Kalau kita baca kenyataan Si Nurul Izzah ni, memang nampak sangat yang dia tak puas hati bila pengundi Cina di Sungai Limau kebali menyokong BN.
Kenapa dia tak puas hati? Apa yang membuatkan dia tak senang duduk bila melihat keadaan tu berlaku? Nampak sangat la yang dia memang tak mampu terima Kebenaran.
Dalam kenyataan semalam, Si Nurul Izzah ni mendakwa kononnya YAB Perdana Menteri terlalu cepat membuat analisa sebelum kajian menyeluruh dilakukan.
Perkara tersebut, kata Si Nurul Izzah, dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu dengan membuat kenyataan kononnya ia Tsunami Cina.
Kata Nurul Izzah, keputusan PRK Sungai Limau itu tidak wajar dilihat kepada satu kaum sahaja. Sebaliknya, orang Melayu sendiri turut menyokong Pakatan.
Jelas Nurul, kemenangan di Sungai Limau bukan hanya kerana undi dari kalangan orang Cina tetapi kerana sudah lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Razak menjadi ADUN.
Tambah Nurul lagi, kemenangan di Sungai Limau bukan disebabkan oleh satu kaum tetapi ianya perlu dilihat secara keseluruhan dan itu lebih penting bagi dia.
Andaian yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu memberi kita gambara bahawa Pakatan Haprak ni tak menghargai lansung undi yang diberikan oleh kaum Cina kepada mereka.
Hakikatnya, Pakatan Haramjadah tu menang dalam PRU yang lepas pun memang disebabkan undi dari masyarakat Cina di Malaysia.
Kalau tidak, jangan harap la diorang boleh menang. Tu pasal semua kerusi yang dipertandingkan dalam kawasan yang majoritinya CIna dimenangi oleh Pakatan.
Maka, adalah satu alasan yang tidak munasabah bagi pemimpin Pakatan Haramjadah seperti Si Nurul Izzah ni untuk menolak dakwaan bahawa PRU yang lepas dipengaruhi oleh kaum Cina.
Malah, Si Nurul Izzah tu sendiri menang atas undi Cina dikawasan Lembah Pantai. Pun dia masih nak menafikan perkara tersebut? Nampak sangat la dia ni memang dari jenis manusia yang tak mampu nak terima kenyataan!!! Biar pun depan mata, dia tetap tak mampu nak terima Kebenaran!!!
SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/nurul-izzah-hangin-bila-cina-sokong-bn.html
0 comments:
Post a Comment