SI JAMBU CELUPAR LIDAHNYA DAH KELU!!!




Masuk hari ini dah lima hari berlalu. Tapi Si Jambu sekor ni nampak gayanya terus diam membisu. Lidah dia dah kena kerat ke? Atau PKR dah keluarkan arahan jangan bercakap?



Kalau sebelum ini, dia la yang paling cepat sekali buat kenyataan media dan menafikan isu yang dibangkitkan. Malah dia siap tuduh pulak UMNO jadi dalang.



Semua tu sandiwara UMNO kata dia. Semua tu hanya rekaan dan omong kosong UMNO kononnya. Sekarang, bila banyak isu yang dibangkitkan macam mana pulak?



Adakah isu tu semuanya ada kaitan dengan UMNO? Adakah isu tu juga sengaja diada - adakan oleh UMNO? Kenapa isu tu semua dia tak jelaskan kepada rakyat?



Jika tindakan ahli PKR Cabang Pandan yang keluar parti tu merupakan sandiwara UMNO, macam mana pulak dengan Ahli Jawatankuasa PKR di Sabah? (Klik Sini )



Yang cerita pasal ADUN PKR keluar parti sebab hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR tu pun ada kaitan dengan UMNO jugak ke?



Dan terbaru tindakan Bekas Pengerusi PKR Kedah keluar parti baru - baru ni di Langkawi. Pun kerja UMNO jugak ke? Kenapa Si Jambu tu tak jelaskan semua ni?



Nampak sangat la yang Si Jambu tu dah hilang akal nak menjawab isu berkaitan dengan tindakan ahli - ahli PKR yang bertindak meninggalkan parti tu sebenarnya.



Jelas Si Jambu tu tau yang dia takkan mampu nak tuduh UMNO menjadi dalang kepada semua perkara ni secara berterus - terusan tanpa bukti yang kukuh.



Orang semua dah menyampah dengan alasan sedemikian. Orang semua dah meluat dengan sikap 'Cakap tak serupa bikin' PKR ni sebenarnya. Setakat cakap tanpa bukti yang sah, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/11/si-jambu-celupar-lidahnya-dah-kelu.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog