Govt studies spike in Sabah property prices – Hajiji

0 comments
KOTA KINABALU: The government is studying the drastic increase in property prices in Sabah over the last decade, […]



SUMBER: http://ift.tt/1qw4Tz7
Read more »

Betul ke fakta sejarah FB SSKM? Harap Doris Jones sedia jumpa Wan Junaidi

0 comments



Kenyataan Rasmi SSKM terhadap Tuduhan "Menghasut" daripada kerajaan persekutuan malaysia di Negara Sabah



Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).



Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.



Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM.



Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.



SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.



Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.



Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.












Doris Jones terlalu naif ... tidak tahu agenda pihak tertentu belakang Jeffrey Kitingan

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.





Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.



Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".



Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.



Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.



SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.



Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.



Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".



Doris Jones






Harap Doris sedia bertemu ...







SUMBER: http://ift.tt/1t7GH4C
Read more »

Tentera terpaksa tembak ke arah bot pam penceroboh

0 comments


BERNAMA





SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata berikutan itu, bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.



Beliau berkata seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.



Katanya suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.



"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata, anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu.



Bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot

Boston

Whaler 54 bergerak ke lokasi itu, katanya.



"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam tersebut," katanya.



Abdul Rashid berkata anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam pam bot lagi tidak mengendahkan amaran itu.



"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak salah sebuah bot pam cuba menghampiri mereka sambil (pengendalinya) mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera tersebut melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.



Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.



Abdul Rashid berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan Esscom akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi membendung pencerobohan.



Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.



Esscom yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. - Bernama





SUMBER: http://ift.tt/1vRzR85
Read more »

Masjid diguna untuk persoal kedudukan Islam, melayu dan raya?

0 comments



Guna masjid untuk persoalkan kedudukan melayu, islam dan raja dalam perlembagaan?

Pasti akan kata perlu positif dan terbuka untuk dengar dahulu. Bagi yang tidak tahu siapa penceramah, itu boleh difaham tapi Moderator pro pembangkang, syahredzan adalah peguam muda liberal dan satu saja yang betul faham iaitu prof Shamrahayu.



Namun, beliau sudah menarik diri ...






Kedudukan ugama dan melayu/bumiputera bukan untuk dipersoalkan. Berikut adalah perkara perkara yg tidak boleh dipersoalkan spt mana diwartakan dalam perlembagaan persekutuan:



Perkara 161 e



A. Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi persekutuan



B. Kedudukan istimewa raja-raja melayu dan Bumiputra serta Pribumi Sabah dan Sarawak



C. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi



D. Persoalkan hal ehwal kerakyatan.



Perkara 149



Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dn keselamatan awam



Perkara 150



Pengihstiharan darurat





Lebih baik dibatalkan saja ...










SUMBER: http://ift.tt/1rmKigF
Read more »

INDIVIDU HASUT SABAH KELUAR MALAYSIA HANYA TUNGGU MASA HENDAK DITANGKAP

1 comments

Polis telah mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.



Siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.



"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataaan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.



"Polis akan mempastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita.



Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.



Kenyataan seperti itu dilihat sebagai sengaja mahu memporak perandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.



Selain Sabah, pertubuhan yang dikenali Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) juga dalam cubaan untuk mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.







SUMBER: http://ift.tt/1um1JOx
Read more »

Police report over NGOs’ alleged secession drive

0 comments
KOTA KINABALU: Pertubuhan Solidariti Masyarakat Sabah (SMS) lodged a police report yesterday in the hope of putting a […]



SUMBER: http://ift.tt/W8WyVV
Read more »

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah

0 comments
ANTARAPOS.COM



Post Pic







KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.





Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.





"Kenyataan semalam (Isnin) disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.



Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.



Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.



"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.



Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.



Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu.



SUMBER: http://ift.tt/1rKF0xR
Read more »

Rombakan Kabinet dijangka awal September sisihkan Zahid ?

0 comments











Oleh MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA



Hisham Kewangan, Najib KDN?



KEHANGATAN krisis pelantikan Menteri Besar Selangor bakal menjadi suram berikutan angin panas mula melanda pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.Terdapat angin perubahan yang bakal berlaku dalam kabinet apabila pengemudi Umno-BN itu kini mula mencorak saf baharu dalam kabinetnya.



Beberapa sumber kepim pinan Umno menyebut, Najib kini kurang selesa dengan beberapa menteri dan timbalannya yang tidak menyokongnya untuk melakar perubahan dan ia mengakibatkan Najib terpaksa membuat perubahan besar dalam barisan kabinet baru sebelum Belanjawan 2015 dibentangkan pada sidang parlimen akan datang.



Sama ada Najib terpaksa akur, perlu akur atau merupakan keputusan peribadi beliau, apa yang pasti rombakan kabinet terbaru ini akan mengejutkan semua pihak, apatah lagi bebera pa nama besar yang memegang jawatan menteri pa ling kanan turut terlibat dalam rombakan yang bakal dilakukan ini.



Rombakan kabinet itu bakal dilakukan pada bulan September itu nanti menyaksikan terdapat menteri yang bakal digugur kan dan ia bukan sahaja melibatkan perubahan di dalam kabinet tetapi turut berlaku kepada Majlis Tertinggi Umno.



Hishammuddin Menteri Kewangan?



Mengejut atau tidak Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan dan ia ada kaitan dengan kepercayaan Najib kepada sepupunya yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan yang lain.



Tindakan Najib menyerah kan jawatan tersebut sebagai memberi laluan untuk beliau yang mengambil alih Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan terlalu bersikap ‘samseng’ dalam segala hal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan-kalangan mereka di dalam BN itu sendiri.



Ada yang menyebut, peluang Zahid untuk bersama bahtera Najib bakal terkubur kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh itu penyokong kepada bekas Timbalan Per dana Men teri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kata sumber Zahid bakal dilupakan pada pilihan raya umum akan datang.



Ke manakah Zahid?



Sebelum berbicara tentang kedudukan Zahid, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Apdal yang turut berada di dalam senarai Najib itu akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan bagi mengantikan Hishammuddin yang bakal di tugaskan di Kementerian Ke wangan.



Kredibiliti Shafie turut di persoalkan dalam pelantikan tersebut ada kerana pergolakan yang berlaku di Sabah mahu pun Sarawak menyebabkan mereka yang berasal di sana sesuai dilantik untuk menjaga konflik yang wujud terutama membabitkan pencerobohan di Sabah.



Apabila berlakunya kekosongan di Kementerian Ke majuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib berpendapat bagi meredakan kemarahan ataupun ketidaksenangan pengundi bukan Melayu, maka Zahid akan ditempatkan ke kementerian tersebut untuk memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wi layah yang ditinggalkan Shafie itu nanti.



Najib terpaksa melupakan hubungan baik de ngan Zahid memandangkan sua sana politik sekarang me nyebabkan beliau tidak mampu untuk mempertahan Menteri Dalam Negeri itu.



Muhyiddin, gugur atau sebaliknya?



Kementerian Pelajaran be lum disentuh siapa mengendalinya, permasalahan pen didikan negara membimbangkan apabila ke putusan kementerian ingin terus melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga menimbulkan kritikan serta bantahan dari golongan pendidik.



Jika Najib mengambil kira kepada kemelut yang timbul dari golongan pendidik sudah pasti individu yang memegang jawatan di kementerian turut akan menerima tempias dalam rencana Najib untuk meng ambil hati golongan pendidik.



Namun, apakah Najib be rani untuk menyentuh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar orang kanan Tun Mahathir Mohamad itu ke posisi lain? Pastinya Najib berdepan tekanan tatkala Dr Mahathir juga sedang mengkritik pentadbirannya kini.



Tidak mustahil rombakan kabinet ini juga menyaksikan beberapa menteri yang akan kehilangan jawatan. Apa yang diketahui pada peringkat awal antara yang akan kehilangan jawatan wakil dari MIC, Men teri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri G Palanivel dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek.



Menteri Wilayah, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan bakal digugurkan bukan sahaja di kedudukan Kementerian Wi layah dan Kesejahteraan Bandar, malah kedudukan selaku Setiausaha Agung Umno yang dipegang olehnya akan digantikan dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam.



Perubahan berdasarkan kritikan atau dirancang Melihat kepada kedudukan yang selamat pasti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Ba kar boleh menarik lega, beliau mungkin tidak akan terlibat mahupun terkeluar dari senarai rombakan yang bakal dilakukan.



Pendekatan Khairy dengan golongan anak muda pasti menggembirakan Najib kerana baginya golongan itu akan menyumbang ke pada undi Barisan Nasional nanti. Persoalan menarik pada rombakan kabinet ini adakah ia dilakukan ada lah kerana kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau merupakan perancangan awal beliau.



Kalau ia berlandaskan kepada kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuashati dengan pentadbiran Najib pasti Dr Mahathir yang telah lama tidak menye nangi Khai ry sejak pentadbir an Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut disentuh oleh bekas Perdana Menteri itu.



Apa yang pasti, Najib cuba memenangi hati Dr Mahathir walaupun beliau tidak bersuara bila dikritik, mungkin ada perbincangan luaran antara mereka itu tidak ketahui. Rombakan ini akan mengejutkan banyak pihak serta pemerhati politik.



Sejarah bakal dicipta Najib dalam masa terdekat, mereka yang menjadi mangsa akan merajuk hati dan untuk mengkritik mungkin tidak kerana mengharapkan kerusi pada PRU14, mereka akan berdiam mengaturkan strategi bagi mencari peluang untuk kekal dalam pertanding an Majlis Tertinggi Umno



SUMBER: http://ift.tt/1nsWaZU
Read more »

Three deputy police chiefs for Sabah’s East Coast

0 comments
LAHAD DATU: Sabah police commissioner Datuk Jalaludin Abdul Rahman said three districts in the state’s east coast would […]



SUMBER: http://ift.tt/1ns9Ynf
Read more »

Zahid Hamidi Kantoi Malu - Unit Amal Tak Perlu Daftar ROS Kata Mahkamah!

0 comments
Padan muka kat dia.



KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH KAH



Benda takde isu nak buat isu. Yang aku pelik kenapa sekarang setelah ;



1. PDRM berkali2 puji kerjasama unit amal yang membantu POLIS mengawal kesesakan lalu lintas sepanjang aktiviti parti/demo.



2. Geng2 BN sendiri pernah puji unit amal yang membantu kutip sampah dan bersihkan lokasi aktiviti parti/demo selepas tamat event.



Tak pasal2 dah kantoi malu si Zahid Hamidi tue. Dia nak tembak PPS. Itupun tembak PPS secara keterlaluan. Sampai out of topic. Dah alang2 tembak PPS nak tembak unit amal. Tembak punya tembak dia yang kena tembak. Bodoh. Kerja ko pun tak betul. Ada ahti nak betulkan orang lain. Sampai sekarang aku tengok masih terdapat warga asing yang jadi jaga. Ce citer kenapa? Apa yang si Zahid Hamidi tue buat? Dah tamat ke wayang tunjuk bagus macam buat kerja depan media dalam isu pegawai bank kena tembak dengan pengawal keselamatan warga asing?



HAHAHAHA..



Zahid Hamidi dikantoikan oleh JUHAM iaitu Noorazmir Zakaria. Macam mana?



1. Pada tahun 2011 beberapa petugas unit amal ditahan dan didakwa di mahkamah.



2. Kerana mereka participate dalam satu demo mahsuhkan ISA di ibu kota.


3. Kes dibicarakan di mahkamah majistret KL yang mana ketika itu pihak pendakwaraya gagal memutuskan kes itu secara prima facie bahawa perlunya unit amal berdaftar di bawah ROS.



Prima facie kat sini bermaksud hujah ataupun bukti yang mencukupi (dalam rangka munasabah, logik, berasas) untuk menyakinkan mahkamah bahawa wujudnya elemen utama (kesalahan) bagi mengerakkan pertuduhan (penghujahan oleh pendakwa kepada tertuduh) selanjutnya.



Maksudnya apa?



Maksudnya pihak pendakwaraya = kerajaan Malaysia gagal mengemukakan hujah solid, bukti mahupun keterangan yang kukuh untuk menyabitkan bahawa unit amal sememangnya perlu berdaftar di bawah ROS untuk membolehkan mereka beroperasi.



Ini bukan diputuskan oleh ahli pas. Ulama2 dalam pas ke. UG ataupun tak UG. Tapi ini keputusan mahkamah. Undang2 punya cerita. Undang2 membenarkan unit amal untuk terus berfungsi biarpun tanpa perlu berdaftar dengan ROS.



Macam mana Zahid? Mana nak sorok muka oi?

KAH KAH KAH



KAH KAH KAH KAH



KAH KAH KAH KAH KAH



SUMBER: http://ift.tt/1rKfDMJ
Read more »

Ketika PPS provok Polis, Kit Siang ke Sabah persoal kuasa Pusat untuk pecahkan M'sia

0 comments



Ketika Pulau Pinang sedang kecuh tentang isu tangkapan 154 ahli PPS oleh Polis, Lim Kit Siang menyelinap masuk ke Sabah bersama Dyana untuk satu majlis di Keningau. Sesuatu yang diperkatakan Unspinners mengenai mempersoal kuasa kerajaan Pusat dan kuasa kerajaan negeri semalam terserlah dalam sidang akhbar DAP semalam.

Satu sidang akhbar diadakah semalam di Hotel Shang Ri La, Kota Kinabalu yang dihadiri oleh LIM KIT Siang - Penasihat Parti DAP, DIANA SOFYA - Setiausaha Sulit Penasihat DAP / Bekas calon DAP Parlimen TELUK INTAN, JIMMY WONG - Pengerusi DAP SABAH, EDWIN BOSI - Setiausaha DAP SABAH dan WONG THIEN Fat - Tim DAP SABAH



Ketika itu, Dyaba menyatakan lawatan pertamanya ke sabah adalah kempen pergerakan impian MALAYSIA untuk rekrut generasi baru menyertai perjuangan ke atas hak pribumi sabah.



Dia menuduh kerajaan pusat sudah lari dari janji Batu Bersumpah di Keningau. Kononnya Tunku Abdul Rahman telah menggariskan hak hak rakyat Sabah dalam Batu Bersumpah di Keningau tetapi tiada keadilan yang diperoleh seperti timbul isu kalimah Allah, rampasan bible.







DAP yang jelas menentang hak keistimewaaan Melayu Pribumi tapi lain pula dikatakan Dyana yang mahu menarik generasi muda. Dia mengajak mereka berjuang untuk hak orang asal Sabah dan juga seluruh Malaysia untuk menentang kerajaan rasuah.



Tapi tak disebut langsung bahwa rasuah kerajaan DAP Pulau Piang bawah Lim Guan Eng lagi teruk dan mereka berlaku zalim pada rakyat kaum Melayu dan India!!!!



Jimmy Wong turut menyentuh mengenai Program Impian Sabah untuk merekrut dan mendaftar golongan muda sebagai sukarelawan yang kini mencecah ratusan ahli di seluruh MALAYSIA. Mereka telah bergerak ke pedalaman di Pitas, Pulau Banggi, dan Tenom untuk menyalurkan kemudahan asas.



Menjelaskan mengenai batu Bersumpah, katanya ia adalah 3 perkara asas hak pribumi Sabah iaitu kebebasan berugama, hak ke atas tanah dan menghormati budaya asal. Namun tuduhnya, kerajaan seperti ingin melupakannya.












Ke KK berkotak-kotak dibawa












Balik ke KL kosong



Mereka menggunakan gambar Batu Bersumpah pada baju T Shirt yang dibawa dari Kuala Lumpur sebagai membuka mata rakyat Sabah. Tapi mereka lupa mahkamah sivil keningau berada di hadapan mahkamah syairiah keningau.



Lim Kit Siang mempertikaikan tindakan Ketua Polis Negara atas insiden penahanan 154 org PPS pada pagi 31 Ogos di Pulau Pinang.



Tindakan ini katanya bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri yang ingin mengujudkan keharmonian, perpaduan di Malaysia. Turut dipersoalkan adalah Perdana Menteri berdiam diatas insiden tangkapan yang berlaku.



Padahal ianya perlu kerana PPS sudah mula menunjukkan ianya kumpulan subversif politik dan sudah berlaku kasar pada kaum cina.



Dia memberitahu DAP telah melancarkan 3 kempen iaitu Impian Sabah untuk tarik undi pendalamana, Batu Sumpah melibatkan isu otonomi, dan Kempen mengesa keputusan RCI dikemukakan.



Kit Siang mengikut gerak rentak Jeffrey Kitingan apabila menuntut dijawab kenapa Laporan Cobbold Commission 1962 untuk pembentukan MALAYSIA hanya mengambil masa 7 bulan untuk dikemukakan namun keputusan RCI dicapai tempoh 2 tahun setengah dari kelulusan parlimen belum ada keputusan dikemukakan.



Nampaknya DAP sedang berusaha untuk memecahkan Sabah dan sarawak dari Malaysia untuk memudahkan DAP menguasai Semenanjung Tanah Melayu untuk mungkin nak digabungkan dengan Singapura.



SUMBER: http://ift.tt/W4BJKV
Read more »

Secessionist warned for "seditous or treasonous" activities

0 comments



August 30, 2014

SIPITANG: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said that voices urging that Sabah be taken out from Malaysia will adversely affect the spirit of cooperation, security and unity of the people.



The government did not want to hear voices raised by a small group stridently claiming there was no development in Sabah and urging efforts be made to take Sabah out of Malaysia.



“The effort is opposed to the national and state constitutions.



“It is seditious in nature and if allowed to go on will affect the prevailing spirit of cooperation, security and unity in Sabah,” he said when officiating the Sipitang International GATA Festival here today.



Also present was Sabah Chief Minister Musa Aman and Sipitang MP Sapawi Ahmad.



In this regard, Muhyiddin said the voices should not be tolerated and stringent action would be taken against them for trying to create such a situation.



He said this was to ensure Sabah continued to stay as an important state in Malaysia and continued to enjoy progress and development in the future.



Extract from Bernama



SUMBER: http://ift.tt/1u7iEVa
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog