Peguam: “Abdul Khalid mula saman Bank Islam bukan sebaliknya”


Oleh: LIZAWATI MADFA





SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mula mengambil tindakan undang-undang terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan bukan sebaliknya.



Perkara itu disahkan peguam Menteri Besar itu, Matthew Thomas Philip dalam satu kenyataan media malam tadi.



islamic-bank Philip berkata beliau terpaksa membuat penjelasan selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan maklumat berkenaan penyelesaian itu yang sepatutnya tidak didedahkan.



“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan BIMB yang pertama sekali mengambil tindakan berhubung penjualan yang salah saham Guthrie miliknya oleh BIMB.



“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah plaintif sementara BIMB ialah defendan dalam kes itu,” jelas Philip.



Pada pertengahan bulan lepas, Abdul Khalid meminta Khalid Samad berjumpa kedua peguamnya, Philip dan Derek Fernandez bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyelesaian luar mahkamah pinjaman BIMB.



10672338_10154604814165430_6328284949898023354_n Arahan itu dilakukan Menteri Besar selepas diminta Khalid Samad bagi menjelaskan penyelesaian berkenaan yang didakwa meragukan oleh bekas parti Abdul Khalid iaitu PKR.



“Sejak awal 2007 lagi, ia menjadi sebahagian rancangan keseluruhannya untuk melihat sebarang kemungkinan penyelesaian luar mahkamah. Ini bukan sesuatu yang baru.



“Kami sudah memberi nasihat yang kami fikir merupakan terma munasabah untuk penyelesaian luar mahkamah dan terma akhir penyelesaian luar mahkamah itu lebih kurang sama seperti yang kami nasihatkan kepada Khalid Ibrahim,” kata Philip lagi.



10653684_10154604814260430_3501185267899536367_n Tambah Philip, sebagai peguam, pihaknya maklum akan kesemua terma yang terkandung dalam penyelesaian itu tetapi tidak dapat didedahkan kepada umum tanpa kebenaran pihak BIMB.

EZY






SUMBER: http://ift.tt/1BsgRNP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog