KHALID 'G' DESAK KERAJAAN MINTAK MAAF!!!




Wah!!! Lantang pulak Si Khalid Samad ni nak bersuara dan mendesak pihak Kerajaan supaya mintak maaf kepada Kerajaan China. Nak jadi Hero nampak gayanya.

MP Shah Alam dari PAS, Khalid Samad menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.


Menurut Khalid, kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.


Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.




"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Tak payah susah - susah nak desak la Khalid oi! Benda tak payah nak disuruh, Kerajaan pasti akan buat jugak nanti. Jadi, tak payah la dia nak tunjuk yang dia tu bagus sangat.



Realitinya, Si Khalid Samad tu sendiri perlu meminta maaf dalam sidang dewan Parlimen kerana telah membat kenyataan yang cukup memalukan sebelum ini.



Dia dengan tak de rasa segan silu membuat tuduhan terhadap pihak tertentu dan menuduh kononnya wujud 'Campur Tangan Eksekutif' dalam keputusan rayuan Si Ketua Penipu tu.



Tuduhan yang dilemparkan Khalid sewaktu sidang dewan tersebut berlansung dibuat tanpa merujuk kepada mana - mana bukti yang kukuh dan alasan yang mubasabah.



Apa yang dia buat hanya untuk menjustifikasikan tindakan Ahli Parlimen Pembangkang yang tidak hadir pada hari kedua sidang dewan sedangkan diorang semuanya 'culas' belaka.



Jadi, sewajarnya Khalid meminta maaf dalam sidang dewan bukan sahaja terhadap pihak yang dituduh terlibat dalam keputusan kes liwat Si Ketua Penipu tu.



Malah Si Khalid Samad tu juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan dia yang tidak bertanggungjawab dan cuba lari dari menjaga amanah yang telah diberikan. Tak payah la dia nak sibuk - sibuk suruh orang lain mintak maaf pulak!!!





SUMBER: http://ift.tt/1gBzojl

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog