Reduce dependence on cars to make city more liveable – PAM

0 comments
KOTA KINABALU: Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Chapter chairman Ar Victor Wong has called for a reduction in […]



SUMBER: http://ift.tt/1kxdsUh
Read more »

PENGAWAS PEMILIHAN PKR CABANG BATANG SADONG AKUI MEMIHAK KEPADA SALAH SEORANG CALON TIMBALAN PRESIDEN PKR

0 comments




Jika dalam PRU-13, PKR lantang hingga sanggup memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan pilihan raya khususnya mengenai pengundi hantu, pengundi Bangladesh mahupun berlakunya black out.



Dan, seolah-olah terkena batang hidung sendiri apabila Pemilihan PKR 2014 yang sedang berlangsung kini diseliputi pelbagai masalah termasuklah keraguan yang munasabah.



PKR tidak pernah mengambil pendekatan penambahbaikan Pemilihan PKR 2010 dahulu yang mana objek seperti kerusi dan peti undi terbang disebabkan rasa tidak puas hati pengundi mahupun kumpulan calon yang bertanding.



Pemilihan PKR 2014 telah digemparkan dengan permasalahan sewaktu pengundi berlangsung seperti yang berlaku di Cabang Batang Sadong.



Semacam telah dirancang, kumpulan ‘pengawas’ yang mengawasi Pemilihan PKR 2014 Cabang Batang Sadong merupakan kumpulan penyokong salah seorang calon Timbalan Presiden PKR dan ini sangat meragukan.



Ini telah diberitahu sendiri oleh pengawas pemilihan ketika siasatan dijalankan dan pastinya suatu kegemparan.



Sehubungan itu, PKR memutuskan Pemilihan PKR Cabang Batang Sadong dibatalkan termasuklah menggantung pengawa yang bertugas semasa pemilihan sebelum ini.



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses pengundian dan sebab itu PKR memutuskan Pemilihan PKR Cabang Batang Sadong dibatalkan.






Antara keraguannya ialah jumlah keluar yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan corak tulisan pada kertas undi dikatakan ditulis oleh orang yang sama.





Inilah demokrasi PKR yang tidak pernah terlepas daripada 1001 macam permasalahan dan penipuan khususnya dalam pemilihan PKR dan ini juga berlaku dalam DAP dan PAS sebelum ini.





SUMBER: http://ift.tt/1hjONk6
Read more »

Kontrak Minyak dan Gas: Sabah Tidak Perlu Syarikat Broker

0 comments
APA yang sebenarnya betul adalah Sabah memberikan kontrak operasi minyak dan gas, bukan sebaliknya. Akan tetapi akibat ketimpangan PDA 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Sabah ditandatangi pada tahun 1976, menyebabkan berlaku bahawa Sabah terpaksa menangih kontrak; di mana sepatutnya Sabahlah yang memberikan kontrak.

Sebenarnya pada masa pemerintahan Berjaya, telah ditubuhkan sebuah syarikat yang berurusan dengan operasi minyak dan gas; namun entah apa yang menyebabkan, bahawa anak syarikat yang berkait dengan operasi minyak dan gas telah dijual oleh syarikat itu. Atas penjualan itu, maka syarikat milik kerajaan Sabah itu, hanya beroperasi secara token yang hanya melibatkan 2juta isipadu gas sehari di kawasan KKIP.



Di zaman pemerintahan PBS, anak syarikat Yayasan Sabah Innoprise Sdn Bhd, pernah menubuhkan syarikat yang berfungsi untuk operasi minyak dan gas, namun syarikat itu gagal ditengah jalan, atas sebab, Petronas kurang memberi sokongan.



Kini, kerajaan Sabah dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu anak syarikat Bank Pembangunan Sabah(SDB) yang dipanggil M3Energy Sdn Bhd. Nama syarikat ini, disebutkan oleh Ketua Menteri Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ke-2 tahun 2014 yang berakhir pada minggu ke-2 April.



Tujuan pengwujudan syarikat ini, dikatakan untuk mendapatkan kontrak daripada Petronas, dan kemudian kontrak-kontrak itu disub-kontrak dengan vendor-vendor tempatan.





SUMBER: http://ift.tt/1rLjl38
Read more »

Bulan Pesta Menuai Bermula Lagi

0 comments

Bulan Mei sejak sekian lama bagi negeri Sabah diistiharkan sebagai bulan Pesta Menuai. Tahun ini tuan rumah pelancaran pesta itu adalah Kota Marudu. Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman melancarkannya. Maka bermulalah tradisi keunikan bagi negeri Sabah.

Pesta menuai sinonim dengan kaum Kadazan Dusun dan Murut, namun bukan kaum itu sahaja yang meraikannya, malah seluruh sukuan di negeri ini. Pada setiap acara, memang seluruh lapisan rakyat terlibat; tidak lagi mengira latar belakang kaum.



Puncak kepada sambutan pesta menuai adalah pada 31 Mei, dan biasanya diadakan di Hongkod koisan, Penampang. Pada hari itu, akan bakal dinobatkan Unduk Ngadau, yakni wanita tercantik bagi kaum KDM.



Melalui pesta menuai, bukan sahaja terwujudnya integrasi berbagai etnik, akan tetapi ianya juga menjadi wadah penyatuan, persefahaman, sehingga menguatkan lagi hubungan antara rakyat, kaum dan agama.



Keunikan budaya di Sabah, adalah pendorong kurangnya, malah tidak terdapatnya perbalahan antara agama, atas sebab itu, kalau mahu melihat apa itu erti 1Malaysia, datanglah ke Sabah.





SUMBER: http://ift.tt/1kw5VXD
Read more »

Feature Sabah and Sarawak’s natural, cultural backdrop in making films — Ahmad Shabery

0 comments
KOTA SAMARAHAN: Film producers should give priority to featuring the beautiful natural environment and culture in Sabah and […]



SUMBER: http://ift.tt/1nJwuMg
Read more »

ESSCom taking all steps to curb kidnappers from southern Philippines

0 comments
TAWAU: The Eastern Sabah Security Command (ESSCom) is taking all measures to curb kidnapping for ransom by criminals […]



SUMBER: http://ift.tt/1m7fLyv
Read more »

Musa Arkitik Pembangunan Sabah

0 comments


OKB suka menarik perhatian pembaca pada satu ucapan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 23 Oktober 2012, ucapan itu berintisari seperti berikut.

Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 menerusi Laporan Audit Negara.



Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa adanya visi dan keupayaan dari segi pemikiran yang bernas dan tindakan susulan untuk mencapai sebuah negeri yang maju jaya, aman makmur dan sejahtera.



“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini kearah kejayaan dan kecemerlangan,” katanya pada Persedangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin.



Tawfiq berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, yang bertanya- kan rahsia dan pendekatan yang diambil bagi memperkasa tadbir urus kewangan negeri sehingga Sabah berjaya mendapat pengiktirafan sedemikian.



Di samping itu Tawfiq berkata, penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri yang berpandukan Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) sentiasa diselenggara dengan teratur dan sempurna untuk memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.



“Selain itu, usaha-usaha juga giat dijalankan untuk mempertingkatkan Sistem Perakaunan supaya ianya ‘compatible’ (bersesuaian) dengan perkembangan teknologi IT semasa dan Piawaian Perakaunan Kerajaan (Public Sector Accounting Standard),” katanya.



Sementara itu, Tawfiq turut men- yangkal segala dakwaan dari pihak pembangkang yang mendakwa tanpa merujuk fakta bahawa kononnya pengurusan kewangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak teratur dan sebagainya.



Namun katanya, melalui perakuan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri, bukan sahaja Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut, malah beliau juga memperakukan bahawa pengurusan kewangan Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah antara yang terbaik di seluruh Malaysia.





SUMBER: http://ift.tt/1pHYLVE
Read more »

Selera Rakyat Terhadap Pemimpin Telah Berubah

0 comments

Mengambil iktibar daripada PEMILU Indonesia, menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah- Datuk Dr Salleh Said; kebanyakan calon-calon yang terpilih, adalah mereka yang pernah atau berkhidmat dengan masyarakat di wilayah-wilayah tertentu. Kecenderungan rakyat, tidak lagi bersandarkan kepada nama besar seseorang pemimpin, akan tetapi dilihat sumbangannya kepada rakyat; di mana calon-calon itu pernah berkhidmat atau bertugas.

Di negara kita, pada masa akan datang, kecenderungan itu akan juga berlaku; namun tidak terasa sangat, kerana sistem kita berasaskan kepada sistem berparlimen, atau sistem kerusi berasaskan kawasan. Di negara kita, setiap calon yang dikemukakan untuk bertanding pada sesuatu kawasan, memang berasal daripada kawasan itu, malah memegang jawatan parti bagi kawasan tersebut.



Memandangkan perkembangan semasa, jika dahulu, kemenangan bagi sesuatu kawasan biasanya disumbangkan sebahagian besar oleh faktor parti, namun di masa akan datang, akan berlaku bahawa kemenangan calon pada sesuatu kawasan akan di sumbangkan oleh calon atau individu yang dicalonkan.



Berasaskan kepada perubahan selera rakyat ini, maka pemimpin atau wakil rakyat masa depan, akan ditentukan berasaskan kepada sumbangan atau perkhidmatan seseorang itu pada kawasan tertentu. Masa itu, istilah calon payung terjun, agak sukar menang, meskipun mewakili parti yang popular; atas sebab perubahan selera rakyat.



Di negara kita, sejak tahun 1957, biasanya calon-calon yang menang adalah calon-calon yang dikemukakan oleh sesebuah parti, meskipun ada juga calon-calon tidak berparti pernah menang dalam pilihanraya. Ini yang berlaku pada masa depan, bahawa rakyat akan mengundi seseorang calon, yang dikira memberi sumbangan kepada rakyat di mana calon itu bertanding. Keadah inilah yang diamalkan oleh Parti BN terutama Umno. Pada setiap pilihanraya, biasanya calon-calon pilihan Umno adalah mereka yang pernah atau sedang berkhidmat di sesuatu kawasan; seperti pada PRK Balingian di Sarawak baru-baru ini, mantan pegawai daerah bagi kawasan itu, dipilih untuk bertanding; dan terbukti menang besar.



Parti, tidak boleh lagi bersandarkan kepada nama-nama pemimpin besar untuk menang, parti akan menang kalau mengemukakan koleksi calon-calon yang mempunyai sumbangan kepada rakyat.



Rakyat kini sudah bijak, mereka mampu menilai pencapaian seseorang pemimpin atau wakil rakyat; jika wakil rakyat itu kurang pencapaiannya, meskipun berpenggal menjadi wakil rakyat pada kawasan yang sama, maka pada piihanraya umum akan dihukum oleh rakyat. Ini yang berlaku pada kawasan-kawasan yang kalah pada PRU-13 lalu.



Agar rakyat, tidak menghukum seseorang calon, yang berakibat kepada kekalahan calon parti, maka syogianya, wakil-wakil rakyat yang telah dipilih, perlu mengembeling semua tenaga dan fikiran untuk memajukan kawasan-kawasan yang diwakilinya. Tanpa pembangunan yang diharapkan rakyat, bagaimana baiknya seseorang itu, bakal ditolak; kerana selera masa depan rakyat adalah pemimpin yang baik, dekat dengan rakyat serta membangun rakyat.



Pemimpin masa depan yang diinginkan rakyat, bukan lagi pemimpin yang penuh protokol, pemimpin yang bersifat bossy, akan tetapi pemimpin yang diperlukan adalah pemimpin yang bersifat leader. Pemimpin yang mampu menyerap perbezaan pendapat, dan pemimpin yang tangguh menerima kritikan.



Pada masa akan datang, pemimpin yang bersifat bossy, pemimpin yang penuh protokol, akan diketepikan, jika sesebuah parti mahu menang dalam pilihanraya.



Di Kota Belud, nampaknya para pemimpin mengantisipasi keadaan itu. Atas sebab itu, berbagai kaedah dilakukan, selain aktivti turun padang, seperti merasmikan sesesuatu pembangunan yang dibiayai kerajaan, akan tetapi pemimpin mengambil pendekatan mengayumi rakyat dengan melibatkan mereka dengan berbagai aktiviti.



Di Kota Belud, bagi melibatkan rakyat bagi aktiviti yang bersifat riadah, kini terdapatnya aktivti berbasikal mengelilingi kawasan-kawasan. Aktiviti seperti ini, bukan sahaja bersifat riadah akan tetapi aktiviti bersukan yang menyihatkan.



Sekali air bah, maka sekali pantai berubah. Atas sebab itu, bagi pemimpin yang mahu terus diterima rakyat, maka perlu menemukan berbagai kaedah agar mereka tetap relevan, mengikuti perkembangan masa, dan kehadiran pemimpin itu senantiasa segar di mata rakyat.



Rakyat kini, tidak lagi cenderung sangat dengan pemimpin yang hanya tahu bercakap, apabila berucap berapi-api dengan penuh semangat; akan tetapi rakyat memerlukan pemimpin yang menyatu dengan rakyat; mengerti keperluan rakyat; tahu menjaga hati rakyat; serta menganggap dirinya juga sebahagian daripada rakyat.





SUMBER: http://ift.tt/QLjmsy
Read more »

BERBALOI LAGI KE NIK AZIZ MENGISLAMKAN DAPigs???

0 comments



Rentetan kenyataan media dan pendirian tegas yang dibuat oleh wakil DAPigs mengenai perlaksanaan Hudud hari ini, timbul satu persoalan dikalangan rakyat Malaysia.



Adakah masih berbaloi lagi ke untuk puak - puak PAS tu nak memberi pemahaman kepada wakil dari DAPigs mengenai isu tersebut dalam Pakatan Haramjadah tu?



Puak - puak PAS tu masih lagi ke nak menaruh harapan agar mendapat persetujuan dari kalangan DAPigs sekiranya isu itu dibawa ke peringkat Majlis Pimpinan Pusat?



Bagi sesetengah pihak, mereka melihat usaha puak - puak PAS tu hanya boleh diibaratkan sebagai 'melepaskan batuk ditangga'. Sekadar 'mencurah air ke daun keladi'.



Dalam erti kata mudahnya, buat kerja buang masa ni tak mendatangkan sebarang faedah pun. Jadi untuk apa lagi diorang nak bagi penjelasan kepada DAPigs mengenai isu tu?



Jika sebelum ini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana gagal memberi penjelasan mengenai Hudud kepada Karpal.



Logiknya, untuk apa diorang nak bagi penjelasan sedemikian jika ianya hanya satu tindakan yang sia - sia? Walaupun Si Karpal tu faham, dia tetap jugak akan membantah.



Dah memang itu sifat semulajadi puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya. Benda yang betul benar pun diorang takkan dapat terima. Dah tentu - tentu diorang akan tolak.



Dasar nama pun Pembangkang tak de otak. Habis semua benda yang kita jelaskan kepada diorang pun diorang akan bangkang jugak tanpa memberikan alasan yang munasabah.



Jadinya, tak usah la puak - puak PAS ni nak buang masa dan buat kerja yang tak berfaedah. Kalau setakat ada hasrat nak meng-ISLAM-kan puak - puak DAPigs tu, lupakan aje la. Yang Islam dalam DAPigs tu pun tak faham, inikan pulak yang bukan Islam!!!





SUMBER: http://ift.tt/1ilTPRp
Read more »

Keselamatan Obama: Jangan lupa rakyat sendiri

0 comments

DR RIDUAN MOHD NOR



Menjelang kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia pada Sabtu ini, dilaporkan kawalan keselamatan diperketatkan ke tahap tertinggi di negara ini. Sememangnya menjadi suatu polisi dan protokol kepada mana-mana negara yang bakal menyambut pemimpin tertinggi AS itu untuk bersedia dengan kawalan keselamatan tertinggi yang perlu ada bagi mengelakkan sebarang risiko.



Umum mengetahui bahawa Presiden AS mempunyai banyak musuh. Ia menandakan polisi negaranya yang tidak mahu bersahabat dengan negara-negara lain, terutama pesaing global. Malah, negara kerdil juga menjadi bahan belasahan negara Uncle Sam itu seperti yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan lain-lain.



Membahayakan keselamatan Presiden AS akan membahayakan keselamatan negara ini sendiri. Jika berlaku apa-apa terhadap Barrack Obama semasa lawatannya nanti, maka sudah pasti negara turut terancam. AS tidak teragak-agak untuk menyerang mana-mana negara yang membahayakan pemimpin utamanya. Itulah risiko yang dihadapi dan negara memperketatkan keselamatan bagi menyambut ketibaannya bagi menjaga keselamatan rakyat dan negara juga dalam erti yang sebenarnya.



Dalam pada Malaysia menetapkan kadar keselamatan terhebat bagi menyambut ketibaan Presiden AS itu, suka diingatkan juga bahawa kadar keselamatan yang tinggi juga perlu diberikan kepada warga negara Malaysia sendiri. Meskipun Presiden AS ada keistimewaannya tersendiri yang mesti dilebihkan, namun jangan sampai keselamatan rakyat pula terabai. Isu jenayah yang berlaku di negara ini menjadi semakin serius dengan aksi ngeri menggunakan senjata ringan dan berat. Kecederaan dan kematian adalah risiko yang sentiasa dihadapi oleh mangsa sama ada dalam bentuk jenayah rompakan, samun, ragut, rogol, mahupun penculikan.



Kejadian penculikan di Semporna, Sabah dengan dua wanita menjadi mangsa dan samun melibatkan sebuah kapal yang kerugian 2 juta liter minyak diesel semalam di Pelabuhan Kelang benar-benar mengejutkan banyak pihak. Selain itu, misteri kehilangan pesawat MAS MH370 membuka mata bahawa keselamatan rakyat di negara ini sudah lama terancam.



Yang diinginkan, jika keselamatan Presiden AS menjadi keutamaan, dengan pasukan keselamatan negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, layanan yang sama atau hampir serupa diberikan kepada rakyat warga negara. Ia bukan bermakna pihak keselamatan perlu menjejaskan rutin warga negara atau mengubah landskap negara serta membelanjakan ratusan juta ringgit. Yang penting, tahap keselamatan dipertingkatkan dengan memastikan rakyat Malaysia merasa tenteram dan selesa dengan keamanan di negaranya. Yang diharapkan, jenayah akan terkawal manakala kawasan sempadan negara sentiasa dilindungi dari golongan lanun dan penjenayah.



Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat



SUMBER: http://ift.tt/1iQXENR
Read more »

Beranikah Najib tukar Ahmad Said?

0 comments

Blogger Sayuti Omar menyifatkan Ahmad Said akan jadi macam David Moyes.



ahmad said najib



PETALING JAYA: Dahulu heboh kononnya Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu ditukar apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ bagi membolehkan beliau dilantik sebagai MB yang baharu.



Tetapi perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Anwar beriya benar mahu menjadi MB Selangor tetapi akhirnya beliau tidak dapat bertanding apabila pada 7 Mac lalu beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful Bokhari Azlan.



Maka berita pertukaran Khalid dari jawatan MB menjadi senyap selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi DUN Kajang menggantikan suaminya.



Ahad lalu Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia membangkitkan isu pertukaran dua MB di kalangan MB Barisan Nasional (BN). BN berkuasa di Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah (Ketua Menteri). Siapa yang akan digugurkan? Tidak mungkin Perlis, Kedah, Melaka dan Johor kerana mereka masih baru menjadi MB pada Mei 2013 selepas pilihanraya umum (PRU).



Adakah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Musa Aman? Mohamad Hassan paling gentleman antara mereka berlima. Beliau berkata kuasa melantik MB adalah kuasa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.



“Kalau PM suruh bersara, kita kena terima dengan lapang dada,” kata beliau. Setakat ini Zambry, Adnan dan Musa tidak bersuara. Sebaliknya yang banyak menjadi tumpuan ialah Ahmad Said.



Ahmad Said kata beliau enggan mengulas spekulasi dalam blog dan Facebook. Sebenarnya bukan blog dan Facebook yang memulakannya tetapi Mingguan Malaysia akhbar milik Umno. Apabila akhbar milik Umno yang mainkan isu ini, maka orang lebih percaya Ahmad Said akan ditukar walau pun Awang Selamat tidak menyebut nama dua MB yang terbabit.



Benarkah ada perjanjian di antara Najib dengan Ahmad Said bahawa beliau jadi MB Terengganu untuk satu tahun sahaja selepas PRU ke 13? Itu yang diperkatakan orang. Malah beliau dikatakan mengugut PM akan menarik dua ADUN BN keluar dari BN yang menyebabkan BN akan tumbang di Terengganu pada tahun lepas sekiranya PM tidak lantiknya semula sebagai MB.



Jika benar Najib mahu gugurkan Ahmad Said, adakah ugutan Ahmad Said akan terlaksana?

Tergamakkah Ahmad Said melihat BN jatuh di Terengganu? Ini yang sedang difikirkan oleh Najib buruk dan baik menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.



Blogger Sayuti Omar menyifatkan Ahmad Said akan jadi macam David Moyes, Manager Manchester United.



Katanya, semalam Ahmad Said enggan ulas. Manakala orang yang diheret akan mengganti beliau menafikan. Orang yang dijaja ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia bernama Rozi Mamat. Sebelum ini orang tidak kenal siapa dia Rozi Mamat. Dia bukan tokoh yang disebut-sebut sebelum ini. Tetapi tiba-tiba namanya tersembur ke atas hari ini.



Sayuti menulis, Rozi Mamat pun sudah menggeletar bila mana namanya disebut malahan marah kepada orang yang mengheret namanya.



Tambahnya lagi, tidak mengapa, Rozi tidak perlu menggeletar dan marah-marah, orang yang bakal mengganti Ahmad Said kalau MB itu terpaksa disenjah turun, bukan Rozi Mamat, tetapi ada nama lain.



“Nama itu sudah pun dimaklumkan kepada Sultan Terengganu. Sebelum itu saya nak tanya beranikah Najib Razak tukar MB Terengganu itu? Macam mana dengan Sultan, perkenankah tidak?” soal Sayuti dalam blognya.



MstarOnline menulis keputusan pihak istana yang bakal menentukan sama ada akan berlaku pertukaran MB di beberapa buah negeri menjadi kenyataan sebagaimana yang disebut-sebut sekarang.



Walaupun PM berhak membuat perubahan ke atas kerusi tersebut tetapi kata putus istana tetap memainkan peranan dan tidak dapat diketepikan begitu sahaja.



Beberapa sumber yang dihubungi mStar Online memaklumkan, suka atau tidak, kata putus istana dalam soal kerusi MB harus diterima sebagai salah satu pra-syarat pelantikan mana-mana MB yang baharu.



“Lambat atau cepat proses pertukaran (MB) itu bergantung kepada kata putus pihak istana,” katanya lagi.



Sumber mStar Online turut mendedahkan bahawa isu mengenai pertukaran MB di beberapa buah negeri ini timbul kerana wujudnya perjanjian bersama antara MB terbabit, Barisan Nasional (BN) dan istana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang lalu.



“Menerusi gentleman agrement itu, beberapa orang MB telah diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa selepas memenangi PRU lalu, dengan syarat mereka perlu berundur selepas tempoh tertentu dan inilah yang akan berlaku sekarang,” kata sumber berkenaan.



Bilakah perubahan ini akan berlaku hanya PM sahaja yang ada jawapannya.Dua buah negeri yang disebut-sebut terikat dengan persefahaman ini ialah Terengganu dan Pahang kata mStar Online lagi.



Hanya seorang anggota Exco Terengganu, Nawi Mohamad tampil mempertahankan Ahmad Said.



Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Besut menyokong kewibawaan Ahmad Said untuk terus mengetuai pentadbiran Terengganu. Nawi adalah orang Ahmad Said yang menentang penyandang jawatan Ketua Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dalam pertandingan Ketua Bahagian pada tahun lepas.



Sebalik-baik sahaja Idris dapat tahu Nawi mahu tanding jawatan Ketua Bahagian, beliau yang juga bekas MB bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian sahaja. Beliau buat alasan sibuk di pusat sebagai Menteri Pendidikan II dan ahli majlis tertinggi Umno yang menyebabkan beliau beri laluan kepada orang muda menjadi Ketua Bahagian.



“Pertukaran berkenaan tidak perlu dilakukan buat masa ini,” kata Nawi dalam sms kepada sebuah portal berita.



Minggu lepas sebelum Mingguan Malaysia menyiarkan pojok Awang Selamat, Ketua Umno Bahagian Marang, Latif Awang membuat pengumuman berdiri teguh di belakang Ahmad Said. Justru itu sama ada benar atau tidak Ahmad Said akan berhenti pada 11 Mei ini, sama-samalah kita tunggu.



Turut baca

Ahmad Said tidak layan khabar angin, spekulasi

Pemuda Umno Terengganu berdiri teguh di belakang Ahmad Said

Ahmad Said bakal ditukar?



SUMBER: http://ift.tt/1l5BHLX
Read more »

Musical show among Sabah Fest highlights

0 comments
KOTA KINABALU: Sabah Fest will be returning with another spectacular show to highlight Sabah’s diverse people, cultures and […]



SUMBER: http://ift.tt/1mwE0Yf
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog