Itu diantara alasan yang SH terima dari beberapa pembaca melalui email mengenai pendedahan harta kekayaan Si Azmin Aiskrim tu sebelum ini.
Rata - rata masih lagi menantikan jawapan serta penjelasan yang sewajarnya dilakukan oleh pihak Azmin sendiri mengenai pendedahan yang telah dibuat. (klik Sini )
Sebelum ini, sumber pendedahan, RPK melalui blognya, Malaysia Today turut memaparkan kenyataan dari seorang Bekas Pegawai BPR yang menguruskan kes berkenaan.
Namun malangnya, sehingga hari ini masih tidak ada sebarang penjelasan atau kenyataan umum dibuat oleh Si Azmin atau pun dari pihak PKR sendiri.
Selain kes mengenai Si Azmin Aiskrim ni dibuka semula oleh RPK, PKR juga turut dilanda kemelut 'Hilang Kepercayaan' apabila pemimpin mereka di Sabah mula memberontak.
Tempoh hari, dah ada sorang ADUN yang umum keluar parti. Dengar kata, ada lagi sorang yang akan turut 'Angkat Kaki' setelah mengakui Si Ketua Penipu tu bukan Tuhan .
Maka mula la timbul spekulasi dikalangan rakyat Malaysia terutama yang membaca blog SH ni memberi pendapat kemungkinan pendedahan tersebut dibuat oleh musuh Azmin.
Wah!!! Ramai sangat ke musuh Si Azmin tu? Apa pasal pulak orang nak cari pasal dengan dia tak tentu arah? Dia ada buat masalah dengan orang lain ke?
Dah tentu la ada ye tak. Kalau tidak, mana mungkin isu macam ni akan dibangkitkan semula. Nak pulak bila tiba musim pemilihan yang bakal diadakan tak lama lagi.
Jadi, tak heran la jika ada yang berpendapat bahawa pendedahan awal yang dibuat oleh RPK tu merupakan salah satu taktik dikalangan musuh Azmin untuk 'Membunuh' dia.
Kalau diikutkan cerita dikalangan ahli PKR sendiri, diorang pun memang mengakui bahawa Si Azmin ni ramai musuh Politik didalam parti tu sendiri.
Al - Maklum la. Si Azmin tu kan anak emas kesayangan Si Ketua Penipu tu. Orang berkongsi hidup la katakan. Mungkin sebab itu la ramai orang yang dengki dengan layan yang dia terima. Jadi, tak mustahil kalau semua ni perangkap musuh Politik dia sendiri!!!
SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/dedah-harta-untuk-bunuh-azmin.html
0 comments:
Post a Comment