HUSAM HANYA SEKADAR "KAMBING HITAM'???


Ramai yang tertanya - tanya, kenapa dalam ramai - ramai pemimpin PAS yang lain, nama Si Husam tu pulak yang menjadi sebutan dan pilihan mereka untuk berdepan dengan Hadi Awang?



Apa kelebihan yang dia miliki selain dari kantung yang berkepuk - kepuk hasil 'rompakan' yang telah dibuat selama ini di Kelantan? Adakah dia mempunyai sebarang kredibiliti yang diperlukan?



Jika dilihat dari segi 'kelayakkan' memang jelas Si Husam tu tidak memenuhi kriteria untuk menjadi Presiden PAS berdasarkan kepada kemampuan diri dia pada ketika ini. Jadi, kenapa dia yang dipilih?



Ada spekulasi mengatakan bahawa pemilihan Si Husam tu hanya sekadar satu langkah untuk menunjukkan kononnya dalam PAS pada ketika ini sedang mengalami masalah dalaman.



Satu sumber sebelum ini menjelaskan, tindakan mereka mengadakan mesyuarat awal dan menamakan calon - calon tertentu bagi jawatan Presiden hanya sekadar untuk mencetuskan huru hara.



Ada yang kata, mereka yang membuat pencalonan tu hanya sekadar taktik sesetengah pihak untuk membunuh masa depan Politik Si Husam didalam kepimpinan PAS dimasa akan datang.



Dan perkara itu tidak mustahil berlaku jika difikirkan secara logik. Hanya dengan cara itu sahaja yang mampu dilakukan demi untuk merosakkan imej serta kredibiliti Si Husam tu kelak.



Tapi persoalannya, sejauh mana kebenaran spekulasi itu sendiri? Sehingga hari ini, Si Husam tu sendiri pun tidak pernah membuka mulut berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan.



Setakat ini, sudah dua pencalonan dibuat oleh PAS Kawasan dengan menamakan Husam sebagai pencabar Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden dan ianya melayakkan Si Husam tu untuk bertanding.



Yang terakhir mencadangkan nama Si Husam ialah PAS Kawasan Batu Sapi. Mereka menamakan Husam dengan menggunakan alasan kononnya dia mampu untuk membawa harapan kepada PAS.

“Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini,” kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Dan yang paling kelakar ialah apabila Timbalan Yang DiPertua PAS Batu Sapi tu kata Si Husam tu mampu untuk menjadi pemimpin Pakatan dan seterusnya menjadi calon Perdana Menteri.



Heh! Nampak gayanya, Timbalan YDP PAS Batu Sapi tu sedang bermimpi disiang hari. Bagaimana mungkin Si Husam tu mampu untuk menjadi Perdana Menteri kalau bertanding Parlimen pun dia tak mampu?



Tambah pulak, bagaimana mungkin Si Husam tu boleh jadi Perdana Menteri sedangkan nak jadi Menteri Besar Kelantan pun dia tak layak? Kalau setakat jadi Perdana Menteri yang hidungnya boleh ditarik oleh puak - puak DAPigs, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!





SUMBER: http://ift.tt/1Fz02Eg

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog