP dan PAS tutup demi kepentingan parti masing2 juga.

Apa lagi yang dorang dah buat, membelakangkan hak2 rakyat, langgar amanah dan macam2 lagi demi kayakan diri dorang sendiri selama ini?



Aku ada baca. Di fb depa dok sebar gaji menteri besar Selangor. Memang mahal nak mampos. Jeles aku beb. Sebaran bertujuan nak bagitau, si Khalid neh gaji tinggi. Sebab tue la malas dia nak letak jawatan. Rugi ooooooo...



Tapi kan.. dari apa yang aku faham.. jika KHALID TURUN, yang diganti itu ialah WAN AZIZAH. Maka gaji Khalid akan berpindah ke tangan Wan Azizah. Bukan ke tangan korang pun. Betul tak? Jadi sekarang korang berperang demi siapa untuk dapat gaji banyak2 tue? Demi kau?



KAH KAH KAH



NAMPAK TAK BETAPA BANGANGNYA kau disitu? So bila puak2 partisan neh berperang demi pemimpin, biar pun mampos la dorang tue. Kita stand dengan kita punya motif sudah. Demi rakyat. Ingat, apa2 hal demi rakyat. Rakyat tengah susah sekarang neh ooiii.. polisi2 jahat BN semakin menindas. Dan wakil2 rakyat PR pula semakin lemah melawan disebabkan terperangkap dengan nafsu dan ketamakkan. Mamposla kita cenggini..



====================



Jawapan Dr.Zuhdi kepada pimpinan DAP dan PKR dalam isu Khalid Ibrahim.



JAWAPAN KEPADA RAFIZI RAMLI, ANTHONY LOKE DAN TONY PHUA.



Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang ‘Pertembungan Peradaban’ (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam adalah sebuah agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut. Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan. Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama. Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim.



Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan ‘Islam and Confucianism’. Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh-tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut. Berikutan dengan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kurikulum TITAS ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.



Ketika TITAS mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks TITAS berkaitan dengan ‘Pengenalan kepada Peradaban’ dan Bab Terakhir berkaitan dengan ‘Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini’. Ketika TITAS diperkenalkan, harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme. Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum TITAS ini seterusnya menyarankan TITAS tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus TITAS ini?



Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya telah menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum TITAS di seluruh negara. Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar TITAS dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan. Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.



Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selibriti politik. Saya hanya seorang akademis yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme. Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertaskerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif. Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan ‘Madani’ itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban.



Semenjak saya berperanan sebagai penyumbang fikiran kepada orang politik, saya pernah beberapa kali duduk sepentas dengan Rafizi Ramli. Saya pernah duduk sepentas dengan beliau dalam wacana sumbang saran penyediaan budget Kerajaan Negeri Selangor beberapa tahun lalu. Kami diminta membincangkan tajuk bagaimana memperkasakan demokrasi di Negeri Selangor. Dalam wacana itu, saya sekali lagi menyebut tentang kepentingan peranan Masyarakat Madani sebagai rakan kongsi kepada Kerajaan Negeri ke arah mencapai sebuah pemerintahan yang bertatakelola baik (good governance). Selain daripada itu, saya membangkitkan sekali lagi tentang kepentingan berdialog ke arah mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum yang harmoni dan terhindar dari sikap perkauman yang melampau.



Sebelum puasa yang lalu, saya berkesempatan pula duduk sepentas dengan Anthony Loke dalam satu program anjuran WADAH Negeri Johor, dan kebetulan saya diminta untuk bercakap soal perpaduan. Saya bercakap di hadapan Anthony Loke sendiri, bahawa Islam sama sekali tidak membenarkan sikap perkauman sebaliknya saling berdialog (bertaaruf) antara satu sama lain. Saya menegaskan pendirian saya, bahawa sekolah-sekolah vernakular yang merupakan satu institusi membentuk jatidiri kaum masing-masing tidak boleh ditutup sebaliknya diperkasakan. Setiap kaum tidak boleh dihakis jatidiri mereka sebagaimana pendekatan banyak negara yang menghakis jatidiri kaum atau etnik demi membentuk satu identiti bangsa. Di atas pentas itu, saya menyebut pendekatan Islam dalam perpaduan ialah bersatu dalam kepelbagaian, justeru tidak boleh menghakis jaatidiri sesebuah kaum yang sebenarnya juga anugerah dari Allah.



Mereka yang pernah mengenali saya, pernah menjadi anak murid saya dan pernah bersama di atas pentas, saya yakin dapat mengenali pendirian saya yang konsisten tentang Agenda Dialog, iaitu mencari titik-titik persamaan antara peradaban dan saling menghormati titik-titik perbezaan yang ada. Rakan-rakan media sosial saya di FB dapat mengetahui bagaimana pendirian saya ketika muncul isu berkaitan dengan kalimah suci nama Allah. Saya konsisten mempertahankan pendirian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bahawa dalam sesebuah pemerintahan Islam orang bukan Islam tidak boleh dihalang menggunakan kalimah Allah atas prinsip “Lakum Dinukum Wa Li Yadin”, selama mana penggunaan itu tidak bertujuan penghinaan. Artikel saya dalam FB tentang isu kalimah suci nama Allah turut dikongsi banyak pihak di samping juga diterbitkan dalam portal akhbar maya. Saya yakin rakan-rakan dalam PKR dan DAP mengetahui pendirian saya tentang perkara itu.



Saya juga beberapa kali membela DAP yang dituduh sebagai punca Tragedi 13 Mei dan juga dicop sebagai small brother PAP Singapura. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA menjelang PRU 13 yang lalu, saya dijemput menjadi ahli panel bersama rakan saya Dr Mazlee malik (UIA), Dr Yusri Mohamad (PEMBELA) dan Tun Faisal Ismail (UMNO), dan soalan-soalan yang sedemikian turut ditanya. Saya menjawab bagi pihak DAP dengan memberikan hujah-hujah membersihkan nama parti itu sebagai punca Tragedi 13 Mei dan small brother kepada PAP. Klip video yang memuatkan jawapan saya tentang tuduhan terhadap DAP ini telah lama dimuatnaik oleh pihak pengajur dalam laman Youtube. Jelasnya, saya yakin mereka yang mengenali saya, anak-anak murid saya dan yang pernah duduk sepentas dengan saya mengetahui pendirian saya tentang isu kalimah Allah dan sikap saya terhadap DAP.



Malang sekali, apabila bocornya Printscreen Whatsapp AJK PAS Pusat, sebahagian rakan kenalan saya, segelintir anak-anak murid saya dan mereka yang pernah duduk sepentas dengan saya seperti Rafizi Ramli dan Anthony Loke dengan pantas menghukum saya sebagai racist atau ekstrimist. Saya bukan ahli politik dan jauh sekali sebagai selibriti politik yang memilih kenyataan media untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu, malah saya tidak berminatpun nama say a dipopularkan di akhbar sepertimana diidamkan oleh kebanyakan ahli-ahli politik yang lain. Saya juga tidak boleh mendedahkan keseluruhan perbincangan dalam Whatsapp itu yang telahpun disimpan oleh sahabat saya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, sehingga menurut beliau jika dicetak atas kertas A4 dengan font bersaiz 12, perbincangan itu memakan 115 mukasurat. Kalaulah saya boleh mendedahkan kesemua 115 mukasurat itu, saya yakin kesemua mereka dapat memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam printscreen yang dibocorkan itu.



Saya telah menjelaskan beberapa kali bahawa perenggan-perenggan yang dibocorkan itu tidak mewakili pendirian dan sikap saya. Ketika saya mengemukakan analisis senario tersebut ada ahli-ahli perbincangan menegur saya tentang pemilihan bahasa yang kasar, lalu saya jelaskan bahawa bahasa yang saya pilih itu bukan mewakili pendirian dan sikap saya sebaliknya perkataan-perkataan yang akan dihamburkan oleh pihak-pihak dalam PAS yang selama ini tidak berpuashati terhadap DAP dan lain-lain isu yang mereka merasakan sepertu dikunci mulut untuk bersuara, sedangkan sebelum ini mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan sedemikian. Kalaulah saya boleh bocorkan printscreen yang berkaitan dengan jawapan saya itu, saya yakin ramai akan memahami apa yang saya ingin sampaikan. Malangnya, akhlak mengikat kita untuk membocorkan perbincangan sulit sesama ahli kumpulan Whatsapp, meskipun ada segelintir yang sewenang-wenangnya melakukan pembocoran tersebut.



Sewaktu perbincangan tentang usul keluar PR di dalam kumpulan Whatsapp itu, unsurnya bercampur-campur, sekejap humor, sekejap provok, sekejap sindir dan kadangkala tegang. Sewaktu perbincangan ada ahli perbincangan yang menyebut, memang segelintir ahli PAS akan lega bila PAS keluar dari PR sebab selama ini mereka begitu marah dengan DAP dan lain-lain, terutama dalam isu nama Allah dan serbuan gereja. Seperti yang dimaklumi PAS telah ambil tindakan disiplin kepada beberapa orang seperti ini, tetapi masih ada ahli PAS yang masih bersikap marah kepada DAP dan lain-lain pihak berkaitan. Bila saya buat analisis senario apa berlaku kalau PAS keluar PR, maka saya sebut tentang kemungkinan yang boleh berlaku di Selangor. Pada perenggan kedua saya sebut secara imaginatif dan berbentuk sarcasm (sindiran) perkataan yang akan dihamburkan oleh ahli-ahli PAS yang selama ini memendam kemarahan kepada DAP dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan isu nama Allah, isu murtad dan seumpamanya.



Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya, sebab saya tidak berada dalam senarai yang ahli-ahli perbincangan yang menyokong keluar PR. Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu. Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur-unsur imaginatif dan sarcasm tersebut, melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor. Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.



Saya ingin menegaskan, bahawa saya tiada cita-cita politik yang tinggi sepertimana ahli-ahli politik, melainkan hanya sekadar menyumbang fikiran supaya politik Malaysia membawa kepada keharmonian kaum dan persaingan demokrasi yang sihat. Saya melihat ‘Kajang Move’ sebagai langkah yang tidak memenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan orang-orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan Kerajaan Negeri seperti mudahnya menukar pakaian. Ahli-ahli politik perlu menyedari bahawa jawatan MB itu bukan sekadar hak parti, tetapi ada hubungannya dengan hak Istana yang telah memperkenankan perlantikan seseorang dan hak rakyat Selangor yang telah memberi mandat bukan hanya berdasarkan kepartian. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak dapat mengerti pendirian dan sikap saya tentang isu perkauman dan memahami apakah ‘game’ sebenar pihak pembocor printscreen tersebut.



Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Klang, Selangor



1 Ogos 2014

5 Syawal 1435











===================================











NOTA : PAS JANGAN BUAT2 LUPA. DORANG JUGA BERSETUJU DENGAN AGENDA KAJANGMOVIE.











Hak eney. Nak salahkan orang sampai lupa salah sendiri. PKR. DAP. DAN PAS. PARTI2 ini dan BN takde beza banyak pun. Rakyat sedar la oiiii..





SUMBER: http://ift.tt/1xIz3Pe
Read more »

Gan wins second term as SUCCC chief

0 comments
LABUAN: Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah was re-elected as the president of Sabah United Chinese Chamber of […]



SUMBER: http://ift.tt/1rMwx9b
Read more »

GAMBAR SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA SPEAKER DUN SABAH

0 comments










Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (dua dari kanan) bersama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said (kanan) di Likas, Kota Kinabalu.





Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said (tengah) dan isteri, Datuk Raya Erom (kiri) bergambar bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin (dua dari kiri) dan jemputan lain yang menghadiri majlis rumah terbuka beliau di Likas.





Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan bergambar bersama pemimpin Dewan Perniagaan Cina yang hadir.





Datuk Raya Erom (kiri) melayan rakan-rakan isteri wakil-wakil rakyat yang hadir.









Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bersalam dengan Ketua Seksyen Komunikasi Korporat ESSCOM, Encik Newman Tibin dan Ketua Editor Utusan Borneo, Encik Lichong Angkui di majlis itu.





SUMBER: http://ift.tt/1tVcGWE
Read more »

DAP Sabah sokong penegasan semula tujuh perkara Pelan Borneo

0 comments
Chan Foong Hin

Roketkini.com



KOTA KINABALU,: Adun Sri Tanjong Chan Foong Hin menyokong penegasan semula tujuh perkara dalam Pelan Borneo seperti dinyatakan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan ulangtahun ke-51 Kemerdekaan Sarawak di Kuching 22 Julai lalu.



Menurut Adun dari Sabah itu, suatu detik bersejarah apabila pemimpin pembangkang Persekutuan merayakan ulang tahun Sarawak ke-51, membuktikan penghargaan Pakatan Rakyat terhadap penyertaan Borneo dalam pembentukan Malaysia.



“Tidak ada Malaysia tanpa Sarawak dan Sabah, manakala keragaman budaya, masyarakat, dan agama di Sarawak dan Sabah mewujudkan konsep Malaysia sebagai sebuah bangsa.



“DAP Sabah akan terus bekerjasama dengan semua komponen Pakatan Rakyat Sabah bagi mendapatkan persetujuan secara muafakat bagi meletakkan kepentingan Sabah dan Malaysia mengatasi perhitungan pilihanraya parti mana pun,” kata Chan dalam kenyataannya, hari ini.



Antara tujuh perkara terkandung dalam Pelan Borneo yang digariskan Pakatan Rakyat dalam majlis ulangtahun itu ialah mengakui semangat Persekutuan yang ditandatangani pada 1963 dan kini dikenali sebagai Perjanjian Malaysia.



Antara penegasan lain yang terkandung dalam Pelan Borneo:



- Menjunjung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua warga Malaysia dari semua agama dan kaum.



- Memperakui tiga hari Nasional: 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan untuk Malaysia dan Sabah, 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak dan 16 September sebagai Hari Malaysia.



- Reformasi ekonomi dan pembangunan sebaik saja Pakatan Rakyat membentuk pentadbiran baru dengan perkongsian kemakmuran Pusat-Negeri dan meletakkan Pengarah Petronas dari Sabah dan Sarawak selain pembangunan syarikat minyak negeri dan hak royalti 20 peratus.



- Menubuhkan Suruhanjaya di Sabah dan Sarawak yang bertanggungjawab kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi membetulkan dan mencegah pemberian hak kepada warga asing, selain langkah keselamatan sempadan di kedua-dua negeri Borneo itu.



- Memastikan hak Orang Asal terhadap tanah adat dan alam sekitar melalui insititusi berperwakilan daripada setiap komuniti yang bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri.



- Berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, memastikan penglibatan dan pengambilan lebih ramai anak Borneo ke dalam pentadbiran tanpa diskriminasi, pelantikan ke jawatan penting termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan selain biasiswa pendidikan.



- Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji hubungan antara negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia dari tahun pertama Kerajaan Persekutuan yang baru dalam masa tiga tahun, bertujuan memberi nafas baru sebelum pilihanraya umum ke-15.


Tambah Chan, DAP percaya kepentingan dan hak negeri Sabah dan Sarawak hanya dapat dicapai melalui perubahan kerajaan di peringkat persekutuan yang memerlukan kesepaduan Pakatan Rakyat baik di peringkat Pusat mahu pun negeri.



Beliau bimbang pertelingkahan dalam Pakatan Rakyat hanya memperkukuh kedudukan Umno dan menjadikan proksi mereka yang ekstrem seperti Perkasa dan Isma merosakkan struktur sosial Malaysia.



Chan turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan atas hubungan dalam Pakatan Rakyat dan juga antara penganut Islam dan Kristian susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat Persatuan Bible Selangor (BSM) awal tahun ini.



Dalam masa sama, beliau turut berharap agar isu cadangan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan melalui usul rang undang-undang persendirian ditangani secara bijaksana dan saksama.



“Saya menyeru kepada pimpinan pusat Pakatan Rakyat untuk membina persefahaman bersama berhubung soal Hudud berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.



“Ia kemudiannya dapat memacu kepercayaan seluruh rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat sebagai pemerintah alternatif,” kata Chan. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1q3zeSt
Read more »

PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS TIDAK SEHALUAN DALAM MENYOKONG WAN AZIZAH

0 comments


Tamparan hebat buat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kerana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak perkenan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.



Sebaliknya, Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal 2018. Sokongan ini diberikan berikutan beliau (Khalid Ibrahim) tidak pernah khianat dalam menjalankan tugas dan amanah kepada rakyat.



Sebelum membuat keputusan tersebut, Abdul Hadi Awang telah membuat survey di peringkat akar umbi bagi mendapatkan jawapan. Hasil survey itu jelas menunjukkan akar umbi tetap mahukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan sekaligus menolak calon Wan Azizah.



Sebelum ini tegas Anwar, Mesyuarat Pakatan Pembangkang yang telah diadakan sebelum ini menyokong pemilihan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, wakil PAS ketika mesyuarat itu ialah Mohamad Sabu @ Mat Sabu menyokong usul yang dibentang Anwar dengan melantik isterinya sebagai Menteri Besar.



Ramai mengetahui Mat Sabu itu adalah pengikut setia Anwar Ibrahim dan tergolong dalam golongan Anwarinas. Oleh itu, tidak hairanlah jika keputusan Mat Sabu itu memihak kepada Anwar Ibrahim dengan menyokong Wan Azizah serta membelakangi PAS.



Tiada sebab kukuh untuk Khalid Ibrahim disingkirkan sekiranya melihat rekod kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan sebagai menteri besar melainkan ia dendam politik peribadi di kalangan pemimpin tertinggi PKR.



Tegas Abdul Hadi lagi, andai Khalid Ibrahim terlibat dalam skandal seperti pecah amanah, salah guna duit atau kuasa juga rasuah, itu sememangnya boleh ditukar. Tetapi, jika mempunyai urusan lain dan boleh diuruskan, tetapi bukan cara menukar menteri besar yang dianggap suatu tindakan terakhir kepada jalan penyelesaian masalah.



Sekiranya didapati alasan yang diberikan untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar munasabah seperti di atas maka wajarlah ditukar. Akan tetapi sehingga kini Khalid Ibrahim tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah dalam mentadbir rakyat Selangor makan tindakan menukarnya itu adalah salah.



Jika Anwar Ibrahim menganggap Pakatan Pembangkang bertujuan perjuangan ya itu untuk perjuangan peribadi maka itu adalah sangat bertentangan kerana PAS berjuang kerana rakyat.








SUMBER: http://ift.tt/1tL9mNL
Read more »

Tourists feel safe with military presence

0 comments
SEMPORNA: Tourists are still coming to the east coast of Sabah for vacation despite the spate of abduction […]



SUMBER: http://ift.tt/1pT9ZCn
Read more »

MH17 mangsa tersalah tembak-perisik AS

0 comments
SEBAHAGIAN anggota tentera Ukraine membawa keranda mayat mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang terkorban dalam satu upacara di Lapangan Terbang Kharkiv, untuk berlepas ke Eindhoven, Belanda semalam. - AFP

WASHINGTON 23 Julai - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas berkemungkinan disebabkan berlakunya kejadian tersilap tembak oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia yang kurang terlatih.



Seorang pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) berkata, bukti yang dikumpulkan setakat ini menunjukkan pihak pemberontak pro-Rusia telah melancarkan peluru berpandu SA-11 darat ke udara terhadap pesawat MH17, tetapi masih tidak jelas mengapa mereka melakukannya.



"Penjelasan yang paling munasabah, adakah ia merupakan satu kesilapan, disebabkan peluru berpandu itu digunakan pihak yang tidak terlatih kerana penggunaan sistem persenjataan tersebut memerlukan kemahiran dan latihan.



"Kita dapat melihat banyak kesilapan tembakan pada masa lalu. Pesawat Korea Airlines ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Kesatuan Soviet pada 1983 dan Pasukan Tentera Laut AS juga pernah tersilap menembak jatuh pesawat awam Iran pada 1988," katanya.



Mengulas lanjut, pegawai perisikan itu berkata, satelit AS mengesahkan pesawat yang membawa 298 penumpang itu ditembak oleh peluru berpandu jenis SA-11 darat ke udara dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.



"Ini merupakan kes yang kukuh apabila peluru berpandu itu ditembak dari timur Ukraine di bawah pengawasan dan bantuan Rusia," jelasnya.



Pegawai perisikan itu berkata, pihak yang melancarkan peluru berpandu itu perlu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru berpandu dan tidak melalui rangkaian radar lebih besar yang akan memberikan gambaran lebih lengkap tentang laluan trafik udara.



"Sistem SA-11 direka untuk digunakan dalam 'sistem pertahanan udara bersepadu' tetapi dengan menggunakan hanya satu radar, pelancar peluru berpandu itu mempunyai gambaran yang agak kabur," jelasnya.



Tambah beliau, operasi melibatkan Rusia telah dikesan di timur Ukraine tetapi perisikan AS tidak mempunyai bukti jelas bahawa pakar Rusia berada bersama unit SA-11 yang melepaskan tembakan ke arah pesawat itu.



"Walaupun Amerika Syarikat memantau aliran senjata berat, termasuk sistem pertahanan udara ke Ukraine dari Rusia, pihak agensi perisikan tidak melihat sistem senjata SA-11 dipindah ke negara tersebut sebelum pesawat terhempas," katanya.



Dalam pada itu, dakwaan menyatakan kerajaan Ukraine telah menembak jatuh pesawat tersebut juga adalah tidak realistik, disebabkan Kiev tidak memiliki sistem persenjataan seperti itu di kawasan berkenaan, yang secara jelas dikawal oleh pihak pemberontak.



"Kerajaan Ukraine tidak mempunyai sebab untuk melancarkan peluru berpandu darat ke udara, kerana pihak pemberontak tidak menggunakan aset seperti helikopter atau sistem persenjataan di udara," jelasnya.



Bagaimanapun, katanya, pihak pemberontak mempunyai motif untuk menggunakan sistem peluru berpandu tersebut disebabkan mereka bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine yang menggunakan aset seperti helikopter dan pesawat. - AFP (Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1318 hrs on July 24,2014.



SUMBER: http://ift.tt/1ogQGow
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog