KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said berharap pengusaha pelancongan tempatan memanfaatkan kejatuhan nilai Ringgit sekarang, untuk menarik lebih ramai pelancong asing melawat negeri ini.
Beliau optimis akan lebih ramai pelancong asing melawat negara ini, maka pengusaha tempatan perlu mengambil inisiatif untuk menarik mereka datang ke Sabah.
"Ini boleh dilakukan menerusi pakej serta insentif menarik, dengan kerjasama agensi-agensi pelancongan di peringkat negeri dan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi `brainstorming' Pelan Pelancongan di kawasan Kadamaian, di sini hari ini.

Salleh berkata dengan nilai tukaran wang asing yang lebih tinggi, bermakna perbelanjaan pelancong luar ke negara ini menjadi lebih murah.
Sehubungan itu, katanya, peranan pengusaha pelancongan penting bagi membantu menjana pendapatan kepada negara dan negeri ini.
Dalam pada itu, Salleh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap pemimpin Kerajaan Pusat lebih berhati-hati dalam pengumuman projek yang memerlukan dana besar, bagi mengelak sebarang implikasi.
Yang penting, kata beliau, laksanakan terus sesuatu projek selepas mendapat peruntukan kerana ia akan lebih meyakinkan rakyat.
"Kita jangan terlalu ghairah mengumumkan sesuatu projek untuk dilaksana tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dan kewangan kerajaan, kerana implikasinya akan berbalik kepada kerajaan," katanya.
Salleh berkata sebarang pengumuman pelaksanaan projek sememangnya dinantikan oleh rakyat, justeru ia perlu dibuat dengan berhati-hati dan mengambil kira faktor-faktor di persekitaran ekonomi.
Antaranya termasuk kejatuhan harga minyak di pasaran dunia, kemerosotan nilai Ringgit serta kemusnahan akibat banjir di pantai timur Semenanjung yang memerlukan peruntukan besar untuk pemulihan dan pembangunan semula.
"Saya rasa yang lebih elok, kita laksanakan dulu sesuatu projek itu, kemudian dirasmikan dan baru kita cerita mengenai agenda pembangunan kerajaan.
"Kalau kita umum dahulu, rakyat akan menanti-nanti, dan jika tidak dapat dipenuhi atau lambat dilaksana, ia akan membawa implikasi negatif kepada kerajaan hari ini," katanya.
SUMBER: http://ift.tt/17z8qX7
0 comments:
Post a Comment