DAH DIBOGELKAN PUN, DIA MASIH TAK MALU!!!

0 comments





Bila kata - kata yang diucapkan dihadapan orang ramai akhirnya memakan diri dia sendiri, maka itulah penydauhnya. Puas dia memaki hamun orang, kini dah kena batang hidung dia.



Ternyata, apa yang berlaku baru - baru ini merupakan satu Kemaluan Besar bagi manusia seperti Si Ketua penipu tu dan konco - konco dia dalam PKR.



Dengan pengumuman yang dibuat oleh dua orang ADUN PKR Sabah sebelum ini mampu membuatkan Si Ketua Penipu tu sebagai 'Dongoi' tak sedar diri.



Akibat dimalukan depan orang ramai sedemikian rupa dengan menggelarkan dia sebagai 'Bukan Tuhan', Si Ketua Penipu tu cuba nak buat provokasi.



Kemungkinan isu yang berkaitan dengan ADUN BN dari Perak yang tersebar dalam laman Twitter ni pun hasil cadangan dia nak tutup kemaluan sendiri.



Punya la tak malunya Si Ketua Penipu tu sampai sanggup suruh orang lain tutup kemaluan dia. Mana perginya kredibiliti yang diagung - agungkan selama hari ini?



Ke mana hilangnya KEMALUAN dia? Dah hilang sapu dek Chinadoll ke? Ternyata, pengumuman dua orang ADUN tu satu tamparan besar buat Si Ketua Penipu tu.



Maka sebab itulah dia menjadi semakin terdesak sehingga sanggup menabur fitnah menyatakan kononnya ada dua orang ADUN BN yang nak melompat parti.



Masuk hari ni dah dua hari cerita mengenai perkara tersebut diwar - warkan oleh Pencacai Pakatan Haramjadah tu tanpa menampilkan sebarang bukti yang kukuh.



Siapa ADUN yang dimaksudkan? Dimana kawasan yang mereka wakili? Dari parti mana diorang datang? Semua itu persoalan yang tak dapat dijawab oleh Pencacai Pakatan.



Tapi, tak heran la kalau diorang tak dapat nak jawab semua persoalan tu sebab diorang pun dongoi jugak dok percaya dengan kata - kata Si Ketua Penipu tu bulat - bulat.



Kot kalau Si Ketua Penipu tu kata air kencing dia pun orang boleh minum, dah tentu - tentu Pencacai Pakatan Haramjadah tu akan beli berbotol - botol buat berkat!!!



Sedar - sedar la diri sikit. Si Ketua Penipu tu bukannya orang yang layak nak jadi pemimpin. Jauh sekali kalau nak dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Itu hakikat yang diorang kena terima. Si Ketua Penipu tu bukan tau buat kerja lain selain dari menipu je kerjanya!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/dah-dibogelkan-pun-dia-masih-tak-malu.html
Read more »

Suspek bunuh pekerja Ambank berjaya ditangkap

0 comments










Harakahdaily,







KUALA LUMPUR: Suspek bunuh pekerja Ambank dalam tragedi rompakan nekad di cawangan bank tersebut di Subang Jaya baru-baru ini berjaya diberkas polis di Johor Bharu, pagi ini, umum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej pesanan twitternya.



Menurut Abu Bakar, suspek tersebut ditangkap pasukan ‘Ops Cantas Bukit Aman’.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu polis (dalam membanteras jenayah).



Dalam kejadian di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya 23 Oktober lalu, pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, berada bersama suspek serta empat lagi kakitangan bank di bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.



Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.



Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.



Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/11/suspek-bunuh-pekerja-ambank-berjaya.html
Read more »

ADA LAGI PEMIMPIN PKR SABAH YANG AKAN KELUAR PARTI?

0 comments



Kelmarin, ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad telah mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN kerana tidak yakin parti itu mampu menunaikan janji membela rakyat.



Dijangkakan akan ada lagi pemimpin PKR Sabah yang akan mengambil keputusan yang sama ekoran perasaan tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan PKR Pusat.



PKR Sabah kini dilihat semakin goyah apabila seorang lagi pemimpin PKR yang merupakan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan meluahkan rasa tidak senang dengan kepemimpinan pusat parti itu.



Beliau berasa sangat tidak selesa dengan tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya kerana mempersoalkan tentang pemimpin PKR Sabah yang tidak dipilih sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah, sedangkan terdapat empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen daripada PKR Sabah.



Katanya, bukan jawatan tertinggi sahaja tidak diberikan kepada pemimpin PKR negeri malah jawatan Timbalan Pengerusi majlis tersebut juga diberikan kepada orang lain.



"Saya rasa tidak bersalah kerana semua itu dilakukan hanya untuk meluahkan pendapat dan pendirian saya sahaja. Adakah tindakan seumpama itu pun mahu dikenakan surat tunjuk sebab.






Menurut Jelani, perkara seumpama itu tidak selaras dengan nama parti Keadilan sendiri yang mahu memberi keadilan kepada semua orang termasuk hak bersuara.



Ditanya sama ada beliau akan bertindak keluar parti ekoran isu tersebut, Jelani tidak menolak kemungkinan berbuat demikian kerana berasa sangat tidak selesa dengan cara kepemimpinan yang ada pada masa ini.



Jelasnya, perkara yang berlaku kepadanya itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak kena dengan prinsip parti dan menafikan hak untuk bersuara di dalam parti.



Tambahnya, dia dan pemimpin PKR negeri yang lain tidak tergores hati dengan keputusan kepimpinan pusat itu tetapi khuatir dengan pandangan rakyat terhadap kredibiliti mereka dan seolah-olah pemimpin PKR negeri bertaraf rendah.





Nampaknya PKR Sabah akan bungkus selepas ini akibat ketidakadilan yang ditunjukkan PKR Pusat.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/11/ada-lagi-pemimpin-pkr-sabah-yang-akan.html
Read more »

DEDAH HARTA UNTUK 'BUNUH' AZMIN???

0 comments



Itu diantara alasan yang SH terima dari beberapa pembaca melalui email mengenai pendedahan harta kekayaan Si Azmin Aiskrim tu sebelum ini.



Rata - rata masih lagi menantikan jawapan serta penjelasan yang sewajarnya dilakukan oleh pihak Azmin sendiri mengenai pendedahan yang telah dibuat. (klik Sini )



Sebelum ini, sumber pendedahan, RPK melalui blognya, Malaysia Today turut memaparkan kenyataan dari seorang Bekas Pegawai BPR yang menguruskan kes berkenaan.



Namun malangnya, sehingga hari ini masih tidak ada sebarang penjelasan atau kenyataan umum dibuat oleh Si Azmin atau pun dari pihak PKR sendiri.



Selain kes mengenai Si Azmin Aiskrim ni dibuka semula oleh RPK, PKR juga turut dilanda kemelut 'Hilang Kepercayaan' apabila pemimpin mereka di Sabah mula memberontak.



Tempoh hari, dah ada sorang ADUN yang umum keluar parti. Dengar kata, ada lagi sorang yang akan turut 'Angkat Kaki' setelah mengakui Si Ketua Penipu tu bukan Tuhan .



Maka mula la timbul spekulasi dikalangan rakyat Malaysia terutama yang membaca blog SH ni memberi pendapat kemungkinan pendedahan tersebut dibuat oleh musuh Azmin.



Wah!!! Ramai sangat ke musuh Si Azmin tu? Apa pasal pulak orang nak cari pasal dengan dia tak tentu arah? Dia ada buat masalah dengan orang lain ke?



Dah tentu la ada ye tak. Kalau tidak, mana mungkin isu macam ni akan dibangkitkan semula. Nak pulak bila tiba musim pemilihan yang bakal diadakan tak lama lagi.



Jadi, tak heran la jika ada yang berpendapat bahawa pendedahan awal yang dibuat oleh RPK tu merupakan salah satu taktik dikalangan musuh Azmin untuk 'Membunuh' dia.



Kalau diikutkan cerita dikalangan ahli PKR sendiri, diorang pun memang mengakui bahawa Si Azmin ni ramai musuh Politik didalam parti tu sendiri.



Al - Maklum la. Si Azmin tu kan anak emas kesayangan Si Ketua Penipu tu. Orang berkongsi hidup la katakan. Mungkin sebab itu la ramai orang yang dengki dengan layan yang dia terima. Jadi, tak mustahil kalau semua ni perangkap musuh Politik dia sendiri!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/dedah-harta-untuk-bunuh-azmin.html
Read more »

Sabah MCA to hold AGM on Dec 1

0 comments
KOTA KINABALU: Sabah MCA will be holding its annual general meeting (AGM) on December 1, this year, according [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/11/08/sabah-mca-to-hold-agm-on-dec-1.html
Read more »

ADA LAGI PEMIMPIN PKR SABAH YANG AKAN KELUAR PARTI?

0 comments



Kelmarin, ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad telah mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN kerana tidak yakin parti itu mampu menunaikan janji membela rakyat.



Dijangkakan akan ada lagi pemimpin PKR Sabah yang akan mengambil keputusan yang sama ekoran perasaan tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan PKR Pusat.



PKR Sabah kini dilihat semakin goyah apabila seorang lagi pemimpin PKR yang merupakan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan meluahkan rasa tidak senang dengan kepemimpinan pusat parti itu.



Beliau berasa sangat tidak selesa dengan tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya kerana mempersoalkan tentang pemimpin PKR Sabah yang tidak dipilih sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah, sedangkan terdapat empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen daripada PKR Sabah.



Katanya, bukan jawatan tertinggi sahaja tidak diberikan kepada pemimpin PKR negeri malah jawatan Timbalan Pengerusi majlis tersebut juga diberikan kepada orang lain.



"Saya rasa tidak bersalah kerana semua itu dilakukan hanya untuk meluahkan pendapat dan pendirian saya sahaja. Adakah tindakan seumpama itu pun mahu dikenakan surat tunjuk sebab.






Menurut Jelani, perkara seumpama itu tidak selaras dengan nama parti Keadilan sendiri yang mahu memberi keadilan kepada semua orang termasuk hak bersuara.



Ditanya sama ada beliau akan bertindak keluar parti ekoran isu tersebut, Jelani tidak menolak kemungkinan berbuat demikian kerana berasa sangat tidak selesa dengan cara kepemimpinan yang ada pada masa ini.



Jelasnya, perkara yang berlaku kepadanya itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak kena dengan prinsip parti dan menafikan hak untuk bersuara di dalam parti.



Tambahnya, dia dan pemimpin PKR negeri yang lain tidak tergores hati dengan keputusan kepimpinan pusat itu tetapi khuatir dengan pandangan rakyat terhadap kredibiliti mereka dan seolah-olah pemimpin PKR negeri bertaraf rendah.





Nampaknya PKR Sabah akan bungkus selepas ini akibat ketidakadilan yang ditunjukkan PKR Pusat.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/11/ada-lagi-pemimpin-pkr-sabah-yang-akan.html
Read more »

PKR tells Jeremy to quit seat

0 comments
KOTA KINABALU: Sabah Parti Keadilan Rakyat (PKR) leadership wants Kadamaian assemblyman Jeremy Malajad to resign as an elected [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/11/07/pkr-tells-jeremy-to-quit-seat.html
Read more »

‘Court of law not the only avenue to claim Native Customary Rights’

0 comments
PENAMPANG: It is a common misconception among the indigenous people in Sabah that the court of law is [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/11/07/court-of-law-not-the-only-avenue-to-claim-native-customary-rights.html
Read more »

NURUL IZZAH HANGIN BILA CINA SOKONG BN!!!

0 comments



Kalau kita baca kenyataan Si Nurul Izzah ni, memang nampak sangat yang dia tak puas hati bila pengundi Cina di Sungai Limau kebali menyokong BN.



Kenapa dia tak puas hati? Apa yang membuatkan dia tak senang duduk bila melihat keadaan tu berlaku? Nampak sangat la yang dia memang tak mampu terima Kebenaran.



Dalam kenyataan semalam, Si Nurul Izzah ni mendakwa kononnya YAB Perdana Menteri terlalu cepat membuat analisa sebelum kajian menyeluruh dilakukan.



Perkara tersebut, kata Si Nurul Izzah, dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu dengan membuat kenyataan kononnya ia Tsunami Cina.



Kata Nurul Izzah, keputusan PRK Sungai Limau itu tidak wajar dilihat kepada satu kaum sahaja. Sebaliknya, orang Melayu sendiri turut menyokong Pakatan.



Jelas Nurul, kemenangan di Sungai Limau bukan hanya kerana undi dari kalangan orang Cina tetapi kerana sudah lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Razak menjadi ADUN.



Tambah Nurul lagi, kemenangan di Sungai Limau bukan disebabkan oleh satu kaum tetapi ianya perlu dilihat secara keseluruhan dan itu lebih penting bagi dia.



Andaian yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu memberi kita gambara bahawa Pakatan Haprak ni tak menghargai lansung undi yang diberikan oleh kaum Cina kepada mereka.



Hakikatnya, Pakatan Haramjadah tu menang dalam PRU yang lepas pun memang disebabkan undi dari masyarakat Cina di Malaysia.



Kalau tidak, jangan harap la diorang boleh menang. Tu pasal semua kerusi yang dipertandingkan dalam kawasan yang majoritinya CIna dimenangi oleh Pakatan.



Maka, adalah satu alasan yang tidak munasabah bagi pemimpin Pakatan Haramjadah seperti Si Nurul Izzah ni untuk menolak dakwaan bahawa PRU yang lepas dipengaruhi oleh kaum Cina.



Malah, Si Nurul Izzah tu sendiri menang atas undi Cina dikawasan Lembah Pantai. Pun dia masih nak menafikan perkara tersebut? Nampak sangat la dia ni memang dari jenis manusia yang tak mampu nak terima kenyataan!!! Biar pun depan mata, dia tetap tak mampu nak terima Kebenaran!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/nurul-izzah-hangin-bila-cina-sokong-bn.html
Read more »

Musa Tidak Perlu Beli Wakil Rakyat Pembangkang

0 comments

ADALAH melucukan apabila Tian Chua- MP Batu Wilayah Persekutuan daripada PKR mendakwa bahawa keluarnya ADUN Kedamaian daripada PKR untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN, kononnya dibeli Musa. Musa adalah Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah sekaligus Pengerusi Bn Sabah.



Musa tidak perlu membeli wakil rakyat pembangkang; sebabnya kerajaan Sabah yang ditubuhkan selepas 5 Mei lalu, mempunyai kuasa 2/3. Daripada 60 Kerusi DUN, 48 adalah kerusi Bn.



Sebenarnya apa yang berlaku adalah, wakil rakyat etnik KDM dalam Pakatan Rakyat, merasa diketepikan, apabila mereka yang dari mula lagi sebagai pemimpin PR, namun apabila melantik Pengerusi Pakatan Rakyat Sabah, pemimpin yang hanya setahun jagung bersama parti itu, itulah diberi kepercayaan. Wakil Rakyat PKR itu merujuk kepada Perlantikan Lajim Ukin.



Desas desus bahawa dua ADUN PKR, iaitu daripada Matunggong- Jelani Hamdan dan Jeremy Malajad daripada Kedamaian, memang bertiup kencang di Sabah, sebaik sahaja Lajim Ukin menggantikan Tamrin Jaini, sebagai Pengerusi PKR Sabah.



Sebenarnya, keluarnya wakil rakyat PKR itu, bukan kerana dibeli, akan tetapi mereka telah hilang kepercayaan kepada pemimpin Umum PKR- Anwar Ibrahim.



Lagipun, apa manafaat kepada BN apabila dua DUN PKR itu menjadi ADUN Bebas? Walaupun mereka menyatakan mesra BN, namun dari segi manafaatnya kepada wakil rakyat BN di DUN Sabah, sebenarnya tidak memberikan apa-apa.



Melihat kepada keadaan itu, tuduhan Tuan Chua, bahawa Musa adalah dibelakang keluarnya wakil rakyat pembangkang daripada parti mereka, hanya tuduhan murahan, kerana mereka tidak mempunyai alasan lagi untuk diberikan kepada penyokongnya.



Harapan PR untuk menguasai Putrajaya pada PRU-14, hanya tinggal angan-angan, kalau tidak lagi mampu mendapat kerusi daripada Sabah atau Sarawak.





SUMBER: http://one-kotabelud.blogspot.com/2013/11/musa-tidak-perlu-beli-wakil-rakyat.html
Read more »

ANWAR PUN TERKEDU BACA LAPORAN NI!!!

0 comments



Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremmy Malajad keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa pada Isnin menunjukkan kalangan pemimpin parti itu juga sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.



Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman percaya ada lagi anggota dan pemimpin PKR akan bertindak sedemikian kerana mereka didakwa semakin tidak meyakini parti itu dalam membela nasib rakyat khususnya di Sabah.



"Adun PKR Kadamaian keluar parti ini dan ada akan keluar atas kesedaran mereka boleh menolong dan membantu rakyat apabila mereka bekerjasama dengan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Sa'adah, Wisma Muis, di sini, Selasa.



Musa yang juga pengerusi BN negeri mengulas tindakan Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.



"Tindakan itu jelas menunjukkan mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan parti PKR. Ini jelas mereka yakin hanya parti dan kerajaan BN yang boleh membela nasib rakyat termasuk di kawasan mereka sendiri," katanya.



Jeremmy yang disertai kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian pada Isnin dipetik berkata, keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.



Katanya, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 Mei lepas membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.



Dalam pilihan raya umum ke-13 lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi untuk mengalahkan penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang mendapat 4,988undi dalam pertandingan empat penjuru.



Difahamkan, seorang lagi Adun pembangkang dijangka mengadakan sidang akhbar minggu ini berhubung hala tujunya dalam parti termasuk kedudukan sebagai anggota PKR.





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/anwar-pun-terkedu-baca-laporan-ni.html
Read more »

Clean up act, immigration chief warns

0 comments
KOTA KINABALU: Immigration officers in Sabah would do well to steer away from corrupt activities, said its Director [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/11/01/clean-up-act-immigration-chief-warns.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog