ADENAN SATEM JAWAB PERSOALAN ADUN SARAWAK LOMPAT PARTI




Isu beberapa ADUN Sarawak yang lompat parti dan menyertai parti baru selepas Persidangan DUN Sarawak Mei lepas disifatkan sebagai keputusan untuk menyelesaikan permasalahan dalaman parti SPDP dan SUPP.



Namun, sehingga kini isu tersebut masih lagi bermain di kalangan ahli politik BN Sarawak dengan masing-masing mahu mempertahankan pendirian tanpa sedikit pun bertolak ansur.



Bercakap dalam program Landskap terbitan RTM bersempena dengan 100 hari sebagai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata beliau hanya masuk campur untuk menangani tindak-tanduk beberapa ahli politik yang keluar daripada dua parti komponen BN dan menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), apabila keadaannya boleh menjejaskan kedudukan BN.



Sebagai pengerusi BN negeri, beliau tidak boleh mencampuri urusan dalaman mana-mana parti komponen. Bagaimanapun, beliau berkewajipan berbuat sesuatu dalam isu itu dengan kedudukannya sebagai penasihat.



Bagaimanapun, BN Sarawak ‘terselamat’ apabila ADUN dan Ahli Parlimen yang melompat parti itu secara terbuka masih menyokong BN dan kepimpinan Adenan Satem.



Sebelum ini Tan Sri William Mawan yang mewakili wakil rakyat yang menyertai TERAS itu berkata mereka akan memohon secara rasmi untuk menyertai BN Sarawak.



Begitu pun, komponen BN Sarawak yang lain seperti SPDP, SUPP dan PRS berkeras tidak akan menerima kemasukan TERAS ke dalam BN Sarawak disebabkan takut kehilangan kerusi yang telah diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.





Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin berkata beliau akan membantah kemasukan Teras ke dalam BN dan yakin parti baharu itu tidak akan diterima kerana bukan sahaja SUPP yang membantahnya, tetapi juga beberapa parti komponen lain, termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS), SPDP serta parti lain di Sabah dan malah, parti dari Semenanjung.





SUMBER: http://ift.tt/1oOGQIj

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog