Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Suspek bunuh pekerja Ambank dalam tragedi rompakan nekad di cawangan bank tersebut di Subang Jaya baru-baru ini berjaya diberkas polis di Johor Bharu, pagi ini, umum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej pesanan twitternya.
Menurut Abu Bakar, suspek tersebut ditangkap pasukan ‘Ops Cantas Bukit Aman’.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu polis (dalam membanteras jenayah).
Dalam kejadian di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya 23 Oktober lalu, pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, berada bersama suspek serta empat lagi kakitangan bank di bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.
Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/11/suspek-bunuh-pekerja-ambank-berjaya.html
0 comments:
Post a Comment