DORIS JONES CABAR KERAJAAN MALAYSIA


Isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) semakin menjadi-jadi biarpun sambutan Hari Malaysia telah disambut meriah di Miri, Sarawak.



Doris Jones, seorang aktivis dari Sabah yang kini tinggal di United Kingdom, menjelaskan tujuan dia mewujudkan kumpulan SSKM di Facebook untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk mengenai status wilayah ini dalam Malaysia dan melaksanakan kempen pendidikan.



Kenyataan itu sangat bertentangan dengan apa yang dilihat di dalam Facebook sebagai medan menghasut untuk membawa Sabah Sarawak keluar Malaysia.



“Kempen kami semakin berkembang sejak empat tahun lepas terutamanya di kalangan generasi muda dan telah diinstitusikan di bawah Kesatuan Sarawak Sabah – UK,” kata Doris dalam satu kenyataan.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh polis Sabah bahawa mereka sedang memerhatikannya dan kini memburunya.



Salah satu matlamat kempennya adalah untuk bersuara menentang pencabulan hak-hak asasi manusia dengan merujuk secara khusus kepada akta drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ramai menggesa supaya dikembalikan dan Akta Hasutan.



Beliau mengalu-alukan sebarang langkah oleh Kerajaan Malaysia Untuk membawanya ke Mahkamah di United Kingdom.



“Mereka boleh mengemukakan keterangan mereka di Mahkamah dan saya akan mencabarnya,” kata Doris mengesahkan bahawa tiada sesiapa menghubunginya setakat ini..”



Dalam kenyataan ringkas beliau, Doris berkata dia dilahirkan di Sabah, Borneo Utara dan pernah bekerja dengan seorang akauntan dan seorang hakim Australia.







SUMBER: http://ift.tt/1uXPhnC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog