AGENSI dan PERSATUAN NELAYAN "bantu" seleweng diesel subsidi




KUALA LUMPUR 8 Jun - Penglibatan pihak tidak bertanggungjawab di peringkat pengedaran yang menyalahgunakan bantuan diesel bersubsidi bagi meraih keuntungan menerusi jalan mudah menjadi penyumbang utama kepada ketirisan dan penyelewengan bahan api itu dalam sektor perikanan.




Satu sumber mendedahkan maklumat menggerunkan apabila ketirisan dikesan berlaku daripada peringkat awal pengagihan kuota bekalan diesel bersubsidi itu sehingga kepada aktiviti penyeludupan di tengah-tengah lautan.



Menurut sumber itu, pembekalan kuota diesel bersubsidi sekurang-kurangnya 50 juta liter sebulan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) yang disalurkan menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengundang banyak kelemahan.



Katanya, ruang penyeleweng-an boleh berlaku dengan mudah di peringkat berkenaan kerana kelemahan pemantauan dan pe-nguatkuasaan yang longgar dalam pengedaran diesel bersubsidi.








"LKIM hanya memberi kelulusan kuota diesel tetapi tiada kawalan atau pemeriksaan secara serius termasuk ke manakah diesel itu dihantar. Ini mewujudkan peluang kepada pihak-pihak terlibat bersubahat dengan sindiket untuk membuat pesanan dan menghantarnya kepada pihak ketiga.



"Bermula pengagihan di peringkat awal, penyelewengan boleh berlaku dengan bekalan itu dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.



Berikutan itu, kata sumber berkenaan, kuota diesel bersubsidi yang dibekalkan kepada nelayan oleh kerajaan tidak diagihkan kepada golongan benar-benar layak, sebaliknya dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat keuntungan lebih besar.



Menurutnya lagi, di bawah sistem e-diesel dan kini menerusi penggunaan Mykad bagi nelayan mengambil diesel dan petrol bersubdisi, pemegang kad berhak membeli bahan api itu mengikut kuota bulanannya walaupun tidak turun ke laut.



"Tanpa perlu ke laut, ada pemilik bot yang membeli diesel bersubsidi dan menjualnya pada harga lebih tinggi untuk mendapat untung atas angin. Malahan ada sesetengah nelayan yang tidak mengambil minyak diesel, cuma memberikan kad dan mengambil duit," katanya lagi.



Sumber itu turut mendedahkan tindakan licik sesetengah nelayan laut dalam yang mengaut keuntungan mudah menerusi kuota diesel bersubsidi diperolehnya tanpa perlu turun ke laut untuk menangkap ikan tetapi pada masa sama mendapat hasil tangkapan.






Nelayan-nelayan berkenaan katanya, mengadakan 'kerjasama pintar' dengan nelayan asing apabila melakukan pertukaran di tengah-tengah laut antara diesel dan hasil tangkapan.



"Mereka memberikan diesel dan mengambil ikan daripada nelayan asing tersebut. Kegiatan itu bukan sahaja membolehkan mereka mendapat untung menerusi penjualan diesel bersubsidi kepada nelayan asing tetapi turut mendapat insentif 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan," katanya.



Tambah sumber itu, kegiatan penyelewengan nelayan laut dalam juga boleh dikesan jika mereka pulang awal tanpa alasan munasabah berbanding tempoh sepatutnya mereka berada di laut dengan jumlah kuota diesel bersubsidi diterima.



Bagaimanapun katanya, kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan menyebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara berleluasa.



"Sebagai contoh, bagi nelayan laut dalam mereka sepatutnya turun ke laut untuk menangkap ikan dalam tempoh 10 hari, tetapi mereka pulang selepas lima hari dengan memberi alasan tiada tangkapan. Sebenarnya mereka menjual diesel bersubsidi di tengah laut kepada sindiket," katanya.



Utusan Malaysia






Sementara itu, NEKMAT nafi berlaku. baca Harian Metro SINI.



Semua nelayan tahu ... Semua orang utara dna pantai timor tahu hal ini.



Apa lagi nak nafi? Rakyat Malaysia tahu penjawat awam tak buat kerja atau sama terlibat dengan ambik rasuah!!!!



SUMBER: http://ift.tt/TJpHGh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog