Krisis Lahad Datu Sabah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional Yang Salah? Konspirasi Terancang UMNO?


Staff Berita Semasa









Krisis Lahad Datu Sabah : Krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah semakin panas ketika ini bukan sahaja di lapangan Lahad Datu dan Semporna tetapi juga di pentas politik apabila masing-masing terus mempolitikkan isu ini dan tuding emnuding sesama sendiri sedangkan krisis pencerobohan belum pun menemui jalan penamatnya. Terbaru…..



Jikalau sebelum ini sudah 2 komando PDRM telah pun terbunuh, terbaru 6 orang lagi anggota PDRM terkorban dalam serangan hendap masing-masing di Lahad Datu dan Semporna. Bagaimana pula agaknya dengan nasib dan keselamatan rakyat Sabah ketika ini?


Manakala dilapangan politik Malaysia, ada pemimpin UMNO Barisan Nasional mendakwa krisis ini adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim manakala yang Tian Chua pula melalui kenyataan terbarunya mendakwa krisis Lahad Datu Sabah berpunca daripada UMNO Barisan Nasional dan menganggap krisis pencerobohan ini sebagai sandiwara sahaja. Sampai begitu sekali dakwaannya?

Krisis Lahad Datu Sabah : UMNO Puncanya?




Sumber : Keadilandaily



Sekarang ini anggota keselamatan kita sedang berperang dengan penceroboh Lahad Datu yang telah “berjaya mencabul kedaulatan negara”. Harapan kami sebenarnya, dalam urusan dan krisis Lahad Datu Sabah seperti ini baik Pakatan Rakyat & Barisan Nasional perlulah bersatu hati tanpa mengira fahaman politik. Ini bukan masanya untuk memperolehi “political milaage”.





Sumber : KeadilanDaily



Apabila melihat telatah sesetengah kalangan pemimpin politik yang kita ada sekarang ini disebalik krisis Lahad Datu Sabah ini, teringat kami dengan satu ungkapan ini :


“Sometimes the military don’t start wars. Politicians start wars”


Krisis Lahad Datu Sabah : Hentikanlah Tuding-Menuding!!


Diharapkan juga perasaan hiba yang menyelubungi keluarga wira-wira negara kita yang telah terkorban ini dijaga. Sepatutnya apabila sudah bergelar seorang ahli politik yang boleh kami katakan sudah agak lama, perlulah berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Tidak perlulah “menyibukkan diri” tampil ke hadapan sekadar hanya mahu meraih keuntungan politik semata. “Jangan sesekali cuba menangguk di ayer yang keruh”.






Dan kami sama sekali tidak merasakan yang krisis Lahad Datu Sabah termasuk insiden tembak menembak di Lahad Datu dan terbaru di Semporna Sabah adalah berpunca daripada tindakan & konspirasi terancang UMNO Barisan Nasional untuk menjadikan ia sebagai sandiwara menjelang pilihanraya Umum ke 13.



Kami tidak rasakan begitu UMNo Barisan Nasional sanggup untuk mengemabil risiko terbesar seperti ini apatah lagi ia membabitkan keselamatan negara dan campur tangan pihak asing (penceroboh tentera SULU) hanya untuk kepentingan politik masing-masing. Tidak. Kami tidak fikir begitu sehingga begitu sekali.






Cuma….apa yang boleh kami katakan setakat ini, ia sebenarnya berpunca daripada satu masalah dan krisis yang telah “bernanah” sejak sekian lamanya…..Apa respon balas anda pula?



P/S : Salam takziah kepada ahli keluarga mangsa yang telah terkorban. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara kita yang telah berjuang habis-habisan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita yang sedang cuba dirobek daripada apa yang berlaku dalam krisis Lahad Datu Sabah ini



PP/S : Harapan kami tidak kira apa warna parti kita semua sekalipun, sama-samalah kita bersatu. Ini adalah “Rumah Kita”. Sabah adalah milik rakyat Sabah yang “tulen” dan milik kita semua, milik rakyat Malaysia untuk sama-sama kita pelihara dan pertahankan.











SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/krisis-lahad-datu-sabah-kerajaan-umno.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog