WAKIL SABAH TERUS DIPINGGIRKAN PAS!!!




Perkara ini bukan lagi Rahsia. Tapi kini ianya menjadi 'Rahsia Umum' yang satu dunia pun dah tau. Tak perlu la PAS nak berselindung disebalik alasan yang bukan - bukan.



Biar pun isu itu sudah dibangkitkan dalam muktamar yang baru sahaja selesai Ahad lalu, namun ianya masih tidak menyedarkan kepimpinan PAS. (KLIK SINI )



Maka, jangan lah mereka hanya menongkat langit dan menunggu bulan jatuh ke riba semata - mata. Semua ini salah diorang jugak sebab terlalu angkuh tak tentu arah.



Masa nak dapat undi, macam - macam benda diorang mintak orang buat atas nama perjuangan 'Fisabilillah'. Tapi apa balasan yang mereka berikan?



Tidak ada satu pun pengiktirafan yang diberikan kepada wakil dari Sabah. Mereka hanya diperkudakan untuk kepentingan orang atasan semata - mata.



Patut la orang Sabah pun tolak calon yang datang dari Parti Angguk Saja ni. Tak mendatangkan faedah lansung. Terbukti diorang ni mengamalkan dasar Assobiyah.



Kalau sebelum ini, ada blogger Pro Pakatan mendedahkan mengenai 'Perbincangan Sulit' diantara kepimpinan tertinggi mengenai jawatankuasa Pusat. (KLIK SINI )



Andai kata diorang berikan laluan kepada wakil dari Sabah dan Sarawak, boleh jugak kita terima kenapa perbincangan tersebut dibuat atas dasar kepentingan parti.



Tapi, apa yang berlaku hanya satu yang cukup menyedihkan. Perbincangan yang dibuat hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu sahaja dan tidak melibatkan orang Sabah dan Sarawak.



Jika kita lihat dari satu sudut, memang sah PAS tidak mengiktiraf lansung wakil dari Negeri Sabah dan Sarawak. Sorang pun calon mereka tak lekat dalam senarai Ahli Jawatankuasa.



Maka, tidak salah sekiranya PAS terus dipinggirkan oleh orang bawahan dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya sebab itu Khifarah yang sewajarnya mereka terima.



Tapi, apa boleh baut ye tak. Dah memang dasar puak - puak Parti Angguk Saja tu mendahulukan kroni mereka dari orang luar. Tu pasal la PAS sampai hari ini tak pernah berubah!!! Setakat jadi Pak Angguk Saja la diorang jawabnya!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/wakil-sabah-terus-dipinggirkan-pas.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog