TOLONG FUZIAH IBARAT LEPASKAN ANJING TERSEPIT!!!

0 comments


Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Niat kita nak tolong dia jelaskan isu, tapi sebaliknya kita pulak yang dituduh menyebarkan fitnah tak tentu pasal.




Dalam laman media sosial semalam, kecoh isu kononnya Si Fuziah tu kena maki dengan Tuanku di SJKC Chung Ching. Katanya, Tuanku murka dengan Si Fuziah tu.



Untuk mendapatkan penjelasan yang betul, seorang sahabat mengajukan soalan tersebut kepada SH melalui laman twitter. Maka SH menjelaskan apa yang SH tau.



Dari apa yang dimaklumkan kepada SH, memang benar Tuanku dan Fuziah melawat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SJKC Chung Ching pada hari yang sama.



Tetapi waktu mereka berdua melawat berbeza. Jika ikut jadual, Tuanku melawat pagi sedangkan Fuziah pulak turun ke SJKC Chung Ching tu lewat petang.



Maka, adalah sesuatu yang mustahil untuk mereka bertembung di Sekolah tersebut dan tidak munasabah perkara yang didakwa dalam laman media sosial sebelum ini adalah benar.




Tak lama selepas itu, Si Fuziah ni sendiri bertanya soalan yang sama melalui laman twitter SH, bertanya apa ceritanya. Maka SH pun jelaskan perkara yang sama.



Sambil itu, SH mahukan pengesahan dari Si Fuziah tu sendiri dan dia pun menafikan pertembungan diantara dia dengan Tuanku itu berlaku di SJKC Chung Ching.



Yang herannya, dia pulak menuduh SH yang menyebarkan cerita tersebut dalam laman media sosial. Pulak dah!!! Kita yang mintak pengesahan, kita pulak yang dituduhnya?



Kita yang bagi penjelasan bahawa perkara tu tak berlaku, dia boleh tuduh kita pulak yang terlibat menyebarkan fitnah tu dalam laman media sosial? Macam GAMPANG!!!






Apa yang SH lakukan hanya untuk menafikan fitnah yang dibuat dan disebarkan oleh puak - puak 'berkenaan' dalam laman media sosial terhadap DYMM Tuanku Sultan Pahang. Itu pun Si Fuziah tu tak reti nak ucap terima kasih jugak ke? Agak - agak la wei!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/tolong-fuziah-ibarat-lepaskan-anjing.html
Read more »

Good to have own Maritime College in Sabah – Musa

0 comments
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said it is a good idea to have a Sabah [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/good-to-have-own-maritime-college-in-sabah-musa.html
Read more »

Sabah maritime industry urged to train locals as seafarers

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah state government has called on relevant maritime industry players to find ways to encourage [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/sabah-maritime-industry-urged-to-train-locals-as-seafarers-2.html
Read more »

Umno Kota Belud: Transformasi Belum Menyeluruh

0 comments
Teringat peringatan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir september lalu "pemimpin perlu tahu had untuk memegang jawatan sebelum lebih ramai orang bodoh berada dalam parti" Kata-kata itu mempunyai erti yang mendalam. Kenyataan itu, ada hubung kait dengan transformasi yang diperkenalkan Dato Seri Najib. Transformasi yang dimaksudkan adalah, agar parti bukan sahaja diterajui oleh mereka yang mempunyai kepimpinan, mempunyai karisma, juga mereka yang mempunyai pendidikan.

Kota Belud, didiami oleh tiga suku terbesar- Bajau, Dusun dan Iranun. Di antara suku itu, Bajaulah yang teramai. Atas sebab itu, sebarang pemilihan atau pilihanraya, biasanya daripada suku kaum itu yang memperolehi kemenangan.



Atas sebab itu, sejak tahun 2008, bagi kawasan Tempasuk, Usukan dan Parlimen Kota Belud, hanya kaum bajau yang dipilih bagi mewakili parti, atas sebab- kerana mereka membawa suku yang teramai, maka mudah untuk mencapai kemenangan.



Bagi parti, apa yang mustahak adalah kemenangan, atas sebab itu, parti tidak bersedia melakukan perubahan status quo, kerana ianya membawa risiko besar, walaupun sebelum ini berlaku pengecualian, apabila Dun Tempasuk pernah diwakli oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Haji Pandikar Amin Haji Mulia pada tahun 1994 dan tahun 2004.



Pada pemilihan Umno baru-baru ini, nampaknya suku kaum bajau belum bersedia untuk transformasi, demikian juga ahli umno daripada KDM, belum bersedia menyambut transformasi dalam parti. Fakta belum bersedianya dua suku kaum itu, apabila calon-calon daripada suku bajau yang boleh dianggap boleh membawa transformasi seperti Datuk Abdullah Sibil, Dato Seri Jenar Lamdah, Datuk Tiga Belas Zainal Abidin, bukan sahaja tewas, malah mereka berada diurutan bawah di antara calon-calon yang bertanding.



Muka lama seperti Pardan Maji, Tongking Kantiong masih merupakan pilihan kaum terbesar itu menganggoti Bahagian Umno Kota Belud. Malah calon daripada suku kaum bajau yang hanya berkedudukan kerani biasa mendapat jumlah undi tertinggi pemilihan itu. Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda juga, bukan daripada kalangan individu yang boleh sandaran parti yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan apatah lagi, mewakili parti untuk mengubal polisi-polisi parti. Tidak ketinggalan juga Ketua Wanita, yang hanya tahu mengurus dapur sendiri.



Antara penyebab kepada keadaan ini berlaku, adalah program transformasi parti belum merebak di peringkat akar umbi. Bahagian perlu menerima transformasi, apatah lagi Umno Kota Belud adalah anak sulung Umno Sabah, atas sebab itu, perubahan awal perlu berlaku di bahagian itu. Parti perlu pemimpin yang dikategorikan dalam pengertian transformasi, atas sebab dalam zaman era globalisi ini memerlukan kepimpinan yang mampu menepis segala tomahan kepada parti melalui fakta dan ilmiah; bukanya pemimpin yang hanya mampu bercakap di kedai-kedai kopi dan majlis-majlis kenduri.



Syukurlah, antara suku kaum yang mendiami Kota Belud dan menjadi ahli parti, kaum Iranun meyambut transformasi parti dengan menghantar individu-individu yang berkelayakan dalam segi akademik, selain mempunyai kepimpinan di akar umbi.



Nampaknya, para perwakilan, lebih mempunyai keyakinan kepada individu-individu daripada suku iranun yang berkelayakan akademik menjadi sebahagian daripada AJK Bahagian, berbanding individu-individu kaum bajau yang mempunyai kelayakan setara.



Berasaskan kepada fakta keputusan pemilihan Umno Kota Belud, atas sebab itu OKB menyatakan bahawa transformasi dalam parti itu belum menyeluruh.



Adalah diharapkan, pada pemilihan akan datang, transformasi parti benar-benar subur pada anak sulung Umno Sabah itu.



Bermula daripada sekarang, Ketua Bahagian- Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah; mempunyai tugas besar agar untuk menterjemahkan transformasi parti ilham Presiden Parti agar benar-benar berlaku bagi Bahagian Umno Kota Belud.





SUMBER: http://one-kotabelud.blogspot.com/2013/12/umno-kota-belud-transformasi-belum.html
Read more »

Sabah maritime industry urged to train locals as seafarers

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah state government has called on relevant maritime industry players to find ways to encourage [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/sabah-maritime-industry-urged-to-train-locals-as-seafarers.html
Read more »

Pemimpin Umno gagal bangkit isu semasa, gelapkan masa depan Melayu

0 comments

Oleh : Nurul Izzah Anwar



Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.



Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.



Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.”



Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody’s telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan.



Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu? Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?



Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui ‘cukai pemiutang’’ seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan – untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).



Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.



Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?



Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.



Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.



Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.



Saya masih lagi tidak melihat mana-mana pemimpin atau perwakilan yang menuntut agar isu TPPA yang bakal merobah arena ekonomi tempatan melalui ‘penjajahan ekonomi’, termasuk ekonomi Melayu Bumiputra sendiri didebatkan secara khusus.



Apakah keselamatan dan kedaulatan negara tergadai tidak penting bagi UMNO?

Ketiga; Orang belajar tinggi, rakyat dididik rendah



Isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian PISA tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Apakah perasaan ibubapa apabila mendapat tahu bahawa anak-anak dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam dari darjah 5 dan 6 berpendidikan sataraf dengan para pelajar Tingkatan 3 dari negara kita.



Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita yang akan mewarisi kadar gaji yang malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi.



Masa depan anak-anak Melayu nampaknya perlu terus dibantu ibubapa dengan menumpang rumah, meminjam belanja dan berkongsi kereta.



Apakah pendidikan berkualiti untuk berpendapatan tinggi tidak penting bagi UMNO?



Kesimpulannya, UMNO hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli UMNO terpilih sahaja.



Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap dibawah UMNO jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.



*Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat






SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/pemimpin-umno-gagal-bangkit-isu-semasa.html
Read more »

PAU 2013: Najib Hargai Sumbangan Sabah dan Sarawak

0 comments

Untuk pertama kali dalam Persidangan Agung Umno (PAU) seorang Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, memberi pengiktirafan khusus kepada Sabah dan Sarawak.

Seorang Presiden parti yang merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional memerlukan masa 56 tahun untuk menyatakan pengiktirafan itu.



Pengiktirafan kepada partner Malaya itu dalam membentuk negara Malaysia; datang hanya disebabkan kerana tsunami politik pada tahun 2008. Kalau bukan disebabkan sokongan padu rakyat Sabah dan Sarawak pada dua PRU, mungkin kerajaan Bn sudah tumbang.



Pada PRU-13 lalu Bn secara keseluruhan mendapat 133 kerusi parlimen, di mana 47 daripadanya sumbangan daripada Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi Parlimen atau 57 jika ditambah dengan WP Labuan. Secara peratusan, Bn Sabah dan Sarawak menang 84 peratus jumlah kerusi yang ditandangi, manakala Bn Semanjung menang 52 peratus daripada jumlah kerusi yang ditandingi.



Jika berasaskan undi popular, Bn di Semenanjung telah kalah kepada Pakatan Rakyat, hal ini juga menyumbang kepada undi popular secara keseluruhan, kerana jumlah pengundi Sabah dan Sarawak tidak dapat mengimbangi jumlah undi di Semenanjung.



Negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang yang mula jatuh ditangan Pembangkang pada tahun 2008, terus menolak Bn, malah kerajaan Pakatan membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 selepas PRU-13.



Melihat kepada trend pengundian sejak tahun 2008 dan sehingga tahun 2013, nampaknya Bn tidak boleh mengharap sangat dengan sokongan pengundi untuk mempertahankan Bn di Semenanjung, atas sebab itu sokongan pengundi Sabah dan Sarawak merupakan vital dalam mempertahankan Bn untuk terus menerajui Putrajaya.



Perdana Menteri melihat kepada trend itu, atas sebab itu, selepas PRU-13, Datuk Seri Najib telah melantik enam menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinetnya daripada Sabah, manakala Sarawak dihadihkan dengan tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri. Selain itu, Speaker Dewan Rakyat juga disandang oleh rakyat Sabah bermula tahun 2008, julung-julung kali dilakukan sejak merdeka.



Berkat kepada tsunami politik tahun 2008, maka Sabah dan Sarawak benar-benar dilihat sebagai partner membentuk negara, di mana sebelum ini, kalaupun dilantik sebagai menteri persekutuan, namun diberi peranaan yang tidak kanan.



Mengambil iktibar kepada penghargaan kepada Sabah dan Sarawak, maka harapan bagi rakyat di dua buah negeri itu, agar ianya diterjemahkan dalam bentuk pembangunan dari segi semua bidang, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Selain itu, pengagihan projek-projek pembangunan, hendaklah rakyat di dua negeri itu juga diberi peluang seluas-luasnya.



Sebenarnya Sabah dan Sarawak masih ketinggalan serba serbi, jika dibandingkan keadaan di Semenanjung. Keadaan ini, bukan sahaja menyumbangkan kepada kos hidup yang tinggi, malah menular kepada pencapaian pendidikan.



Semoga, melalui penghargaan ini, hak yang sepatutnya rakyat dua negeri itu perlu nikmati sepatutnya bermula sejak tahun 1963, patut diberikan tanpa berlengah lagi.



Kegagalan Dasar Ekonomi Baru yang dicipta pada tahun 70-an, yang tidak sampai kepada rakyat Sabah dan Sarawak sehinggalah dasar itu luput, jangan berulang lagi.





SUMBER: http://one-kotabelud.blogspot.com/2013/12/pau-2013-najib-hargai-sumbangan-sabah.html
Read more »

KEADILAN bantah permohonan peguam Utusan ketepi Surendran

0 comments

KEADILAN DAILY




KUALA LUMPUR: KEADILAN membantah permohonan Utusan Malaysia untuk mengenepikan N Surendran sebagai peguam mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peguam Utusan guna alasan, kalau dia (Surendran) naib presiden, anak guamnya (Anwar) sebagai Ketua Umum.



“Alasannya, situasi yang berlaku ada kepentingan peribadi,’ kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya (gambar) kepada Keadilandaily.



Latheefa_Koya



“Alasan ini tak masuk akal, sebab saya pun ahli MPP (Majlis Pimpinan Pusat) KEADILAN,” tambahnya.



Pada 4 Mac 2013, Anwar menyaman Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkannya dalam isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.



Utusan pagi ini diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun memfailkan permohonan mengenepikan Surendran atas alasan beliau merupakan Naib Presiden kepada parti KEADILAN, manakala TV3 diwakili peguam Lim Qi Shi.



Menurut Latheefa, kes tersebut akan didengar pada 25 Februari, manakala perbicaraan pada 14 dan 15 April 2014.



“Kita akan jawab dulu afidavit, Tapi sebelum itu, kita akan bantah permohonan peguam Utusan ini,” katanya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/keadilan-bantah-permohonan-peguam.html
Read more »

Jangan Pinggir Golongan Guru Dalam Penggubalan Pelan Pendidikan - Wakil Pemuda Sabah

0 comments





KUALA LUMPUR: Nasib golongan guru diberi perhatian pada Perhimpunan Agung Umno 2013 apabila seorang perwakilan mengangkat perkara ini dalam perbahasannya.



Wakil Pergerakan Pemuda Umno dari Sabah Armizan Mohd Ali berkata guru merupakan kumpulan pelaksana dalam pelan pendidikan negara dan mereka seharusnya tidak dipinggirkan apabila kerajaan membuat sebarang keputusan.



Dengan merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, beliau berkata kerajaan perlu tegas dan memberi fokus sepenuhnya terhadap pelan berkenaan dengam menjadikannya sebagai panduan dan garis panduan.



"Mereka (guru) tahu pelan adalah penting, perubahan adalah sesuatu yang perlu diterima tetapi dalam menggubal pelan atau sebagainya jangan sesekali kita tidak mengambil kira sentimen dan perasaan golongan pelaksana dasar ini iaitu guru yang menjadi ejen barisan hadapan membangunkan anak bangsa.



"Kita harap pelan ini akan diteruskan sehingga tahun 2025. Kita tak mahu tiba-tiba ada menteri baru, pelan baru...guru-guru dan pelajar pening," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di sini, Sabtu.



Tegasnya, pelan yang terlalu banyak atau sering berubah akan menimbulkan isyarat tidak baik kepada rakyat.



"...terlalu banyak pelan guru-guru pusing kepala dan akhirnya tidak akan bersama dengan kita," katanya.



Mengulas lanjut, melihat kepada pelan pendidikan ini beliau turut melahirkan kebimbangan apabila tidak diletakkan 'memperkasakan sekolah kebangsaan' sebagai agenda.



Katanya agenda tersebut cukup penting dan perlu diletakkan sebagai keutamaan namun bukan untuk meminggirkan atau menghalang mana-mana aliran sekolah yang lain.



"Aspirasi kita adalah untuk menjadikan pendidikan sebagai pemangkin kepada usaha perpaduan dan integrasi nasional bermula dari peringkat awal persekolahan," katanya



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/jangan-pinggir-golongan-guru-dalam.html
Read more »

BANG MIN BAGI ALASAN SETARAF BUDAK TADIKA!!!

0 comments



Hahaha!!! Lawak giler bila baca alasan yang diberikan oleh Si Azmin ni pasal kenaikkan gaji mendadak dikalangan ADUN Selangor tu. Nampak sangat dia nak 'Playsafe'.



Kata dia, orang yang buat cerita kononnya dia tak membantah isu tersebut didalam sidang DUN hanya cuba nak melaga - lagakan dia dengan Si Khalid Gagap tu.



Kata Si Azmin tu lagi, jika dia bantah, maka kiamat la dunia ni dibuatnya sebab dia juga merupakan Pengerusi BBC Selangor. Dah tentu orang akan pertikai.


“Isunya bukan saya bahas atau tidak. Isu pokoknya adalah kenaikan itu terlalu tinggi dan perlu dikaji semula, Itu sahaja. Bagaimana saya, BBC atau ADUN PR nak bangun nak tolak usul dibawa oleh kerajaan? Boleh ke? Sudah tentu itu bukan amalan konvensyennya.



“Apabila usul itu dibentangkan oleh kerajaan (negeri), sudah tentu kerajaan mengharapkan wakil-wakil rakyat kerajaan menyokong. Itu prinsipnya.




“Sebelum kita sokong, kita kena tahu asasnya dan justifikasinya. Ini tak berlaku. Kalau saya bangun bantah hari itu dan tolak usul kerajaan, kiamat dunia ini. Saya nak selamatkan keadaan,” kata Azmin dalam menjelaskan apa yang berlaku pada sidang DUN 27 November itu.


Alo Encik! Kalau nak tegakkan Kebenaran ni, tak kira la jawatan apa yang dia pegang. Sepatutnya sebagai BBC lagi wajib tegur Menteri Besar dalam sidang DUN.



Orang yang menyokong Kerajaan ni jauh lebih layak untuk tegur Kerajaan sebab mereka ada Hak. Yang membangkang ni kalau dia tegur mesti orang anggap dia ada kepentingan.



Sekiranya Si Azmin tu anggap kenaikkan gaji tu tak munasabah dan keterlaluan, kenapa ianya tidak dibincangkan sebelum ini? Kenapa Si Khalid Gagap tu tak bentang dulu pada diorang?



Kan nampak sangat yang sesama diorang ni pun memang dah tak ngam. Apa lagi alasan yang Si Azmin tu nak berikan? Orang nampak diorang ni memang bermusuhan.



Kalau setakat nak bagi alasan untuk menegakkan benang yang basah ni, baik tak payah Azmin oi! Buat mengabihkan masa je!!! Cakap je terus terang yang dia menyokong kenaikkan gaji tu. Tak payah la bagi alasan yang bukan - bukan!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/bang-min-bagi-alasan-setaraf-budak.html
Read more »

Hentikanlah Gelak Ketawa, Zahid Hamidi Pula Janganlah Melawak Lagi

0 comments





shahbudindotcom





Perhimpunan Agung UMNO tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kali ini perhimpunan tahunan parti terbesar orang-orang Melayu itu diadakan dalam suasana beberapa negeri mengalami banjir besar dan puluhan ribu rakyat terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing serta tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.



Negeri-negeri yang paling teruk mengalami banjir tahun ini ialah Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.



Namun demikian, sebagaimana lazim dan sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, Perhimpunan Agung UMNO adalah umpama hari raya bagi orang-orang UMNO. Di sinilah mereka bergembira, bertemu kawan-kawan lama daripada serata negeri, berbual-bual dan ketawa dengan penuh suka.



Bagi mereka daripada luar Kuala Lumpur pula, ada juga yang seperti "lembu baru lepas dari kandang" setiap kali tibanya perhimpunan tahunan ini. Sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung, Kuala Lumpur macam orang UMNO yang punya, di mana ada kelibat mereka dan dapat didengar suaranya.



Jika yang menjadi pemerhati sibuk berkeliaran, berbual-bual dan bertemu rakan di sekitar PWTC ini, para perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka pula begitu asyik mendengar ucapan-ucapan perbahasan sepanjang tiga hari perhimpunan ini diadakan.



Perwakilan yang berpeluang berucap biasanya akan mengambil peluang ini menonjolkan kehebatan pidato masing-masing sambil membangkitkan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku. Ada yang memuji pemimpin, mengecam pihak pembangkang, mempertikaikan peranan parti-parti komponen dalam BN serta menyerang kaum-kaum lain.



Di sebalik semua itu, biasanya akan diselitkan juga dengan lawak jenaka, gurau senda dan usik-mengusik kepada pemimpin tertentu. Sebagaimana biasa, tahun ini juga tidak terkecuali perkara yang sama turut berlaku. Dewan Merdeka sering kali bergema dengan hilai ketawa dan tepuk sorak apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu menyentap urat ketawa masing-masing.



Tambahan pula, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini merupakan perhimpinan pasca pilihanraya dan pemilihan UMNO. Jadi tiada lagi perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress dan ketegangan. Yang menang pilihanraya, yang dapat jawatan dan yang menang pemilihan UMNO, semuanya sedang bergembira sekarang manakala yang kalah dan kecundang pula, sebahagian besarnya sudah dapat menerima hakikat kekalahan itu.



Mereka juga turut bergembira dalam perhimpunan kali ini, walaupun mungkin tidak segembira pihak yang menang dan sedang dijulang.



Namun dalam semua perwakilan, pemerhati dan pembahas bergembira dalam perhimpunan UMNO kali ini, sewajarnya mereka mengingati insan lain yang sedang berduka dan tidak dapat bergembira kerana ditimpa musibah banjir ini. Pemidato yang berucap hendaklah mengurangkan cerita-cerita lucu dan lucah yang membangkitkan berderainya ketawa para perwakilan.



Oleh kerana memang mustahil untuk menunda perhimpunan yang sudah lama dirancang, maka tumpukanlah sepenuhnya perbasasan kepada isu-isu yang membina dan untuk kepentingan bersama. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk bergelak ketawa dan berlawak jenaka kerana adanya manusia lain yang sebangsa, seagama dan sewarganegara sedang bergelut dan berjuang untuk memastikan keselamatan anggota keluarga serta harta benda.



Pemerhati pula, dalam riang berjumpa kawan lama dan mencari kawan baru, ingatlah juga rakan-rakan yang sedang ditimpa banjir ini. Berpada-padalah dalam mahu ketawa dan bergembira.



Kepada pemimpin, perwakilan dan pemerhati daripada negeri-negeri yang sedang ditimpa banjir, kalau boleh kembalilah segera ke tempat masing-masing dan bersama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sekadar duduk dalam Dewan Merdeka yang dingin sambil mendengar ucapan, lebih baiklah dipeluk dingin air hujan yang sedang turun tidak henti-henti di beberapa negeri sambil menghulurkan bantuan apa yang patut kepada mangsa banjir.



Dan esok ketika ucapan penggulungan nanti, janganlah ada pemimpin yang berucap berlebih-lebih dalam melawak dan membuat para perwakilan ketawa. Jika semalam Najib terpaksa meninggalkan perhimpunan dan hari ini pula Muhyiddin berbuat demikian, janganlah di majlis penutup dan ucapan penggulungan petang esok, berlebih-lebih ketawa dan membuat lawak jenaka.



Tunjukkanlah simpati yang berterusan kepada mangsa banjir ini. Ketawa dan bergembira tentu saja boleh menyinggung perasaan mereka yang sedang bersedih meninggalkan rumah dan terpaksa tidur di pusat-pusat pemindahan.



Kalau dalam perhimpunan sebelum ini, pemimpin yang paling banyak membuat orang ketawa dan suka melawak ialah Zahid Hamidi yang baru saja menang Naib Presiden UMNO dua kali berturut-turut dengan undi terbanyak. Semua orang diusik dan dijadikannya bahan ketawa, dari perwakilan, pemerhati, orang hidup, orang mati, Shafie Apdal yang berketurunan Bajau Laut, Hishammuddin yang berketurunan Turki sehinggalah kepada Najib pun diusiknya.



Tetapi untuk tahun ini diharap Zahid tidak lagi membawa cerita-cerita lawak dan jenaka untuk menghiburkan warga UMNO yang mendengar ucapannya. Selain orangramai ingin melihat beliau bercakap tentang perkara-perkara yang penting dan tegas dalam pelbagai isu yang sedang berlaku berkaitan fungsi kementerian yang sedang diterajuinya, beliau juga seharusnya menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama memahami penderitaan dan kesusahan yang sedang ditanggung oleh puluhan ribu mangsa banjir ini.



Kalau ada cerita-cerita lawak yang sudah disiapkannya, simpanlah untuk tahun depan. Kalau ada juga niat untuk mengusik mana-mana pemimpin UMNO dalam ucapan penggulungannya, batalkan sajalah hasrat itu. Lagi pula seorang rakan status qounya dalam Naib Presiden, Hishammuddin sedang terlantar di hospital kerana baru saja menjalani pembedahan arterinya yang tersumbat.



Jadi, memang tidak sesuai untuk bergelak ketawa dan membuat lawak jenaka. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk berhari raya sepertimana tahun-tahun sebelumnya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/hentikanlah-gelak-ketawa-zahid-hamidi.html
Read more »

Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara

0 comments

KEADILAN DAILY




KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih banyak membahaskan mengenai pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa berbanding isu keselamatan negara, kata Naib Presiden KEADLAN, Nurul Izzah Anwar.

Beliau merujuk pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang sogokan wang melibatkan Peguam Negara.



“Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan.



Mat Zain dalam perakuan bersumpahnya mendedahkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail menerima sogokan wang sehingga keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007.



PAU



Nurul Izzah turut membangkitkan ancaman penjajahan baru dalam bentuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), pencerobohan dan penculikan di Sabah selain pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing.



“Negara asing seperti Amerika Syarikat dan Singapura sedang aktif mengintip Malaysia bukan sahaja perlu dibahaskan, malah dikecam sekeras-kerasnya,” kata Nurul Izzah.



“Umno tidak boleh lari daripada memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut.



“Buktikan parti yang berumur 25 tahun itu bukan hanya menumpukan kepada pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa kepada golongan-golongan terpilih sahaja,” kata Nurul Izzah.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/perhimpunan-umno-abai-isu-keselamatan.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog