PRESIDEN PMUM FAHMI ZAINOL DAN RAKAN DITAHAN POLIS DI KOTA KINABALU

Sepuluh mahasiswa termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini di tahan di balai polis Kota Kinabalu, Sabah, dipercayai kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk berpidato.


Menurut Fahmi, mereka ditahan ketika berpidato di Jalan Gaya mengenai salah guna kuasa pihak pengurusan Universiti Malaya dan pihak berkuasa ketika menganjurkan ceramah Anwar Ibrahim di Dataran Censelori UM secara rusuhan.


"Kami ditahan kira-kira jam 12.00 tengahari ketika kami sedang berpidato mengenai apa yang berlaku pada ceramah di UM.


"Ketika ini masih lagi berada di balai polis Kota Kinabalu menunggu untuk diambil keterangan," katanya ketika dihubungi.


Antara mahasiswa yang ditahan adalah dari UM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan Labuan.


Difahamkan kumpulan mahasiswa tersebut memberi penerangan kepada rakyat Sabah di Jalan Gaya sebelum meneruskan acara berpidato di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di mana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti "Jelajah Reformasi"


"Memang ia sebahagian daripada aktiviti kita di Sabah sebelum kita berpidato, kita beri penerangan kepada rakyat mengenai reformasi, kebebasan akademik dan pemansuhan akta hasutan," katanya.


Beliau berkata sambutan yang diberikan rakyat di Sabah ketika penerangan juga kurang menggalakkan.


‎Pemimpin pelajar tersebut mencetuskan kontroversi akibat tindakan beraninya meneruskan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaysia ke Penjara" meskipun mendapat bantahan daripada pengurusan universiti UM.


‎Beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang menghadapi tindakan tatatertib dari UM selain turut dikenakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

Jumaat lepas, Fahmi menyertai rakan-rakannya berkumpul pula di UIA, Gombak bagi menyertai 'Jelajah Mahasiswa' di kampus itu dekat Gombak.


Keputusan UM yang masih belum mengenakan sebarang bentuk hukuman ke atas Fahmi dan mereka yang mencetuskan provokasi menyebabkan kumpulan pelajar yang pro-Anwar itu bebas mengadakan ceramah secara haram.







SUMBER: http://ift.tt/1EgQZ6X

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog