MAHATHIR BERSEKONGKOL MUSUH TRADISINYA UNTUK SERANG NAJIB

Oleh SSK










1. Akhir-akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.

2. Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Datuk Najib. Dia berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru dia cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?



3. Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, dia menyasarkan kepada Datuk Najib. Dia seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Datuk Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!



4. Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Datuk Najib agar masyarakat percaya yang Datuk Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.




5. Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Datuk Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Datuk Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.



6. Apapun, saya pasti Datuk Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Dia mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.



7. Datuk Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.



8. Datuk Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Dia menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Datuk Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.



9. Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.



10. Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.



11. Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Datuk Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.



12. Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Datuk Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.



13. Yang jelas, pimpinan Datuk Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Datuk Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.



14. Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Datuk Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Datuk Najib mengetuai PRU-14 akan datang.



15. Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Datuk Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Dia mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.



16. Dari persepsi politik, Datuk Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.







SUMBER: http://ift.tt/1yJ7hTY

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog