KENAPA PERLU HERET ISTERI SAIFUL DALAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM?



Tindakan penyokong Anwar Ibrahim yang mengheret sama isteri Saiful, Nik Suryani Megat Drahman yang sudah sah menjadi isteri dan ibu kepada anak Saiful Bukhari dikritik banyak pihak khususnya mereka yang melihat Saiful sebagai mangsa liwat Anwar Ibrahim.


Apa yang diminta Saiful hanyalah keadilan seperti mana yang diperjuangkan PKR dalam setiap ceramahnya.


Apakah hanya Anwar Ibrahin sahaja yang perlukan keadilan sedangkan Saiful yang merupakan mangsa liwat tidak dibela?


Isu ini telah dipanjangkan penyokong fanatik Anwar Ibrahim di dalam media sosial dalam mengalih perhatian terhadap penghujahan pendakwaraya hari ini yang memasuki hari ke-5.


Kebanyakan penyokong Anwar Ibrahim ini menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat.”Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.


“Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?”


Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya Saiful memfitnah.


“Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir setiap hari.


Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual


Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.


“Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.


“Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian lain.


“Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu,” ujarnya.


Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.


“Apa yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak perlulah membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil perkahwinannya denga Saiful setahun lalu,” katanya.


Beginilah sikap penyokong Anwar Ibrahim yang kini sudah ketandusan idea untuk mempertahankan Anwar Ibrahim di mana hujah peguambelanya sudah dipatahkan dengan kebijaksanaan pendakwaraya yang diektuai Shafer Abdullah.







SUMBER: http://ift.tt/1t5uDyR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog