SUMBER: http://ift.tt/1tAbhSH
Jabatan Perhutanan bawa nama baik ke peringkat antarabangsa
SUMBER: http://ift.tt/1tAbhSH
PRESIDEN PMUM FAHMI ZAINOL DAN RAKAN DITAHAN POLIS DI KOTA KINABALU
Sepuluh mahasiswa termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini di tahan di balai polis Kota Kinabalu, Sabah, dipercayai kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk berpidato.
Menurut Fahmi, mereka ditahan ketika berpidato di Jalan Gaya mengenai salah guna kuasa pihak pengurusan Universiti Malaya dan pihak berkuasa ketika menganjurkan ceramah Anwar Ibrahim di Dataran Censelori UM secara rusuhan.
"Kami ditahan kira-kira jam 12.00 tengahari ketika kami sedang berpidato mengenai apa yang berlaku pada ceramah di UM.
"Ketika ini masih lagi berada di balai polis Kota Kinabalu menunggu untuk diambil keterangan," katanya ketika dihubungi.
Antara mahasiswa yang ditahan adalah dari UM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan Labuan.
Difahamkan kumpulan mahasiswa tersebut memberi penerangan kepada rakyat Sabah di Jalan Gaya sebelum meneruskan acara berpidato di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di mana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti "Jelajah Reformasi"
"Memang ia sebahagian daripada aktiviti kita di Sabah sebelum kita berpidato, kita beri penerangan kepada rakyat mengenai reformasi, kebebasan akademik dan pemansuhan akta hasutan," katanya.
Beliau berkata sambutan yang diberikan rakyat di Sabah ketika penerangan juga kurang menggalakkan.
Pemimpin pelajar tersebut mencetuskan kontroversi akibat tindakan beraninya meneruskan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaysia ke Penjara" meskipun mendapat bantahan daripada pengurusan universiti UM.
Beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang menghadapi tindakan tatatertib dari UM selain turut dikenakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.
Jumaat lepas, Fahmi menyertai rakan-rakannya berkumpul pula di UIA, Gombak bagi menyertai 'Jelajah Mahasiswa' di kampus itu dekat Gombak.
Keputusan UM yang masih belum mengenakan sebarang bentuk hukuman ke atas Fahmi dan mereka yang mencetuskan provokasi menyebabkan kumpulan pelajar yang pro-Anwar itu bebas mengadakan ceramah secara haram.
SUMBER: http://ift.tt/1EgQZ6X
Reinstate our identity – Sino KDM
SUMBER: http://ift.tt/1tUmv9M
Stay clear of ISIS activities, UMS staff, students warned
SUMBER: http://ift.tt/1E9CCBf
Kerjasama Berterusan Kunci Kekuatan BN – Musa Aman
SUMBER: http://ift.tt/1uBmhGt
Birth certs for immigrants different, can’t be used for MyKad application – director
SUMBER: http://ift.tt/1yVmWAJ
Selepas Setahun PAS Pertikai Kewajaran Pengharaman SIS Oleh MAIS.
Yes. Kenapa?
Ada sesuatu yang tak kena disitu. Kenapa beberapa pimpinan PAS mula sibuk2 cakap pasal SIS, pengharaman dan fatwa MAIS terhadap NGO tersebut?
Kan lebih baik jika MP MP pembangkang itu memekak tentang insiden KG. Chubadak. Rakyat yang tertindas memerlukan pembelaan. Tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pemimpin2 Pakatan Rakyat. Nak harapkan BN lagi la macam celaka.
Tapi sayang.
Pimpinan PR sibuk urusan rakyat hakim negara. Dan isu fatwa SIS.
Yang sibuk urusan bahas masalah rakyat di parlimen baguslah. Ini kita nak persoalkan tindakan pemimpin2 pembangkang yang meraban dari tugas sebenar mereka. Sekali sekala boleh la dimaafkan. Itupun jika munasabah. Ini langsung tak munasabah.
SIS dah failkan kes untuk mempersoalkan kerelevanan fatwa tersebut. Urusan SIS dan MAIS sudah bermula disitu. Pandai2 la mereka nak selesaikan konflik di antara mereka dengan menggunakan ruang undang2 yang sedia ada.
Tapi kenapa si Khalid, Mujahid dan Hanipa sibuk memekak isu SIS di lobi parlimen tadi? Pemimpin yang akalnya waras, otaknya cerdik, mindanya sihat akan memilih untuk memekak isu KG. Chubadak di depan media. Bukan isu SIS yang mana SIS ada mulut sendiri untuk bercakap bagi pihak diri mereka sendiri. Yang penduduk2 KG. Chubadak neh bukan takde mulut, ada mulut. Tapi apa gunanya lantik PR sebagai pembangkang bila time2 rakyat memerlukan mereka untuk berperanan mereka tak jalankan peranan mereka dengan sewajarnya.
Nampak tak disitu?
JANGAN CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT la woi.
Memang ada sesuatu sekarang neh. Siyes ada sesuatu. Jika betul sangat kemaruk nak pertikaikan maksud LIBERALISME dan PLURALISME, mereka takan sibuk buat selepas setahun. Semasa SIS mula2 diharamkan lagi dah mereka akan KECOH dan MEMEKAK ketika itu.
Dari apa yang aku nampak. Permainan politik di negara neh adalah berkenaan wang, kuasa, projek dan pangkat.
Wang akan tentukan siapa yang ko sokong. Dan untuk siapa kau bersuara.
WANG. SIS. Persoalkan fatwa MAIS. Dan 3 pimpinan PAS di atas. Ada sesuatu yang tak kena. Sebelum neh Anwar. Dan sekarang pemimpin2 yang bajet progresif dalam PAS. I wish aku detektif conan. Aku memang betul2 ada keinginan untuk siasat. Cuma takde kemampuan.
KAH KAH KAH
Kbai.
SUMBER: http://ift.tt/1scJOXE
KENAPA PERLU HERET ISTERI SAIFUL DALAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM?
Tindakan penyokong Anwar Ibrahim yang mengheret sama isteri Saiful, Nik Suryani Megat Drahman yang sudah sah menjadi isteri dan ibu kepada anak Saiful Bukhari dikritik banyak pihak khususnya mereka yang melihat Saiful sebagai mangsa liwat Anwar Ibrahim.
Apa yang diminta Saiful hanyalah keadilan seperti mana yang diperjuangkan PKR dalam setiap ceramahnya.
Apakah hanya Anwar Ibrahin sahaja yang perlukan keadilan sedangkan Saiful yang merupakan mangsa liwat tidak dibela?
Isu ini telah dipanjangkan penyokong fanatik Anwar Ibrahim di dalam media sosial dalam mengalih perhatian terhadap penghujahan pendakwaraya hari ini yang memasuki hari ke-5.
Kebanyakan penyokong Anwar Ibrahim ini menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat.”Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.
“Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?”
Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya Saiful memfitnah.
“Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir setiap hari.
Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual
Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.
“Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.
“Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian lain.
“Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu,” ujarnya.
Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.
“Apa yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak perlulah membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil perkahwinannya denga Saiful setahun lalu,” katanya.
Beginilah sikap penyokong Anwar Ibrahim yang kini sudah ketandusan idea untuk mempertahankan Anwar Ibrahim di mana hujah peguambelanya sudah dipatahkan dengan kebijaksanaan pendakwaraya yang diektuai Shafer Abdullah.
SUMBER: http://ift.tt/1t5uDyR
Birth cert not citizenship
SUMBER: http://ift.tt/10hRlNH

KENYATAAN JAMES JEMUT MASING MENGELIRUKAN DAN BANYAK KESILAPAN FAKTA
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa kenyataan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing berkenaan isu rampasan kitab agama Kristian sebagai ektremisme agama baru-baru ini adalah tidak bijak dan boleh mengelirukan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.
Katanya, tindakan pegawai-pegawai kastam yang merampas kitab tersebut di Sepang hanya kerana mematuhi kehendak undang-undang.
Sebaliknya tiada sebarang isu politik mahupun melibatkan penggunaan Kalimah Allah seperti yang didakwa James Masing.
“Apa yang sebenarnya berlaku ialah Paderi Maklin Masiau cuba membawa masuk 574 buku dan 419 CD dalam enam buah kotak dari Medan tanpa permit ke Sabah. Pengimportan bahan bacaan dan tontonan dalam jumlah yang besar memerlukan permit import.
“Hal ini tidak ada kena mengena dengan adanya perkataan ‘Allah’ dalam Al-Kitab yang cuba dibawa masuk oleh paderi itu,” katanya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.
Beliau menambah, tuduhan Masing itu telah menimbulkan persepsi seolah-olah pegawai-pegawai kerajaan di Semenanjung mahu meluaskan sekatan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan masyarakat Kristian di kedua-dua negeri tersebut yang telah lama bebas menggunakannya.
Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan mendakwa, tuduhan yang dibuat oleh Masing adalah terburu-buru dan melulu disebabkan sentimen agamanya tanpa terlebih dahulu mendapat fakta yang sebenar dari pihak yang berkenaan.
“Sepatutnya sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam masalah perpaduan di Sarawak, beliau lebih bertanggungjawab dan tidak menimbulkan prasangka buruk di kalangan penganut Kristian di Sarawak.
“Menuduh kejadian itu sebagai tanda Malaysia menuju ke arah negara Islam adalah keterlaluan dan bersifat hasutan,” katanya.
Beliau berkata, jika sikap Masing rasional, maka Masing akan terlebih dahulu mencari fakta yang sebenar sebelum membuat kenyataan yang sangat sensitif.
Tambahnya, sekiranya tindakan pegawai-pegawai kastam terbabit dianggap ekstrim, maka tindakan Masing juga menunjukkan sikap ekstremismenya kerana lebih mementingkan sentimen keagamaannya sehingga sanggup mencurahkan minyak ke atas api.
Katanya, Masing seharusnya lebih bertanggungjawab di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang telah membuktikan amat prihatin terhadap penyusupan anasir ekstremisme agama dan perkauman dari Semenanjung ke Sarawak dan tidak turut menjadi anasir yang tidak dikehendaki seperti ini di Sarawak.
SUMBER: http://ift.tt/1t2CqNI
Jali ungguli ‘Downhill Men Master’
SUMBER: http://ift.tt/1uh4LqR