SKMM DAN POLIS DIGESA AMBIL TINDAKAN KE ATAS NGO-NGO YANG MENUNTUT SARAWAK KELUAR MALAYSIA




Ini sudah keterlaluan apabila beberapa NGO-NGO secara terang menghasut rakyat Sarawak agar keluar Malaysia dan berdiri atas sebuah negara.



Bagi Pertubuhan Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) yang memperjuangkan kestabilan politik Sarawak menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindak tegas terhadap NGO-NGO yang menyebarkan dakyah menghasut rakyat negeri ini agar menuntut Sarawak keluar daripada Malaysia.



Setiausaha Kehormat AWAS Pusat Mohd Junaidi Sambang berkata, dakyah yang disebarkan oleh NGO-NGO terbabit melalui laman sosial dan blog seolah-olah mahu mencabar perlembagaan ketika Sarawak bersama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia pada 1963.



Sikap mereka yang menyebarkan fitnah ini cuba mengganggu gugat kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan hidup yang dikecapi rakyat berbilang kaum di negeri ini dewasa ini.



Ini kerana motif NGO-NGO yang berhaluan kiri ini sebenarnya mempunyai unsur-unsur politik yang menanam kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan Malaysia.



Jika tidak ditangani ia boleh mempengaruhi minda generasi muda, beliau menggesa SKMM dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap NGO-NGO atau dalang yang menyebar dakyah tersebut.



Oleh kerana rakyat berbilang kaum di Sarawak kini mengecapi suasana hidup yang aman, damai, penuh dengan semangat kesatuan dan stabil dari segi politik, beliau berkata tidak perlu bagi NGO-NGO berkenaan menyebarkan pelbagai dakyah dengan niat mahu meracuni fikiran rakyat.



Bagi mengelak hasutan ini semakin meracuni rakyat, kerajaan khususnya pihak berkuasa diminta bertegas dalam hal ini supaya ia dapat ditangani dengan bijaksana.





Jangan hanya apabila perkara ini sudah parah dan luka semakin dalam, baharulah kepala terhantuk dan tersedar. Itu sudah terlambat kerana persepsi kini perlu ditangani dengan persepsi agar ia dapat diselesaikan dengan cara bijaksana.





SUMBER: http://ift.tt/1pyvLwb

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog