Disebabkan sikap biadap Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok di dalam video klipnya bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina ‘Onederful Malaysia’ yang dimuatnaik di You Tube akhirnya didakwa di Mahkmah Seksyen Kuala Lumpur.
Selepas insiden itu ratusan laporan polis dibuat terutama di kalangan orang Melayu yang terasa bahawa sindiran Teresa Kok ini keterlaluan dan boleh mengakibatkan kerenggangan antara kaum.
Biarpun beliau menafikan segala macam dakwaan yang dilontarkan terhadapnya oleh rakyat Malaysia, namun seperti biasa sikap biadap Teresa Kok dan DAP tiada yang dapat menghalangnya kecuali undang-undang.
Ahli Parlimen Seputeh itu akan diwakili peguam yang juga pemimpin DAP, Sankara Nair itu akan didakwa dibawah Akta Hasutan kerana penglibatannya dalam video kontroversi itu.
Rakyat Malaysia amat ‘marah’ terhadap Teresa Kok atas sebab kandungan video itu yang dikatakan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia terutama orang Melayu.
Dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini dengan mereka telah mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Begitupun ketika diajukan soalan, Teresa Kok secara selamba mengatakan ia hanyalah satu video sindiran jenaka.
“Ia hanyalah satu video sindiran,” kata Teresa Kok tanpa sedikit pun kisah dengan perbuatannya itu.
“Kami hanya mahukan Tahun Baru Cina yang menyeronokan. Setiap tahun saya akan membuat video bersifat sindiran yang menarik dan menyeronokan.
Apakah dengan menyindir dan menghina itu suatu cara menarik dan menyeronakan?
Jika, kaum Cina seperti Teresa Kok menganggap itu sebagai acara yang menyeronokan, tetapi tidak bagi masyarakat Melayu yang menganggap itu sebagai keterlaluan.
SUMBER: http://ift.tt/1sc1Niv
0 comments:
Post a Comment