5 PENJURU, BUKTI PAS TAK KUAT DIKELANTAN!!!


Ternyata, saingan 5 penjuru yang terpaksa dihadapi oleh PAS di DUN Chempaka tu membuktikan bahawa tak semua rakyat di Kelantan dapat menerima kepimpinan Rejim tersebut.



Ianya bukti bahawa kepimpinan PAS Kelantan hari ini semakin hari semakin ditolak oleh rakyat sehingga membuatkan 4 orang calon Bebas turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil tersebut.



Apa yang pasti, pertandingan itu bukan atas desakan orang lain. Ianya bukan sebab ada orang taja demi untuk menjaga kepentingan Politik pihak tertentu. Tapi ianya manifestasi rakyat.



Bahkan tindakan 4 orang calon Bebas tu mendaftarkan diri bukan juga sebagai tanda mereka tidak menghormati jasa yang telah diberikan oleh Allahyarham Nik Aziz sebelum ini.



Tapi hakikatnya, mereka yang bertanding itu semuanya berhajat untuk membawa perubahan didalam Rejim PAS Kelantan itu sendiri. Mereka ada aspirasi dan tujuan mereka tersendiri.



Kalau kita fikirkan secara logik, buat apa 4 orang calon Bebas tu mendaftarkan diri mereka untuk bertanding sedangkan kebarangkalian untuk mereka menang agak tipis? Kalah dah tentu.



Kaya sangat ke diorang sehingga sanggup nak buang duit pendaftaran yang akhirnya nanti akan menjadi hangus? Dah tentu itu bukan sebab sebenar kenapa mereka bertanding dalam PRK tersebut.



Maka, kesimpulan apa lagi yang dapat kita buat jika bukan sepertimana tajuk diatas? Jadi, PAS kena terima perkara ini dengan hati yang terbuka dan bermuhasabah diri mereka sendiri. PAS kena sedar, bukan semua orang suka dengan tindakan yang mereka lakukan!!!





SUMBER: http://ift.tt/1NDgnv6

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog