Manfaatkan kejatuhan Ringgit untuk tarik pelancong asing: Salleh

0 comments

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said berharap pengusaha pelancongan tempatan memanfaatkan kejatuhan nilai Ringgit sekarang, untuk menarik lebih ramai pelancong asing melawat negeri ini.

Beliau optimis akan lebih ramai pelancong asing melawat negara ini, maka pengusaha tempatan perlu mengambil inisiatif untuk menarik mereka datang ke Sabah.



"Ini boleh dilakukan menerusi pakej serta insentif menarik, dengan kerjasama agensi-agensi pelancongan di peringkat negeri dan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi `brainstorming' Pelan Pelancongan di kawasan Kadamaian, di sini hari ini.



Salleh berkata dengan nilai tukaran wang asing yang lebih tinggi, bermakna perbelanjaan pelancong luar ke negara ini menjadi lebih murah.



Sehubungan itu, katanya, peranan pengusaha pelancongan penting bagi membantu menjana pendapatan kepada negara dan negeri ini.



Dalam pada itu, Salleh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap pemimpin Kerajaan Pusat lebih berhati-hati dalam pengumuman projek yang memerlukan dana besar, bagi mengelak sebarang implikasi.



Yang penting, kata beliau, laksanakan terus sesuatu projek selepas mendapat peruntukan kerana ia akan lebih meyakinkan rakyat.



"Kita jangan terlalu ghairah mengumumkan sesuatu projek untuk dilaksana tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dan kewangan kerajaan, kerana implikasinya akan berbalik kepada kerajaan," katanya.



Salleh berkata sebarang pengumuman pelaksanaan projek sememangnya dinantikan oleh rakyat, justeru ia perlu dibuat dengan berhati-hati dan mengambil kira faktor-faktor di persekitaran ekonomi.



Antaranya termasuk kejatuhan harga minyak di pasaran dunia, kemerosotan nilai Ringgit serta kemusnahan akibat banjir di pantai timur Semenanjung yang memerlukan peruntukan besar untuk pemulihan dan pembangunan semula.



"Saya rasa yang lebih elok, kita laksanakan dulu sesuatu projek itu, kemudian dirasmikan dan baru kita cerita mengenai agenda pembangunan kerajaan.



"Kalau kita umum dahulu, rakyat akan menanti-nanti, dan jika tidak dapat dipenuhi atau lambat dilaksana, ia akan membawa implikasi negatif kepada kerajaan hari ini," katanya.







SUMBER: http://ift.tt/17z8qX7
Read more »

11 sempadan baru boleh digunakan pada PRN

0 comments
FREE MALAYSIA TODAY



Laporan akhir bagi syor kajian semula persempadanan di Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat Mac ini





Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof



KUALA LUMPUR: Sebelas bahagian baharu yang diwujudkan dalam persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka dapat digunakan pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan datang.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, laporan akhir bagi syor kajian semula persempadanan itu dijangka dapat disiapkan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan di Dewan Rakyat Mac ini jika pihaknya tidak menerima sebarang bantahan.



“Setakat ini SPR belum menerima sebarang bantahan atau cadangan daripada mana-mana pihak yang layak membuat bantahan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya, lapor Bernama.



SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Jan lepas hingga 4 Feb ini di beberapa tempat di negeri itu.



Berikutan persempadanan semula itu, DUN Sarawak yang kini hanya 71 kerusi akan bertambah menjadi 82.



Sebelas bahagian baharu pilihan raya negeri yang disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.



Pada satu sesi khas bersama media Jun lepas sempena 100 hari pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal atau menunggu sehingga mandat DUN berakhir pada Jun 2016.



Abdul Aziz berkata jika terdapat bantahan, SPR akan menyemak semua bantahan yang diterima daripada pihak-pihak yang dibenarkan sahaja.



Selepas selesai semua proses semakan bantahan, syor itu akan dipamerkan sekali lagi, katanya sambil menyuarakan keyakinan bahawa persempadanan semula itu dapat digunakan untuk pilihan raya negeri Sarawak.



Pihak-pihak yang dibenarkan membuat bantahan ialah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu, dan sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.



Menyentuh pewartaan Notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN Sabah dan Semenanjung Malaysia, Abdul Aziz berkata ia masih belum ditetapkan.



“Kita masih menunggu keadaan banjir pulih sepenuhnya kerana keadaan sekarang masih belum sesuai,” katanya.



Pewartaan tersebut yang pada awalnya dirancang untuk diwartakan Disember lepas terpaksa ditunda berikutan banjir yang melanda beberapa negeri.



Kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003.



SUMBER: http://ift.tt/1A4PK8A
Read more »

AMK tuntut Zahid jelas tujuh perkara berhubung surat kepada FBI.

0 comments

MSO



Semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Pengarah Komunikasi Keadilan yang juga Naib Ketua Angkatan Muda (AMK) Fahmi Fadzil telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi menuntut menteri itu menjelaskan tujuh perkara berhubung surat yang dikatakan dihantar oleh Zahid kepasa FBI untuk "membela" takeh judi.














Fahmi Fadzil menunjukkan surat dihatar kepada Zahid.

Dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada blog ini, tujuh perkara yang dituntut oleh Fahmi itu adalah apa juga yang bermain dalam kepala orang ramai berhubung tindakan Zahid itu.



Tindakan Zahid yang dilihat mirip kepada tindakan bersendirian (pandai-pandai) menimbulkan implikasi dan tanda tanya serta tanggapan ia sesuatu yang memberi impak besar kepada negara.



Bagaimana pun saya yakin Zahid tidak akan menjawab tuntutan tujuh perkara dikemukakan Fahmi itu.



Berdasarkan kepada perangai dan sikap Zahid sebelum, dia akan mengambil sikap seperti tikus jatuh ke dalam genak (bekas) beras sahaja, apa lagi isu berkenaan dianggap satu permulaan serangan politik yang kecam kepadanya diawal tahun ini.



Zahid tidak akan menjawab atau menjelaskan tindakannya itu. Saya yakin kalau surat itu benar sudah pasti Zahid akan mendapat restu perdana menteri terlebih dahulu untuk bertindak secara bersendirian.



Sekiranya Zahid tidak mendapat kebenaran (memaklumkan) Najib Razak seperti mana ditafsirkan oleh Rafizi Ramli, Zahid sudah melanggar konvensyen dimana sesuatu urusan membabitkan luar negeri seharusnya melalui Wisma Putera. Saya tidak fikir Zahid pandai memandai-mandai. Ertinya selain daripada menuntut Zahid menjelaskan isu berkenaan, Najib juga bertanggungjawab dan perlu diminta berbuat demikian.



Sebagai Perdana Menteri, Najib kena bertanggungjawab ke atas apa juga salah laku dibuat oleh menterinya, dan jika ia perlu wajar Najib menasihati Zahid berundur?



Kenapa saya kata Zahid akan mendiamkannya, kerana sebelum ini Zahid kerap melemparkan kenyataaan berupa cabaran dan juga jemainan untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan dengan dirinya, tetapi 90 peratus tidak dijawabnya.



Antaranya beliau pernah menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan insiden pencerobohan Lahad Datu, di Sabah, memberi jaminan akan menjelaskan penggunaan jet persendirian untuk menunai Haji dan sebagainya, semuanya tidak dilunasi Zahid hingga sekarang.



Tujuh perkara yang diminta oleh Fahmi agar dijelaskan Zahid adalah seperti mana terkandung dalam kenyataan media itu seperberikut;



1. Adakah surat yang diterbitkan laman web South China Morning Post di dalam rencana bertajuk Accused gambling kingpin Paul Phua ‘assisting Malaysia on matters of national security’ (http://ift.tt/1tQptZB) benar dan sahih?



2. Bagaimana surat yang berstatus “PRIVATE & CONFIDENTIAL” boleh dipamerkan dalam laman web tersebut?



3. Apakah “projek-projek berkaitan keselamatan negara” yang dimaksudkan YB DS Zahid di dalam surat tersebut?



4. Adakah Paul Phua Wei Seng seorang anggota “14K”? Dan pernahkah dia ditangap atau didakwa di Malaysia sebelum ini?



5. Adakah Zahid merujuk pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mengenai sama ada Paul Phua Wei Seng adalah seorang anggota “14K” ataupun tidak sebelum menghantar surat tersebut?



6. Sebelum menghantar surat tersebut, adakah Zahid berbincang dan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara tentang isi kandungan surat tersebut?



7. Adakah Zahid pernah mengeluarkan pandangan ataupun surat kepada pihak Interpol mempertahankan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, di mana satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau?



Fahmi memberi tempoh tiga hari untuk Zahid menjelaskan tuntutan tujuh perkara itu, jika tidak dilaksanakan mungkin AMK akan bergerak dan bertindak lebih proaktif lagi. Syabas kepada AMK kerana berani mencari jawaban kepada persoalan umum. Pemimpin atau pun gerakan seperti inilah yang dimahui oleh rakyat bukan pemimpin atau kumpulan yang saling memburuk sesama sendiri sama ada Islam atau tidak.



SUMBER: http://ift.tt/1AQ578T
Read more »

Sabah’s autonomy on religion

0 comments
By SSK



The issue of religion, in particular regarding Islam, is a sensitive issue, made worse of late due to the Allah issue and Bahasa Malaysia Bibles controversy. What is happening in some states in West Malaysia is of concern to Sabah. The main concern is that what is happening in West Malaysia may soon happen in Sabah if the issue is not clarified.




To understand the issue of religion in Sabah we must revert to the Cobbold Commission and the 20-Point Memorandum where it says that while there was no objection to Islam being the religion of Malaysia there should be no State religion of North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.



The British members of the Commission were of the view that the non-Muslim community wanted complete religious freedom concerning worship, education and propagation in North Borneo and that the provisions of the Federal Constitution regarding Islam should not extend to North Borneo and that the State Legislature should be the authority that decides what happens.



Article 5A of the Sabah State Constitution says, “Islam is the religion of the State; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the State.”



Article 5B(1) says that the Yang di-Pertuan Agong is Head of Islam in Sabah but Article 5B(2) says the State Legislative Assembly shall be responsible for making provisions for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the Yang di-Pertuan Agong in matters relating to Islam.



Despite having Article 5A and 5B, Articles 11(1) and 11(4) of the Federal Constitution is retained to guarantee religious freedom and to allow State Law to control or restrict the propagation of any religious belief among Muslims.



In other words, this would mean there is a certain degree of autonomy in Sabah and the Sabah State Assembly can formulate its own policies, which may differ from that of the West Malaysian states, but just as long as it does not contradict the Federal Constitution. This results in the preservation of the freedom of religion in Sabah, with limited exceptions for the propagation of Muslims, and the Sabah State Assembly retaining the power to decide on the ‘rules of engagement’ and recommend these rules to the Agong.



Overall, there should be no confusion on this matter as far as Sabah is concerned and there are no restrictions to Christians in Sabah using Allah or publishing Christian literature, Bibles included, in Bahasa Malaysia. So let us not allow the controversy in West Malaysia to spill over to Sabah because Sabah has specific laws on what should and should not happen.



And this is the guarantee we must give to the people of Sabah.





SUMBER: http://ift.tt/14tTGHa
Read more »

Weak ringgit will not affect Mara scholarships, quota of overseas students

0 comments
PUTRAJAYA: Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal today gave assurance that the drop in […]



SUMBER: http://ift.tt/1HSH7E6
Read more »

Sabah seats proposal submitted – EC

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah Election Commission (EC) has submitted the proposed delineation for Sabah to its headquarters, director […]



SUMBER: http://ift.tt/1ywSVKI
Read more »

52 people evacuated as floods hit Merapok

0 comments
LAWAS: Fifty-two people from three villages were evacuated to SMK Merapok relief centre when flood hit the Sabah-Sarawak […]



SUMBER: http://ift.tt/1HAQyI7
Read more »

APA PUNCA BEKAS TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI WAYTHAMOORTHY DISEKAT MEMASUKI SARAWAK?

0 comments



Kerajaan Sarawak kali ini meneruskan tradisinya dengan tidak membenarkan bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy memasuki Sarawak pada Sabtu lepas.



Semua ini atas alasan menjaga perpaduan rakyat Sarawak daripada dicerobohi anasir-anasir jahat yang cuba memecahbelahkan masyarakat Sarawak.



Kehadiran Waythamoorthy ke Sarawak atas jemputan sebuah NGO, SAPA yang telah diharamkan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.



Namun begitu, SAPA kini tidak lagi diterajui oleh pemimpin terdahulu memandangkan mereka telah diharamkan untuk bergiat dan menggunapakai nama SAPA. Persoalan sekarang, siapakah pemimpin lain yang menggunakan nama SAPA?



Sekatan masuk Waythamoorthy ke Sarawak sepatutnya disusuli dengan tangkapan atas Akta Hasutan 1948 kerana individu itu pada bulan Mei 2014 yang lepas pernah melafazkan kata-kata berunsur ancaman terhadap kerajaan Malaysia semasa ceramahnya dalam satu forum di Kuching, Sarawak.



Kononnya nak perjuangkan isu Akta Hasutan untuk Sabah dan Sarawak tetapi Wathamoorthy lupa dia pernah menyarankan NGO SAPA mengikut jejak langkahnya semasa memperjuangkan Hindraf di peringkat UN satu ketika dahulu; Modus operandi yang sama iaitu untuk menghapuskan Perjanjian Malaysia 1963.



Ini semakin jelas membuktikan pengekalan Akta Hasutan tidak semestinya difokuskan ke atas isu-isu di Sarawak atau Sabah tetapi perlu lebih didalamkan lagi iaitu penghapusan ke atas individu-individu atau pihak dari Semenanjung yang menjadi punca utama hasutan perkauman, keagamaan dan isu Sarawak keluar Malaysia.



Hakikatnya apa yang cuba dibawa Waythamoorthy dan SAPA itu ialah menghasut rakyat Sabah Sarawak untuk menentang pengekalan Akta Hasutan yang kononnya tidak diguna pakai di Sabah Sarawak kerana berstatus negara.









SUMBER: http://ift.tt/1w9Iebb
Read more »

Contohi sifat amanah Rasulullah dalam pentadbiran – Azizah

0 comments

KEADILAN DAILY




KUALA LUMPUR : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pemimpin Islam di negara ini agar mencontohi sifat amanah yang ditunjukkan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad saw.

Dalam peruntusan khas sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Azizah turut menggesa pemimpin umat Islam supaya menjauhi rasuah yang boleh merosakkan negara.



drwanazizah “Di dalam pemerintahan, kita harus mencontohi sifat Rasulullah iaitu amanah. Kita harus telus, berhemah dan bertangggungjawab.



“Kita juga harus berusaha mengelak dan menghapuskan segala unsur-unsur rasuah yang boleh merosakkan pentadbiran kita,” katanya.



Beliau menyifatkan Muhammad sebagai seorang reformis agung yang berjaya mengubah dunia dengan pengembangan dakwah Islam, meliputi dua pertiga dunia.



“Mesej yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w amat jelas, iaitu baginda membawa rahmat kepada seluruh alam, meliputi semua umat manusia yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang, bangsa dan agama,” jelasnya.



Beliau dalam pada itu turut menyeru pemimpin umat Islam di seluruh dunia agar bermuhasabah dan kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik yang melanda dunia Islam.



Katanya, umat Islam mutakhir ini menghadapi pertembungan fikrah, apabila masih terdapat mereka yang tidak memahami contoh dan akhlak baik yang dibawa Nabi.



“Akibatnya, peperangan, pembunuhan dan kezaliman terus berlaku di Syria, Iraq, Mesir dan beberapa negara lain.



“Mereka hanya menamakan diri mereka kumpulan Islam, tetapi sayangnya mereka melakukan tindakan yang bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w,” ujarnya.



SUMBER: http://ift.tt/1xr2TvQ
Read more »

The week at a glance 4 January 2015

0 comments
Sabah & Sarawak Nam Cheong sells two vessels for US$45 mln Nam Cheong Ltd on Monday said it […]



SUMBER: http://ift.tt/1BszxMN
Read more »

DAP gesa kerajaan pertingkat industri tenaga di Sabah

0 comments
Chan-Foong-Hin

Roketkini.com



TAWAU: DAP menggesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili agar melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan industri tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah.



Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, biarpun beliau menyambut baik langkah membuka loji janakuasa solar PV pertama di Tawau, namun masih banyak lagi usaha yang harus dilakukan.



“Sebagai permulaan, lebih banyak kuota harus diberikan kepada Sabah di bawah Feed in Tariff (FiT).

“Hakikat yang beliau harus sedari, Sabah ketinggalan dua tahun berbanding negeri lain di Semenanjung kerana FiT hanya mula dilaksana tahun ini disini.



“Sabah perlu mendapat lebih kuota kerana gangguan kuasa masih kekal sebagai isu cukup serius di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.



Pada 31 Oktober 2012, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua telah mendedahkan tindakan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang telah menganugerahkan projek FiT kepada banyak syarikat yang tidak layak.



Menurut Tony, penganugerahan itu yang melibatkan 32.4 peratus daripada jumlah 139MW telah diberikan kepada anak bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan iaitu Suzi Suliana.



Merujuk kes tersebut, Foong Hin yang juga Adun Sri Tanjong menyatakan, Sabah wajar diberi keutamaan untuk membangunkan projek RE.



“Apakah semua faedah untuk rakyat negeri ini kurang penting berbanding anak perempuan seorang penjawat awam (Sidek Hassan)?” tegasnya.



30 Disember lalu, loji janakuasa solar PV pertama telah dimulakan di SMR Aquaculture Sdn Bhd Sungai Burung, Balung, Tawau.



Loji janakuasa itu yang mampu menghasilkan satu megawatt bekalan tenaga dapat menampung kira-kira 500 isi rumah di Tawau.



Pelaburan untuk loji janakuasa solar pertama ini menelan belanja sebanyak RM10 juta dengan jaminan



Pelaburan untuk penjanaan solar yang pertama di daerah ini ialah RM10 juta dan dijamin mampu bertahan selama 40 tahun. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1xkQIjC
Read more »

ANWAR IBRAHIM BERI ALASAN TIADA PENERBANGAN BALIK PUNCA DATANG LEWAT MELAWAT MANGSA BANJIR

0 comments



Hanya selepas banjir surut, baharu nampak kelibat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Kelantan.



Tanpa rasa malu, Anwar terus berucap dengan menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir.



Hebat ucapan Anwar sehingga tiada rasa bersalah berikutan ketiadaannya semasa rakyat Kelantan khususnya penyokong PAS dan PKR yang menjadi mangsa banjir.



Mereka yang terlalu taksub dengan Anwar dan pembangkang tidak mahu menerima sumbangan bantuan yang diberikan kerajaan BN kononnya tidak elok.



Tetapi, apakah mereka ini tidak sedar bahawa pemimpin pembangkang yang selama ini dipuja dan dijadikan model telah menghilang dan melarikan diri ke luar negara.



Yang pasti, yang nampak ketika rakyat dilanda musibah banjir ialah pemimpin kerajaan BN dan beberapa NGO pro kerajaan termasuklah komponen BN.



Muka dan wajah pemimpin PAS, PKR dan DAP yang lain pun tidak kelihatan. Jika ada sekalipun, semuanya hanya untuk ambil gambar kononnya mereka hulurkan bantuan.



Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat.



“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.



“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya.



Bagus pula alasan yang Anwar beri kenapa beliau lambat balik ke Malaysia? Alasan itu tidak masuk akal dan sebagai pemimpin pembangkang beliau akan berusaha untuk cari jalan pulang segera ke Malaysia.





Kalau tidak silap, Anwar ada mempunyai jet yang sebelum ini pernah digunakan untuk pergi balik ke Sabah dan Sarawak?





SUMBER: http://ift.tt/1twW8Dl
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog