KOTA BELUD: Kerajaan perlu mendengar dan menimbang pandangan semua pihak sebelum menggubal rang undang-undang baharu yang akan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah, kata Speker Dewan Undangan Negerio Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak.
Beliau berkata ia perlu diberi perhatian berikutan pelbagai reaksi orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik terhadap cadangan memperkenalkan rang undang-undang baharu, bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, kerajaan harus meneliti pro dan kontra cadangan itu bagi mengelak implikasi dan kesan jangka panjang.
"Yang penting, kerajaan perlu mendengar suara majoriti dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, termasuk sudut agama kerana tokoh-tokoh agama sudah pun memberi pandangan terhadap cadangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Ceramah Perdana `Motivasi Pembangunan Keluarga Bahagia' oleh Prof Dr Basir Aziz di Dewan Masjid Pekan, di sini hari ini.
Dua hari lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberitahu, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata kerajaan tidak boleh terburu-buru memperkenalkan akta berkenaan, sebaliknya perlu mendapatkan pandangan menyeluruh terlebih dahulu.
Katanya, sesuatu perundangan yang hendak diperkenalkan perlu menjurus ke arah kebaikan dan dalam konteks ini, ia mestilah ditentukan tidak merencatkan institusi keluarga.
"Membina sebuah keluarga bahagia mempunyai pelbagai cara dan kaedah mengikut amalan institusi keluarga itu sendiri...bagaimana mendisiplinkan anak masing-masing tanpa melampaui had.
"Begitupun, kita menentang keras sebarang bentuk penderaan terhadap anak-anak, termasuk dipukul secara fizikal dan didera secara mental," katanya.
Salleh berkata kes pasangan suami isteri yang merotan anak mereka di Sweden, dan kemudian dipenjarakan pada tahun lalu, boleh dijadikan iktibar oleh kementerian yang berkaitan, termasuk melihat kesan pemisahan sementara antara anak-anak berkenaan dengan ibu bapa mereka.

SUMBER: http://ift.tt/1JrVlwu
0 comments:
Post a Comment