Ganas beb. Sampai main koyak - koyak ni, memang ganas betul la. Tapi, itulah lumrah dunia. Kalau diorang boleh buat, orang lain pun boleh jugak kan?
Kalau baca laporan dalam Merosakkini, diorang kata Bung Mokhtar tepuk meja sorang - sorang. Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke?
Selama hari ini, diorang dok tuduh media lain tak telus dalam membuat laporan media. Yang diorang buat, tak pe pulak ye? Sekarang, dah kantoi. Apa yang diorang nak kata? Masih nak menipu rakyat lagi ke!!!
Bung Mokhtar tepuk meja sorang diri??? Sesi petang sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini memperlihatkan giliran ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pula mengoyak kertas usul yang dibawa ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.
Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.
Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan .
Fuziah dalam usulnya berkata Hasbi Habibollah adalah Penasihat Pembangunan Sarawak, sedangkan jawatan sebenar beliau adalah Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dengan elaun hanya RM1,900.
SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/bila-kemaluannya-dikoyak-rabakkan.html
0 comments:
Post a Comment