Read more »
Apakah wujud siasatan berasingan keatas motif pembunuhan Altantuya?
Posted by
Sapdal
0
comments
Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo menggesa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Seri Khalid Abu Bakar menjelaskan sama ada wujud penyiasatan berasingan keatas motif kes pembunuhan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
“Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mendapatkan keterangan dan kemudiannya melalui pendakwa raya, mengemukakannya di mahkamah.
“Kemudian adalah bagi pihak pendakwa menghujahkan motif, dan bagi mahkamah untuk memutuskan sekiranya atau tidak, pendakwaan telah membuktikan motif melampaui keraguan munasabah,” kata Gobind dalam satu kenyataan.
Dalam satu kenyataan semalam Khalid berkata, siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.
Katanya ia direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, manakala semasa pendakwaan, pihak pendakwa menentukan kembali perkara itu, atau keterangan mana satu untuk ditambah bagi membuktikan kes.
Tambah Khalid, bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes.
Namun ujar Gobind, hujah bahawa adalah kepada mahkamah untuk memutuskan motif, dan bukannya kepada polis adalah tidak kena pada tempatnya.
“Yang pertama mestilah keterangan, dan hanya kemudiannya mahkamah boleh membuat keputusan.
“Kedua, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa KPN sendiri dilaporkan berkata tidak mengetahui mengapa pegawai polis itu membunuh Altantuya.
“Ini menunjukkan dengan jelas kekurangan pengetahuan atau bukti pada pihak polis keatas motif. Oleh itu, bagaimana KPN mengharapkan mahkamah membuat penemuan mengenai siapa mengarahkan pembunuhan?
“Ketiga, adalah amalan biasa bagi polis untuk menjalankan siasatan melampaui apa yang dikehendaki, dan akhirnya dikemukakan di mahkamah untuk mendapatkan sabitan.
“Ini akan terjadi terutamanya dalam kes-kes di mana suspek adalah pegawai polis, dan senjata telah digunakan ketika melakukan jenayah,” ujar Gobind.
Ahli Parlimen Puchong itu menambah, melalui kes ini meletakkan Malaysia sekali lagi sebagai tumpuan, bahawa pegawai tinggi polis negara ini tidak mempunyai petunjuk, walaupun hakikatnya dua pegawai polis melakukan jenayah tersebut.
Ini kerana kes tersebut mempunyai kepentingan umum dan antarabangsa, manakala pembunuh yang kini telah disabitkan bersalah melarikan diri ke Australia.
“Masyarakat antarabangsa, seperti juga di Malaysia ingin mengetahui mengapa Altantuya dibunuh, dan kenapa dua anggota polis, yang tidak mengenali (Altantuya) mahu membunuhnya? kata Gobind. – Roketkini.com
SUMBER: http://ift.tt/162MYZI
Jumat Snook Tanjung
Datuk Jumat Idris sudah snook tanjung. Senerio pertama mengatasnamakan Ketua Menteri Sabah, kononya ketua menteri itu menuduh Datuk Salleh sedang menghimpun Ketua-ketua Bahagian untuk menjadi Ketua Menteri, kemudian senerio kedua, kononnya tindakan 8 Ketua bahagian Umno yang berjumpa PM pada Julai 2014 didalangi Salleh. Senario ketiga, kononnya tindakkan menimbulkan peralihan kuasa ketua menteri Sabah disokong seseorang yang berkedudukan, walaupun tidak langsung akan tetapi menjurus kepada Perdana Menteri.
Apabila ketiga-tiganya menafikan semua senario yang dihubungkan kepada mereka, akhirnya kini Jumat terperangkap, ibarat main snooker, bola berada pada kedudukan snook tanjung.
Dua minggu lalu, tiga sayap kanan Umno Sabah telah mencadangkan agar Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu diambil tindakan disiplin, malah Pergerakaan Wanita pula mahukan agar MP Sepanggar itu dipecat daripada parti. Sebelum itu, Ketua Bahagian Umno Papar, Datuk Rahim Ismail dalam satu kenyataan bahawa tindakan-tindakan Jumat tiada justifikasi, malah melanggar adab dan etika parti.
SUMBER: http://ift.tt/1LzpeNi
DAP dan PASMA "Impian Kelantan" di KB ... tak ziarah pun Nik Aziz
Posted by
Sapdal
0
comments
Impian-impian ni impian DAP. Dilancar di Sarawak, Sabah dan kini Kelantan oleh PASMA.
Tak ramai mana ...
PAS Kelantan pun tak datang.
Masa nak guna Nik Aziz, dijulang. Datang ke KB tak ziarah pun orang tua yang diijulang dahulu sebagai Mursyidul Am tu ... sedo ke tidak orang tua tu. Dah kena guna.
Sekarang DAP guna pula ...
Balaci2 PASMA di Kelantan dengan Mursyidul baru mereka. Lim Guan Eng.
SUMBER: http://ift.tt/1D1Benf
Jumat: Garang Di Media Sosial- Tapi Tidak Bersuara Di Dewan Rakyat
Posted by
Sapdal
0
comments
HANYA sekali bercakap di Dewan Rakyat, iaitu selepas angkat sumpah. Dua tahun berlalu, hanya memanaskan kerusi. 133 MP Bn tidak dapat membaca apa yang dibenaknya, sedar-sedar lagi, menghentam di facebook, target adalah kepimpinan Sabah. Rupaya selama dua tahun melamun di dewan rakyat, akhirnya lamunan itu, berakhir di facebook dengan mengambil target Ketua Menteri Sabah.
Apa yang sungguh malang, tindakan Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu, menyebabkan rakan-rakan lain terutama sayap Umno Sabah membuat kenyataan sebulat suara agar supaya tidakan disiplin perlu diambil kepada beliau kerana melanggar adab dan etika parti. Malah wanita Umno Sabah yang diketuai Datuk Armani Mahiruddin mencadangkan agar Ketua Bahagian itu dipecat daripada parti.
Pukulan yang amat keras diterima MP Sepanggar itu, apabila Presiden Parti menyatakan kepada barisan Exco Umno Sabah yang berjumpa dengan beliau minggu lalu, bahawa tindakan Jumat itu adalah tindakan peribadi beliau dan diluar pengetahuan beliau.
Jumat sebelum ini begitu garang di facebook, walau secara tidak langsung, mengaku bahawa ada pemimpin besar disebalik tindakannya. Melalui kenyataan Najib kepada exco Umno Sabah yang diketuai Musa, dengan sendirinya memadam semua anggapan itu.
Jumat bertindak atas kapasiti peribadi.
SUMBER: http://ift.tt/1zoILLH
In the spirit of national unity
Posted by
Sapdal
0
comments
By SSK
The four-year long American Civil War between the United States and the Confederated States from April 1861 to May 1865 saw about a million dead and wounded from both sides and the involvement of more than three million combatants.
Many think that the war erupted over the issue of slavery. Actually the war erupted because the southern states seceded from the United States and formed their own Confederated States. Hence the war was actually about secession rather than about slavery although slavery, or the banning of it, was one of the reasons for the grouses of the south.
The war in Ireland that started in 1922 was about the same thing. They wanted an independent Irish Republic free from Great Britain. It took a long time and the loss of so many lives before they got it.
And the same is going to happen if Sabah (and/or Sarawak) declares itself a Republic and independent from Malaysia. Isn’t the example of what are still happening in Southern Thailand and the Muslim part of the Philippines proof enough that a separatist movement, especially one that escalates to an armed conflict, eventually has to get settled on the battlefield?
We should be looking at how to improve national unity against the backdrop of the race and religion politics that appears to be plaguing Peninsula Malaysia. While we in East Malaysia are concerned about the danger of race and religion politics spilling over to Sabah and Sarawak, we need to also be very careful about an even bigger danger, the triggering of a separatist movement.
The issue of the right of secession should not be the focus of settling our grievances. We should try to settle it through negotiations. From the statement by the Opposition Leader, Anwar Ibrahim, it is clear that even Pakatan Rakyat will not support secession. Hence changing the government, as some are suggesting we should do, will not achieve this.
Once we agree that the focus should be on national unity, then the issue of race and religion politics plus the issue of respecting and honouring the 18/20-Point Memorandums can both be addressed in one swoop.
The national leaders know that these are matters that seriously need addressing, especially in Sabah and Sarawak, and they will certainly be open to seeking an amicable solution to maintain the peace in East Malaysia.
As the third Prime Minister, Tun Hussein Onn, a military man, once said: better we jaw-jaw than we war-war -- meaning talking is better than fighting.
SUMBER: http://ift.tt/1wQhsnt
Mengekalkan Najib dan kabinetnya; mahal rantai dari beruk
Ringgit jatuh lagi dan ringgit merupakan matawang yang paling lemah di Asia. Dalam pertengahan hari semalam ringgit pernah jatuh ketahap 3.6378 berbanding dengan USD. Ini merupakan kejatuhan yang paling teruk dalam enam tahun kebelakangan ini. Banyak penganalisa pasaran wang antarabangsa memberikan pendapat yang ringgit akan jatuh lagi sehingga tahap 3.6380 berbanding dengan dollar Amerika dan ini membawa makna negara kita sedang menyaksikan amaran jelas yang ekonomi negara kita akan berkecai dan yang terburuk dikalangan negara-negara di Asia ini.
Ringgit juga jatuh dengan teruknya berbanding dengan banyak matawang lain seperti dollar Singapura yang sekarang ini berlegar dalam lengkongan 2.71 bagi setiap dollar Singapura. Ringgit Malaysia jatuh dengan teruknya berbanding dengan Yuan China dan ini merupakan ‘signal’ jelas yang negara kita telah gagal dalam membendung kejatuhan ekonomi negara kita.
Masalah yang kita hadapi begitu ‘compounding’ dengan kejatuhan harga minyak mentah WTI jatuh sehingga bawah dari paras USD 44 semasa pasaran AS dibuka semalam. Kita belum mendengar apa yang PM Najib hendak katakan kerana beliau terlalu sibuk dengan kegiatan yang beliau sukakan iaitu berada di luar negara untuk melakukan kerja yang lain dari menyelesaikan masalah negara yang beliau ketuai.
Yang selalu mengeluarkan kenyataan tentang ekonomi negara ialah seorang ‘court jester’ bernama Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang harga minyak tidak akan turun dari USD 40. Lagi kerap ‘budak’ ini bercakap tentang ekonomi negara lagi cepat kita hancur dan mengalami kemelut ekonomi yang belum pernah kita lalui dan alami selama ini.
Pemimpin-pemimpin besar negara tidak ada yang mampu bersuara secara yang meyakinkan. Muhyiddin senyap sunyi tentang masalah negara. Ahli-ahli kabinet yang lain tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi pelindung kepada kegawatan yang kita sedang hadapi.
Kita hendak juga mendengar kenyataan pemimpin-pemimpin besar negara. Hishamudin yang sedang menunggu giliran untuk menjadi Perdana Menteri tidak bercakap tentang masalah negara. Ahmad Zahid Hamidi sememangnya tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk bercakap tentang isu yang kita sedang hadapi. Beliau selama ini sibuk dengan perkara lain dan perkara lain itu diketahui ramai. Tidak usah kita bercakap tentang seorang lagi Naib Presiden UMNO dari Sabah itu, tidak lain dan tidak bukan Shafie Apdal.
Najib sudah lah lemah, yang berada dihiraki kepimpinan seperti nama yang saya sebutkan tadi serupa juga. Boleh kah mereka ini kita harapkan untuk menjaga rakyat dan generasi yang akan datang?
1MDB satu lagi ‘biawak hidup’ bagi rakyat. Ini semua ciptaan Najib dan kabinet beliau sekarang. 1MDB menangguhkan lagi pembayaran hutang kepada tiga bank utama negara sebanyak RM2 billion. 1MDB telah pergi kemerata tempat dan institusi kewangan antarabangsa di seluruh dunia dan semua yang berada dalam industri kewangan tahu yang tidak ada satu pun institusi kewangan dan ‘investment banker’ di dunia ini mahu memberikan pinjaman RM2 billion untuk membayar Maybank. CIMB dan RHB Malaysia.
Kita tahu juga kenyataan yang jika 1MDB tidak membayar hutang RM2 billion ini kepada tiga institusi kewangan ini sistem kewangan negara akan lebur. Bank Negara Malaysia jelas tidak dapat bertindak secara ‘professional’ kerana badan eksekutif negara mengambil semua kuasa termasuk badan legislatif dan judiciary negara.
Sekarang ini, 1MDB menunggu wang Anandakrishnan sebanyak RM2 billion bagi menyelesaikan jumlah yang dipinjam dari tiga bank-bank tempatan itu. Kita belum pasti apakah keuntungan Ananda yang melukah di tempat yang sempit ini. Itu juga akan menjadi perkara yang sangat ditunggu-tunggu rakyat.
Apakah 1MDB akan menyerahkan kepada Ananda penguasaan kepada asset tenaga yang akan disenarai kan dalam beberapa tahun ini dan mengambil keuntungan yang berlipat kali ganda dengan pinjaman yang diberikan kepada 1MDB yang ‘desperado’ itu. Itu juga perlu diberitahu kepada rakyat.
Tidak payah lagi kita bercakap dan memberikan komen tentang semua isu dinegara ini, kerana ia sudah ‘conclusive’ negara kita sudah menjadi ‘a failed nation’. Dalam keadaan sekarang ini pun pemimpin utama negara masih berkeliaran diseantero dunia menikmati hidup sebagai pemimpin negara kita seolah-olah dinegara nya tidak ada apa-apa masalah.
Najib sentiasa berada diluar sedangkan rumahnya sedang terbakar. Dalam keadaan kewangan negara kita sedang dalam krisis besar sekarang ini, jet mewah kerajaan masih berada diangkasa membawa Najib dan isterinya terbang keseluruh dunia sehinggakan tidak ada lagi tempat yang tidak dilawatinya. Najib masih cuba yang negara kita belum sampai ketahap krisis ekonomi yang membimbangkan.
Bukan sedikit belanja membawa ‘couple’ ini keseluruh dunia. Najib telah dipersepsikan sebagai seorang Perdana Menteri yang paling mahal untuk diselenggarakan oleh kerajaan dan rakyat. Mengekalkan Najib sebagai PM ibarat kata perbidalan, ‘mahal rantai dari beruknya’.
Perlakuan PM ini hanya disaksikan oleh jemaah menterinya tanpa melakukan apa-apa. Menteri-Menterinya diharapkan akan memahami hakikat tindakan Najib ini adalah tindakan secara ‘collective’ dengan ahli-ahli jemaah kabinetnya. Maka Menteri-Menteri kabinet sekarang mesti mengambil ‘accountability’ terhadap segala yang dilakukan oleh Najib itu.
Maka seluruh kabinet negara ini, tidak patut mengambil masa yang terlalu panjang untuk berundur. “The whole set of current hopeless cabinet should go as they are huge liability to the nation” kata seorang rakan, bekas Ahli Parlimen Malaysia yang sama juga seperti yang lain, tidak mahu namanya disebut dalam tulisan saya.
SUMBER: http://ift.tt/1tJV8RA
Many job seekers choosy, says SL1M head
KOTA KINABALU: Sabahans are at times reluctant to work in Kuala Lumpur when job opportunities arise, said 1Malaysia […]
SUMBER: http://ift.tt/1DlQDN4
SUMBER: http://ift.tt/1DlQDN4
Sabah Daripada Tebang Hutan Kepada Pemuliharan Hutan
SABAH satu ketika dikenal dengan negeri kaya balak. Malah sesiapa yang sahaja yang ada lifestyle datang ke Semananjung berlagak sebagai tauke balak. Sampai satu ketika, apabila ada Datuk atau pemimpin Sabah bertandang ke sana, mendapat jolokan sebagai tauke balak.
Cerita itu, adalah cerita tahun 70-an dan awal 80-an. Akibat rakusnya para pemimpin pada masa itu menebang balak, maka hutan Sabah, hampir gundul. Kalau tiadanya konsesi Yayasan Sabah, pasti balak di Sabah sudah menjadi lagenda.
Keluasan Sabah adalah 7.362 juta hektar. Pada tahun 2002, hutan yang berbaki hanya 838,132 hektar atau 11.38 peratus keluasan negeri. 11 Tahun kemudian, keluasan hutan Sabah meningkat 1.350,574 hektar atau 18.35 peratus daripada keluasan seluruh negeri. Pada tahun 2025, target keluasan hutan Sabah akan ditingkatkan ke paras 30 peratus daripada keluasan negeri atau hutan Sabah akan menjadi 2,2086,000 hektar. Target itu hanya boleh dicapai, jika tiada perubahan polisi atau kebijakan kerajaan.
Kelusan tanah hutan berkurang, kerana keperluan pembangunan. Demikian juga keinginan rakyat memohon tanah untuk diterokai. Gencarnya rakyat meneroka tanah milik kerajaan yang mengunakan istilah NCR, adalah satu penghalang kepada polisi menghijaukan negeri.
Di laman-laman facebook atau media sosial, ramai pengguna yang tidak bertanggungjawab melimpar tomahan atau dakwaan kepada Ketua Menteri, kononnya rakus menebang hutan, sedangkan hakikatnya tidaklah demikian.
Kerajaan Negeri malah mengupah Firma Antarabangsa untuk mengodit syarikat-syarikat yang mendapat konsesi yang belum tamat tempohnya, agar supaya penebangan hutan sesuai dengan piawaian antarabanga. Kerajaan negeri sanggup membayar kos sebanyak RM1juta setahun, demi ketelusan pembalakan yang dijalankan oleh pemilik-pemilik konsesi. Rujuk Tulisan Datuk Salleh untold story Disini
SUMBER: http://ift.tt/1txmVEB
HRH Princess Hajah Masna Tours Gayana Resort
Posted by
Sapdal
0
comments
GAYA ISLAND, SABAH: Her Royal Highness Princess Hajah Masna, the Ambassador-at-Large and other ASEAN Foreign Ministers as well […]
SUMBER: http://ift.tt/1CAKrlZ
SUMBER: http://ift.tt/1CAKrlZ
Pelancaran Impian Kelantan di Kota Bharu Sabtu ini, semua dijemput hadir
Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan akan melancarkan inisiatif Impian Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina Kota Bharu pada Sabtu 31 Januari jam 9 malam.
Usaha itu adalah sebagai meneruskan semangat sukarelawan rakyat pelbagai kaum dan agama yang telah menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.
DAP melalui inisiatif Impian Malaysia telah berbincang dengan rangkaian NGO di Kelantan yang bersetuju untuk menubuhkan gabungan Impian Kelantan.
Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke yang menjadi konvener kepada gabungan tersebut, Impian Kelantan diwujudkan untuk membantu membina semula kehidupan rakyat negeri itu yang telah musnah akibat banjir.
Katanya, inisiatif itu adalah kerjasama DAP dengan badan-badan amal Kelantan seperti Yayasan Darul Hijrah, Cakna UT, Royalti Kelantan (R), KB Care, Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) dan Unit Amal Kelantan.
“Sukarelawan pelbagai kaum dan agama dari seluruh negara turut serta dalam Impian Kelantan untuk memulihkan semula keadaan dan juga mengembalikan semangat, kekuatan serta keyakinan rakyat Kelantan yang telah menjadi mangsa bencana alam,” ujar beliau kepada Roketkini.com.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, Fasa Pertama Impian Kelantan telah pun dilaksanakan melalui usaha menghantar bantuan makanan dan minuman serta keperluan asas yang lain sejak Disember lalu hingga ke saat ini.
Menurutnya, ribuan rakyat Kelantan, termasuk golongan Orang Asli yang menjadi mangsa, telah dapat dibantu melalui usaha murni ini.
Ujar beliau, Fasa Kedua yang sedang diusahakan dan akan dilancarkan di Kota Bharu pada Sabtu 31 Januari ini adalah usaha membaiki dan membina semula rumah yang telah musnak dek banjir.
Sebagai permulaan, katanya, sekitar 80 rumah di daerah Gua Musang telah dikenal pasti sebagai projek asas untuk pemulihan semula ini. Sebuah lagi kampung di daerah yang sama juga sedang dikenal pasti.
“Orang ramai khususnya warga Kelantan dijemput datang beramai-ramai ke majlis ini,” tambah beliau.
Impian Kelantan mengambil semangat Impian Malaysia yang mahu berkongsi usaha dan bergerak bersama rakyat melalui kegiatan membantu rakyat miskin, menolong mangsa bencana, membina projek prasarana di pedalaman, menyertai program pendidikan dan mengambil bahagian dalam inisiatif mengupayakan anak muda.
Program-program Impian Malaysia yang bermula sejak 2013 dengan pelancaran Impian Sarawak telah banyak mencatatkan kejayaan dan berkembang hingga ke Sabah dan kawasan Orang Asli di Semenanjung. – Roketkini.com
SUMBER: http://ift.tt/1v1Ljzk
Pemimpin-pemimpin yang bermasalah besar, mangsanya rakyat
ASPAN ALIAS
Pemuda UMNO meminta peperangan siber di antara puak Dr Mahathir dan Daim yang berlawanan dengan puak Najib perlu diselesaikan dengan baik. Begitulah kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Beliau membuat kenyataan selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda itu di PWTC semalam. Apa pun kenyataan Ketua Pemuda itu hanya satu ‘poitical statement’ yang simplistik yang tidak boleh membawa apa-apa ‘consequence’ yang positif. Pemuda masih berpolitiking seperti biasa sahaja dan elok diabaikan sahaja.
Sekarang perang proxi yang sudah sampai ketahap menelanjangkan lawan. Masing-masing mempunyai saham dalam melakukan keburukan yang sedang dialami oleh negara sekarang. Semuanya itu tinggal dalam rumah kaca. Apabila salah seorang membaling batu kepada rumah kaca rakan lamanya maka rakan lamanya itu juga boleh membaling kaca kerumah mereka juga.
Yang ‘interesting’ nya mereka yang menjadi pengikut atau ‘foot soldiers’ kepada masing-masing pemimpin itu. Mereka ini pula yang lebih hebat menari dengan gendang paluan kedua-dua belah pihak. Justeru seperti yang blog ini selalu sebutkan masalah yang dihadapi negara kita sekarang bukannya masalah dari rakyat asalnya. Masalah dan belahnya parti itu adalah oleh kerana pemimpin-pemimpin ini. Yang terasa miangnya ialah pengikut dan rakyat serta politik negara itu sekali.
Bagaimana puak Najib hendak mengkritik Mahathir atau Daim dengan betul kerana puak Najib itu sendiri merupakan puak yang sedang leka dan lalai dan terus menerus melakukan apa yang tidak disukai rakyat sekarang ini. Dia sebaliknya juga bagai mana puak Mahathir dan Daim pula hendak mengkritik Najib secara ‘credible’ kerana puak ini merupakan puak yang telah membina budaya ‘material’ yang sedang menguasai jiwa dan pemikiran ahli-ahli politik dan pemimpin negara kita sekarang ini?
Tidak ada pemimpin yang tidak berniaga dan berlumba-lumba dengan rakyat. Hasilnya berbagai-bagai cara dilakukan untuk memudahkan pemimpin-pemimpin menjadi kaya raya dengan menggunakan kuasa ditangan mereka. Jika sebelum menjadi pemimpin besar dan berkuasa besar mereka masih sibuk menghadapi ‘litigations’ kerana kegagalan perniagaan, mereka menjadi kaya raya setelah mendapat pangkat dalam kerajaan negara kita.
Sekarang mereka menghadapi tuduhan dan persepsi buruk dengan kekayaan dan perniagaan besar mereka dalam sedang berkelahi dalam usia yang sudah begitu lanjut yang sepatutnya berada dalam ketenangan dalam persaraan. Kita tidaklah kisah dengan pergaduhan mereka tetapi dengan pergaduhan ini kita telah dapat meyakinkan diri kita yang salah laku yang dituduh mereka lakukan semasa berkuasa dahulu semakin hari semakin jelas kerana ada pihak yang berani tampil untuk memberikan keterangan jika dipanggil bagi menyempurnakan penyiasatan.
Yang terlibat dalam pergaduhan ini adalah mereka yang besar-besar bernama dan bergelar. Yang bergelar Tun pun ada, Tan Sri pun ada dan ramai yang datuk-datuk dan nama panggilan yang lain yang semuanya besar-besar belaka.
Dalam situasi ini kita melihat yang berkawan semalam hari ini menjadi musuh dan yang telah bermusuh begitu lama kini sudah menjadi kawan. Masing-masing mempunyai rahsia yang mereka tahu tentang mereka yang berlawanan itu.
Mereka ini jugalah yang bercakap tentang perjuangan untuk Melayu dan kumpulan ini jugalah yang bercakap tentang keresahan terhadap keadaan negara pada hari ini. Mereka jugalah yang bercakap tentang keunggulan kepimpinan tetapi mereka jugalah yang memulakan keadaan ini. Yang lebih menarik lagi kumpulan ini jugalah yang bersuara mahu membetulkan keadaan negara sedang mereka adalah penyumbang kepada keadaan buruk negara sekarang ini.
Dalam keadaan sekarang, Ketua Pemuda nampaknya serba salah dan tidak mahu mengambil ketegasan yang jelas dalam isu ini. Elok Pemuda melihat dari sudut kenapa perkara ini boleh berlaku. Baik dari pihak Daim mahupun Najib masing-masing mempunyai alasan untuk mengkritik pihak yang lain kerana masing-masing mempunyai saham yang membuatkan pertengkaran sekarang ini berlaku.
Pemuda sepatutnya setia kepada UMNO dan bukannya kepada individu dan cuba bermain dengan membawa sentimen perpaduan yang tidak mungkin akan wujud di antara kedua-dua belah pihak ini. Selain tidak mempercayai di antara satu pihak dengan pihak yang lain tetap akan wujud dan tidak mungkin kendur kerana kedua-dua belah pihak tahu dan maklum tentang perkara yang dilakukan oleh pihak yang lain itu.
Keadaan sekarang sudah menjadi seperti perkelahian budak-budak atau kanak-kanak sekolah. Ia seolah-olah memberikan andaian yang ‘kau dulu apa kurangnya, pandai-pandai hendak mengkritik aku’. Perkelahian ini tidak disebabkan oleh kepentingan negara dan rakyat.
Tidak ada apa-apa keuntungan untuk orang ramai dalam perkelahian ini. Hanya jika boleh dianggap yang baik timbul, ialah ia telah mengiyakan yang pandangan banyak pihak yang mereka dari kedua-dua belah pihak ini telah melakukan perkara yang setidak-tidaknya tidak bermoral bagi keperluan negara dan rakyat telah mereka lakukan.
Jika ia tidak dilakukan tidak mungkin keadaan seperti ini akan berlaku. Masing-masing hidup da;lam rumah kaca dan mana-mana pihak pun tidak boleh membaling batu terhadap rumah kaca yang lain. Itu sebabnya keadaan negara sekarang menjadi kalut bukannya oleh kerana rakyat tetapi oleh kerana pemimpin dan cara pemulihannya ialah dengan melakukan ‘dismantling’ terhadap sistem yang ada dan lakukan pemulihan dengan memulakan negara baru seperti yang selalu blog ini sarankan. Keadaan sekarang sudah menjadi begitu kalut dan tidak boleh diperbaiki dengan memberikan pembetulan satu masalah satu lepas satu.
Kita tidak boleh hanya bergantung kepada ubat tahan sakit kerana kesemua anggota tubuh kita sedang sakit. Kita mesti mencari jalan untuk menghilangkan penyakit, bukannya setakat menghilangkan sakit yang terlalu banyak itu. Kalau kita merasa sakit kepala selalu dan sakit tengkok setiap waktu, ia tidak boleh diselesaikan atau diubati dengan memakan panadol sahaja. Ia hanya menghilangkan sakit buat seketika. Mungkin penyakit yang dihidapi seseorang itu ialah penyakit darah tinggi. Darah tinggi inilah yang perlu diubati dan bukannya menghilangkan sakit di kepala atau pun di tengkok.
Negara perlukan ‘overhauling’. Orang yang bergaduh tidak boleh mendamaikan keadaan. Ada orang lain yang mungkin boleh membentuk kedamaian ini. Jika pihak yang bergaduh ini hendak di yakini untuk menyelesaikan keadaan negara ia tidak mungkin boleh tercapai sampai bila-bila. Baik dari puak ini mahupun dari puak itu, kedamaian tidak boleh diperolehi jika tanggungjawab itu diberikan kepada mana-mana satu pihak.
Negara memerlukan banyak lagi masalah yang hendak diselesaikan dan diberikan perhatian. Ia bukan setakat masalah dua pihak yang berkelahi ini. Kita ada masalah yang lebih besar seperti untuk menyelesaikan masalah asas penubuhah negara kita seperti isu Persekutaun Malaysia yang melibatkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang kian hari kian meruncing.
Sabah dan Sarawak memerlukan perhatian sebagai negeri-negeri yang ‘equal partners’ dengan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung). Perjanjian Persekutuan Malaysia ini ditandatangani oleh 4 pihak (termasuk Singapura) pada tahun 1963 dahulu. Perjanjian itu bukannya ditandatangani oleh 14 negeri-negeri dalam Persekutuan ini. Jika masing-masing pemimpin dari peringkat persekutuan ini menumpukan kepada perkelahian untuk menegakkan benang basah masing-masing, bilakan masalah yang lebih besar untuk masa depan Persekutuan kita ini akan dapat diselesaikan?
Jika pemimpin utama sentiasa berada diluar negara bagaimana beliau hendak memberikan tumpuan kepada keperluan rakyat dan negara. Bagaimana hendak mencari formula untuk menjadikan Persekutuan ini lebih jitu kewujudannya dan mengurangkan rasa tidak puas hati di antara wilayah-wilayah dan persekutuan ini? Najib bukan seorang sahaja Perdana Menteri dalam dunia ini ramai, tetapi PM-PM negara lain tidak pula terbang seantero dunia ini setiap minggu dan bulan.
Kita abaikan sahaja mereka yang bergaduh ini terutamanya mereka yang menganggotai Dewan Legislatif negara. Ahli-ahli Dewan Legislatif negara perlu melakukan perkara yang boleh menyelesaikan isu-isu negara yang bertimbun-timbun dengan kadar yang segera. Mereka (ahli-ahli Legislatif) sebenarnya adalah rakyat kerana mereka mewakili rakyat dalam Dewan Tertinggi Legislatif itu. Mereka ini dipertanggungjawabkan untuk melihat negara kita keluar dari kemelut yang tidak ada penghujungnya sekarang ini. Masing-masing perlu menghentikan ‘politicking’ yang menjahanamkan negara. Jangan dibiarkan sekumpulan kecil manusia yang tamak dan haloba ini menentukan masa depan negara kita.
Perlu diingat kita tidak mempunyai tempat atau negara lain untuk tinggal. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mereka yang telah menjadikan keluarga mereka kaya raya boleh mencari bumi lain untuk dipijak dan menjunjung langit ditempat dan wilayah yang lain.
Apa pun Najib perlu bersara dahulu, kalau boleh dalam kadar yang segera. Itu dahulu.
SUMBER: http://ift.tt/1JWn07h
Subscribe to:
Comments (Atom)