Apa Kah Kali Ini Kuala Lumpur Akan Gagal?

Ingat!!! Kejatuhan Tun Mustapaha ketika memerintah Sabah tahun 1976, adalah berkaitan isu royalti minyak. Kemudian kejatuhan yang menggantikan kerajaan Tun Mustpaha digerakan oleh rakyat Sabah sendiri, atas sebab isu Labuan. Ingat kejatuhan Kerajaan berikutnya adalah disebabkan gerakan sebahagian rakyat Sabah terutama beragama islam dengan bantuan Kuala Lumpur.

Kejatuhan PBS antaralain atas perjunangannya berkaitan royalti minyak. Dr Jeffery salah seorang pemimpin PBS yang begitu lantang bercakap berkaitan royalti minyak, malah membangkitkan perkara 20, asas pembentukan negara. Ekoran itu, Jeffery ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kamunting untuk sekian lama. Selepas keluar, meskipun untuk sementara berdiam atas sebab menyertai parti BN, akan tetapi, apa yang tersimpan dihatinya sekian lama tidak padam-padam. Selepas ISA dimansuhkan, beliau terus membangkitkan isu itu, malah perkara itu diceduk Pakatan Rakyat, sehingga adanya deklarisi Kuching, yang menyebut, jika Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putrajaya, maka royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak akan dinaikan kepada 20 peratus.



Mendakapi deklarisi itu, seorang MP BN- Dato Rahman Dahalan, mengulas dengan disokong data, bahawa menaikan kadar royalti 15% sahaja akan memufliskan Petronas, apa tah lagi 20%. Malah MP Kota Belud, bertanya kepada MP Pakatan di Parlimen, bagaimana kah mereka boleh sampai kepada angka 20%?, menurut MP itu yang kini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, pembangkang tidak dapat mengemukan perincian mereka, malah jawapan mereka hanya merenung TAJAM kepadanya.



Kini, isu royalti minyak, bukan sahaja terus diangkat Dr jeffery, malah Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru telah mengangkatnya. Ekoran itu, pemimpin Sabah Datuk Dr Salleh "echo" kepada pandangan itu. Malah semalam di Kota belud, Speaker Dewan undangan Negeri sabah itu, merangkap Timbalan Penegrsui Umno Sabah dan juga ADUN Usukan, memberi pandangan, adalah wajar pemimpin persekutuan mengambilkira pandangan generasi muda, Sabah berkaitan tuntutan kenaikan royalti minyak. Malangnya pandangan generasi muda itu, adalah daripada kaum KDM. Kita tahu, bahawa sejak 1985, kaum KDMlah yang memperjuangkan berkaitan royalti minyak melalui PBS. Walaupun padangan kini daripada berbagai parti PBS, UPko, PBRS, namun hakekatnya semuanya berpunca hanya pada satu kumpulan. Mana pandangan/desakan daripada pemua Umno? sedangkan Umno merupakan tulang belakang kepada kerajaan negeri.



Jika kita ikuti penjelasan/urian daripada Dato Rahman berkaitan dengan royalti minyak, sudah tentu kita akan dapat menghayati mengapa royalti minyak, sejak tahun 1976, tidak pernah bertambah bagi negeri-negeri pengeluar minyak, klik disini pendapat Dato Rahman



Apa kah kecenderngan pemimpin Sabah yang sedang memerintah melihat, bahawa pada kali ini, Kuala Lumpur akan gagal menyekatnya, ekoran tsunami politik yang melanda Semenanjung sejak tahun 2008. Kerajaan BN, yang ada wujud kerana sokongan kuat oleh Rakyat Sabah dan Sarawak.



Apa kah dengan kenaikan royalti minyak ke atas Sabah dan Sarawak akan timbul sepertimana analisis Dato Rahman? sehingga harapan kita menggunakan hasil minyak untuk membangun, akan terbantut, atas sebab Petronas tidak berdaya maju lagi? Pada akhirnya, akan mengikuti pendapatan daripada Kayu Balak di mana suatu masa dahulu sebagai pendapatan utama negeri, namun kini, bukan lagi???



Kita kena, buka minda, kita fikir ke depan, impak kepada semua ini?





SUMBER: http://ift.tt/1dGfGCr

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog