CM patut ban terus DAP dari Sarawak




Langkah bijak Ketua Menteri Sarawak untuk menjaga keharmonian sesama rakyat dengan menahan kemasukan Rafizi Ramli, Teresa Kok, dan Saifuddin Nasution.

Selangor Chronicle menulis:






PKR dan DAP seringkali memberitahu para pendengar mereka, kononnya Sarawak di dalam Malaysia tidak mempunyai kuasa. Kononnya Sarawak hanyalah pecacai yang terpaksa menurut perintah Putrajaya dalam segala hal.



Apabila diberitahu bahawa Sarawak mempunyai kuasa-kuasanya yang tersendiri sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian 20 Perkara Penubuhan Malaysia, Pakatan Rakyat memperolok-olokkannya.



Sehinggakan mereka berjanji kononnya jikalau Pakatan Rakyat berkuasa di Sarawak, maka Sarawak akan menikmati autonominya yang tersendiri.








Hari ini, di sebalik berita duka tentang nasib pesawat MH370 yang disahkan berakhir di selatan Perth, Australia biarpun bangkai dan mayat belum ditemui, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat menerima nasib kesan daripada kuasa autonomi yang dimiliki oleh Sarawak.



Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan Teresa Kok tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Sebaliknya, sebaik-baik sahaja mereka sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, mereka telah diperintahkan oleh Imigresen Sarawak untuk mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur semula.



Maka melalaklah para pemimpin Pakatan Rakyat itu kononnya, kehadiran mereka amat digeruni oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang dipimpin oleh Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB). Kononnya Kerajaan Negeri Sarawak enggan membenarkan kebenaran daripada sampai ke pengetahuan rakyat Sarawak.



Dan kononnya juga Kerajaan Negeri Sarawak telah melanggar kuasa-kuasa yang diperuntukkan berdasarkan Perlembagaan Malaysia.



Sepatutnya para pendokong Pakatan Rakyat yang cukup gemar dengan perkataan 'AUTONOMI' mulai faham bahawa kuasa yang menerajang mereka keluar dari Sarawak itulah yang dinamakan autonomi.



Baca sepenuh SINI






Keharmonian antara kaum adalah lebih penting dari kebabasan pada anarki dan pembawa huru hara.



Malah usaha pemimpin seperti Tony Pua dan Nurul Izzah pun harus ditahan masuk.



Pedululah mereka melalak kerana mereka ingat pihak kerajaan Sarawak tidak pantau apa-apa yang dierkatakan dan tindak tanduk mereka membakar sentimen antara kaum dan penganut ugama.



DI Sarawak DAP paling kuat membakar sentimen antara ugama dengan membbuat pelbagai tomahan terhadap kerajaan.



Di Sabah, dah ada usaha ahli Parlimen DAP Jimmy Wong berdemo mahu azan diperlahankan. Syaitan memang gitu lah perangai.



Orang Islam dalam PR biar saja ianya berlaku. Inilah bigot dan racist yang sedang disebarkan ke rakyat.



Itu pasal perlu ISA tapi ....







SUMBER: http://ift.tt/1h7B7eT

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog