BAPA SAIFUL BUKHARI ‘DILIWAT’ ANWAR IBRAHIM






Seolah-olah ada kontroversi untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia terhadap campur tangan Anwar Ibrahim dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, bapa Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul telah membuat sidang media tergempar dan tertutup di sebuah apartment di Tingkat 27, berhampiran Taman Melati, Kuala Lumpur.



Kenapa perlu mengadakan sidang media tertutup? Apakah bapa Saiful takut untuk ditanyakan oleh wartawan dengan soalan-soalan yang pedas dan tak mungkin mampu dijawab Azlan Mohd Lazim yang dalam keadaan terdesak?



Tujuan sidang media itu adalah untuk memutarbelitkan cerita dan fakta berhubung kes liwat anaknya membabitkan Ketua Umum PKR, yang telah diputuskan oleh mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana masalah teknikal.



Tanpa segan silu dan cuba untuk ‘menipu’ rakyat Malaysia, Azlan Mohd Lazim mengatakan kes liwat itu adalah kes konspirasi membabitkan Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Katanya lagi, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.



Lebih memilukan Saiful, sebagai seorang bapa beliau telah sanggup ‘dibeli’ dan ‘dipergunakan’ kumpulan Anwar ini bagi kesenangannya. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Azlan Mohd Lazim (bapa Saiful) mempunyai banyak hutang keliling pinggang dan dipercayai hanya dengan cara ‘dibeli’ kumpulan Anwar maka beliau akan dapat banyak wang untuk membayar hutangnya.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/03/bapa-saiful-bukhari-diliwat-anwar.html

2 comments:

Anonymous at: 9 March 2013 at 11:47 said...

Macam na mangsa ni kena liwat oleh Anwar Ibrahim? Adakah dsAI memaksa mangsa membuka seluarnya atau dasar kerelaan mangsa di liwat? Bagai manakah cara dSAI memaksa mangsa untuk diliwat dengan keadaan tubuh badan mangsa yg nampak lebih sihat dan gagah dari dSAI? Atau pun kenapa mangsa dengan Rela Hati di liwat? Adakah mangsa mempunyai masalah mental sehingga mudah untuk dia diliwat? Atau dSAI tdak perna meliwat mangsa dan mangsa sengaja mengada2kan cerita??

Anonymous at: 9 March 2013 at 12:05 said...

Dia kena liwat samada dipaksa atau rela tp dia dah bertaubat. Dia jugak dah bersumpah laknat dimasjid dan di mekah. Anwar bila pulak?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog