KALI NI MEMANG NURUL IZZAH SENDIRI TAK BOLEH NAK SOROK!!

0 comments



Ya! Perkara ini memang tidak dapat disembunyikan lagi oleh sesiapa pun didalam PKR. Malah Si Nurul Izzah tu sendiri pun tak mampu nak buat.



Apa yang jelas, perkara ini sudah menjadi satu 'Rahsia Umum'. Keretakan didalam PKR sudah semakin menyerlah. Apa lagi yang diorang nak sorok dari rakyat?



Buktinya jelas. Kronologinya memang ada. Maka tidak salah jika kita simpulkan bahawa PKR kini berada diambang keretakan yang menanti belah?



Perbalahan dan penentangan ini bukan baru dalam PKR. Ianya dah lama sebab PKR dibina bukan atas prinsip nak memperjuangkan rakyat.



Sebaliknya, penubuhan PKR adalah atas dasar untuk meletakkan Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri. Itu sahaja sebab kenapa PKR diwujudkan.



Jika kita lihat kepada analisis pengkaji Politik ini, mereka seolah - olah nak memaparkan kesamaan PKR dengan UMNO sedangkan ianya jauh berbeza.



Hanya semata - mata kerana ahli PKR kebanyakkannya terdiri dari kalangan orang UMNO, tidak menjadikan parti itu sama dengan UMNO. Tak masuk akal.



Apa yang penting ialah wadah perjuangan yang disajikan. UMNO berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air. PKR pulak berjuang demi individu tertentu.



Jadi, kenapa pulak diorang nak samakan keretakan PKR dengan UMNO? UMNO tak amalkan kronisme dalam kepimpinan. Tapi itu yang dilakukan oleh PKR.



Tu sebab Azmin Ali meroyan tak tentu arah dalam twitter dan menuduh berlakunya sistem 'Kerabat' dalam PKR. Ianya jelas membuktikan PKR mengamalkan Kronisme.

Dalam laman mikro Twitter miliknya, Azmin pernah dilaporkan berkata,"rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat."

Nah! Sampai begitu sekali luahan hati seorang pengikut tegar Si Ketua Penipu Al - Juburi tu terhadap amalan kronisme dalam PKR yang dilihat semakin kronik.



Dan bukan orang lain yang cakap benda tu beb. Tapi Timbalan Presiden PKR sendiri. Malah ianya juga merupakan satu hakikat yang PKR sendiri kena terima.



Sekarang kita tunggu dan lihat sama ada PKR benar - benar berjuang untuk rakyat atau mereka hanya Retorik dan masih kekal dengan sistem 'Kerabat' mereka.



Kita tengok sama ada PKR ni benar - benar terbuka atau tidak. Adakah mereka benar - benar mengamalkan demokrasi didalam parti mereka sendiri. Jangan jadi macam DAPigs sudah la!!! Penyudahnya, nak mengira pun tak reti!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/09/kali-ni-memang-nurul-izzah-sendiri-tak.html
Read more »

Musim pemimpin Umno berlumba tunjuk baik

0 comments









Shahbudin Husin,











Dalam ribut-ribut orang bercakap mengenai harga minyak dan langkah kerajaan menaikkan harganya yang dilihat hanya membebankan rakyat, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengejutkan banyak pihak apabila memberi reaksi cukup pantas terhadap cadangan pemotongan elaun minyak untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.



Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu.



Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini.



"Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin.



Baik betul ada pemimpin macam Hisham ni, walaupun anak bangsawan dia memahami derita rakyat, kata seorang ahli jawatankasa bahagian memberi komen tentang kemuliaan hati yang dilihatnya daripada kesediaan Hishammuddin itu.



Bukankah dia asyik bagi amaran saja sebelum ini, kata seorang teman yang lain.



Ini musim pemilihan, semua pemimpin kena tunjuk baik dan berjiwa rakyat, selalunya begitulah. Ada makna semua tu, pintas seorang ketua cawangan yang agak veteran menjelaskan kepada rakan-rakannya.



Mereka kemudian ketawa berdekah-dekah dan perbualan seterusnya meleret kepada pelbagai lagi karenah pemimpin yang cuba menunjuk baik yang mereka ketahui, bukan saja di musim pemilihan kali ini tetapi juga di musim-musim pemilihan sebelumnya.



Sementara idea pemotongan elaun minyak ini disanggah oleh seorang lagi menteri iaitu Nazri Aziz, bahkan menyifatkannya sebagai idea bodoh, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap baik dan budiman dalam hal ini.



Nazri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam MT, bolehlah cakap begitu. Hisham pula perlukan undi, ketua cawangan veteran tadi menghuraikan dengan ringkas perbezaan kepentingan antara Hishammuddin dan Nazri Aziz. Mereka kemudian ketawa lagi dan gelihati apabila mengenangkan begini rupanya wajah pemimpin semata-mata untuk mendapatkan undi.



Itulah realitinya setiap kali menjelang pemilihan UMNO. Masing-masing pemimpin yang ingin menang dan merasakan kedudukannya tergugat cuba bersikap kreatif dan menonjolkan sesuatu yang berbeza mengenai diri mereka. Ada yang bersikap baik, budiman, terlebih Melayu, peramah, sentiasa senyum, membuka pintu pejabatnya kepada sesiapa saja dan macam-macam lagi.



Asalkan boleh menambah undi, itulah yang dilakukan.



Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi juga dilihat cuba menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan apabila agak lantang bersuara mengenai pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat dan dilihat sanggup berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.



Beliau juga bercakap mengenai bakas tahanan Ordinan Darurat yang berkeliaran dan rangkaiannya mengikut anggaran matematiknya, kemudian mendedahkan nama-nama kongsi gelap dan selepas ini dilaporkan mahu mendedahkan pula nama ketua-ketua kongsi gelap itu.



Meskipun usaha pencegahan jenayah dialu-alukan oleh semua orang tetapi Zahid dilihat seolah-olah cuba menonjolkan ketegasan dan meraih populariti dalam isu ini dengan bercakap terlalu kerap dan berlebih-lebihan mengenainya.



Ramai yang bertanya, setelah mendedahkan itu ini, tangkapannya mana?



Kedua-dua Zahid dan Hishammudin akan mempertahankankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilohan 19 Oktober depan. Selain seorang lagi penyandang yang turut mempertahankan jawatannya iaitu Shafie Apdal, tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini juga cuba direbut oleh dua lagi pesaingnya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Isa Samad.



Dengan Tengku Razaleigh masih belum memutuskan sama ada akan mencabar Najib atau tidak bagi jawatan Presiden UMNO, kerusi Naib Presiden setakat ini menjadi medan persaingan paling sengit. Pelbagai teori, andaian dan jangkaan sudah kedengaran tentang siapa yang dijangka menang dan siapa yang bakal kalah.



Selain berkempen menemui perwakilan yang berjumlah kira-kira 150 ribu orang kali ini, membentuk persepsi dan menonjol-nonjolkan diri juga dilihat sebagai strategi penting untuk menambah undi dan mendorong kepada kemenangan.



Zahid sudah memulakannya agak lama dan ratingnya agak baik ketika ini. Dalam waktu yang singkat Zahid berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang tegas dan boleh diharapkan. Perwakilan UMNO yang marah dengan sikap pengundi Cina yag enggan bersama dengan kerajaan serta sikap Najib yang terlalu memanjakan mereka, kini seperti meletakkan Zahid sebagai sandaran baru.



Di ketika Hishammudin kelihatan agak tenggelam popularitinya, terutama kerana pendekatannya yang agak lemah semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn ini rupa-rupanya tidak mudah putus akal mahu melonjakkan persepsi dan popularitinya.



Beliau kini dilihat satu-satunya anggota kabinet Najib yang berjiwa rakyat dan sanggup elaun minyaknya dipotong. Namanya kini turut melonjak dan menjadi sebutan walaupun belum diketahui pemotongan elaun minyak itu akan menjadi kenyataan atau tidak akhirnya.



Tetapi seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Ali Rustam dalam usahanya meraih undi dan populariti, lebih mengejutkan lagi ideanya. Beliau mahu menutup pusat judi Genting Highlands. Katanya, pusat judi itu mendatangkan banyak masalah kepada sosial dan jenayah yang sedang berlaku sekarang.



Walaupun Ali dikenali sebagai pemimpin yang mudah didekati, tiada protokol serta rajin menghadiri jemputan majlis mereka yang dikenalinya dan kekalahannya di Bukit Katil mungkin menzahirkan banyak undi simpati untuknya, idea dan gesaan menutup pusat judi itu bakal melimpahkan lagi undi daripada golongan agama dalam UMNO terhadapnya.



Dengan memperjuangkan sesuatu yang dilarang agama, Ali dilihat lebih Islamik berbanding calon yang lain, tambahan pula beliau juga kerap berbaju Melayu sejak kebelakangan ini. Bahkan sudah ada yang menganggap memberi undi kepada Ali sudah jatuh wajib hukumnya kerana niat murninya mahu menutup pusat judi Genting Highlands itu.



Orang juga seolah-olah terlupa untuk menyemak dan mengira berapa banyak kedai judi, pusat maksiat, kedai ekor dan pusat hiburan yang telah ditutup sepanjang Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka sebelum ini.



Soal penutupan Genting Highlands boleh dibuat atau tidak bukanlah isunya, soalnya ialah Ali telah berjaya mencipta strategi untuk menambah undinya untuk mengisi salah satu kerusi Naib Presiden, jelas ketua cawangan veteran tadi apabila ditanya mengenai gesaan Ali Rustam yang mahu menutup pusat judi itu



Ketika ini dilihat Zahid, Hishammudin dan Ali Rustam berjaya menonjolkan diri masing-masing melalui strategi dan pendekatan yang berbeza. Matlamatnya ialah mereka mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan boleh diharapkan. Menjelang hari pengundian, mungkin banyak lagi idea-idea penonjolan diri ini akan dilakukan.



Bahkan Shafie Apdal dan Isa Samad yang ketika ini agak diam juga barangkali turut tampil dengan kecerdikan masing-masing tidak lama lagi untuk menonjolkan diri dan kebaikan bagi merebut kerusi Naib Presiden yang diidam-idamkan itu. Tunggulah!



Tidak saja calon-calon Naib Presiden, calon-calon bagi jawatan lain juga akan dilihat berubah watak dan berbeza sikapnya. Semuanya akan kelihatan baik-baik, berjiwa rakyat, peramah, senang didekati, kuat Melayunya dan sayangkan Islam.



Begitu adanya, dulu, kini dan selamanya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/09/musim-pemimpin-umno-berlumba-tunjuk-baik.html
Read more »

Kit Siang dakwa ROS ikut skrip Umno

0 comments









Harakahdaily,











KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mendakwa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman bertindak mengikut 'skrip' Umno BN untuk memusnahkan DAP.



Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.



Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.



Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad “DDD” (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama “Father Augustus Chen” namun tiada sebarang pembuktian.



Ianta termasuk dakwaan bahawa “satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti.”



Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.



“Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan,” katanya.



Beliau turut mempersoal tindakan ROS menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu iaitu 11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung.



"Namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak “menaruh harapan palsu.”



“Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP,” soalnya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/09/kit-siang-dakwa-ros-ikut-skrip-umno.html
Read more »

Aset Esscom bakal diperhebat

0 comments
KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus menambah aset dan infrastruktur keselamatan bagi memperkasakan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/09/06/aset-esscom-bakal-diperhebat.html
Read more »

SENARAI NAMA 49 KONGSI GELAP DAN GANGSTER DI MALAYSIA

0 comments



Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap hari ini sebagai tindakan yang pantas dan relevan sesuai dengan OPS CANTAS yang telah dilancarkan polis pada 23 Ogos lepas.



Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.



Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.



Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.



"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.



"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop ," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.



Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam.



Ini menunjukkan kerajaan dan polis bersedia dalm menghadapi ancaman kongsi gelap yang kini mengganas akibat sokongan daripada beberapa pemimpin politik.





Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/08/senarai-nama-49-kongsi-gelap-dan.html
Read more »

KELAPA MAWAR SUDAH DI TANAM OLEH DATUK MUSBAH

0 comments




Datuk Musbah menanam kelapa mawar



Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, berkata belia dan masyarakat perlu peka terhadap isu-isu kepenggunaan kerana dengan cara itu dapat membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada semua golongan.



Katanya, penting bagi masyarakat luar bandar supaya diberi pendedahan dan pendidikan berkaitan ilmu kepenggunaan lestari disamping melaksanakan aktiviti masyarakat.



Musbah berkata, ilmu-ilmu kepenggunaan boleh diperolehi melalui ceramah, seminar, bengkel, penerbitan dan juga melalui kerja-kerja amal seperti aktiviti bergotong-royong.



“Masyarakat pengguna terutama golongan belia merupakan nadi penggerak masa depan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kepenggunaan Bersama Belia di Dewan Kompleks Sukan, dekat sini, pada Sabtu (6 Jun 2013).



Program Kepenggunaan Bersama Belia adalah anjuran bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan (PPDNKK) dan Persatuan Badminton Belia Kota Belud.



Program itu adalah pertama dianjurkan tahun ini di daerah ini dan, Kampung Tempasuk dipilih sebagai lokasi mengadakan program tersebut.



Menurut Musbah, bahawa lima program seumpama itu telah diadakan di beberapa kampung dan daerah di Sabah pada 2012.



Musbah yang juga wakil rakyat Tempasuk berkata, program kepenggunaan bertujuan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan belia dan masyarakat.



Turut hadir wakil timbalan pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Murtazzah Hj Manap, Presiden Persatuan Badminton Kota Belud, Amirul Jibar dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tempasuk.



SUMBER: http://kelapamawar.blogspot.com/2013/07/kelapa-mawar-sudah-di-tanam-oleh-datuk.html
Read more »

Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis

0 comments
Oleh Hasbullah Awang Chik



Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura Prof Madya Bridget Welsh melihat senario pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini cenderung mengamalkan politik keluarga apabila ada ahli Parlimen yang terdiri daripada kombinasi bapa dan anak.



Menurut Welsh, situasi ini sebagai satu hal yang tidak sihat dan memerlukan pembaharuan.



“Perkembangan ini dilihat sebagai satu situasi tidak sihat dimana bapa dan anak tidak sesuai jika digandingkan dalam satu sidang Parlimen bersama,” jelas Welsh semasa melontarkan pendapatnya berhubung perjalanan PRU13 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar masing-masing merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Lembah Pantai.



Selain itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula adalah Ahli Parlimen Gelang Patah sementara anaknya Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.



Selain itu, Welsh melihat calon muda dan teknokrat tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan peningkatan keanggotaan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini.



“Malaysia sebagai sebuah negara muda yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun telah menampilkan calon muda dan pertambahan calon wanita begitu menggalakkan serta mereka yang mewakili badan bukan kerajaan,” jelas Welsh.



Penganalisis itu turut melihat Malaysia kini sebagai sebuah negara yang mempunyai minat yang tinggi terhadap politik apabila orang ramai dilihat gemar berbicara tentang isu politik setiap hari.



“Ketakutan kini seakan sudah lupus dalam hati rakyat Malaysia. Mereka cenderung membicarakan isu politik pada setiap hari.



“Jika dilihat bukan kaum Cina sahaja yang menuntut perubahan dalam PRU lalu tetapi kaum lain turut menyuarakan suara yang sama dengan dibahagikan mengikut pecahan undi di bandar dan luar bandar.



“Penduduk kampung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak cenderung mengundi BN namun pengundi bandar dilihat memilih PR,” tambah Welsh.



Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Syed Arabi Idid pula berpendapat prestasi BN berterusan mencatatkan rekod buruk apabila BN telah hilang dua pertiga kerusi Parlimen dua kali berturut-turut.



Beliau juga melihat tsunami Cina hanya berlaku di kawasan pengundinya majoriti berbangsa Cina.



“Pola pengundian tidak banyak terjejas dan tsunami Cina yang didakwa itu hanya berlaku di kawasan yang majoriti pengundinya Cina namun bagi kawasan Melayu tidak banyak perubahan direkodkan.



“Malaysia mengamalkan kemenangan parti dan bukanlah berlandaskan undi popular semata-mata. Imj BN dan Umno dilihat telah memperkukuhkan lagi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Pengundi kini telah melihat bahawa kini bukan BN sahaja satu-satunya parti yang boleh dipilih malah turut mempertimbangkan PR sebagai parti pilihan mereka berdasarkan PRU lepas.



“PR berjaya mengenegahkan isu jenayah dan rasuah manakala BN pula tidak dilihat sebagai juara dalam isu berkenaan,” tambah Syed Arabi.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/07/politik-anak-beranak-di-malaysia.html
Read more »

Historic Padang Merdeka undergoing facelift

0 comments
KOTA KINABALU: Padang Merdeka, a historic spot in the city where the declaration of Sabah’s independence and formation [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/06/06/historic-padang-merdeka-undergoing-facelift.html
Read more »

HOT NEWS !!! ANDA NAK TAHU KENAPA NURUL IZZAH DIHALANG MASUK SABAH ???

0 comments



SEHARUSNYA pihak pembangkang terutama Orang dari semenanjung mesti mau sedar terutama pembangkang bahawa dalam persetujuan perkara 20.Sabah ada kuasa imigresen sendiri jadi semua tindakan yang dibuat berlunaskan undang undang.( bukankah salah 1 manifesto pembangkang nak mempertahankan konon perkara 20 tu.Ini masanya kamuorang kena terima apabila imigresen menggunakan kuasa mereka menghalang individu yang diragui boleh mengganggu gugat keamanan,keharmonian dan perpaduan negeri Sabah.) Orang yang tidak menghormati perundangan.saat memerlukan.pandai pula menggunakannya.



Ceh !!! Nak cabar melalui mahkamah ??? Silakan.Belajar menghormati perundangan negara sebelum nak kata menggunakannya untuk membela diri yang konon teraniaya tu !!!! Himpunan yang haram.dilarang dan tiada kelulusan pun dia sanggup datang.Tak mengaku ??? BERSIH 1 2 3 dia datang.Himpunan Blackout haram dia datang.Dia datang semasa dah jadi ahli parlimen tau !!! Takkan hanya tahap tu sahaja kemampuan dia jadi pemimpin pilihan rakyat dengan menyertai himpunan haram ???



ANDA NAK LAGI JAWAPAN ???






UNTUK SELANJUNTYA



JAM 8 MALAM SATU LAGI PENIPUAN NURUL IZZAH YANG DI HALANG MASUK SABAH AKAN DIDEDAHKAN !!!



RENUNG-RENUNGKAN





SUMBER: http://badutrakyat.blogspot.com/2013/05/hot-news-anda-nak-tahu-kenapa-nurul.html
Read more »

Akhirnya Parti-parti Berasaskan Kaum, UMNO, MCA, MIC Bakal Berkubur!

0 comments









KELAB GREENBOC



Cadangan BN parti tunggal adalah rasional



PHUKET: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.



Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.



“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.



“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik,” katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.



Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.



Mekanisme pelaksanaan



Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera.



“Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik,” katanya.



Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan.



“Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan.



“Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan,” katanya.



Struktur BN



Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: “di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan.



Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum.



Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini.



Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas.



“Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. – Bernama




SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/05/akhirnya-parti-parti-berasaskan-kaum.html
Read more »

PKR Parti Masa Depan, Ada Kerusi Di 14 Buah Negeri

0 comments



min pix



PETALING JAYA -PKR adalah satu-satunya komponen Pakatan Rakyat yang mempunyai kerusi menang di kesemua 14 buah negeri di Malaysia.



Timbalan Presiden, Azmin Ali berkata, jika dahulu PKR tidak mempunyai satu pun kerusi di Sabah, tetapi kali ini PKR menang tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah dan satu kerusi Parlimen di Penampang.



“Rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dengan mandat di 89 buah kerusi Parlimen adalah kejayaan muafakat Pakatan Rakyat.



“Keyakinan rakyat masih utuh bahawa Pakatan Rakyat mampu melakar perubahan. Kerana itu pimpinan Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia mengkhianati cita – cita rakyat,” kata Azmin.



Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 1,500 perwakilan Angkatan Muda Keadilan dan Wanita sempena Kongres Nasional PKR yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.



Tambah Azmin, PKR bukan bergerak hanya lima tahun sekali sahaja dalam pilihan raya tetapi adalah keazaman dan iltizam politik untuk melaksanakan perubahan besar negara.



Katanya, pembangunan parti secara keseluruhan penting daripada segi kepimpinan, pengkaderan, organisasi dan ekonomi.



“Penubuhan Institut Ta’dib Siyasi perlu ditubuhkan dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini.



“Program ini harus melibatkan pimpinan dan anggota parti di semua peringkat dan ianya perlu berjalan secara berkala dengan sasaran 10,000 kader setiap tahun.



“Usaha ini perlu menjadi fokus Angkatan Muda dan Wanita yang berperanan sebagai nadi kepada usaha kaderisasi bagi membentuk satu gerakan massa yang progresif dan berdaya tahan,” kata Azmin.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/05/pkr-parti-masa-depan-ada-kerusi-di-14.html
Read more »

Pasport latar putih dikuat kuasa

0 comments
Wartawan Sinar Harian



SHAH ALAM – Jabatan Imigresen telah kuatkuasakan penggunaan gambar pasport berlatar belakang putih secara berperingkat sejak 8 April lalu.



Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu akan pembaharuan polisi ini apabila tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat imigresen di Selangor mendapati masih ada yang bawa gambar pasport yang berlatar belakang biru.



Menerusi portal Jabatan Imigresen memaklumkan pihak imigresen melaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Putrajaya, disusuli Selangor dan Kuala Lumpur.



Ia akan di kuatkuasakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak 27 Mei ini.



Syarat baru itu memerlukan pemohon membawa dua keping gambar berukuran 35mm x 50 mm berlatar belakang putih.



Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25 x 30 mm, manakala lebihan ruang bagi kepala dan bawah dagu berukuran 10 mm.



Pemohon juga diminta memakai baju berwarna gelap dan menutup dada serta bahu.



Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.imi.gov.my.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/05/pasport-latar-putih-dikuat-kuasa.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog