KHALID GEREJA TERKEDU DENGAN KEPUTUSAN HARI NI!!!




Kalau kita tengok dalam laman mikroblog twitter milik Si Khalid Samad hari ini, nampak sangat la yang dia sendiri tak mampu nak bagi penjelasan mengenai isu dibawah.



Apa yang mampu dia buat hanya mengulangi kenyataan yang telah disebut oleh Si Hadi Awang kepada pihak media sebelum ini. Itu pun penjelasan yang tak relevan.






Apa yang nyata, PAS sendiri tidak mampu untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Bukan Islam.



Itu yang jelas. Jadi, macam mana PAS boleh mendabik dada mengatakan yang diorang ni pejuang - pejuang Islam sedangkan perkara tu pun diorang tak mampu nak buat?



Kalau nak diri digelar pejuang Islam hanya semata - mata nak menegakkan Hukum Hudud yang berat sebelah, baik tak payah!!! Buat malu je jadi pejuang kalau macam tu. Apa yang lebih terang, PAS hanya menggunakan Islam untuk kepentingan Politik!!!


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.



Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.



Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.



Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakimanmenamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntutantara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.



Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.



Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KementerianDalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisiundang-undang, tidak sah dan batal.






SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/10/khalid-gereja-terkedu-dengan-keputusan.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog