MILO BASI KANTOI FITNAH TENGKU PUAN PAHANG!!!

0 comments

Dek kerana terlalu ghairah puak - puak Pakatan Haramjadah ni nak memalukan pemimpin Negara, sampai tahap orang buat sindiran pun diorang tak faham. Inilah masalahnya dengan diorang ni.



Banyak sangat taik dalam kepala otak. Bila berfikir, suka sangat menggunakan kepala lutut. Sehingga sanggup melakukan tindakan tanpa sebarang usul periksa yang akhirnya memalukan diri sendiri.



Jika semalam, puak - puak Pakatan Haramjadah tu cukup teruja mengeluarkan video yang mendakwa kononnya Tengku Puan Pahang menyindir Datin Seri Rosmah Mansor melalui laman Instagramnya.



Video komen yang dibuat oleh laman portal Pro Yahudi, Merosakkini tu juga turut mendapat perhatian dari seorang blogger Pro Pakatan Haramjadah tu melalui laman twitter.



Blogger Pro Pakatan tu kemudiannya membuat status dan turut mengaitkan nama Tengku Puan Pahang didalam laman twitter miliknya sambil menyindir Datin Seri Rosmah Mansor.



Tidak lama kemudian, status yang dimuat naikkan itu telah dijawab sendiri oleh Tengku Puan Pahang sambil menafikan dakwaan bahawa beliau menyindir Datin Seri Rosmah Mansor.

Tulis akaun @cheaminahsayang, ‘saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua…

Yang sebenarnya, status yang dibuat oleh Tengku Puan Pahang melalui laman Instagram itu adalah untuk menyindir peniaga yang sengaja menaikkan harga perkhidmatan tanpa sebab yang munasabah.



Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini yang mendakwa dandanan rambutnya kini mencecah harga yang tinggi sehingga membebankan suri rumah.



Hakikatnya, kenyataan yang dibuat itu merujuk kepada sifat tidak bertanggungjawab yang dipamerkan oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk kaut keuntungan lebih.



Tapi, puak - puak Pakatan Haramjadah ni bukannya faham sangat sindiran yang cuba disampaikan. Maka sebab itulah diorang sanggup memalukan diri sendiri secara terbuka dan kantoi menabur fitnah yang bukan - bukan!!! Kalau dah BODOH tu, BODOH la jugak!!!





SUMBER: http://ift.tt/1FQMan0
Read more »

5 PENJURU, BUKTI PAS TAK KUAT DIKELANTAN!!!

0 comments

Ternyata, saingan 5 penjuru yang terpaksa dihadapi oleh PAS di DUN Chempaka tu membuktikan bahawa tak semua rakyat di Kelantan dapat menerima kepimpinan Rejim tersebut.



Ianya bukti bahawa kepimpinan PAS Kelantan hari ini semakin hari semakin ditolak oleh rakyat sehingga membuatkan 4 orang calon Bebas turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil tersebut.



Apa yang pasti, pertandingan itu bukan atas desakan orang lain. Ianya bukan sebab ada orang taja demi untuk menjaga kepentingan Politik pihak tertentu. Tapi ianya manifestasi rakyat.



Bahkan tindakan 4 orang calon Bebas tu mendaftarkan diri bukan juga sebagai tanda mereka tidak menghormati jasa yang telah diberikan oleh Allahyarham Nik Aziz sebelum ini.



Tapi hakikatnya, mereka yang bertanding itu semuanya berhajat untuk membawa perubahan didalam Rejim PAS Kelantan itu sendiri. Mereka ada aspirasi dan tujuan mereka tersendiri.



Kalau kita fikirkan secara logik, buat apa 4 orang calon Bebas tu mendaftarkan diri mereka untuk bertanding sedangkan kebarangkalian untuk mereka menang agak tipis? Kalah dah tentu.



Kaya sangat ke diorang sehingga sanggup nak buang duit pendaftaran yang akhirnya nanti akan menjadi hangus? Dah tentu itu bukan sebab sebenar kenapa mereka bertanding dalam PRK tersebut.



Maka, kesimpulan apa lagi yang dapat kita buat jika bukan sepertimana tajuk diatas? Jadi, PAS kena terima perkara ini dengan hati yang terbuka dan bermuhasabah diri mereka sendiri. PAS kena sedar, bukan semua orang suka dengan tindakan yang mereka lakukan!!!





SUMBER: http://ift.tt/1NDgnv6
Read more »

Teoh Beng Hock: Polis ingkar arahan mahkamah buka semula siasatan

0 comments
teo nie ching_bernama

Roketkini.com



KUALA LUMPUR – Setelah enam bulan mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara membuka semula siasatan terhadap pembunuhan mendiang Teoh Beng Hock, tapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil.



Pada 5 September tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah akibat daripada beberapa kecederaan setelah jatuh dari tingkat 14 bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Selangor.



Mahkamah malah berkata bahawa hal terbabit dipercepatkan oleh tindakan pihak-pihak yang tidak diketahui, termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam penahanan dan siasatan mendiang Beng Hock.



Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh pihak polis berikutan arahan mahkamah enam bulan lalu.



“Enam bulan sudah berlalu, Ketua Polis Negara mesti menjawab kepada keluarga dan orang ramai.

Apa yang telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenalpasti dan mendakwa pegawai SPRM yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock?” soal beliau.



Lebih mengharukan lagi, sementara tiada pendakwaan dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian Beng Hock, salah seorang pegawai SPRM yang menyoalsiasat mendiang kini dinaikkan pangkat sebagai Pengarah SPRM Sabah.



“Laporan Surhanjaya Siasatan Diraja jelas menyebut Hishammuddin Hashim sebagai ‘ketua yang angkuh’, yang juga merupakan timbalan pengarah SPRM Selangor pada waktu itu,”



“Bagaimana seorang pegawai dengan kualiti sedemikian dirasakan sesuai untuk dinaikkan pangkat mengetuai SPRM Sabah?



“Paul Low dan Tan Sri Abu Kassim mesti memberi penjelasan,” ujar Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publsiti DAP Kebangsaan.



Hishammuddin Hashim dan dua lagi disebut dalam laporan RCI sebagai bersalah menggunakan kekerasan melampau terhadap Beng Hock.



Bukan sahaja itu, pihak RCI juga memberitahu bahawa Hishamuddin telah berbohong ketika mengatakan beliau tidak tahu tentang laporan polis terhadap pegawainya kerana menggunakan kekerasan fizikal.



RCI juga diberitahu bahawa Hishammuddin telah mengarahkan seorang pegawai SPRM untuk memberi keterangan bahawa siasatan melibatkan Beng Hock tidak diketuai olehnya, bagi menyelindung peranan Hishammuddin dalam siasatan tersebut. – Roketkini.com









SUMBER: http://ift.tt/18678TI
Read more »

Selepas Nik Nazmi, Ketua DAPSY mangsa salahguna kuasa polis seterusnya?

0 comments
kok seong

Roketkini.com



KUALA LUMPUR – DAP mengecam keras tahanan reman yang dikenakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad ekoran penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan Sabtu lalu.



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, keputusan mengecam tindakan polis ke atas Nik Nazmi dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Ahli-ahli Parlimen DAP tengah hari tadi.



“Tidak seharusnya seorang Ahli Exco direman sehingga tiga hari kerana beliau bukannya seorang yang berbahaya,



“Beliau hanya menggunakan haknya untuk mengadakan perhimpunan secara aman.



“Keputusan reman tiga hari ini memang tidak munasabah dan merupakan satu penganiayaan,” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu.



Nik Nazmi ditahan reman selama tiga hari di Lokap Berpusat Jinjang bagi membantu siasatan terhadap perhimpunan aman Sabtu lalu.



Beliau mempersoalkan Nik Nazmi perlu ditahan sehingga tiga hari, sedangkan soal siasat boleh dibuat tanpa menahan Ketua Angkatan Muda Keadilan itu.



“Beliau tentu akan memberikan kerjasama. Beliau adalah seorang wakil rakyat dan telah dilantik sebagai seorang ahli exco negeri Selangor,” tambah beliau.



Teo Kok Seong mangsa seterusnya?



Selain Nik Nazmi, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong turut telah dipanggil polis untuk disiasat mengenai perhimpunan aman Sabtu lalu.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan sedia memberikan kerjasama penuh.



“Kita melahirkan rasa prihatin terhadap Kok Seong kerana beliau akan menjadi sasaran selepas Nik Nazmi,” kata Guan Eng sambil menambah bahawa peguam-peguam DAP bersedia membela Kok Seong.



Kok Seoang akan menjadi mangsa ke-16 dari kalangan wakil rakyat DAP yang diambil tindakan oleh pihak polis atas pelbagai sebab, termasuk siasatan di bawah Akta Hasutan.



Bagi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula tahanan reman yang dikenakan oleh pihak polis terhadap Nik Nazmi adalah penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas.



“Saya menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk segera masuk campur dan memastikan Nik Nazmi dibebaskan segera, kerana ini adalah satu penindasan.



“Saya mahu tanya kenapa Menteri Pertanian Ismail Sabri Yaakob tidak pula ditahan selama tiga hari setelah mengeluarkan kenyataan menghasut pengguna Melayu untuk memboikot peniaga Cina,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.



“Apa yang dilakukan oleh Ismail Sabri adalah jauh lebih teruk berbanding Nik Nazmi,” tambahnya. – Roketkini.com









SUMBER: http://ift.tt/1GzvQdQ
Read more »

MB: Penahanan Nik Nazmi bercanggah perlembagaan

0 comments


Oleh: Mohamed Azmin Ali



Saya menerima maklum bahawa YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Negeri Seri Setia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi telah ditahan oleh pihak polis berikutan himpunan rakyat yang mendesak pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam.



Saya mengutuk sekerasnya penahanan ke atas Saudara Nik Nazmi. Tindakan polis merupakan pencabulan kepada kedaulatan undang-undang yang seharusnya membebaskan seorang anggota Dewan seperti Saudara Nik Nazmi daripada kongkongan kekuasaan.





B_j9-9pVEAAutFn



Justeru itu, penahanan ini adalah tidak sah, menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan. Perhimpunan rakyat semalam telah berlangsung secara teratur, aman dan merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.



Tidak ada asas undang-undang yang kukuh ke atas penahanan Saudara Nik Nazmi dan Saudara Saifullah Zulkifli selain hanya bermotifkan politik.



Biarpun pihak polis ingin merakamkan kenyataan daripada mereka, namun tidak ada alasan munasabah untuk menahan mereka apatah lagi memandangkan Saudara Nik Nazmi hadir secara sukarela ke Balai Polis pada pagi ini.



Kerajaan Persekutuan dan pihak polis wajar menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk menghormati keluhuran perlembagaan serta hak asasi rakyat.



Maka, pihak berkuasa perlu membebaskan Nik Nazmi dengan segera dan tanpa sebarang syarat serta menghentikan siasatan polis yang sedang berjalan kepadanya juga semua pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan mendesak pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.



* Mohamed Azmin Ali adalah Dato’ Menteri Besar Selangor



SUMBER: http://ift.tt/18u5T0e
Read more »

Pengwujudan Peluang Pekerjaan Berkualiti Bagi Sabah

0 comments

SEBUAH Kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, adalah sebuah kerajaan yang mampu mengwujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyatnya.



Kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman, selain menggariskan Halatuju Sabah pada tahun 2003, juga merancang bagaimana mengwujudkan peluang pekerjaan berkualiti, khususnya kepada generasi muda, lepasan pengajian tinggi.



Industri minyak dan gas salah satu lapangan pekerjaan yang memerlukan kepakaran, dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan berkualiti, bersamaan dengan gaji yang lumayan.



Kerjasama dengan Petronas, pada tahun 2011 dibinalah Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis Sabah. Pembinaan terminal tersebut berhubungkait dengan pusat gas di Bintulu, Sarawak-iaitu jaringan paip gas melalui Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP).



SOGT adalah pusat gas yang mendarat di Sabah dan disalurkan ke Bintulu. Jaringan paip gas yang berjarak 500km itu, mampu menyalurkan 500 juta metrik tan gas sehari.



SOGT yang dibina dengan kos RM8bilion, selain pusat gas, disalurkan Bintulu, juga menyalurkan gas pada dua janakuasa pembangkit litrik berkapasiti 400megawatt.



Pembangunan SOGT juga berimpak kepada pembinaan Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), di mana dibina pula Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR). Melalui pembinaan SAMUR, memberikan Petronas kedudukan kedua di Asia Tenggara sebagai pengeluar baja urea.



Melalui projek-projek mega tersebut, beribu peluang pekerjaan diwujudkan. Dengan tersedianya peluang pekerjaan tersebut, selain memberi pekerjaan kepada rakyat Sabah, juga membendung penghijraan ke negeri-negeri lain, khususnya ke Semenanjung.



Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Musa, bukan sahaja meletakkan peluang-peluang pekerjaan kepada industri berkait minyak dan gas, akan tetapi lapangan pekerjaan lain, seperti pelancongan dan pengwujudan pusat-pusat bandar baru.



Melalui pembinaan beribu unit rumah rakyat (PPR), maka cara itu boleh mengwujud Central Business Centre (CBD) yang baru. Pengwujudan CBD, selain bertujuan pemerataan jaringan perekonomian, juga mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan-kawasan tumpuan.



Melihat luasnya Sabah, nampaknya pegwujudan industri-industri sangat diperlukan. Syogianyalah pihak Persekutuan, terus menyalurkan peruntukan besar kepada negeri ini, sekurang-kurangnya untuk menebus 40 tahun keterbelakangan Sabah, dalam semua segi.





SUMBER: http://ift.tt/1BV0YBS
Read more »

RM70-million windfall for hill padi planters

0 comments
Federal subsidy to benefit 61,000 families in Sarawak and 15,000 in Sabah, says minister KUCHING: The federal government […]



SUMBER: http://ift.tt/18Xus7d
Read more »

Hill padi production projected to increase by 100 per cent in three years’ time

0 comments
TEBEDU: The government has implemented various initiatives in an effort to increase hill/huma padi production in Sabah and […]



SUMBER: http://ift.tt/1ANW4kC
Read more »

Bisaya association lodges police report on posting

0 comments
BEAUFORT: The United Sabah Bisaya Association (USBA) lodged a police report against an individual for accusing the association […]



SUMBER: http://ift.tt/1E9TEnw
Read more »

Selaraskan bantuan bantu peladang: Salleh

0 comments

BEAUFORT: Kerajaan Pusat menerusi pelbagai kementerian dan agensinya menyediakan peruntukan yang besar untuk membantu masyarakat peladang di Sabah, kata Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said.

Sehubungan itu, katanya, penyelarasan harus dilakukan oleh semua pihak berkaitan untuk mempercepatkan proses pelaksanaannya.



"Langkah ini bertujuan memastikan agar peruntukan yang disediakan itu sampai kepada golongan sasar di negeri ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-37 Pertubuhan Peladang Kawasna (PPK) Beaufort di sini hari ini.



Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin.



Beliau berkata penyelarasan dari segi penyaluran peruntukan penting agar ia memenuhi matlamat dan objektif diharapkan.



"Kita harap kerajaan memikirkan mekanisme terbaik di mana boleh pelaksanaan dari segi penyaluran bantuan ini dikendalikan oleh kementerian atau agensi negeri," katanya.



Dalam pada itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mahu golongan peladang meningkatkan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi baru, termasuk membabitkan diri dalam pertanian organik.



Beliau turut meminta supaya golongan muda dilibatkan dalam bidang pertanian dan menjadikan ia sebagai pekerjaan, seiring falsafah pertanian sebagai satu perniagaan.



Katanya, sektor pertanian menjanjikan pulangan lumayan, justeru golongan belia tidak harus berasa rendah diri jika menceburi bidang ini sebagai kerjaya mereka.







SUMBER: http://ift.tt/1N7wEIF
Read more »

Activities cancelled to respect dead PBS Youth members

0 comments
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) expressed sadness over the sudden demise of three youth exco members, including […]



SUMBER: http://ift.tt/1wHf3wN
Read more »

HARGA MINYAK NAIK, PAM MINYAK TAK KECOH???

0 comments

Aik? Ini satu perkara yang cukup menghairankan kita ni. Kenapa pulak kali ini, bila harga minyak naik, tak ramai pulak orang berpusu - pusu ke stesen minyak untuk mengisi tangki mereka?



Kebiasaannya, bila dengar je harga minyak naik, masing - masing sibuk keluar dan menyerbu stesen - stesen minyak untuk memenuhkan tangki masing - masing sebelum jam 12 tengah malam.



Sampai tahap ada stesen minyak yang rosak dan jahanam dikerjakan oleh pengguna - pengguna kerana tak dapat isi minyak sebab stesen tersebut telah pun kehabisan stok simpanan mereka.



Tapi, lain pulak dengan apa yang berlaku malam semalam. Biarpun pihak kerajaan dah buat pengumuman seawal jam 8 malam, takde pulak yang dilaporkan ada stesen minyak yang jadi kecoh.



Semuanya senyap sunyi je macam biasa seolah - olah macam tak de apa - apa yang berlaku. Semuanya beroperasi seperti biasa. Itu yang membuatkan sesetengah pihak merasa hairan melihatnya.



Ini disebabkan, kenaikkan harga minyak kali ini tidak menjadi satu bahan Politik Murahan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Naik 25 sen, tapi ianya tetap berada diparas yang munasabah.



Jadi, hilang la modal puak - puak Pakatan Haramjadah tu untuk menghasut rakyat supaya keluar untuk mengisi tangki minyak bagi kenderaan masing - masing. Bahkan diorang pun tak berani nak cakap banyak.



Jika sebelum ini, pelbagai pihak dah bangkit mempertikaikan tindakan peniaga dan pemborong yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati mereka setiap kali kenaikkan harga minyak berlaku.



Tapi malangnya, dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu semuanya KECUT BUAH KERANDUT mereka nak buat desakan terhadap peniaga serta pemborong yang terlibat.



Kerana apa? Kerana ada dikalangan peniaga dan pemborong tu semuanya kroni - kroni dan proksi puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Maka sebab itulah mereka tak berani nak bersuara demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!





SUMBER: http://ift.tt/1ApogtJ
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog