Lain macam pulak alasan yang diberikan oleh Pengarah Strategi PKR kali ini. Dia nampak gayanya macam takut nak tuduh UMNO terlibat dalam isu yang melanda parti dia.
Kenapa pulak dia tak kata ini semua salah UMNO? Kan alasan tu dah jadi cliche' bagi puak - puak PKR tu selama hari ini. Ada masalah je, semua salah UMNO.
Ahli parti yang jelas dah muak dengan kepimpinan atasan parti pun nak disalahkan UMNO. Walhal, diorang sendiri yang GAGAL nak menjaga ahli diperingkat akar umbi.
Perkara itu tidak perlu dinafikan lagi. Ianya sudah jelas, terang dan nyata. Dan isu ini bukan baru sekarang kita dengar. Dah lama dah sebenarnya. Cuma diorang je tak nak mengaku.
Masa PRU hari tu kan dah ada seorang Ketua Cabang yang bertindak keluar parti sebab kepimpinan PKR Pusat meminggirkan ahli dikawasan tersebut.
Nah!!! Itu pun diorang masih tak nak mengaku lagi ke? Masih jugak diorang nak salahkan orang lain diatas keGAGALan diorang sendiri. Dasar parti tak sedar diri, memang macam tu. Selama - lamanya la diorang takkan berubah. Tu pasal la ramai ahli parti diorang lari!!!
SHAH ALAM – Pindaan perlembagaan yang dibuat Sabtu lalu tiada kaitan dengan tindakan cabang PKR Sabah yang keluar parti, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pindaan perlembagaan yang dibuat melibatkan Sabah dan Sarawak namun masih ada pemimpin PKR Sabah yang keluar parti.
Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong BN, semalam.
Sebelum ini, Adun Kadamaian, Jeremy Malajad dan Adun Matunggong, Datuk Jelani Hamdan turut bertindak keluar parti.
“Keseluruhan perlembagaan itu dipinda untuk memantapkan lagi operasi dan kelancaran parti serta memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.
“Jadi, kenapa mereka keluar (parti), itu saya rasa menjadi tanda tanya. Mungkin ada rasa tak puas hati kerana ada antara mereka yang tidak mendapat jawatan.
“Masalah mereka keluar masuk parti itu tak ada kaitan dengan pindaan Perlembagaan parti. Masih banyak lagi yang kita nak lihat, cabang-cabang yang masih ada di Sabah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/eh-diorang-keluar-parti-bukan-sebab.html
0 comments:
Post a Comment