STAR Sabah to contest 48 state, 21 parliament seats

0 comments
KOTA KINABALU: State Reform Party (STAR) Sabah released the full list of its candidates last night, just hours [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/04/20/star-sabah-to-contest-48-state-21-parliament-seats.html
Read more »

MCA berdepan ‘pertempuran hidup mati’ pada PRU13, kata presiden

0 comments

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— MCA berdepan “pertempuran hidup atau mati” pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan perlu menggunakan strategi baru untuk menghadapinya, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.



Pada pilihan raya kali ini, parti itu melepaskan kerusi Parlimen Gelang Patah, yang kini menjadi medan pertempuran antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang. MCA akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang tiga kerusi Parlimen berbanding pilihan raya 2008, dengan 68 muka baru di kalangan 127 calonnya.



Timbalan Ketua Wanita MCA Tan Ah Eng mempertahan kerusi Gelang Patah untuk BN pada 2008, bagaimanapun, beliau tidak akan bertanding kali ini dan laporan terdahulu menyatakan kerusi itu bakal diambil alih muka baru Jason Leong.



“PRU kali ini adalah pertempuran hidup atau mati untuk MCA, kita perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan memastikan semua calon BN menang kerana keputusan itu akan memberi kesan terhadap masa depan politik MCA serta negara,” katanya.



Beliau berkata matlamat utama MCA ialah memastikan BN akan terus membentuk kerajaan selepas PRU.



“Untuk mereka yang tidak terpilih sebagai calon, saya faham kekecewaan yang dirasai bahagian anda, namun saya berharap anggota parti akan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan marilah kita tunjukkan kesetiaan serta kasih sayang kepada parti, kita perlu kekal bersatu dalam menghadapi PRU,” kata Dr Chua yang juga tidak akan bertanding.



Selain Gelang Patah, MCA menggugurkan Kuantan dan Wangsa Maju daripada senarainya. Turut digugurkan ialah penyandang kerusi Pandan, yang juga bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee, sekali gus menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan sama ada beliau akan bertanding atau tidak.



Ong diganti peguam berusia 39 tahun, Garry Lim Chin Yee, iaitu penasihat undang-undang MCA bahagian Pandan, yang bakal berdepan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.



Dua Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, penyandang kerusi Raub, dan Senator Gan Ping Sieu, yang sebelum ini diuar-uar akan bertanding di kerusi Parlimen Kluang, turut diketepi.



Anggota Jawatankuasa Pusat MCA merangkap Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Keluarga Senator Datuk Heng Seai Kie pula akan membuat penampilan sulung di kerusi Parlimen Padang Serai serta berdepan calon PKR N. Surendran.



Kerusi Pulai pula akan dipertahan Timbalan Pengerusi bahagian parti itu Tay Chin Hein, 45, iaitu mengambil alih tempat bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting, yang tidak akan bertanding.



Abang Ka Ting iaitu Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang juga bekas Setiausaha Agung MCA, pula akan bertanding untuk penggal kedua di kawasan Parlimen Tanjung Malim.



Berusia 70 tahun, Datuk Yap Pian Hon pula menjadi calon tertua parti itu dan beliau berazam mengembalikan kerusi Parlimen Serdang selepas tewas pada PRU 2008 manakala calon termuda MCA ialah Daniel Wa Wai How, 25, yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Keranji di Perak.



Beliau merupakan pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong, yang bakal mempertahan kerusi Parlimen Kampar.



MCA juga bertukar dua kerusi DUN dengan Jelapang diserah kepada MIC untuk kerusi Sungkai manakala Tanah Rata diserah kepada Gerakan untuk kerusi Ketari di Pahang. Parti itu diberi kerusi DUN Luyang di Sabah bagi menggantikan kerusi Kota Laksamana di Melaka, yang bakal ditandingi calon Parti Progresif Rakyat (PPP).



Bagaimanapun, MCA belum menamakan calon untuk kerusi DUN Teras di Pahang dan Parit Yaani di Johor. Secara keseluruhan, 19 calon atau 51 peratus daripada 37 calon MCA yang bakal bertanding di kerusi Parlimen adalah muka baru. Bagi kerusi DUN, parti itu memilih 49 muka baru yang mewakili 54 peratus daripada 90 calon MCA. — Bernama





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/mca-berdepan-pertempuran-hidup-mati.html
Read more »

Berapi!!! (Gambar) Bekas Menteri Besar Serah Borang Keahlian PAS Kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.. Jom Terjah!!!

0 comments
SEDAKA SEJAHTERA







Maklumat terbaru yang diterima mendakwa bahawa seorang bekas menteri besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.



Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.






Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri kepada Tuan Guru Haron.



Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.



Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.



Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.



Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.



Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.



Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.



Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.



Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.



Sebuah blog yang rapat dengan pimpinan PAS juga meramalkan Muhammad akan menyertai PAS awal pagi tadi namun pada masa itu belum disahkan.



Kita tunggu penerimaan ahli PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya terhadap keputusan mengejut ini.JALAN PULANG




SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/berapi-gambar-bekas-menteri-besar-serah.html
Read more »

#tolakpakatan NIAT LAJIM UKIN TERCAPAI

0 comments
Sebagai orang lama dalam parti politik, Lajim Ukin yang mendakwa UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dan sebagainya sudah mula menampakkan siap diri beliau yang sebenarnya.



Tidak lain dan tidak bukan, tindakaan Lajim keluar dari UMNO Sabah adalah disebabkan bahawa beliau tidak lagi akan diberi peluang untuk bertanding kerana sudah menjadi tradisi UMNO dan Barisan Nasional untuk mengangkan pemimpin pemimpin baru dalam politik di setiap kawasan untuk memberikan nafas baru yang lebih kehadapan kepada para pengundi serta rakyat.




Lajim pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin UMNO Sabah mengamalkan rasuah dengan mengeluarkaan hasil balak dan sebagainya seolah olah beliau lupa bahawa beliau juga aadalah seorang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Sabah satu masa dulu.



Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan sebagainya dan dengan alasan itu juga beliau mengatakan bahawa beliau tahu setiap apa yaang berlaku di Sabah hingga beliau sangup untuk membuat surat aakuan bersumpah atau SD bagi meyakinkan orang ramaai khususnya rakyat Sabah bahawa UMNO dan Barisan Nasional itu amat buruk.



Tetapi adakah Lajim bersih dari segala galanya? Itu persoalan yaang perlu dijawab oleh Lajim sendiri.



Dengan mendakwa dan menuduh segala kejahatan UMNO dan Barisan Nasional jelas menunjukkan bahawa Lajim sendiri terlibat dengan segala apa yang beliau katakan, tetapi seperti yang Sangkakala katakaan tadi, Lajim sengaja menunjukkan atau menjadikan persepsi masyarakat terhadap UMNO dan Barisan Nasional itu amat buruk.



Bayangkan, selama bertahun tahun beliau bersama sama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mengapa kini baru beliau menuduh UMNO dan Barisan Nasional dengan tuduhan sebegitu?



Kenapa selama ini beliau hanya mendiamkan diri sekiranya apaa yang beliau katakan dan setiap tuduhan dan fitnah beliau terhadap UMNO dan Barisan Nasional itu adalah benar?



Nampak bukan permainan politik kotor yang dilakukan oleh Lajim?



Pengundi di Sabah khususnya di Beufort perlu menolak pemimpin ini dari terus menjadi wakil rakyat tidak kira di peringkat negeri mahupun pusat, kerana pemimpin sebegini hanya mahu melepaskan dan mementingkan diri sendiri.











SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/04/tolakpakatan-niat-lajim-ukin-tercapai.html
Read more »

PAS mendahului parti pembangkang lain umum calon di Sabah

0 comments
THE MALAYSIAN INSIDER



TAWAU — PAS nampaknya enggan menunggu keputusan pemimpin pakatan rakyat dalam menamakan calon yang akan bertanding di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 ini.



Ketika Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memuktamadkan senarai calon parti itu di Sabah berikutan pertindihan permintaan untuk beberapa kerusi tertentu di kalangan pakatan pembangkang, PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di dua kawasan parlimen dan sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu mempertaruhkan bekas Pesuruhjaya PAS negeri Hamzah Abdullah di Parlimen Batu Sapi manakala Ketua Pemuda Kalabakan Usman Madeali bagi Parlimen Kalabakan.



Beliau mengumumkan nama-nama calon parti itu di Sabah selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa calon di Pejabat Perhubungan PAS di sini.



Anwar pada sidang akhbarnya di Kota Kinabalu semalam berkata: “Keputusan mengenai pemilihan calon diputuskan oleh pemimpin-pemimpin parti pakatan pembangkang di negeri ini”.



Pakatan pembangkang di negeri ini dianggotai PKR, DAP, PAS dan dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Wilfred Bumburing dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukin.



Pada pilihan raya lepas, PAS tidak meletakkan calon bagi kerusi Parlimen, manakala dua calon yang diturunkan untuk kerusi DUN iaitu Sukau dan Merotai tewas.



Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan dua calon wanita untuk kerusi DUN iaitu Danseh Queck@Karman (Pitas) dan Fatmawati Mohd Yusuf (Tanjung Batu) manakala tujuh lagi ialah calon lelaki iaitu Awang Laiman Ikin@ Aban (Tampasuk), Hamid Ismail (Tanjung Aru), Ahdah Sulaiman (Sukau), Kasman Karate (Kunak), Hasai Tudai (Bugaya), Ahmad Dullah (Merotai) dan Daud Jalaluddin (Sebatik).



Sementara itu, Lajim pada sidang akhbar di sini hari ini berkata PPS diperuntukkan sekurang-kurangnya empat kawasan Parlimen dan 14 kerusi DUN, dan calon parti itu akan bertanding atas tiket PKR.



“Bagaimanapun, kemungkinan dua daripada calon dari PPS akan menggunakan lambang PAS iaitu mungkin di Bugaya dan Sukau,” kata Lajim sambil membayangkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias.



Lajim berkata senarai penuh calon Parlimen akan diumum oleh Anwar manakala calon-calon DUN khususnya PKR akan diumum selewat-lewatnya Selasa.



Di JERANTUT, Pahang, PAS negeri itu mengemukakan dua muka baru dan mengekalkan seorang muka lama sebagai calonnya di kawasan Parlimen Jerantut.



Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu akan menamakan calon muda Yohanis Ahmad, 35, di DUN Pulau Tawar, Zakuan Ahmad Badaruddin, 34, di DUN Tahan dan mengekalkan Dr Hamzah Jaafar, 48, di kawasan Parlimen Jerantut. — Bernama



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/pas-mendahului-parti-pembangkang-lain.html
Read more »

15 peratus calon wanita KEADILAN dari sayap Srikandi

0 comments
Oleh Arif Juhani



KUALA LUMPUR : Separuh daripada 30 peratus wanita KEADILAN yang dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 terdiri daripada sayap Srikandi.



Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, peratusan itu juga membabitkan wanita daripada semua kaum.



Siti Aishah (tengah) bersama rombongan Srikandi ke Sabah Februari lalu.
Siti Aishah (tengah) bersama rombongan Srikandi ke Sabah Februari lalu.




“Setakat ini, saya difahamkan ada calon Srikandi berbangsa India dan Cina. Ini bagi menguatkan sokongan rakyat kepada KEADILAN pada PRU nanti.



“Namun, semua nama yang dicalonkan itu masih dalam rundingan parti,” katanya kepada Keadilan Daily.

Jelas Siti Aishah, calon yang akan ditampilkan mempunyai latar belakang akademi dan profesional yang baik dari dalam dan luar negara.



Ditanya mengenai kempen, Aishah berkata, Srikandi lebih banyak bergerak terus kepada pengundi berbanding ke pentas ceramah.



“Gerak kerja Srikandi bertumpu kepada hebahan risalah dari rumah ke rumah dan berjumpa terus dengan pengundi.



“Kempen ini tidak meliputi kawasan Parlimen. Fokus Srikandi lebih kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Siti Aishah. – NS



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/15-peratus-calon-wanita-keadilan-dari.html
Read more »

Saifuddin: PKR ada calon terbaik bagi Johor Jaya, Labuan

0 comments
MALAYSIA CHRONICLE







SHAH ALAM - Proses perundingan kerusi Pakatan Rakyat (PR) yang dijalankan dengan mengambil kira tiga prinsip sudah memasuki peringkat akhir, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Rundingan kerusi di peringkat Pakatan Rakyat sudah memasuki peringkat terakhir.



"Hanya beberapa kerusi sahaja yang masih dirundingkan dan saya yakin ia akan dapat dimuktamadkan dengan sempurna menjelang hari penamaan calon pada 20 April 2013," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.



Kata Saifuddin, proses rundingan kerusi selama ini dijalankan dalam penuh suasana persaudaraan di antara ketiga-tiga parti dengan matlamat yang sama iaitu membawa harapan rakyat dengan menggantikan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan yang baru.



"Oleh itu, proses rundingan telah menitikberatkan tiga prinsip utama," katanya.



Di bawah prinsip pertama, katanya, kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh sesuatu parti itu akan kekal di tangan parti masing-masing.



Katanya, kerusi-kerusi yang masih belum dimenangi oleh PaR secara amnya kekal dengan parti yang telah bertanding sebelum itu, tetapi boleh dirundingkan mengambil kira kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional.



Di bawah prinsip ketiga, kata beliau, parti yang mempunyai calon terbaik untuk memenangi sesuatu kerusi yang belum dimenangi sewajarnya diberi kelebihan demi kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional.



"Atas prinsip-prinsip inilah, PKR telah melepaskan kerusi-kerusi Parlimen Gelang Patah kepada Lim Kit Siang, Bentong kepada Saudara Wong Tack (kedua-duanya DAP) dan Temerloh kepada Nasrudin Hassan (Pas) agar calon yang terbaik dari Pakatan Rakyat boleh menumpaskan calon Pakatan Rakyat.



"Prinsip yang sama juga diguna pakai PKR dalam rundingan dengan rakan-rakannya dalam menetapkan pencalonan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Segamat," kata beliau.



Oleh yang demikian, kata beliau, PKR akan terus mempertahankan prinsip kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional dalam memuktamadkan rundingan kerusi-kerusi yang berbaki.



"Contohnya, PKR mempertahankan peluangnya untuk bertanding di kerusi Dun Johor Jaya kerana calon yang bakal ditampilkan oleh PKR adalah lebih berwibawa, berkelayakan, berpengalaman dan berpeluang tinggi untuk menewaskan calon Barisan Nasional.



"Beliau adalah seorang peguam di dalam pertengahan 30an yang telah berkhidmat melalui Pusat Khidmatnya sendiri di Dun Johor Jaya berbanding calon yang dicadangkan oleh DAP," katanya lagi.



Begitu juga calon yang bakal ditampilkan di Parlimen Labuan adalah seorang tokoh besar dari Sabah yang diyakini bakal menumpaskan calon Barisan Nasional, berbanding rekod Pas yang sebelum ini hilang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kata Saifuddin.



"Matlamat bersama di dalam Pakatan Rakyat adalah menumpaskan Barisan Nasional. Saya yakin matlamat ini jugalah; berdasarkan tiga prinsip yang memacu proses rundingan kerusi selama ini; akan berjaya memuktamadkan rundingan kerusi sesama Pakatan Rakyat dalam penuh semangat persaudaraan," katanya lagi.-sinarharian.com






SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/saifuddin-pkr-ada-calon-terbaik-bagi.html
Read more »

Najib tidak mampu umum calon bebas rasuah – Siti Aishah

0 comments
Oleh: Aishah Geofrey



KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan senarai calon pilihan raya umum kerana tidak mampu menyenaraikan calon yang bebas dari isu rasuah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.



“Najib tidak mampu menawarkan calon yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan penyelewengan.



“Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang menampilkan calon terbaik dan barisan kepimpinan yang lebih bersih dan amanah,” ujarnya ketika dihubungi.



Justeru beliau mencabar Najib segera mengumumkan calon berwibawa dari BN, selari dengan manifesto dibentangkan mereka baru-baru ini.



“Jika gagal berbuat demikian, ia membuktikan laungan transformasi beliau hanya retorik bagi meraih undi terutama orang Melayu,”



“Pengumuman perlu segera dibuat bagi memudahkan rakyat menilai tawaran dan calon dari setiap parti,” katanya yang akan mewakili KEADILAN di parlimen Tambun dalam PRU ini.



Antara pimpinan BN yang dilihat akan mengekalkan kerusi ialah Tan Sri Taib Mahmud, yang sebelum ini didedah mengumpul kekayaan RM64 bilion dan dikaitkan skandal pembalakan di Sarawak.



Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang terbabit dengan skandal RM40 juta wang haram yang dibawa masuk oleh ahli perniagaan, Michael Chia.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin turut menjadi perhatian apabila Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada syarikat milik anaknya, Istijuara Sdn Bhd.



Hingga kini, hanya Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini terlibat dengan skandal projek ternakan lembu fidlot bernilai RM250 juta, mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU.



Sementara itu, BN masih belum mengumumkan senarai calon, ekoran kebimbangan berlaku perebutan di peringkat bahagian dan tindakan boikot dari mereka yang tidak terpilih sebagai calon.



Ia nyata berbeza dengan Pakatan yang telah mengumumkan sebahagian besar calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/najib-tidak-mampu-umum-calon-bebas.html
Read more »

AKU JANJI BN JIKA TERUS DIBERI MANDAT TADBIR NEGARA SELEPAS PRU13.

0 comments





112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.



Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.



Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.



Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.



Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.



BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.



Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.



Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.



Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.



1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.



Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.



Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.



Membina Lebuh raya Pan Borneo.



Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.



Sekolah satu sesi diperluaskan.



Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.



Transformasi sekolah vokasional.



4,000 anggota Polis setiap tahun.



Penggunaan SafeCam.



Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/04/aku-janji-bn-jika-terus-diberi-mandat.html
Read more »

Terbit artikel fitnah isu Lahad Datu, Tian Chua mahu saman Papagomo

0 comments

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Tian Chua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger pro-Umno yang dikenali sebagai Papagomo jika terus-terusan menuduh Naib Presiden KEADILAN itu menghina pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah.



Pada kenyataan media semalam, Ahli Parlimen Batu itu berkata, tohmahan blogger pro-Umno itu bukan sahaja memburuk-burukkan nama baiknya, bahkan mengancam keselamatan beliau.



“Tuduhan menghina pasukan keselamatan adalah fitnah dan pembohongan semata-mata. Saya putuskan untuk ambil tindakan undang-undang,” katanya.



Sebelum ini, Papagomo memutar belit kenyataan Tian Chua dengan menabur fitnah kononnya beliau menyifatkan pengorbanan anggota pasukan keselamatan sebagai ‘Komando Mati Katak’



Kenyataan itu kononnya dibuat pada satu ceramah di Puchong sedangkan Tian Chua berada di luar Lembah Klang ketika itu.



“Papagomo harus ambil iktibar akibat dari tindakan undang-undang dan berhenti menerbit artikel fitnah tanpa asas atau bukti,” katanya sambil meminta semua pihak menumpukan perhatian terhadap isu keselamatan negara di Lahad Datu.(FZL)



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/terbit-artikel-fitnah-isu-lahad-datu.html
Read more »

BENDERA PKR SAMA DENGAN MATAWANG ASING

0 comments
Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera PKR yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.



Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.



Perkara ini mungkin juga ada benarnya kerana sudah ramai juga pihak yang tertanya tanya dan sehingga kini tidak ada seorang pun yang memberitahu apa maksud disebalik lambang bendera tersebut.



Adakah ianya mempunyai kaitan dengan apa yang diperkatakan bahawa PKR mendapat suntikan dana dari negara luar dan dengan menggunakan bendera tersebut memberi kepercayaan kepada pemberi dana untuk terus melabur.



Satu lagi yang Sangkakala hairankan ialah, Anwar pernah berkata bahawa sekiranya beliau gagal membawa pakatan pembangkang ke Putrajaya pada pilihanraya kali ini maka beliau akan bersara dari arena politik tanah air.



Adakah itu bermakna ada syarat yang dikenakan oleh pihak tertentu? Yang akan menghentikan suntikan dana kepada pembangkang sekiranya mereka gagal untuk menubuhkan kerajaan?



Kita juga melihat sekarang pakatan pembangkang seolah olah amat terdesak dalam usaha untuk menang dalam piulihanraya yang bakal berlangsung dalam sedikit masa lagi.



Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan dan yang terbaru ialah lagu yang dinyanyikan semula oleh Anwar ibrahim tentang Sabah nak hilang yang menimbulkan kontroversi serta dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu Sabah.



Apa apa pun kita tunggu jawapan balas daripada pembangkang (PKR) tentang maksud bendera dan siapa pencipta bendera tersebut dan adakah bendera itu di daftarkan sekali di dalam pendaftar pertubuhan/parti politik.











Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/03/bendera-pkr-sama-dengan-matawang-asing.html
Read more »

BAPA SAIFUL BUKHARI ‘DILIWAT’ ANWAR IBRAHIM

2 comments





Seolah-olah ada kontroversi untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia terhadap campur tangan Anwar Ibrahim dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, bapa Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul telah membuat sidang media tergempar dan tertutup di sebuah apartment di Tingkat 27, berhampiran Taman Melati, Kuala Lumpur.



Kenapa perlu mengadakan sidang media tertutup? Apakah bapa Saiful takut untuk ditanyakan oleh wartawan dengan soalan-soalan yang pedas dan tak mungkin mampu dijawab Azlan Mohd Lazim yang dalam keadaan terdesak?



Tujuan sidang media itu adalah untuk memutarbelitkan cerita dan fakta berhubung kes liwat anaknya membabitkan Ketua Umum PKR, yang telah diputuskan oleh mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana masalah teknikal.



Tanpa segan silu dan cuba untuk ‘menipu’ rakyat Malaysia, Azlan Mohd Lazim mengatakan kes liwat itu adalah kes konspirasi membabitkan Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Katanya lagi, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.



Lebih memilukan Saiful, sebagai seorang bapa beliau telah sanggup ‘dibeli’ dan ‘dipergunakan’ kumpulan Anwar ini bagi kesenangannya. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Azlan Mohd Lazim (bapa Saiful) mempunyai banyak hutang keliling pinggang dan dipercayai hanya dengan cara ‘dibeli’ kumpulan Anwar maka beliau akan dapat banyak wang untuk membayar hutangnya.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/03/bapa-saiful-bukhari-diliwat-anwar.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog