Najib perlu berani lakukan transformasi

0 comments










Oleh AZIZ MUDA







PENTADBIRAN Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak kelihatan kehilangan arah kembali apabila undangundang lapuk, Akta Hasutan 1948 digunakan kembali ke atas rakyat negara ini mulai Mei lalu.



Sebelum itu, Najib yang begitu lantang bersuara untuk melakukan transformasi di dalam pentadbirannya dilihat sudah mula melangkah dengan baik ke arah perubahan yang ingin dilakukannya, dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak sanggup dilakukan oleh perdana menteri lain sebelumnya di negara ini.



Antaranya termasuklah dengan mengemukakan cadangan yang telah didesak sekian lama oleh PAS dan Pakatan Rakyat agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai halangan terutama daripada beberapa orang pemimpin Umno-BN sendiri, akhirnya hasrat beliau untuk memansuhkan akta itu terlaksana juga pada 16 September 2011.



Walaupun pemansuhan ISA digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang juga mengekalkan ciri-ciri ISA, tetapi kepada rakyat, tindakan Najib itu setidak-tidaknya sudah memperlihatkan hasrat beliau untuk melakukan perubahan seperti yang dilaungkan, sekali gus sebagai awalan yang baik ke arah perubahan lebih besar yang akan menyusulinya secara berperingkat-peringkat.



Ketika rakyat sedang menaruh harapan besar kepada beliau untuk melakukan perubahan lebih jauh sejajar dengan status negara ini yang sedang menuju negara maju menjelang tahun 2020, Najib tiba-tiba mengejutkan seluruh rakyat negara ini dengan perubahan di sebaliknya, dengan kembali menggunakan Akta Hasutan



Perubahan sikap Najib itu menyebabkan bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) yang juga Pengarah Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang @ Talib, 25, muncul sebagai mangsanya yang pertama.



Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan kerana ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada malam 13 Mei lalu yang dikatakan menghasut orang awam untuk mengubah kerajaan secara tidak sah



Pada hal sekiranya diteliti ucapan keseluruhannya hanyalah berkisar tentang salahguna kuasa oleh SPR dan isu politik perkauman yang masih dimainkan oleh Umno-BN.



Dalam perbicaraan 5 September lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Turut didakwa bersama beliau, Naib Presiden KeADILan, Chua Tian Chang atau Tian Chua, 51; aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, 25; aktivis Hishamuddin Rais, 63; ahli PAS, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 64, dan peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55.



Umum akan mansuhkan Akta Hasutan



Banyak pihak beranggapan, Dato’ Seri Najib pada dasarnya sememangnya menyimpan hasrat besar untuk melakukan transformasi di negara ini, khususnya yang membabitkan pemansuhan undang-undang drakonian yang tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman seperti ISA dan Akta Hasutan.



Kesediaan untuk melakukan perubahan itu diumumkan sendiri oleh Najib pada 11 Julai 2012 dengan mengatakan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.



Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.



“Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya.



Najib juga berkata, kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan sertamerta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti.



Malah lebih jauh dari itu, Najib juga turut mengiringi pengumumannya itu dengan persetujuannya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji cadangan penggunaan Akta Keharmonian Nasional yang membabitkan semua parti di negara ini. PAS sendiri diwakili Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menganggotai jawatankuasa itu.



Di luar jangkaan orang ramai, Najib yang dikatakan begitu berkarisma dan hebat di luar negara tibatiba boleh berubah pula pendiriannya dengan menguatkuasakan kembali Akta Hasutan, sehingga menyebabkan lebih ramai lagi rakyat negara ini yang akan menjadi mangsanya selain daripada yang disenaraikan itu.



Turut menjadi mangsa termasuklah pelajar institut pengajian tinggi swasta, Ali Abd Jalil; ahli Parti Reformasi Negeri Sabah, David Orok; Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Azmi Sharom; Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.



Lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang turut didakwa di bawah akta itu termasuklah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Adun Changkat Jering, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin, Adun Seri Delima, RSN Rayer, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.



Tindakan tersebut dilihat dilakukan oleh Najib bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat walaupun dengan cara yang boleh menjejaskan imej negara di mata dunia, sehingga menyebabkan Malaysia kembali bermahajarela dengan penggunaan undang-undang lapuk di negara ini selepas era 22 tahun pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Perubahan Najib itu juga dilihat oleh pelbagai pihak akibat tekanan Mahathir ke atas beliau akibat tindakannya memansuhkan ISA yang disifatkan oleh Mahathir sebagai satu tindakan yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada Umno-BN untuk terus memerintah di negara ini.



Wajarkah Najib tunduk dengan tekanan Mahathir?



Persoalan besar kepada seluruh rakyat negara ini, wajarkah Najib tunduk dengan tekanan Mahathir? Sedangkan dengan tindakannya itu, di manakah karisma dan kehebatan Najib sebagai seorang Perdana Menteri?



Apatah lagi Najib sendiri sebelum ini sudah begitu lantang bersuara untuk melakukan transformasi dalam pentadbirannya?



Dengan begitu mudah tunduk kepada tekanan Mahathir, apa akan jadi dengan transformasi yang ingin dilakukannya?



Sedangkan gagasannya untuk melakukan perubahan itu cukup besar.



Ia akan menaikkan imej negara dan imej Najib sendiri sebagai Perdana Menteri, sehingga mampu mentadbir negara dengan cara terbaik seperti juga yang dilakukan di negaranegara lain di negara ini, terutama negara-negara maju.



Sesuai dengan perkembangan zaman, sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi sudah tidak sewajarnya diperintahkan dengan cara kuku besi. Malah demokrasi itu sendiri amat perlu disuburkan bagi membolehkan rakyat turut mencapai kemajuan yang selari antara pembangunan jasmani dan rohani, dengan pemikiran-pemikiran yang kritis bercambah di setiap penjuru bagi memacu negara ke arah yang lebih baik.



Di sinilah perlunya najib memiliki keupayaannya sendiri dalam bertindak. Sebagai Perdana Menteri yang sudah berkeupayaan melakukan sedikit perubahan di peringkat awalnya, Najib tidak sepatutnya berundur ke belakang kembali, tetapi sewajarnya terus maju dengan tindakan-tindakan yang lebih berani untuk mencapai perubahan yang lebih baik selaras dengan kehendak rakyat dan keperluan negara.



Jika berundur, bererti Najib sendiri sudah menyerah kalah. Dengan itu, Najib pada pandangan rakyat sebenarnya tidak mempunyai keberanian untuk melaksanakan gagasannya sendiri, sehingga menjadikan slogan beliau yang diharapkan akan membawa perubahan yang lebih baik kepada negara hanya tinggal harapan dan Umno- BN tetap kekal dengan corak pemerintahannya yang lalu, meskipun era pemerintahan Mahathir sudah lama berlalu.



Dalam masa yang sama, Najib juga perlu sedar, tindakannya menggunakan Akta Hasutan kembali tidak juga akan menakutkan rakyat. Malah semakin ditekan dan semakin ramai yang dikenakan akta itu, semakin ramai rakyat yang akan bangkit menentangnya. Realiti ini boleh dilihat kepada kebangkitan anak-anak muda sendiri setelah Akta Hasutan digunakan kembali.



Anak muda tetap gigih berjuang hapus Akta Hasutan



Muhammad Safwan Anang sendiri yang juga bapa kepada anak berusia lapan bulan dalam kenyataannya 7 September lalu menegaskan, beliau tidak gentar dengan hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan terhadapnya dan akan meneruskan kempen bantahan terhadap Akta Hasutan 1948.



Malah beliau dan beberapa penggerak pertubuhan bukan kerajaan anak muda dan mahasiswa telah menjelajah seluruh Lembah Klang bermula tarikh itu bagi menyampaikan mesej bantahan tersebut.



Selain itu, beliau dan rakan-rakannya turut mengambil inisiatif menggabungkan 11 NGO mahasiswa dan anak muda dalam gerakan mereka menerusi Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut) yang dilancarkan pada 9 September lalu.



Antara NGO-NGO yang menyertainya terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM), Kelab Bangsar Utama, Geng Kotak, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Malaysia Youth and Student Democratic Movement, Mahasiswa Keadilan Malaysia dan Pro Mahasiswa Nasional.



Antara lain, mereka menuntut tiga desakan yang dipersetujui bersama. Pertama, mereka mahu Perdana Menteri menunaikan janji pada Julai 2012 untuk menghapuskan Akta Hasutan. Kedua, menggugurkan semua pertuduhan dan siasatan yang dibuat terhadap mangsa mengikut akta tersebut.



Tuntutan terakhir mereka, tiada akta baru diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan yang dihapuskan.



SUMBER: http://ift.tt/1rZm5fJ
Read more »

Jalai Pan Borneo begunaka ungkup belanja besai nengah Bajet 2015

0 comments
KUCHING: Jalai Pan Borneo ke nyambung Sarawak enggau Sabah begunaka mayuh agi belanja nengah Bajet 2015 ngambika ulih […]



SUMBER: http://ift.tt/10MDgs8
Read more »

Ghani Yassin nak nafi tak punyai Penthouse Pavillion RM4 juta ke?

0 comments



Begini agaknya rupa pandangan dari Penthoouse Pavillion Residences di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Ini kerana di sini merupakan satu pandangan yang lazim buat Ghani Yassin, Pengerusi SLDB yang disiasat SPRM dan sepatutnya di dakwa.


Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Dato Ghani Yassin yang juga Pengerusi SLDB mengaku disiasat SPRM tapi menafikan dia terlibat. Hujahnya kenapa dia seorang yang disiasat saja? Mesti ada pihak lain.



Baca laporan portal pembangkang FMT SINI yang menyokong amalan rasuah dengan mempolitikkan untuk politik Sabah berkocak.



Jika ramai lain juga terlibat, eloklah tapi tak bererti Ghani patut lepas. FMT mungkin tidak tahu bahawa SLDB Settler's Compensation Fund hilang sebanyak RM200 juta dan ini terserlah dalam buku akaun.



Selain punya Penthouse berharga RM14 juta di Pavillion Bukit Bintang Kuala Lumpur, Ghani dikatakan punya berdozen kereta berkenama dan mewah.






Melainkan Ghani boleh buktikan dia adalah ahli keluarga Sultan Brunei yang mana ada beradik Sultan brunei punya gudang di merata Bandar Seri bengawan untuk menyimpan kereta-kereta mewah dan mainan mereka, bagaimana Ghani boleh mampu dengan hanya gaji sebagai Chairman SLDB.






RM200 juta yang hilang bukan duit kepunyaan syarikat tapi dana untuk dibayar pada peneroka ... maknanya duit yang dicuri adalah duit rakyat miskin!!!!



SUMBER: http://ift.tt/10JuATa
Read more »

Kerajaan perlu henti dasar ‘tidak peduli ranking’ universiti dunia

0 comments
lim_kit_siang_3005

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dan kerajaan harus menilai semula dasar ‘tidak peduli ranking’ universiti dunia seperti yang ditunjukkan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.



Beliau berkata, ini bagi menunjukkan negara sentiasa serius dalam usaha mengembalikan reputasi antarabangsa dan kecemerlangan akademik universiti Malaysia.



Beliau mengulas kenyataan Naib Cancelor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jamaludin bahawa universiti itu tidak menyertai kajian Times Higher Education (THE) berhubung universiti terbaik dunia kerana universiti itu tidak memiliki kemampuan kewangan yang cukup untuk bersaing dengan universiti lain yang lebih kaya dan tua.



“Kecuali jika ada sebab munasabah yang mana harus dinyatakan kepada awam.



“Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memastikan UM dan UKM menyertai kajian itu pada masa akan datang,” katanya sambil menyifatkan alasan itu tidak memadai.



Beliau memberi contoh beberapa universiti yang ditubuhkan lebih lewat daripada UM, namun mampu bersaing dan mencatat kedudukan yang baik dalam kajian itu.



Antaranya adalah Pohang University of Science and Technology (Postech) pada tangga ke-66 (ditubuhkan 1986), Hong Kong University of Science and Technology di tangga ke-51 (ditubuhkan 1991) dan City University of Hong Kong pada tangga ke-192 (ditubuhkan 1984)



Beliau juga mempersoalkan kebisuan kerajaan dan media di kawalan mereka di saat negara lain sibuk membincangkan laporan itu.



“Amat pelik dan tidak normal. Di setiap negara yang sedar dengan kepentingan pendidikan, laporan THE 2014 menguasai ruang awam dan perdebatan, sama ada meraikan kejayaan atau pun mengkritik prestasi yang menurun.



“Namun, Muhyiddin dan pemimpin BN lain bersama-sama media kawalan mereka kekal membisu, dan buat-buat tidak tahu,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.



Katanya lagi, suasana itu ternyata berbeza berbanding pada tahun 2005, ketika UM meraikan kejayaannya mendapat tempat ke-169 dalam senarai universiti terbaik THE pada tahun itu.



Dalam tempoh lima tahun Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan, tiada satu pun universiti tempatan yang berjaya tersenarai dalam kedudukan 200 universiti terbaik dunia THE. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/Z44sAV
Read more »

Isu Kenaikan Minyak - Ini Jawapan Ahmad Maslan Kepada Rakyat Malaysia.

0 comments
ABaca dulu point dia. Nanti kita ramai2 mengutuk dia.


KAH KAH KAH




Kata Ahmad Maslan ;

Subsidi RON95 & Diesel:



Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.


2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)






SUMBER: http://ift.tt/1E3yPZc
Read more »

Servay to build hotel, mall in Keningau

0 comments
KENINGAU: Servay Hypermarket (Sabah) Sdn Bhd is planning to build a three-star 13-storey hotel, a four-storey shopping mall […]



SUMBER: http://ift.tt/1vvUaVj
Read more »

Pengusikan elektrik bawa kesan kritikal kepada Sabah

0 comments
KOTA KINABALU: Kegiatan pengusikan terhadap pemasangan elektrik yang dibekalkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) boleh membawa kesan […]



SUMBER: http://ift.tt/1rvvoGw
Read more »

PANAS!!! AHLI POLITIK KANTOI RASUAH!!!

0 comments


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang ahli politik dari Sabah berhubung dakwaan rasuah melibatkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri tersebut.



Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, ahli politik itu ditahan pada Jumaat lalu selepas tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.



Ini bertentangan dengan laporan terdahulu yang memberitahu bahawa ahli politik itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.



"Kami masih melakukan siasatan terhadap individu tersebut dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dia terlibat menerima rasuah membabitkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri itu.



"Sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, individu tersebut dibebaskan," kata Jamidan dalam satu kenyataan pada Selasa.



Terdahulu, sebuah akhbar di Sabah melaporkan seorang pemimpin Umno Sabah ditahan berkaitan dakwaan Pecah Amanah (CBT) membabitkan wang sebanyak RM300 juta.



Menurut akhbar tersebut, ahli politik berkenaan adalah bekas Timbalan Pengerusi di sebuah agensi kerajaan dan salah seorang daripada 25 ketua bahagian Umno di negeri itu.



PS: Kalau ikut pemahaman Si Ketua Penipu tu, ianya tak boleh dianggap rasuah. Tapi hanya sekadar "Meraih Keuntungan Peribadi". Jadi SPRM tak sepatutnya tangkap Ahli Politik tu!!!





SUMBER: http://ift.tt/1CFLnnZ
Read more »

Pensiangan Umno head admits giving statements to MACC

0 comments
KUALA LUMPUR: Sabah Pensiangan Umno division chief Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin admitted he was called by the […]



SUMBER: http://ift.tt/10kMTxM
Read more »

DAP to raise funds to run Likas constituency

0 comments
KOTA KINABALU: Democratic Action Party (DAP) Sabah will be holding a fund-raising dinner in solidarity with its suspended […]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2014/09/dap-to-raise-funds-to-run-likas-constituency.html
Read more »

More donations needed for kidney patients – association

0 comments
KOTA KINABALU: The Haemodialysis Kinabalu Sabah Association (PHKS) hopes more people will come forward with donations for needy […]



SUMBER: http://ift.tt/1093ODp
Read more »

All Saints shines at national debate

0 comments
SIBU: SM All Saints, representing Sabah, emerged second runner-up in the recent 2014 National English Language Parliamentary Style […]



SUMBER: http://ift.tt/1rq04YC
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog