Pasport latar putih dikuat kuasa

Wartawan Sinar Harian



SHAH ALAM – Jabatan Imigresen telah kuatkuasakan penggunaan gambar pasport berlatar belakang putih secara berperingkat sejak 8 April lalu.



Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu akan pembaharuan polisi ini apabila tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat imigresen di Selangor mendapati masih ada yang bawa gambar pasport yang berlatar belakang biru.



Menerusi portal Jabatan Imigresen memaklumkan pihak imigresen melaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Putrajaya, disusuli Selangor dan Kuala Lumpur.



Ia akan di kuatkuasakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak 27 Mei ini.



Syarat baru itu memerlukan pemohon membawa dua keping gambar berukuran 35mm x 50 mm berlatar belakang putih.



Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25 x 30 mm, manakala lebihan ruang bagi kepala dan bawah dagu berukuran 10 mm.



Pemohon juga diminta memakai baju berwarna gelap dan menutup dada serta bahu.



Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.imi.gov.my.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/05/pasport-latar-putih-dikuat-kuasa.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog