INDIVIDU HASUT SABAH KELUAR MALAYSIA HANYA TUNGGU MASA HENDAK DITANGKAP


Polis telah mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.



Siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.



"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataaan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.



"Polis akan mempastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita.



Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.



Kenyataan seperti itu dilihat sebagai sengaja mahu memporak perandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.



Selain Sabah, pertubuhan yang dikenali Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) juga dalam cubaan untuk mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.







SUMBER: http://ift.tt/1um1JOx

1 comments:

{ Mohd Afif } at: 12 April 2017 at 21:37 said...

Tangkaplah kalau berani..... https://sabahkeluarmalaysia.blogspot.com.au

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog