OH! BANGANG RUPANYA BLOGGER NI!!!


Wah!!! Tak sangka sungguh bila Perdana Menteri sanggup keluarkan kenyataan sedemikian terhadap pejuang Blogger setelah sekian lama mempertahankan Institusi Perdana Menteri itu sendiri.



Tak sangka. Rupanya bangang kami geng - geng blogger ni yang memang hampir 70 peratus artikel dalam blog mereka menyerang puak - puak Pakatan Haramjadah tu secara istiqomah dan dilakukan saban hari.



Cuma ada ketikanya, blogger Pro UMNO ni meluahkan rasa tak puas hati terhadap beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO itu sendiri yang dilihat merugikan UMNO.



Sebagai contoh, kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Pak Menteri Ayam tu. Apa yang terluah dari mulut dia sebelum ini ternyata menyusahkan orang diperingkat bawahan untuk menjawabnya.



Malah tindakan dia sebelum ini dianggap 'Tidak Populis' dengan memansuhkan subsidi minyak secara tergesa - gesa membuatkan ramai pihak terpingga - pingga nak menjawabnya.



Itu pun belum masuk cerita pasal kenyataan Menteri Pelencongan yang mendakwa Sabah merupakan kawasan yang Tidak Selamat untuk sebarang aktiviti pelancongan.



Adakah perkara sedemikian perlu didiamkan? Adakah perkara sedemikian kami perlu akur dan tidak berhak untuk menegur pemimpin terbabit agar berhati - hati membuat kenyataan mereka sendiri?



Dalam erti kata lain, ada kalanya tindakan blogger Pro UMNO ni mengambil pendekatan 'Menegur' kepimpinan UMNO itu sendiri agar mereka tidak melakukan kerja bodoh yang menyusahkan orang lain.



Kalau tak boleh nak ditegur, jangan la emosional sangat sampai tahap nak menggelarkan orang lain 'Bangang' tak tentu arah. Apakah tidak pernah kami membalun pemimpin Pakatan selama ini?



Apakah tidak cukup kami menjawab dakyah pembohongan yang dilemparkan terhadap pihak Kerajaan hampir setiap hari, setiap masa dan setiap ketika? Adakah itu Bangang namanya?



Terpulang la kepada pandangan Presiden UMNO itu sendiri nak menilai sejauh mana gerak kerja yang dilakukan oleh pejuang - pejuang blogger yang Pro UMNO dibawah ni. Gelar la kami apa pun. Yang pastinya kami tak mengharapkan jawatan tinggi dan Gila Kuasa macam orang lain!!!



PS: Kata sahabat blogger SH, "Mentang - mentang la ada 'Awek Cun' yang tawar diri nak mempertahankan Kak Mah, kita ni pulak yang digelarkan 'Bangang'."





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2014/11/oh-bangang-rupanya-blogger-ni.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog